Pages

Friday, December 30, 2011

~Aku Sudah Tandatangan SBPA~

Akhirnya, aku sudah pun menandatangani borang opsyen SBPA dan opsyen pencen.  Opsyen pencen aku kekal pilih 56 tahun.  Rasanya itulah pilihan yang terbaik untuk aku.  Cukuplah kerja sampai 56 tahun.  Kalau ada pilihan 50 tahun mesti aku pilih.  :-) Bagilah peluang pada orang lain pula uuntuk berkhidmat dengan kerajaan.  Tak lalu nak kerja sampai 60 tahun.  Panjang umur harap dapatlah merasa duit pencen.  Waktu-waktu tue baiklah duduk di rumah.  Asben aku pilih 60 tahun.  Sedang eloklah aku pencen dulu daripada dia.

Masalah yang membelenggu dalam minggu ini mengenai SBPA sudah settle.  Hari ini cuti mahu merehatkan diri.  Kejap lagi nak pi rumah mak cik aku.  Hari ini kan cousin aku nikah.  Nanti sambung lagi.

Thursday, December 29, 2011

~Roti Nan Satu!!~

Roti nan makan bersama ayam tandoori tersangatlah sedap.  Kalau tak ada ayam tandoori memang tak lengkap bila makan roti nan.  Bila makan roti nan aku suka order cheese nan.  Memang dari dulu sampai sekrang ini jea yang aku suka.  Makan cheese selalu mana tak gemuks kan.  Asben aku pulak suka makan garlic nan.  Tapi mesti ada ayam tandoori hokey.

Minggu lepas minggu makan roti nan.  Asben aku asyik-asyik nak makan roti nan.  Layankan jealah.  Sebelum nie aku pernah buat entry pasal roti nan di SINI.  Tempat kita orang selalu lepak untuk makan roti nan adalah dekat Restoran Pak Putra.  Ada sesiapa pernah makan di sini??Memang ramai giler orang.  Lebih-lebih lagi kalau hujung minggu.

Inilah order aku.  Cheese nan aku.

Ammar leka tengok apalah agaknya.  Mulutnya comot makan biskut.

Apalah yang 2 beranak ini bualkan.  Asben aku order garlic nan kot.  Aku pun dah lupa asben makan apa malam tue.  Roti nan satu!!!Terbaeekkkk..


~Hari Terakhir Aku Bekerja~


Hari ini adalah hari terakhir aku bekerja pada tahun 2011.  Esok aku cuti kakak sepupu aku menikah.  Sempatlah aku menyiapkan segala kerja-kerja yang urgent terutama sekali mengenai SBPA.  Selagi tak settle memang pening kepala.

Oklah.  Mahu pulang.  Minggu depan 5 Januari 2012 baru naik keje.  Hari selasa kena cuti sebab mak aku checkup.  Anak-anak non ado orang yang jaga.  Hari rabu pula nak hantar adriana ke tadika.  Macam manalah gaya dia ke tadika.  Tunggu....

Sekian untuk entry kali ini.  Nanti sambung lagi entry untuk penghujung 2011 sebelum kita melangkah ke tahun baru 2012.

~Novel Yang Terkini Aku Baca~

Ini cerita 2 minggu lepas.  Dah agak suam-suam basi.  Hehehe.  Tapi sebab aku dah amik gambarnya maka nak juga buat entry.  Tak sempat nak post entry ini sebab masa tue aku tak sihat.

Tak ada nak cerita apa pun yang menarik.  Cuma nak cerita mengenai novel nie.  Novel yang terkini aku baca yang bertajuk 'Sesuci Kasih Seorang Isteri' ditulis oleh Azie Tyea.  Pinjam daripada officemate aku, Zila.  Yang lebih menarik orang lain boleh habis baca 1,2 hari tapi aku baca seminggu pun susah nak habis.  :-(

Novel nie memang best jalan ceritanya.  Tapi kekangan di rumah lebih banyak untuk aku menghabiskan baca novel nie dalam masa yang singkat.  Aci tak alasan aku?Apa-apa pun aku sudah selamat mengkhatamkan novel nie.  Masa aku tidak sihat tempoh hari dapatlah jugak baca novel tue sebab dok baring-baring jea kan.  Adalah excuse untuk berehat sebab tidak sihat.

Inilah cover depan novel 'Sesuci Kasih Seorang Isteri'.

Ini belakang novel tersebut yang ditulis bait-bait mengenai novel tersebut.  SESUCI KASIH SEORANG ISTERI...luahan hati dari kaca mata seorang suami yang berhadapan dengan dugaan hidup di alam rumah tangga.  Luahan hati yang bisa menyentuh perasaan anda...

Moral of the story : Orang lain boleh habiskan baca novel nie 1,2 hari.  Aku makan masa sampai seminggu.  Jadi janganlah berangan untuk nak sambung belajar.  Buku kemana aku kemana.  Kahhhhhh.  Simpan ajelah cita-cita itu yea.


~Hari Ini Episod Akhir~

Siapa yang mengikuti cerita nie?Sudah pasti aku mengikutnya.  Bila dah tengok sekali mesti nak tahu cerita untuk episod yang lain.  Nak-nak bila pelakon dia Adi Putra.  Taklah minat sangat.  Bila dah ikut macam nielah jadinya.  Tepat pukul 7 mesti dah duduk depan tv.  Hari ini episod akhir cerita Tentang Dhia.  Apa agaknya kesudahannya?Tak sabar nak tahu apa kesudahannya.  Kesian pada Dhia.  Sama-samalah kita nantikan petang nie.  Selamat menonton!!!
 

Wednesday, December 28, 2011

~Sticker Kereta~

Saje order sticker kereta nie kat kawan aku.  Memandangkan suaminya memang buat sticker aku naklah sticker yang ada nama adrianammar.  Comel pulak kartun yang dia letak pada sticker ini.  Suka pulak aku tengok kartun tue.

Inilah sticker kereta yang aku beli tue.  Comel tak?Suka sangat-sangat.

Sticker nie sudah pun dilekatkan pada kereta.  Inilah penumpang kecil dalam kereta ini iaitu Adriana dan Ammar.  Pada sesiapa yang berminat nak order bolehlah order pada beliau di FB.  Ini namanya Ajul Stickerdesign.  Bolehlah add beliau di Facebook yea.  Iklan tidak berbayar yea. :-0  Sekian, terima kasih.


~Majlis Persandingan Di Muar~

Bersambung kisah dari SINI.  Jumaatnya, kami semua ikut ke Masjid Kampung Hulu untuk menyaksikan pernikahan mereka.  Ahadnya pula 25 Disember 2011 kami seangkatan segerombolan ke Muar pulak.  Menjadi orang sebelah.  Malamnya, iaitu hari malam berinai aku tak pegi sebab aku kena bertugas hari tue.  Maklumlah kan saya yang menurut perintah!!SYMP!!!!

Oklah berbalik kepada tajuk sebelum aku merapu ke lain, aku pegi 3 beranak jea.  Asben aku koje.  So, aku ikut adik aku.  Adik aku jemput aku di rumah jam 12 tengahari.  Berjanji dengan kakak sepupu aku, Kak Wati di Lebuh Raya AMJ dekat simpang Merlimau.  Berkonvoilah kami semua ke Muar.   Zassssss....

Sampai Muar lebih kurang pukul 1 lebih.  Biasalah kan kalau dah ramai-ramai mesti drag masa.  Berarak pukul 2 petang.  Nasib ammar behave so good hari tue.  Adik aku yang jaga ammar.  Dia yang dukungkan semua.  Bak kata anak buah aku 'Mamang practise.'  Jom kita tengok gambar untuk menceritakan sepanjang yang berlaku pada hari itu.

Kami baru sampai.  Tumpang duduk di rumah singgah berhadapan rumah pengantin perempuan.
Kami bertiga.  Adriana entah ke mana.
All of us!!!Sangat happening bila semua ada.
Antara gambar-gambar yang mereka amik.  Naik juling mata aku mengedit gambar nie.
Me and my cousin.


Bergambar dan bergambar.  Inilah jadinya bila masing-masing gila bergambar termasuklah aku!!:-)
Inilah kami semua perempuan-perempuan yang terdiri daripada mak dan anak.  Hikhikhik..

Gambar sebelah kiri kakak sepupu aku bersama Adibah, anak no 3.  Gambar sebelah kanan kak wati dengan asbennya.
Pengantin sudah mula untuk diarak.
Inilah rombongan daripada pihak lelaki.

Gambar-gambar di atas kami semua diarak dan sibuk bergambar sambil berarak.  Pengantin perempuan keluar untuk diarak bersama pengantin lelaki.

Pengantin perempuan sudah pun keluar dan menyambut kedatangan pengantin lelaki.
Dua mempelai ini diarak menuju ke pelamin.
Pengantin bersanding di atas pelamin.
Inilah baby sitter aku pada hari itu.  Hehehe..
Bila pengantin di atas pelamin, mulalah sesi menepung tawar.
 
Kami semua sedang enak menjamu selera.
Selepas bersanding, pengantin dibawa untuk majlis makan beradat.

Bakal mama dan papa tahun 2012!!!!Dan aku akan jadi makcik hokey.
Akhir sekali, sebelum pulang request daripada kami untuk bergambar bersama pengantin.  Ingat nak bergambar dekat pelamin tapi bila tengok pengantin belum sudah makan kita orang bergambarlah di sini.  Jadilah, janji ada kenangan bersama pengantin.  Seronok sangat.  Tak sabar nak tunggu jumaat nie pulak pernikahan kakak sepupu aku pulak dan hari sabtunya kami semua akan berjimba-jimba di Tom Yam Klasik, Melaka.  Zassssss...Oklah cukup di sini dulu entry ini.  Aku gagahkan jugak mata ini padahal sudah mengantuk.

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT
LAN DAN ANIS

Semoga berbahagia selalu dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Note>>Entry ini ditaip pada lewat malam tadi. 

 

Sunday, December 25, 2011

~Hari Pernikahan Sepupu~

Jumaat, 23 Disember 2011 adalah hari pernikahan sepupu aku.  Minggu depan 30 Disember 2011 kakaknya pulak nikah.  So aku half day memandangkan cuti aku sudah berada di tahap yang kritikal.  Sepupu aku dinikahkan di Masjid Kampung Hulu, Melaka bersama pasangannya Anis.

Bila dah berkumpul sepupu sepapat ikan sepat nie memanglah gamat.  Memandangkan nikah di masjid kenalah menjaga kesopanan memasing yea.  Kalau kat rumah sudah riuh nie.  Time keje kawinlah baru kita dapat kumpul rama-ramai.  Aku memang suka moment cam gini.

Oklah seperti biasa mari kita layan gambar sepanjang majlis akad nikah berlangsung.  Gambar mesti ada kan.  Kali nie gambar banyak sebab mereka-mereka yang berkenaan telah memenuhkan kamera aku dengan gambar-gambar mereka sampai aku sendiri pening nak milih.  Tuan kamera pun tak banyak gambarnya. :-)

Kami baru sampai.  Menungu untuk majlis akad nikah.  Ammar tengok mana pulak tue.

My mom dan my cousin, Kak Wati.

Inilah makcik-makcik aku.  Yang bertudung ungu adalah mak pengantin lelaki (sepupu akulah).

Inilah pengantin perempuannya.

Masa nie tak tahu apa yang berlaku.  Anak buah aku yang jadi jurukamera.  Aku sibuk melayan ammar.

Inilah cousin aku yea.  Muka nervous jea.  Kahhhhhh.

Kenapa pulak adik aku tue?Sebelah cousin aku yang berbaju ungu tue adik aku. 

Ammar Qayyum.  Masa nie ammar masih segar bugar.  Padahal mak aku kata dia tidur kejap jea.

Inilah budak-budak yang suka bergambar.

Masa nie lafaz nikah sedang dijalankan.  Hanya dengan sekali lafaz mereka sah sebagai suami isteri.

Aku dan anak buahku.

Masa nie ammar sudah mengantuk.  Dia dah mula merengek-merengek.

Muka mereka lagi.  Hehehe..

Kak wati dan mak cik kami.

Upacara batal air sembahyang.

Anak buah aku dengan nenek sedara muda.  :-)

Pose-pose menarik daripada mereka.

Mereka lagi.  Anak aku pun memang suka bergambar.

Mereka lagi.  Kena letak gambar besar skit nanti dia orang bising.  Penat amik gambar aku letak gambar banyak-banyak.  Tengok kat blog jealah wei malas nak upload kat fb.

Ini pangkat mak-mak gitu.  Gemuk pulak aku dalam gambar nie.  Yang berdiri tue kakak sepupu aku yang minggu depan nikah.

Aku join pulak bergambar dengan mereka lagi!!

Hari tue ammar didukung oleh ramai orang.  Pass-pass pulak.  Tapi ammar bukan nak orang.  Meraung ok. Kena panas sikit enjin dia baru dia mahu.  Tapi air mata bertakung jealah.  Jangan nampak muka aku!!

Lepas settle di masjid, mak cik aku ajak pi rumah dulu sebab nak bincang pasal malam tadi.  Malam berinai sape yang nak pegi.  Aku memang tak dapat nak pegi sebab aku kerja jaga bilik gerakan banjir.

Masing-masing serius mendengar arahan-arahan.

Sedang memberi taklimat.  Hehehe..Nak tunggu pukul berapa, nak naik berapa kereta. Malam berinai akan ke Muar.

Last gambar di rumah makcik bersama bakal pengantin.

Lepas tue kami ke rumah kak sepupu aku, Kak Wati saje nak tengok mak long aku sebab tak sihat.  Hari tue hidung mak long aku ada masalah.  Alhamdulillah, keputusan makmal dah dapat bukan kanser.  Syukur sangat-sangat.  Doktor kata ia cuma ketumbuhan biasa.  Gambar mak long aku ada di SINI.  Oklah sekian.  Hari ini kami ke Muar jadi orang sebelah.  Nanti update next entry untuk cerita seterusnya.

Nota>>Entry ini auto published.  Aku buat masa kerja semalam.