Monday, December 24, 2012

~Order Daripada Kengkawan~

Assalamualaikum dan selamat petang..^-^

Petang nie saja nak mengisi masa lapang dengan menulis entry ini.  Saja tengok-tengok balik koleksi gambar kek-kek yang dihasilkan oleh aku sendiri.  Aku mula meminati baking apabila aku berhasrat untuk membuatkan kek birthday untuk anak-anak aku.  Walaupun kek yang aku hasilkan tidak setanding seperti di kedai tapi aku amat berpuas hati bila dapat membuatkan untuk anak-anak aku.

Selepas itu aku terus membaking.  Ada masa untuk makan-makan di rumah dan ada masa aku baking untuk kawan-kawan.  Aku harap mereka berpuas hati sebab aku bukanlah seorang yang profesional.  Aku hanya belajar sendiri dan adakalanya aku bertanyakan kepada mak aku.

Jom tengok gambar-gambar kek yang aku hasilkan daripada air tanganku sendiri.  Tadaa..

Cotton japanese cheese cake yang diorder oleh opismate aku Kak Ela.

Ini pula kek coklat yang diorder oleh Zila.

Kek cotton japanese cheese lagi untuk sambutan birthday di opis.

Butter cake yang diorder oleh Kak Zu.

Oreo cheesecake yang diorder oleh kawan adik ipar aku.

Chistart dan aku dah lupa siapa yang order.

Oreo cheesecake lagi.

Kek coklat yang diorder oleh Kak Zu lagi.

Kek coklat lagi yang diorder oleh cikgu tadika adriana.

Kek coklat yang diorder oleh Kak Nisah.

Kek Coklat lapis cheese yang diorder oleh seorang kenalan blogger iaitu Izan.

Kek coklat versi upin ipin yang diorder daripada kawanku.

Akhir sekali red velvet cupcake yang diorder daripada Kak Zu lagi.  Thanks kak kerana banyak memberi sokongan pada saya. :D

Inilah antara kek-kek hasil daripada aku.  Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada aku.  Cewahhhh.  Sekarang masa aku sangat terhad.  Jika ada masa terluang barulah aku boleh baking!!I love baking!!








                                                                                                                   

2 comments:

Unknown said...

tahun depan akan ada lagi order dari akk...insyaallah..tapi mana foto cheesetart akk yg bernombor tu????

Anonymous said...

assalamualaikum..klu ade resipi kek yg dibuat besnye...hehe