Showing posts with label Pregnancy Stories. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy Stories. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

~Kisah Aku Tahun Lepas~

Ini gambar tahun lepas.  Perkara yang tidak dapat aku lupakan.  Ceritanya ada di SINI.  Kenangan duduk di hospital.  Tak pernah terfikir yang aku akan masuk hospital lebih awal.  Ingat masuk hospital untuk terus bersalin aje tapi sebaliknya.  Hari aku checkup di Klinik O&G doktor suruh aku admit petang tue sebab doktor takut aku sakit di rumah memandangkan keadaan baby yang melintang dan tali pusat di bawah.

Perkara pertama bila aku dapat tahu yang aku kena masuk wad adalah menangis!!!Bak kata asben aku masuk wad nangis, tengok cite nangis, itu nangis, ini nangis.  Biasalah aku nie ala-ala neng yatimah kan.  Jiwa sensitif gitu.  Kahhh..Aku nangis bukan sebab apa pun.  Masa tue terfikirkan Adriana.  Kesian dia.  Macam mana keadaan dia bila aku tak ada.  Selalukan berkepit dengan aku aje.

Aku admit wad 14 Februari 2011.  Dapat keluar wad 18 Februari 2011 setelah doktor scan baby telah pusing ke bawah.  Bila dapat tahu baby aku dah pusing.  Doktor kata berdoa supaya baby tak pusing lagi.  Kalau dalam masa 2 hari baby di kedudukan asal aku sudah boleh balik.  Yeahhhhh...

Hari-hari nangis ok masa duduk kat hospital.  Nak-nak bila asben mms gambar adriana bila kat rumah.  Tengok gambar adriana pun aku nangis.  Bila adriana telefon aku, letak aje telefon aku nangis.  Bila petang time asben datang bawak adriana aku seronok.  Tapi bila time dia orang nak balik tue nangis lagi.  Tapi bila orang dah baliklah yea.  Nasib ada kakak sebelah katil tue.  Dia lagi lama kena dok hospital sebab uri bawah.  Duduk bilik 2 orang jea.  Dia pandang aku, aku pandang dia.  Itulah kerjaan aku sepanjang 5 hari di wad.  Menangis, menangis dan menangis.  

Hari-hari cakap dengan baby suruh dia pusing.  Mama tak mau duduk hospital lama-lama.  Mama nak balik.  Kesian kakak kat rumah.  Doktor kata kalau baby tak pusing jugak kena cari alternatif lain pulak.  Aku cuma memikirkan pasal operate jea.  Kadang hati kata nak operate, operate ajelah.  Lepas tue lain pulak fikiran yang datang.  Harap-harap jangan operatelah nak bersalin normal.  Habis semua orang aku sms tanya pasal operate.  Sakit ke tak?Macam mana gambarannya?

5 hari duduk di hospital aku dah boleh hafal rutin harian doktor dan nurse datang merawat pesakit.  Itulah pengalaman yang tidak dapat aku lupakan.  Sangat-sangat boring.  Orang sihat pun boleh jadi sakit bila duduk hospital.  Itu ajelah kisah aku pada tahun lepas.  Tinggal lagi beberapa hari jea lagi Ammar akan melangkah ke 1 tahun.









Tuesday, March 8, 2011

~7 Mac 2011 Sepatutnya Due Aku~

Muhammad Ammar Qayyum

7 Mac 2011...Sepatutnya semalam adalah due aku bersalin...
tapi sape sangka dan siapa tahu kuasa tuhan..
Muhammad Ammar Qayyum menjengah dunia awal 2 minggu.
Apa-apa pun aku sangat bersyukur kerana semuanya sudah selamat.
daripada aku terfikir-fikir macam manalah aku bersalin...
dapat bersalin normal ke atau operate?

sekali lagi, aku bersyukur kerana semuanya telah selamat..
tarikh yang mendebarkan telah pun aku lalui..
saat-saat itu telah aku tempuh..
memang pengalaman yang sangat berbeza...

Note>>Bilalah nak mengarang pengalaman bersalin aku nie???

Sunday, March 6, 2011

~5 Hari Aku Di Wad~

Cerita kesinambungan daripada entry ini...pasal kandungan aku yang songsang. seperti temujanji 14/02/11 aku kena refer klinik O&G mengenai kandungan aku.  seperti yang tidak aku sangka aku disuruh masuk wad atas sebab-sebab baby aku breech dan tali pusatnya di bawah.  doktor takut aku sakit or pecah air ketuban di rumah.  takut tali pusat turun dulu yang boleh membahayakan baby aku.

so macam menyerah diri jealah masuk wad.  aku pergi klinik O&G pagi tue dan petangnya aku kena masuk wad.  redhalah nak buat macam mana kan...

bila dah masuk hospital semua serba tak kena..aku risau kalau baby aku tak pusing nampak gaya macam kena operate jea.  semua orang aku tanya, sms pada kawan-kawan yang pernah operate nie.  aku nie jenis penakut.  kalau dah duduk hospital orang sihat pun boleh jadi sakit.  kejap2 doktor datang cek, nurse datang amik tekanan darah, cek jantung bb.

lepas tue aku asyik kena scan nak tengok kedudukan baby macam mana.  aku masuk hospital ari isnin.  hari selasa scan kedudukan baby masih tidak berubah.  setiap malam, setiap saat aku berdoa agar baby aku pusinglah ke bawah..memang aku tersangatlah risau.

hari rabu tak silap sebelah petang doktor pakar datang dia cek kata kepala baby da pusing ke bawah.  start dari tue dok bercakap dengan baby jangan pusing-pusing lagi.  doktor kata kena pantau 48 jam.  maknanya 2 hari lagi kena duduk hospital.  kalau baby tak pusing aku boleh keluar wad.  yeah aku boleh balik jumpa adriana.  duduk kat hospital aku asyik dok bergenang air mata terpikirkan adriana kat rumah.  aku masuk hospital dia pun demam. kesian dia...

hari jumaat tue, seperti biasa doktor pakar datang cek aku lagi.  kes aku nie doktor panggil 'unstable lie'.  doktor kata baby aku sudah berada di kedudukannya.  gembiranya hati aku...so, doktor kata tengahari tue aku da boleh balik rumah.  happy yang amat sangat...memang dalam pikiran isnin tue aku boleh pi kerja nak siapkan kerja-kerja aku.

Note>>5 hari aku duduk hospital....memang aku disuruh rehat2

Note 2>>Lepas nie kisah aku masuk hospital balik....

Wednesday, February 9, 2011

~Checkup 36 Weeks Dan Ke Klinik O&G~

Semalam (08/02/2011) aku ada checkup untuk 36 weeks di Poliklinik Peringgit..  Semalam checkup seperti biasa cuma kedudukan baby aku jea yang tak ok..baby aku songsang plak..last checkup baby aku da berada di kedudukan yang betul.  semalam bila nurse check kata baby aku songsang.

Jadinya nurse suruh aku jumpa dengan doktor untuk rujuk kes aku nie.  seperti biasa doktor suruh aku baring.  mula-mula doktor rasa-rasa cam dia kata kepala kat bawah..pas tue doktor kata kita scan...bila scan kat bawah memang tak nampak apa..sekali kepala baby di atas yea..maknanya baby aku songsang.  doktor sampai cakap 'Oh my god'..aku pun jadi risau ler..lama-lama doktor tunjuk kat aku masa dia scan..

so, doktor kata dia akan bagi surat untuk aku refer ke Hospital Besar.  tadi pagi aku ke Klinik Pakar O&G lah..Pegi tadi pun just nurse bagi tarikh appointment jea.  Aku kena datang balik ke O&G isnin nie iaitu 14/02/2011.  So aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya. 

Next checkup aku pun pada hari sama isnin nie..jadi aku kena pi O&G dulu...apa-apa pun kita nantikan apa yang akan diperkatakan oleh doktor.  doakan aku yea kawan-kawan...

Note>>kalau boleh biarlah aku dapat bersalin secara normal...tapi kalau ini ketentuannya sapelah kita untuk menolaknya. janji semuanya selamat...Amin


Wednesday, February 2, 2011

~Akhirnya Aku Pilih Set Bersalin Ini~

Salam..masih ingat lagi tak pada entry nie? Inilah kesinambungan daripada entry tersebut dan secara tak langsungnya aku telah membuat pilihan mengenai produk set bersalin yang akan aku gunakan sewaktu dalam pantang.  Akhirnya aku telah memilih Set Bersalin ini...Aku rasa confirm dan keputusan aku adalah sangat2 muktamad..:-)

Malas nak pikir panjang-panjang.  Apa salahnya kali nie aku cuba set ini pulak...Ini bantuan daripada seorang sahabat blogger aku iaitu JUE.  dia adalah pengguna tegar Set Bersalin Tropical Herb Amway nie...


Set nie aku akan beli secara online jea...aku beli daripada JUE jugak..Aku berharap kali nie aku akan berpuas hati bila menggunakan produk ini dan menampakkan hasil yang memberansangkan pada aku...hehehe

Mengenai produk ini, aku adalah search dekat internet...Ini serba- sedikit mengenai produk Set Bersalin Tropical Herbs Amway.

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat & mudah.

* Sistem komphrehensif ini mempunyai 10 komponen herba yang diguna selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin. Bengkung Lepas Bersalin PERCUMA juga ada dimasukkan dengan setiap pembelian set ini.

* Ini adalah rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Islam untuk membantu pemulihan ibu baru semasa pantang.

Ciri-ciri dan Faedah

* Lengkap dan mudah.
Memberi penyelesaian mudah. Segala yang anda perlukan ada dalam pek ini. Penyediaan minimum diperlukan kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia diguna.

* Keberkesanan Terbukti.
Herba-herba yang diguna telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik.

* Herba-herba yang distandardkan.
Mengguna ekstrak bahan aktif herba yang distandardkan untuk kualiti dan konsistensi rumusan.

* Tiada pewarna dan perasa tiruan atau pengawet yang ditambah.

* Kapsul sayuran. Minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan.
Produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang mempunyai larangan agama.
 

* Pengilang herba bertauliah.
Dengan pengalaman bertahun-tahun di bidang pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK/DCA) untuk Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)


Kandungan Set Bersalin Tropical Herbs Amway

Untuk dimakan:

Teh Herba ( 10 uncang )
Lepas Bersalin 1 ( 60 kapsul sayuran )
Lepas Bersalin 2 ( 80 kapsul sayuran )
Untuk Kegunaan Luaran:
Herba Pembersih Wanita ( 20 uncang )
Herba Mandian ( 20 uncang )
Minyak Urut Herba ( 20 paket )
Minyak Bayi ( 60 ml )
Campuran Peramping Perut ( 20 paket )
Campuran Penghangat Badan - Param ( 15 paket )
Campuran Penenang - Pilis ( 15 paket )

Bengkung diberi PERCUMA

Note>>Sesiapa yang berminat dengan produk ini bolehlah hubungi JUE yea...


Tuesday, February 1, 2011

~Kandunganku Sudah 35 Minggu~

Kejap jea aku da masuk 35 minggu...pelbagai perasaan dirasakan ketika ini.  teruja nak sambut orang baru pun ada...takut pun ada, berdebar-debar pun ada..ingat lagi tak pasal entry ini?entry kali nie kiranya sambungan daripada kisah entry ini...

Last week 24 Januari 2011, aku ada checkup untuk 34 minggu...memang ler aku pegi ke klinik dalam keadaan risau yang amat sangat.  yelah sebab last checkup kan doktor kata baby aku melintang masih belum berpusing dan duduk pada tempatnya..betul ke apa yang aku terangkan??so, doktor kata kalau next checkup keadaan baby masih seperti itu aku kena refer ke Hospital Besar Melaka.  owh sangat merisaukan...

Tapi alhamdulillah...bila nurse tekan-tekan perut aku, aku puntanyalah baby da pusing ke?nurse kata da..nurse pun tekan kat bawah dia kata rasa tak?ini kepalanya...Oh..aku sangat lega ketika itu...

So, aku sangat-sangat lega baby dah berada di tempat yang betul....Alhamdulillah...:-)


Aku harap semoga baby 'A' akan berada di kedudukan ini sehinggalah bersalin nanti yea...Amin....

Note>>Jangan merisaukan mama ya baby...

Monday, January 31, 2011

~Persiapan Untuk Baby~

Rasanya tinggal sebulan jea lagi aku akan bersalin..kalau ikut tarikh due aku 7 Mac 2011...Mana tahu kan terbersalin awal kan..sape tahu???Persiapan baby??aku pun tak tahu da siap sepenuhnya atau tidak..kali nie tidaklah membeli-belah sangat. ada jugak baju-baju adriana yang masih boleh dipakai..ada jugak beberapa helai baju yang aku beli baru dan diambil dari stor SweetLovelyShoppe jea...

Ini recycle jea...adriana punya nie..masih elok lagi barut nie
Yang ini baru..ada yang dibeli masa JCard dan ada yang diambil dari stor SweetLovelyShoppe
Yang nie pun recycle...kepunyaan adriana...
Inilah sebahagian barang-barang yang aku da siapkan
Kena letak dalam box nie dulu...nnti ada orang tukang kemas2 kan...sape lagi kalau bukan adriana...

Note>>Aku rasa aku da dapat keputusan nak guna set bersalin apa...

~40 Mingguku Yang Indah~

Ini adalah jadual 40 minggu ku...Bila tengok balik aku da masuk 35 minggu..kejap jea masa berlalu...pelbagai perasaan sekarang nie..teruja nak smabut orang baru...takut pun ada..berdebar-debar pun ada...Ini aku amik dari majalah PAMA...
sumber diketahui dari JUE


Inilah hari-hari yang aku lalui sepanjang tempoh kehamilanku...Due date aku kat sini 5/3/2011..Kat buku merah aku due date 7/3/2011..

Note>>Sangat kelam-kabut menguruskan hal rumah..harap settle sebelum aku bersalin..huhuhu


Tuesday, January 11, 2011

~Checkup 32 Weeks Yang Sangat Merisaukan~

Semalam aku checkup dekat Poliklinik Peringgit seperti biasa.  Semuanya ok cuma kedudukan baby jea yang melintang...Nurse kata baby belum pusing turun ke bawah.  Tapi aku adalah bertanyakan kepada nurse samada baby boleh pusing lagi atau tak..nurse kata boleh..So, aku kena jumpa doktor.  Doktor pun scan dan kata baby aku melintang..tapi bila da doktor kata macam tue sape yang tak risaukan???Kena tunggu next checkup for 34 weeks...kalau masih begini doktor akan rujuk ke GH.  Ini yang sangat merisaukan aku..Aku harap biarlah baby akan pusing ke bawah.  Kalau boleh aku nak bersalin secara normal.

Tarikh LK : 10 Januari 2011
Tempoh Hamil : 32 weeks
 
Urine : Normal
Glucose : Nil
Berat : 59kg
(naik 1kg dari 2 minggu lepas)
HB : 11.6g/dl
 
BP : 110/70
General Condition : Normal
Kaki Bengkak : Tak Ada
Jantung Baby : 140 bpm


Nasihat daripada nurse :
  • teruskan pengiraan carta pergerakan anak
  • persiapan pakaian bagi keperluan bersalin di hospital
  • jagaan jaundis di kalangan bayi baru lahir.
Keputusan MGTT :
NORMAL

Next Appointment : 24 Januari 2011

Note>>Harapan aku agar semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya...InsyAllah..AMIN


Friday, January 7, 2011

~Saya Selalu Lupa Buat Homework~

Salam..tajuk di atas macam budak sekolah jea kan??hehehe....bila da masuk kandungan 7 bulan mulalah nurse bagi homework kat kita.  Da kena buat carta pergerakan anak....Aku da pun mula mengira pergerakan baby..Bila cukup 10 pergerakan kena tanda...kadang-kadang bila dekat ofis da leka buat kerja sampai terlupa nak kira.  tapi kita masih boleh agak baby aktif atau tak kan??

kadang aku agak-agak jea tanda bila da terlupa..kalau pergerakan kurang daripada 10 sampai pukul 9.00 malam, nurse pesan suruh pi hospital yea..
Inilah hasil kerjaku...Mengira pergerakan baby yang telah aku lakukan..
kenalah buat sampailah bersalin yea...

Note>>Barang-barang untuk dibawa ke hospital belum kemas pun...da kena ke??
da lupalah bila boleh kemas..

Wednesday, January 5, 2011

~Set Mana Yang OK Dan Menjadi Pilihan~

Salam semua..petang-petang baru boleh nak update blog nie sementara tunggu asben aku datang amik aku di ofis yea..Al-maklumlah aku kan tak berani nak drive.  kalau berani drive da lama aku pecut balik umah sendiri..tak payah tunggu-tunggu.

oklah berbalik kepada tajuk aku di atas, aku sedang memikir-mikirkan set bersalin mana yang OK untuk aku gunakan ketika masa berpantang nanti?Ada sesiapa yang boleh memberi pendapat kepada aku?

aku nak cari set bersalin yang bagus, menjimatkan dan berkesan bile aku menggunakannya.  masa aku berpantang anak 1st dulu aku gunakan set bersalin Sendayu Tinggi..tapi yang menjadi kelemahan pada aku ubat jamunya banyak sangat.  lagi satu bila aku start makan jamu tue tak sesuai dengan aku sebab badan aku jadi gatal-gatal.  so, ubat tue tak abis makan pun..aku just guna minyak dan rempahnya saje..da kira membazir jugak aku masa tue.

Ini antara set bersalin yang dicadangkan oleh kawan-kawan yang aku mintak pendapat mereka.  tapi kalau sendayu tinggi aku tak boleh guna da..memang tak sesuai dengan aku..

Sendayu Tinggi
Mustika Ratu
Tropical Herbs Amway
Nona Roguy
Image from google

Pening gak bila nak buat pilihan nie..tak tahu nak pilih yang mana?  apa yang pasti aku nak beli set bersalin yang bagus, berkualiti, harga pun biarlah yang murah dan menjimatkan mengikut budget dan kemampuan aku...aku ada jugak tertarik dengan 2 produk bersalin nie bila aku baca testimoni mengenai produk tersebut tapi masih lagi dalam proses pemilihan.

aku harap pada sesiapa boleh membantu...aku nak yang biarlah kita guna kita mendapat kepuasannya.  jangan nanti beli mahal-mahal tapi kita tak puas hati kan??biarlah kita beli yang bagus untuk tubuh badan kita sihat sepenuhnya luar dan dalam..

Note>>Tak suka kalau bab-bab nak kena buat pilihan...

Tuesday, January 4, 2011

~Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya~

Jom Baca Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya...

Tajuk Buku : Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya
Pengarang : Kumpulan Penyusuan Susu Ibu WP Putrajaya dan Kuala Lumpur
Bil. Muka Surat : 54ms

Aku beli buku nie 2 bulan lepas rasanya.  aku beli secara online di EnjoyBreastFeed.  Harganya pun tak mahal.  Cuma RM10 jea.  Ini sebagai panduan bagi aku untuk cuba fully bf kan 2nd baby aku nie..  Sejak pregnantkan 2nd baby nie aku memang menanam azam untuk cuba fully bf kan 2nd baby aku nie.

Dulu masa adriana sempatlah bf tapi tak lama sebab kurangnya ilmu mengenai bf nie..kesian adriana..kadang memang rasa terkilan.  Maafkan mama yea..Jadi for the 2nd baby memang aku menanam azam untuk memberi fully bf...InsyAllah...mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar..apa yang penting aku perlukan sokongan sepenuhnya daripada asben dan keluarga.

Cover depan
Cover belakang

Ini antara muka surat yang terkandung di dalam buku tersebut...Sebagai permulaan untuk aku bolehlah dijadikan panduan serba sedikit mengenai dunia penyusuan susu ibu ini...
Terdapat pelbagai panduan penyusuan susu ibu yang terkandung di dalam buku ini.  Antaranya adalah :

1)  Penyusuan Susu Ibu
2) Latihan Memerah
3) Panduan Am Cara Menyimpan Susu Perahan
4) Cara Memberi Perahan Susu Ibu

So, pada sesiapa yang baru nak mengetahui mengenai panduan penyusuan susu ibu ini boleh cuba untuk dapatkan buku ini sebagai panduan.  Apa yang aku harapkan supaya aku berjaya dalam misi aku kali nie..Aku sangat teruja bila tengok ibu-ibu yang dapat mengumpul stok-stok susunya.  sekarang nie aku memang rajin surf internet untuk mencari maklumat mengenai bf nie..tanya kawan-kawan yang bf kan anak-anaknya.  ada jugak di kalangan blogger yang menjadi sumber inspirasiku..sekarang nie aku kerap bertanyakan kepada Mai mengenai bf nie sebab sekarang dia pun sedang bf kan anaknya...Time kasih yea mai kerana sudi menjawab kepada segala persoalan saya..apa-apa pun terima kasih di atas bantuan kengkawan semua...Kalau ada kawan-kawan yang mahu berkongsi pengalamannya pun saya amat seronok sekali.

Note>>Kalau ada salah saya menulis mengenai bf nie harap dimaafkan yea..
saya budak baru belajar..

Monday, January 3, 2011

~Belum Ada Idea Nak Letak Nama Apa~

Pejam celik tinggal tak sampai 2 bulan lagi aku akan bersalin...rasa nervous dan takut mula menguasai diri ini.  da pernah rasa sakit bersalin.  dok pikir macam-macam..macam mana nanti nak meneran?boleh ke aku nie meneran?yelah dulu masa bersalinkan adriana aku vacuum sebab da tak larat nak meneran...ngee ngee ngee...

bila fikir-fikir balik aku dan asben belum fikir pun lagi nama untuk our 2nd baby nie...nak bagi nama apa yea??buntu pulak dok fikir nama nie...yang pasti namanya mesti mula dengan MUHAMMAD since kita orang da tahu baby nie baby BOY...

nanti mesti jadi macam kes adriana..nama NUR ADRIANA QISTINA bukan nama yang aku dan asben listkan panjang berjelar di dalam kertas..tuelah nama yang terpacul bila adriana kuar...tengok muka jea terus bagi nama tue..tapi nama Qistina memang asben aku yang beria-ia nak letak..sampai gaduh2...hehehe...pada mulanya dapat gak tentangan dari orang tua..yelah dia orang kata susah nak sebut nama QISTINA tue..



Nie ada beberapa nama yang kawan aku, JUE tag dekat fb...
akak pinjam yea jue...




Jomlah pilih nama anak bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak...

Seperti yang kita tahu, nama itu penting sebab nama itu adalah identiti dan nilai diri bagi seseorang.  Kita harus memilih nama yang baik-baik untuk anak-anak kita.  Disunatkan memberi nama anak pada hari ketujuh kelahirannya. 

Saya ada search mengenai pemberian pemberian nama ini yang menerangkan

"Pemilihan nama yang baik untuk anak-anak adalah merupakan satu perkara yang amat penting. Ia adalah antara perkara yang mulamula diberi perhatian bagi anak yang baru lahir, malahan sejak ia masih dalam kandungan lagi, para ibu bapa sudah mencari dan memilih nama yang akan diberikan kepada anak yang bakal dilahirkan.

Islam mengambil berat tentang nama yang akan dipilih untuk anak yang baru lahir kerana ia mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seseorang.

Nama merupakan simbol khusus yang dapat membezakan seseorang itu dengan orang lain. Dengan nama itu dia akan dikenali, dan dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari kiamat kelak. Selain perkara-perkara sebagaimana di atas, nama juga dapat mempengaruhi keperibadian atau mencerminkan sifat orang yang empunya nama. Ini kerana besar kemungkinan berlaku penyesuaian antara nama dan keperibadiannya apabila seringkali namanya itu disebut ketika memanggilnya.

Mempunyai nama yang baik juga akan menyebabkan seseorang itu timbul rasa malu untuk melakukan sesuatu yang boleh memburukkan namanya yang baik itu. Dan dari rasa malu itulah, ia mampu menyedarkan dirinya untuk terus berusaha memperbaiki akhlak dan keperibadiannya kepada yang lebih baik lagi dari sebelumnya, agar namanya yang baik akan terus terjaga sampai bila-bila.

Oleh yang demikian, pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud atau makna yang baik, agar peribadi anak tersebut bersesuaian dengan nama yang diberikan kepadanya."
(sumber daripada halaqah.net)

Apa yang pasti biarlah nama itu senang nak sebut dan mempunyai makna yang baik....setakat nie nama yang aku nak pangkal A...

Mungkin aku akan letak Muhammad A..... Q......
( macam kakaknya Adriana Qistina)

Macam-macam nama baby boy yang bermula dengan huruf A nie...

Aiman - yang bertuah, keberkatan
Aqil - belajar, terpelajar
Ammar - yang memakmurkan, yang kuat iman
Alif - yang rapat
Adam - nama nabi, ikutan, teladan
Afiq - yang mulia

Pening gak nak fikir nie...tak pe ada masa lagi...misi mencari nama nie harus dipergiatkan lagi...ada sesiapa yang boleh bagi idea...

Note>>Kena tengok muka baby baru dapat idea kot...


Thursday, December 30, 2010

~Sakit Pinggangku~

pic from mr. google

Aduh!!!minggu nie minggu sakit pinggang...da beberapa hari aku sakit pinggang..tidur atas tilam pun sakit, tidur kat bawah lagiler sakit.  aku pun rasa badan aku sudah semakin memberat.  berat yang amat sangat.
rasa melentik jea nie..

ini belum lagi kes aku dukung si adriana...sekarang nie adriana semakin mengada-ngada...bila marah sikit merajuk..tak layan merajuk..kadang-kadang tak nak dengan papa..asyik nak dengan mama jea..oh sabarlah....

kalau badan nie boleh diurut2 atau disapu2 minyak kan best...tapi kena bersabarlah yea sebab badan aku sudah makin memberat...maklumlah da hujung-hujung kehamilan nie...bila da sakit pinggang duduk pun tegak jea..itu yang rasa melentik jea...

Sakitttt!!!!

Note>>Ketika aku menulis entry ini pun aku sedang sakit pinggang...

Tuesday, December 14, 2010

~Kerunsingan Hatiku~

Mengenai kerunsingan hati ku nie bukan apa..cuma pasal baby jea..last week aku scan 3D kat Klinik Pakar Liu & Vincent berdekatan Hotel King's.  memang ramai orangler kalau nak jumpa Dr Liu.  masa adriana pun ramai yang suggetkan jumpa Dr Liu.  Dr nie mungkin friendly.  tue ramai orang suka buat appointment dengan dia..

so berbalik kepada cerita mengenai kerunsingan hatiku, Dr scan kata semua ok..Gender baby pun da nampak.  Aku tak kisah sangat..Kalau perempuan alhamdulillah, kalau lelaki pun alhamdulillah...

Then Dr terangkan yang berat baby aku da 1500g untuk 28 weeks..Dr kata besar sikit dari usia kandungan.  Kalau ikutkan scan tarikh EDD aku pada 23 Februari 2010...Kalau ikut tarikh last period aku 7 Mac 2010.

Dr kata jangan over duelah..nanti baby lagi besar.  boleh mencecah 3.5kg.  oh aku susah hati..sebabnya masa lahirkan adriana dulu berat 2.8kg pun aku kena vacuum.  risau jugak aku.  harap-harap semua berjalan dengan lancar.

tapi memang aku akui perut aku kali nie memang besar.  masa aku 4 bulan nurse kat poliklinik pun tegur "perut awak nie besar".  bb yang besar ke banyak lemak aku pun tak tahu...hehehe

Ini scan yang kami buat..tapi kali nie scan tak ada warna..aku pun tak tahu pasai apa...
Sekadar selingan....
Ini masa scan adriana...masa nie mengandungkan adriana 7 bulan

aku tak kisah janji baby akan dilahirkan secara sihat, sempurna dan boleh menjengah dunia ini..semoga semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.  Just nak tahu ada sesiapa yang mempunyai pengalaman seperti aku??boleh share2 dengan aku...

Note>>Aku da selesai melakukan MGTT Test...satu ari fenin akibat minum air gula..


Friday, December 10, 2010

~It's A BOY~

*pic from mr.google


Syukur alhamdulillah..da dua kali aku pi buat scan untuk tahu gender baby dalam kandungan aku nie..Insyallah, kami bakal dapat baby BOY...

Apa-apa pun gender aku tak kisah sebenarnya..tapi kalau dapat boy lebih baik sebab aku da dapat sepasang..Asben aku pun happy bila tahu baby dalam kandungan aku nie Boy..

Jadi, sekarang senanglah aku nak siapkan kelengkapan untuk si kecik nie..beli sikit2 jea..ada jugak baju kakaknya yang masih boleh digunapakai..Baju yang boleh dipakai oleh boy yea...hehehe

Cuma ada sedikit kerisauan di hati aku ini..akan aku ceritakan pada next entry ok..

Note>>Next entry akan aku ceritakan kerisauan aku...


Wednesday, November 24, 2010

~Checkup 24 Weeks~

Salam semua...last week 16/111/2010 aku pi Poliklinik Peringgit.  Seperti biasa untuk buat checkup bulanan iaitu untuk 24 minggu.  Kejap jea masa berlalu...Bila da masuk 6 bulan perasaan berdebar-debar pun da bermula..Nak-nak ramai kengkawan yang da bersalin dan sekali gus penutup untuk tahun nie..

Nak cerit checkup untuk minggu lepas..agak kurang baik sebabnya nurse kata berat aku naik mendadak.  Aku terpikir jugak macam manalah nak kawal berat naik mendadak nie.  Seperti biasa cek air kencing dan hb semuanya ok..

Bila da cek berat naik so nurse suruh aku jumpa doktor.  then doktor suruh aku amik darah sekali lagi nak cek gula.  jadi ari tue aku kena amik darah sebanyak 2 kali.  bila da cek doktor kata ok tapi aku still kena buat MGTT pada 13 Disember 2010 nie..

Perkara yang paling aku tak nak buat..da kena buat...Ish, rasa peritnya nak kena minum air gula nie..masa pregnantkan adriana pun macam nie gak.  aku da cuba kawal pemakanan aku tapi sejak aku da boleh makan nie memang aku sangat berselera untuk makan.

Jadi aku kena buat MGTT pada 13 Disember 2010 nie..Harap-harap semua oklah..susah hati selagi tak lepas benda nie...doakan aku yea kawan-kawan...

Note>>Susah hati yang amat sangat...masih tak tahu nak beli breastpump manual atau elektrik...

Thursday, November 11, 2010

~Patutkah Aku Membelinya Sebagai Suatu Permulaan?~

Aku memerlukan pendapat2 daripada korang yang ada pengalaman pasal breastfeeding nie.  Sejak pregnant 2nd baby aku sudah menanam azam untuk breastfeed anak aku nanti.  dulu masa adriana sempat jugak BF tapi tak lama dalam sebulan jea...mungkin disebabakan aku kurang pengalaman mengenai susu ibu nie dan kurang mendapat pendedahan sepenuhnya mengenai BF nie....

kadang rasa terkilan jugak sebab adriana tak sempat nak bf lama...kesian adriana..maafkan mama yea adriana..(sedih plak tetibe) Jadi, kali nie aku memang menanam azam yang sangat tinggi untuk BF, yang penting aku perlukan sokongan yang kuat daripada asben aku dan orang-orang disekeliling aku.  Doakan aku yea kawan-kawan agar hasrat aku tercapai.  InsyAllah...
So, aku da pun mula mencari maklumat-maklumat serta informasi mengenai BF.  ada jugak yang aku tanya kawan-kawan blogger aku yang BF kan anak-anaknya..Sangat teruja bila tengok. 

Sebagai permulaan perlukah aku membeli breastpump sebagai alternatif aku untuk BF? Pump yang mana satu patut aku beli?Manual atau Elektrik?Aku sangat2 bingung memikirkannya.

Manual Pump
Elektrik Pump

Ramai kawan-kawan aku suggestkan untuk beli yang elektrik.  Katanya mudah dan senang.  Kalau tak rajin dan tak kuat semangat baik guna yang elektrik. 
So, apa pulak pendapat korang?

Note>>Sedang pening memikirkannya..aku harap supaya aku beli akan dapatkan hasil yang berbaloi pada anak aku kelak..