Thursday, April 29, 2010

Orang Ikhlas Itu Tertindas????

Cerita kat bawah nie aku dapat kiriman email daripada seseorang teman di tempat kerja aku..boleh dijadikan sebagai panduan kita bersama supaya mendapat keberkatan dalam hidup kita.  Kadang aku terfikir kenapalah orang yang selalu mengelak kerja senang jea perjalanan kerjanya..tapi bila da baca cerita nie aku tak naklah pertikaikan.  Memang kadang terasa bila dekat ofis orang kaki ampu nie selalu dapat backup dari bos.  Mesti bos akan backup kata dia nie banyak kerja dan perluykan pertolongan semua orang.  Padahal kita yang tunggang-langgang nie bos tak pernah nampak pun.  Biasalah kita sebagai manusia kadang hilang jugak kesabaran. tapi tak per..kenalah jugak bersabar...sebab aku mencari rezeki untuk anak dan menmbantu suami.
BACALAH KISAH DI BAWAH INI...

..Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini men gin gatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.


“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analo gin ya be gin i. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana per gin ya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?.. .....petikan dari Genta Rasa.

Tuesday, April 27, 2010

Kebaikan Minum Air Suam

Kebaikan Minum Air Suam

gambar google

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan serangan Jantung. Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.


Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Jadi, adalah sangat penting untuk minum sup panas atau air suam selepas menikmati sesuatu makanan.



Petanda Lazim Serangan Jantung


Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Wednesday, April 21, 2010

~Adriana Pi Checkup~

Hari rabu lepas, adriana pi checkup di poliklinik.  ikut jadual patutnya checkup kali nie kena makan ubat cacing tapi nurse kata berat adriana naik tapi payahlah makan ubat cacing. oh selamat!!sebab apa aku kata selamat? sebab tak payah nak pegang adriana sekuat mungkin untuk paksa adriana makan ubat.  tapi kali nie adriana pi klinik ok.  good girl.  peramah pulak tue.  tetap peramah di mana saje.  tak tahu ikut perangai sape.  abis semua orang nak ditegurnya.  rasanya aku takler seperamah itu.  hehehe.  timbang adriana jea

Berat :
11Kg

nurse pun peramah jugak.  adalah beberapa soalan yang nurse tanya pada adriana.  nampaknya adriana paham apa yang disoalnya.  antara soalan yang nurse tanya adriana :

1) adriana da makan? DA
2) makan apa? SIK (makan nasi)
3) makan buah tak? KAN (makan)
4) kuar pakai selipar tak? TAK (oh jujurnya..memang tak suka nak pakai. kalau aku sarung dia bukak)



Next appointment pada 29/09/2010.  lama lagi nak pi.  oklah tue..adriana semakin bijak bercakap kalau kita bertanya padanya.

Note : Semoga adriana menjadi anak yang bijak dan anak yang baik.

Monday, April 19, 2010

~Layan Adamaya Pulak~

Slot akasia Na O Mei da pun abis. aku punyalah mengikuti cerita tue tapi ending cite Na O Mei memang tak bestlah. ermm..tak pelah.  sekarang akasia cerita Adamaya pulak.  oklah layan jugaklah.  pas balik keje penat-penat bolehlah tengok cite nie.


Adamaya nie didramakan dari filem I'm Not Single arahan Pierre Andre.  Adamaya mengisahkan cinta 3 segi.  Lakonan Lisa Surihani, Sein dan Faizal Yusof.  Cuma pelakon Lisa Surihani jea yang kekal.  Setakat nie aku masih belum tinggal satu episod pun.  Bolehlah layan lepas balik dari keje. Ada sesiapa tak yang layan cite nie??ok tak??tak sabar nak tengok episod seterusnya...

Sunday, April 18, 2010

~Kata Mama~

Sape pernah dengar lagu 'Kata Mama' nyanyian Amy Mastura??best gak dgr lagu berunsurkan nasihat.  aku selalu gak dgr kat ofis.  aku ada download dekat pc ofis aku.  nie lirik lagu
'Kata Mama' untuk dikongsi bersama.:-)

LAGU : KATA MAMA
NYANYIAN : AMY MASTURA

buah hatiku-Nur Adriana Qistina

Mamaku ada berkata
Jangan resami burung lelayang
Mencabar awan yang tinggi
Tak jejak bumi

Mamaku turut berkata
Gerak hatimu harus kau nilai
Kerana perbuatanmu
Menjadikanmu

Sumbangkah andainya aku
Sampaikan oh padamu
Apakah kau merasa
Seperti kucuba merubah dirimu

Mamaku ada berkata
Cuba ikuti akan sang lebah
Sengatnya hanya diguna
Bila terpaksa

Namun ku tetap menyintai
Menerima dirimu sebegini

Kata Mama – Amy Mastura

Note: Suka dengar bait2 lagu nie yang ada unsur-unsur nasihat.  rentak lagu pun best!!

Thursday, April 15, 2010

~Cuti Melaka Bandaraya Bersejarah~

Hari ini 15 April 2010 merupakan cuti rasmi bagi negeri Melaka sempena 'Melaka Bandaraya Bersejarah'.  Jadi hari nie kami semua bercuti yea.  Untuk makluman, negeri Melaka telah diiktiraf sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage City) oleh UNESCO pada 7 Julai 2008.  Memang banyak tempat-tempat bersejarah yang perlu dipelihara dan dijaga oleh rakyat negeri Melaka amnya.  Jom berkongsi serba sedikit mengenai tempat kelahiran aku iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah.


Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya.  Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14.  Rasanya semua orang tahu tentang asal usul dan sejarah negeri Melaka.  Melaka adalah sebuah negeri yang kecil yang bersempadankan negeri Johor dan Negeri Sembilan.  Negeri Melaka terdiri daripada tiga (3) daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Negeri Melaka memang terkenal dengan tempat-tempat bersejarahnya dan terdapat juga pelbagai tempat-tempat yang menarik untuk anda kungjungi jika anda melancong ke Melaka.


Jadi kepada anda yang telah fikir mana nak melancong..atau tidak tahu ke mana hendak melancong...
Apakata singgah ke Melaka??

‘ Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia’..

 Note: Kepada rakan blogger, kalau anda berkunjung ke Melaka bolehlah bagitahu saya..boleh jumpa.:-)

Wednesday, April 14, 2010

~Bantal Busuk~

Oh..Bantal Busuk!!!
"Ma, tal..tal.."  Inilah yang sering adriana tanya kalau nak tido, nak jalan, nak ke mana pun mesti adriana tanya. mesti adriana cari satu2nya bantal ini.  tak tahulah sejak bilalah yang adriana suka sangat dgn bantal nie.  aku pun tak perasan.  tapi sekarang memang tak dapat dipisahkan dengan teman karibnya si
"Bantal Busuk"

kalau nak tido lagilah kena ada bantal nie..kalau tak adriana memang susah nak tido.  nak tengok "Bantal Busuk" adriana???

*
*
*
*
*
*
*

Inilah keadaan rakan karib adriana-si bantal busuk.  aku baru jea tukar cover bantal adriana.  aku ada buat dua bantal sama jea tapi mesti adriana bukak nak tengok dalam tue bantal yang selalu dibawanya.  keadaan dalam tue memangler da tak cantik.  aku belikan yang baru.  adriana tak mau yang baru.  cari gak yang satu.  kadang tak payah pakai cover pun tak apa.  tapi sebab mengenangkan corak bantal tue kurang menarik aku sarungkan jugak.  masa nak tido lagilah adriana akan korek telinga, mata, hidung dengan menggunakan bantal busuk nie.  adriana guna bucu2 bantal.  kadang adriana menggentel bucu bantal sebelum terlena.  memang selalulah adriana macam tue sebelum tido.

inilah adriana dengan teman karibnya-si bantal busuk.  risau gak aku tengokkan. 
macam mana nak pisahkan adriana dengan "Bantal Busuk"nya??ada tak di kalangan anda yang anak-anak mempunya "Bantal Busuk"?  aku ada terbaca info di Utusan Malaysia mengenai "Bantal Busuk"

Ini apa yang aku baca di Utusan Malaysia :

Punca

Mengulas isu minggu ini, Pakar Psikologi Kanak-kanak dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Mastura Badzis berkata tabiat tidak mahu renggang dengan bantal ini dipanggil clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya.

Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja, sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.

Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak diperingkat awal,” katanya.

Biasanya tabiat itu bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka.

“Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak tadi ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal tadi membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.

Kata beliau lagi, sesetengah kanak-kanak ini juga berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka.

“Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasi tadi,” kata beliau.

Selamat

Menurut Dr. Mastura, satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure).

“Kanak-kanak kecil belum memahami konsep kehilangan sementara,” katanya.

Jelasnya, mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka.

“Dengan melakukan perlakuan demikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan,” jelasnya.

Risau

Dr. Mastura berkata, sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara.
“Dalam hal ini ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan,” katanya.
Ibu bapa atau pengasuh katanya perlu cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan-lahan.

Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini katanya adalah ketika umur mereka mencecah tiga tahun. Sebaliknya jika dibiarkan perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.
Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasuki taska kerana malu kepada rakan-rakan yang lain.
“Aktiviti seharian di taska yang banyak juga mengurangkan kebergantungan kanak-kanak tadi terhadap bantal atau anak patung mereka,” katanya.

Bantal busuk hingga dewasa

Memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil.

“Memanglah tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal,” kata Dr. Mastura.

Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa mereka terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama.

Dalam hal ini katanya, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan.

~Panduan Ibu Bekerjaya~


PANDUAN IBU BEKERJAYA

Wanita yang bekerja merangkap isteri dan ibu sering kali berdepan dilema atau terdetik perasaan bersalah apabila tidak dapat sentiasa bersama anak, terutama jika anak dalam tahap pertumbuhan yang memerlukan perhatian lebih.

Meninggalkan anak hanya bersama dengan pengasuh sememangnya ingin dihindarkan tetapi sering kali wanita berkerjaya tiada pilihan kerana pekerjaan di pejabat pun mendesak untuk segera diselesaikan.

Hakikatnya, kesibukan pekerjaan dan keluarga adalah dua hal sering kali membuat wanita berkerjaya sukar membahagikan waktu. Tuntutan di tempat kerja biasanya menjauhkannya dari rumah dengan tugasan mesti dilaksanakan dan sesuatu yang tidak dapat ditunggu sehingga esok sehingga sukar meluangkan waktu untuk keluarga.

Bagaimanapun, usah berasa terlalu tertekan kerana ibu berkerjaya juga masih ada cara tertentu untuk berdamping dengan permata hatinya.

# Luangkan waktu sebelum anak tidur

Jika anda menganggap keluarga keutamaan dalam hidup, pastikan pulang dari tempat kerja sebelum si kecil tidur. Dengan begitu, walau pun sebentar anda tetap dapat menghabiskan waktu untuk berbincang bersama anak. Periksa lagi kelengkapannya untuk sekolah esok hari, pastikan pekerjaan rumah dan tugas lainnya sudah diselesaikan. Cara begitu, anak anda pun mengerti bahawa meskipun ibunya pergi bekerja, tetapi tidak bererti keperluannya diabaikan.

# Hujung minggu pastikan tanpa pengasuh

Hujung minggu adalah saat yang tepat untuk menyegarkan fikiran dengan berjalan-jalan bersama dengan keluarga. Paling penting sebenarnya adalah perhatian, meskipun hanya beristirahat di rumah, pastikan anda memiliki waktu yang berkualiti berdua dengan anak. Bagi wanita bekerjaya yang jadual kerjanya tidak cuti pada hari hujung minggu, lakukan perkara sama walaupun harinya berbeza.

# Dahulukan keutamaan

Jangan bawa pekerjaan di pejabat ke rumah. Di rumah, anda adalah milik suami dan anak-anak. Saat itu menikmati waktu berharga bersama keluarga tercinta.

# Komunikasi

Meskipun hanya sebentar, komunikasi adalah kunci utama. Sesibuk sekalipun bekerja, jangan lupa menghubungi anak di rumah dan pantau terus setiap kegiatannya. Jangan sampai anda tidak tahu apa saja yang dilakukan di rumah mahupun di tempat kegiatan lain kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan.

# Ambil cuti atau berhenti jika tiada pilihan

Memiliki anak adalah komitmen. Meskipun akan menjadi dilema, usahakan fokus mengambil berat mengenai anak khususnya pada kesihatan anak jika sedang sakit. Seboleh-bolehnya, anda sendiri yang membawa anak berjumpa doktor jika sakit. Berbuat demikian membolehkan anda akan mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai penyakit yang dihidapi anak dan bukan mendengarnya melalui orang lain. Tindakan yang anda boleh buat ialah mengambil cuti ataupun berhenti sementara jika keadaan terlalu mendesak.

Sumber diperolehi daripada email.

NOTE:
Sama-samalah kita mempraktikkan panduan-panduan di atas untuk kebaikan kita bersama.  Ini supaya anak-anak kita akan rasa sentiasa mendapat perhatian daripada kita sebagai ibu mereka. 

Kadang memang penat kan kalau da balik rumah tue lepas kerja....tapi kena jugak layan anak sebab seharian tinggalkan anak pi kerja...kita kena sentiasa cergas...:-)

Tuesday, April 13, 2010

Adriana Bertudung

tak ada benda nak cerita.  kejadian nie berlaku pas maghrib tadi.  masa nie aku baru jea abis solat maghrib.  tiba-tiba adriana masuk bilik tengok aku baru abis solat.  cepat-cepat adriana cari tudung dia.  memang aku saje gantung dekat ampai supaya senang adriana nak cari.  sebab memang selalu dia cari bila nampak aku solat.  tudung adriana nie mak aku beli masa mak aku menunaikan fardu haji tahun lepas.  macam nielah rutinnya adriana dengan tudung nie.  akan dicari bila nampak aku solat.  jadi aku sempatlah snap beberapa gambar adriana bertudung.  susah nak tengok adriana nie pakai sesuatu atas kepalanya.  kali nie aku berjaya untuk buat dia begitu statik bergambar dengan memakai tudung.  malas nak cite panjang2, jom layan gambar ler pulak...

 masa berdiri atas sejadah

 boleh pulak dok atas katil

 betapa statiknya

 senyum...

Note: Semoga adriana menjadi anak yang solehah kepada papa dan mama.
sentiasa mendengar kata.

Award 2 from Alyyani Anuar

lagi satu award dari alya..thanks al!!!


1. thank and link the person that give you the award
tq alya!!!

2. Pass this award onto top 20 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
ibu ayu
lya
suhida
kak zura
jue
mai
kak zana
ieta
ieda
oya
izan
fazilah
kak yatt
mia
yana
eda

THANKS!!!!

Saturday, April 10, 2010

Hari Sabtuku...

Hari sabtuku...pagi nie aku tak buat apa..just breakfast di rumah makan mihun goreng...then, kemas-kemas apa yang patut..mak aku mintak tolong tukarkan langir pintu dan langsir tingkap.  kerja yang amat berat.  sebab rumah mak aku tingkap ada 5 tingkap dan satu pintu besar.  mak aku nak pegi kenduri.  aku malas nak ikut sebab nak settlekan kerja rumah. 

so, dengan bantuan asben aku dia yang memanjat tangga untuk pintu besar.  lepas, siap memasang langsir aku kemaskan stok2 barang untuk SweetLovelyShoppe.  Just kemas dalam almari jea dan letak separuh dalam kotak2.  sebab ada stok baru tiba.  maklumlah duduk di rumah mak tempat agak terhad.  kenalah letak di dalam almari sahaja.  kalau ada rumah sendiri boleh khaskan satu bilik untuk barang-barang nie.

Nak ada kedai mungkin lama lagi impian itu akan tercapai.  mungkin satu hari akan terlaksana jua.  mudah-mudahan doa aku akan dimakbulkan.

Petang nanti asben ajak gi jalan-jalan.  katanya nak pi ke Mahkota Parade (MP) dan Pahlawan Walk.  da lama tak pi ke MP.  dekat Pahlawan Walk nie ada gerai-gerai jual mcm-mcm jenis barangan.  dekat sini ramai peniaganya terdiri daripada orang Melayu berbanding Jonker Walk.  aku pernah pegi sekali jea ke Pahlawan Walk nie.  memang ramai gilo orang yang datang.  kalau di Jonker Walk ramai peniaganya orang cina.  teringin jugak nak bukak gerai dekat Pahlawan Walk nie.  tapi keadaan belum mengizinkan aku untuk berbuat demikian.  banyak lagi komitmen aku.  pada sesiapa yang tahu kat mana di sekitar Melaka nie yang ada bukak booth2 untuk berniaga bolehler inform aku. :-)


Contest:3-Series Birthday Giveaway:THE FACT ABOUT e-caR

CONTEST: 3-Series Birthday Giveaway:THE FACT ABOUT e-caR





 Buat 1 entry pasal 3-Series Birthday Giveaway:

THE FACT ABOUT e-caR

1) Nama penuh : SITI HAJAR BINTI ABDULLAH
2) Tarikh Lahir : 25 Mac 1980
3) Tempat Lahir : Hospital Universiti
4) Isteri kepada Mohd Nazrin dan Ibu kepada E'izz Eiymann Nazrin bin Mohd Nazrin
5) Seorang yang sangat kreatif mengenai cupcake

Sponsor untuk CONTEST ini adalah seperti di bawah :-




DATELINE :
12 April 2010, 9.27am


Wednesday, April 7, 2010

Aku Wanita Berunsurkan TANAH

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin


Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan

Aku adalah anak pertama..
Jom kita baca apa unsur-unsur yang ada pada wanita yang berunsurkan TANAH
Baca dekat blog LYA terus tengok untuk diri sendiri...


Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar.


Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.

* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.

* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.

* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Thursday, April 1, 2010

Award from Alyyani Anuar


1. bagi ucapan terima kasih kepada siapa yang bagi award ni dan postkan award ni dalam blog masing- masing
thanks alya atas anugerah ini..:-)

2. listkan tarikh lahir anak yang 1st dan seterusnya, letak sekali nama anak yang ke-2, 3, 4...
dan seterusnya (kalau ada lagi, sila berbuat demikian ya..!!)


Nama : Nur Adriana Qistina binti Mohd Affendy
D.O.B : 20 Januari 2008

3. Sesiapa yang pregnant, boleh letak gambar pregnant ye..
Belum pregnant lagi..huhuhu

4. Sila serahkan award kepada sesiapa yang anda rasakan hot mama
Ieda~Amanda
Aleyn~Aina&Miqhail
Izan~Lyna
Kak Zana~Iqbal&Sara
Lya~Asya
Fazilah~Aniq&Eryna..

Thanks to alya...award nie diambil dengan penuh rasa gembira...bagusnya ingat nama anak kawan-kawan.. terharu sangat..hehehe

Bila suami bertukar tempat kerja...


 

Isnin yang lalu (29/03/2010) asben aku mula keja di tempat baru.  so macam biasalah tempat baru, semuanya baru.  kena menyesuaikan diri dengan suasana tempat kerja yang baru, kerja baru yang bakal dipikulnya dan yang paling penting mesti dapat kawan baru.  so, balik petang tue pelbagai persoalan yang ditanya oleh aku.  soalan wajib yang akan ditanya oleh semua isteri kepada suaminya.  asben aku pun jenis yang suka bercerita jugak.  jadi setiap apa yang asben aku cerita mesti ada jugak soalan daripada aku.  hehehehe...  bukan apa, kita pun kena tahu suasana di tempat kerjanya.  antara soalan-soalan yang akan sempat aku tanya adalah seperti berikut :-

1.  sampai ofis jumpa sape dulu? lapor diri kat PSM..  jumpa bos
2.  dah tahu kerja dekat unit mana? belum lagi.  bos ramai pi meeting
3.  da dapat tempat belum? belum lagi. bilik tak ada kosong
4.  ramai ke staff kat situ? ramai gak..
5.  ramai laki ke pompuan? sama jea. tapi ada satu unit yg ramai pompuan
6.  pompuan tue tua ke muda2? ada yang tua ada yang muda. 


Itulah persoalan-persoalan yang akan ditanya oleh semua isteri kepada suaminya.  banyak lagi yang aku tanya tapi itu jelah yang aku ingat.  hehehe...  ari nie semasa aku menulis entry nie asben aku da 4 hari bertugas di tempat baru.  kerja badan beruniform nie mungkin berat sikit kot daripada keje lamanya.  aku kena biasakan diri dengan keadaan itu.  hehehe...

kita just nak tahu keadaan di tempat kerjanya.  lepas nie kita boleh kenal pulak kawan-kawannya pula.  apa yang penting dalam perhubungan mestilah ada kejujuran.  kita harus saling mempercayai antara satu sama lain.