Sunday, December 30, 2012

~Sabtu Tanpa Entry~

Assalamualaikum..^______^

Selamat pagi ahad.  Sehari lagi untuk kita melangkah ke tahun baru.  Semalam tanpa satu entry pun sebab aku tidak berkesempatan untuk mengupdate blog ini.  Sibuk dari pagi hingga ke malam.  Itulah kisahnya.  Kisah sepenuhnya akan aku cerita di lain entry.  Pagi ini aku cuba menulis satu entry supaya tidak bersawang terlalu lama.

So hari nie sudah ahad.  Lagi sehari untuk ke tahun baru dan lagi dua hari sekolah akan dibuka.  Aku rasa sedikit teruja bila nak buka sekolah nie.  Teruja, risau, susah hati, gembira semua perasaan sedang menyelubungi diri aku.

Kenapa?Adriana akan ke tadika barunya untuk umur 5 tahun iaitu tadika cina Keh Seng.  Itulah yang timbul macam-macam perasaan.  Macam mana keadaan adriana nanti.  Boleh ke dia menyesuaikan dirinya nanti.  Itu part risau, yang part happy sebab nanti dia boleh menguasai bahasa cina dan boleh ajar mamanya.  Kot nanti pi mana-mana ada orang cina mengata aku boleh adriana kabo pada aku.  Heeee...





Aku harap agar akhir tahun dan pembuka tahun akan baik-baik sahaja.  Hari ini mahu merehat-rehatkan diri dan minda sahaja di rumah.  Lepak-lepak bersama anak-anak.  Ok bersambung lagi.





                                                                                                                       

No comments: