Pages

Sunday, August 28, 2011

~Biskut Sarang Semut Wajib Ada!!!~

 Salam semua...

Nak jugak post entry nie.  Sebab dah penat suruh biskut-biskut aku nie berposing.  Ini jealah biskut yang aku kiranya susah gak nak buat sebab nak kena sagat.  Tapi setiap tahun wajib ada biskut nie sebab aku suka!!!

Tanpa membuang masa mari kita lihat hasilnya...Tadaaaa





Inilah hasilnya.  Aku sertakan sekali dengan resipinya..

RESIPI BISKUT SARANG SEMUT

Bahan-bahannya (untuk 2 adunan) :
2 buku butter
12 oz gula castor
16 oz tepung gandum
12 oz tepung kastard
1 sudu teh vanila
Coklat rice secukupnya
Paper Cup

Cara-caranya :
1) Campurkan kesemua bahan-bahan sehingga menjadi doh
2) Kemudian sagat doh tersebut.
3) Selepas disagat masukkan ke dalam paper cup dan taburkan coklat rice.
4) Bakar...

Sekian daripada saya...

Wednesday, August 24, 2011

~Di Rumah Kami~

Salam kepada semua readers yang sudi menyinggah di sini...

Hari ke 24 kita semua berpuasa.  Hari nie bukan hari tanpa berkata-kata.  Hari nie aku nak berkata-kata dengan panjang lebarnya.  Tak sabarnya nak berhari raya.  Tahun nie dapatlah kami beraya di rumah baru.  Sangat-sangat teruja dan seronok.  Tapi persiapan kami ala kadar jea untuk rumah baru. 

Tahun pertama kami berpuasa sendiri.  Konon nak berdikarilah.  Hehehe.  Kadang tak berdikari jugak bila penyakit malas datang amik lauk dekat rumah mak.  Hahhhh.

Baju raya untuk adrianammar tak beli pun lagi.  Kenapalah tahun nie rasa macam malas jea nak membeli.  Kalau dah malas sangat aku amik jea baju-baju yang aku jual.  Itu pun memang ada yang aku dah ketepikan baju untuk adrianammar.  Baju kurung pakai baju kurung yang aku pakai masa adik aku kawin.  Ada gak upah 3 helai untuk pakai pi kerja.  Tapi sebab belum dipakai entitlelah sebagai baju raya. 

Rasa lain bila raya rumah baru.  Sebab?Kawasan tue tak ramai orang duduk lagi.  Nasib ada jiran sebelah.  Orang perak.  Katanya dia tak balik perak.  Oklah tue.  Bunyi mercun pun susah nak dengar, kalau kat umah mak aku dah berdentum-dentum dah bunyi mercun.  Macam yang adriana selalu nyanyi 'dam dam dum bunyi mercun' hehehe..nenek dia ajar.  Jom tengok aktivi kami di rumah kami.  Teman adriana main bunga api yang pada mulanya adriana panggil bunga raya.  Sebab kita selalu sebut baju raya. kuih raya.  Itu jdi bunga raya. :-)

Papa sedang bakar lilin
Memantau adriana yea..
Adriana nak bakar bunga raya api...
Aksi adriana bermain bunga api...
Inilah permandangan malam di kawasan perumahan kami iaitu Taman Bukit Katil Damai 2...

Note>>Pagi raya kami akan berada di rumah..Selepas sembahyang raya baru aku balik rumah mak aku sebab asben koje!!!

Tuesday, August 23, 2011

~Cornflakes Coklat Versi Aku~

Salam Ramadhan...

Hari yang ke 23 kita semua berpuasa.  Sekarang mesti semua sedang sibuk menyiapkan persiapan untuk hari raya.  Apa yang penting persiapan aku hanya ala kadar.  Memandang baru masuk rumah baru 5 bulan yang lepas.  Duit banyak guna.  Persiapan untuk anak-anak lebih diutamakan. 

Berbalik kepada tajuk di atas, jumaat lepas aku sempat buat cornflakes coklat versi campak-campak.  Tak ada sukatan.  Senang jea.  Selalu aku just tuang coklat.  Kali nie nak nampak cantik taburlah manik-manik tue kat atas.  Berserilah sikit macam aku...Kahhhhh

Inilah hasil cornflakes coklat versi aku.  Mudah pun mudah.  Tak payah nak bakar-bakar.  Lagipun rumah aku non ado oven.  Jadi kita menggunakan peti ais jea.  Bahan-bahan pun senang.  Cornflakes, coklat masak, badan kisar dan manik.  Itu jea...  Jom tengok hasilnya...

Inilah hasil daripada aku...

RESEPI :
Cornflakes (bergantung kepada anda)
Coklat Masak (aku guna TULIP Coklat)
Badam Halus
Manik
Paper Cup

Cara-cara:
1) Badam digoreng tanpa minyak.
2) Cornflakes diramas-ramas dahulu.
3) Cairkan coklat masak dengan kaedah double boiler
4) Kemudian campurkan badam bersama cornflakes
5) Bila coklat telah cair, tuang ke atas cornflakes tadi.
6) Gaul sebati.  Kemudian boleh letak di dalam paper cup.
7) Taburkan manik warna-warni.  Dan sejukkan dalam peti sejuk.

Close Up sikit...
Ini pembantu aku di dapur yea.  Membantu makan untuk mama.  Kadang-kadang aku jadi tarzan di dapur.  Jadilah cornflakes coklat tarzan.  hehehe...

Note>>Lepas nie entry pasal biskut sarang semut pulak...

Friday, August 19, 2011

~Shopping Time!!!~


Salam...

Hari nie ari jumaat.  Lunch hour lama ari nie.  Uolss tak kuar ke mana-mana ke??
Yang penting ari nie aku nak kuar mencuci mata.  Ok da...
Tulis pun tak tentu arah nak kejar masa.
12.15 jea kita cabut!!!

Note>>Risau agaknya asben aku kalau dia baca entry aku nie..Shopping nie memang sangat2 merisaukan dia.  Hehehe..Asben aku tak baca blog aku kan??Abg, jangan risau yea saya akan belanja dengan begitu berhemahnya..kahhhhh

Thursday, August 18, 2011

~Promotion Hari Raya~

Assalamualaikum kepada semua.

Tak ada apa yang menarik untuk diceritakan...Just nak suruh uolls cuci-cuci mata di blogshop aku.  Mana tahu ada yang berkenan di hati.  Sempena Hari raya ini aku bagi diskaun 15% untuk harga retail.  Cepat-cepat sementara stok masih ada!!!


Jom layari di sini...


~Lagu Feveret Aku Tiap Kali Raya~

Salam kepada semua readers yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa nie...

Korang ada lagu feveret hari raya??Aku ada lagu feveret raya aku sendiri..Aku memang sukalah dengar lagu nie tiap kali bila hari raya.  Lagu yang aku suka??Apa lagi kalau bukan lagu Amy Mastura Setahun Sekali.  Jom kita tengok dan dengar.  Layannnnn....




Setahun Sekali - Amy Mastura

Setahun sekali syawal datang lagi
Menyatu kembali
Setahun sekali indah tak terperi
Hari yang di nanti
Hingga tak terbilang saat pertemuan
Antara kita menjalin rasa

Nada-nada riang wajah-wajah tenang
Di hari mulia
Kunjung-berkunjungan salam-bersalaman
Membina ikatan

Kita bersaudara di bumi yang sama
Tiada perbezaan dirasa

ChorusSetahun hanya sekali
Akan tiba akan pergi
Hari raya hari bahagia
Setahun hanya sekali
Ia datang ia pergi
Namun kenangan di hari raya
Bersemi dalam hati

Setahun sekali syawal datang lagi
Menyatu kembali
Kunjung berkunjungan salam-bersalaman
Membina ikatan


Kita bersaudara di bumi yang sama
Tiada perbezaan dirasa

Ulang ChorusKita bersaudara di bumi yang sama
Setahun sekali syawal datang lagi
Syawal datang lagi setahun sekali

Korang suka lagu apa?Jom kita nyanyi..hehehe

~Petua Untuk Murah Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan~


Abu Yazid Al Busthami, pelopor  sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.
Dengan murung lelaki itu mengadu,”Tuan  Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang  lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan  pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Sang Guru menjawab sederhana, “Perbaiki penampilanmu dan berubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia  yang miskin namun wajahnya tak pernah  keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah  muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.  Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji  akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya  senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.  Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.  Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.  Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri  selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan  ketegangan.  Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.


Nota>>Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki...Amin

~Cornflakes Maduku~


Salam...

Macam mana dengan persiapan raya?Uolls dah buat kuih raya?Sabtu lepas aku berjayaler buat sejenis kuih raya iaitu Cornflakes Madu yea.  Biasalah orang yang terlebih rajin seperti aku nie haruslah buat kuih yang simple-simple jea.  Ini pun dah kira ok ler aku dapat buat.  Ikutkan hati memang malas nak buat sebab dengan askar-askar wataniah aku nie.  Tak buat kuih sendiri tak ada feel pulak kan.  Jadi aku buatlah jugak walaupun kuih yang simple jea.  Tahun nie memang tak dan nak buat kuih tat dan biskut almond london.  Tak cukup kakitangan. 

Jomlah tengok hasil kuih raya malasku.  Sempatlah aku suruh biskut aku nie berposing. 

Inilah hasil daripada tanganku yang lembut...kahhhhh

Fresh from oven...

Close up sikit...

Aku sertakan sekali resipi cornflakes maduku.  Resipi aku biasa-biasa jea.  Tak ada letak kismis bagai.  Jom kita tengok resipi...

RESIPI CORNFLAKES MADU :
250g cornflakes
200g butter
4 sudu besar madu
4 oz castor sugar

CARA-CARANYA :
1.  Ramaskan cornflakes.
2.  Campurkan butter, madu dan castor sugar dalam satu bekas.  Kemudian cairkan di atas dapur.
3.  Selepas dicairkan, curahkan ke dalam cornflakes yang telah diramas.
4.  Gaul sebati.  Kemudian masukkan dalam paper cup.
5.  Selepas itu bolehlah dibakar.
6.  Sekian itu sahaja...

Nota>>Hujung minggu nie aku nak buat biskut sarang semut dan biskut coklat chip.  Semoga penyakit rajin akan ada di dalam diriku...Rajin!!!Rajin!!!Rajin!!!hua hua hua...

Sekian, jumpa di lain episod...

Wednesday, August 17, 2011

~Wordless Wednesday - Dapat Gak Aku Makan~

Akhirnya!!!
Dapat gak aku makan nasi kerabu....


 

Tuesday, August 16, 2011

~Korang Pernah Letak Asam Keping Tak?


Salam...

Aku perlukan asam keping!!!Kali nie aku nak try letak asam pulak bila aku dah cuba letak mentega dan garam tidak mujarab.  Lepas aku letak garam lagi teruk aku rasa ulser nie.  Cerita pasal ulser tak abis-abis lagi.  Hari nie dah hari ke-3.  Memang bengkakler mulut aku nie.  Sampai orang dok tegur.  Malu i tau..

Ada seseorang ajar aku letak asam keping.  Dia kata rendam asam dalam air suam kemudian baru letak dekat ulser tue.  Malam nie aku kena cuba petua nie pulak.  Korang pernah letak asam x?Mujarab tak?Ada petua lain tak??

Nota Mama>>Bila kena ulser selera makan pun merundum...Mood aku jugak sama sekali merundum...

~Online Shopping VS Offline Shopping~

Salam kepada semua...

Hari ini hari ke-16 kita semuat umat Islam telah berpuasa.  Lagi 13 hari jea lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Macam mana dengan persiapan raya korang?Aku belum beli apa-apa lagi untuk 2 orang budak kecik aku tue.  Baju raya dia orang pun tak beli lagi.  Mungkin kebanyakkannya aku akan ambil baju-baju anak-anak aku daripada stor SweetLovelyShoppe.



Itulah aku sedang terfikir-fikir nak beli baju raya anak-anak aku secara online atau offline jea..  Kalau beli online mudah sikit kan.  Tak payahlah nak bersesak-sesak dekat mall nak memilih baju.  Boleh stress jugak dibuatnya. Semuanya boleh dilakukan di hujung jari jea.  Hanya perlu sediakan duit jea kan.


Kalau beli kat shopping feel sikit nak raya kan??Tapi tuelah nak bersesak-sesak kat mall.  Mesti sekarang  orang ramai sedang sibuk membuat persiapan raya kan.. Tapi kena jugak beli dekat shopping nak beli alas mejalah, nak beli perkakas rumahlah dan sebagainya. 

Apa-apa pun tak kiralah beli secara online atau offline haruslah berbelanja dengan berhemah.  Dua-dua pun ada pro dan kontranya.  Janji kita happy!!!

Korang pulak suka beli online shopping ke atau offline shopping???Selamat Bershopping!!!

Monday, August 15, 2011

~Bonus Dah Masuk Jom Pi Shopping~


Salam...

Uolls dah cek kat akaun bank masing-masing?bonus dah masuk kan??Pada sesiapa yang dah masuk bonus jom pi shopping!!!Bolehlah beli apa-apa yang patut untuk raya.

Apa-apa pun berbelanjalah dengan berhemah.  Belilah yang diperlukan sahaja..Jangan membazir hokey.  Peringatan untuk diri sendiri jugak!!!

Note>>Bila nak pi beli baju untuk my AdrianAmmar...

~Berbuka Di Kuala Sg Baru~

Salam kepada semua...

Hari nie gigih aku cuba jugak untuk membuat entry pasal semalam pulak.  Semalam hari ahad, aku, asben dan adriana berbuka di Restoran Ikan Bakar Kuala Sg Baru.  Berbuka dengan orang-orang di Kastam Linggi.  Ammar tak bawak yea.  tinggal bersama-sama dengan mil aku.  Asben kata x payah bawak ammar sebab tempat tue tidak berair cond.  Si ammar nie pattern lain tak bolehler panas sikit mahu mengamuk.  Kadang duduk bawah kipas angin pun berpeluh.

Perjalanan ke Kuala Sungai Baru boleh tahan jauhnya. Macam tuelah hari-hari asben aku pi koje.  Patutler dia kata penat.  Penat drive kot. :-)

Ini permandangan sepanjang perjalanan
Mama ajak adriana bergambar sebab mama dah boring...
Lagi kami bergambar...Tengoklah aku senyum..Menahan kesakitan akibat ulser yea..
Manalah tempatnya tak sampai-sampai...
Permandangan ke laut..
Hampir tiba ke destinasi aku teka..
Adriana dan papa...
Inilah tempatnya...
Tiba awal dalam pukul 7 bawak adriana pi main dekat playground...
Masa untuk berbuka...
Adriana makan dengan bersungguh-sungguh..Senang hati sikit bila dia makan
Tengoklah dia makan..Sebenarnya banyak main-main daripada makan!!
Inilah antara yang ada...
Aku tengok apa erk??
Posing!!!
Inilah kaunter bayaran restoran nie...motif aku snap picture nie??aku pun tak tau...:-0
Adriana main-main aku nak amik gambar dia..Pandai nak bergurau pulak...
Papa tengok anaknya makan ke main-main?Tak abis-abis makan...
Adriana makan bubur pulut hitam...
Aku sedang menonton tv pasal badminton
Last pic sebelum pulang adriana bergambar dengan kawannya...kalau jumpa semua kawannya..yang tak kenal pun adriana kata kawan dia..

Note>>Hari jumaat nie ada program berbuka dengan officemate aku pulak bahagian khidmat pengurusan jea..tapi tak tahulah aku dapat join ke tak...

~Bila Bibirku Kena Ulser...:-(~

Salam kepada semua readers...

Bismillah...
Mood aku ari nie sangat-sangat merudum akbibat ulser yang menyinggah di bibrku yang merah bak delima...kahhhhh...ayat tak boleh blah!Sakit yang amat nie..Sewaktu menulis blog nie masih terasa berdenyut-denyut..nyot..nyot...mak oi..pedihnya..


Hari nie dah masuk hari ke-2 aku terkena ulser nie.  Kisahnya terjadi ulser khamis lepas tengah baring-baring sekali adriana terhantuk kepalanya di bibir aku.  Selang beberapa hari terus jadi ulser nie.  Lagi satu mungkin sebab aku kurang minum air.  Masa aku mengandungkan ammar 9 bulan tak ada ulser.  Mungkin masa pregnant aku banyak minum air.  Sekarang nie jadi balik ulser nie.


Gambar nie bukan gambar aku yea.  Aku google jea.  Lebih kurang macam nielah ulser yang sekarang berada di bibirku...huhuhu.  Sepanjang ulser nie nak makan pun susah.  Sampai nak bercakap pun sakit.  Jadi buat beberapa hari nie aku akan bercakap menggunakan bahasa isyarat atau tulis kat kertas jea.  hehehe.. Jadilah pendiam sikit buat sementara waktu.

Apa-apa pun, walaupun sakit mood blogging tetap ada yea!!!!

Note>>Aku cuma sakit sedikit...terlalu sedikit diuji olehNYA...Ada orang lain yang mungkin lagi berat sakitnya dan lagi berat ujian pada dirinya...Sabarlah...

Note>>Ada seorang kenalan aku yang suaminya sedang berada di ICU sebab suaminya colleps masa 5 Ramadhan tempoh hari..Sampai sekarang masih belum sedar...Kesian padanya..Semoga dia tabah menghadapi ujian pada dirinya.  Semoga suaminya akan kembali sembuh..Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Sumber  Gambar>>>Google

~Dari Dapurku : Ayam Madu Lada Hitam~

Salam...

Tak ada apa nak diceritakan...Kali nie nak cerita pasal makan-makan dan masak-masak yang dikendalikan oleh diriku sendiri.   hah!!!ayat tak menahan.  Aku idakler pandai memasak.  Masak untuk diri sendiri dan untuk asben bolehlah.  Janji boleh telan dan sedap di tekak aku sendiri.  Suka jugak try masak benda-benda yang baru.  Ada jugak yang aku cari dalam resipi.  Makan benda yang sama pun kadang-kadang bosan yang amat!!!betul tak??

So, aku try masak Ayam Madu Lada Hitam.  Nie aku masak masa hari yang ke-5 kita berpuasa.  Dah jemu makan ayam masak merah.


RESIPI AYAM MADU LADA HITAM :
1 ekor ayam
4 ulas bawang putih, cincang kasar
1 labu bawang besar, potong setengah bulat
5 sudu makan madu
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
2 sudu teh lada hitam, tumbuk kasar
Daun bawang
Garam
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis

Cara-caranya :
1.  Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit aroma
2.  Masukkan ayam.  Kacau sehingga ayam empuk.  Perisakan dengan madu, sos tiram, kicap cair, garam dan lada hitam.  Kacau rata.
3.  Tuangkan air.  Kacau rata.  Masak sehingga pekat dan masukkan daun bawang.

Kawan-kawan bolehlah cuba yea..Lain tangan lain rasanya...
Selamat mencuba!!

~Kisah Hari Sabtu~


Assalamualaikum dan Selamat Pagi Isnin...

Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik daripada hari semalam.  Tak ada apa cerita menraik nak aku ceritakan.  Just nak cerita pasal hari sabtu aku dan my 3A.  Hari sabtu lepas kita orang berbuka di rumah abang asben.  Tapi gambar masa berbuka non ado.  yang aku snap gambar masa budak-budak main bunga api.  Hari sabtu lepas aku telah berjaya membuat cornflakes madu yea.  Dapatlah jugak sejenis kuih raya.

Jom layan gambar jea..Tak tahu nak tulis apa pagi-pagi isnin nie...Blur dah cuti 2 hari...

Inilah mereka yang sedang seronok bermain bunga api..

Itu adriana..Dia bukan panggil bunga api tapi dia panggil bunga raya sebab hari raya kan???hehehe
Eh, macam mana ammar boleh terlepas??ammar dengan busunya..

Ammar pun sibuk jugak...

Adriana tak berhenti main..

Masing-masing berebut bunga api...Nielah abg asben aku dan anak-anaknya

Note>>Nanti aku letak gambar cornflakes madu aku yea..alu sempat suruh biskut aku berposing..:-)