Pages

Thursday, April 21, 2011

~Ammar Qayyum Sudah 2 Bulan~

Salam semua..

Sudah lama tidak berbicara di sini. last aku tulis di blog ini masa aku habis pantang.  fyi, aku sudah pun berpindah ke rumah aku.  so buat masa ini kat umah kami tiada line internet.  non ado steamyx buat masa ini.  ini yang membuatkan aku seperti duduk di tempat jin bertendang.  oh bilalah nak ada line internet nie.  bila balik umah mak aku barulah boleh aku update blog ini..

berbalik kepada tajuk di atas, hari ini 21 April 2011 genaplah anak teruna aku Muhammad Ammar Qayyum 2 bulan.  Nampaknya lagi sebulan aku nak masuk keje.  cuti 3 bulan apalah jadi dengan keje2 yang aku tinggalkan. mahu aku stress naik keje nanti.  tak apalah demi mencari rezeki untuk anak2 dan membantu suami hadap jealah yea. hehehe...

Inilah gambar ammar 2 bulan.  berat sudah pun 4.8 kg...hari ini dapat suntikan 5 serangkai..harap2 ammar taklah demam yea..anak mama kuat yea..Insyallah..

update pun nak cepat jea...ringkas2 jea ayat aku..jap lagi mau pulang sementara menunggu mr affendy datang...

Sekian...

Wednesday, April 6, 2011

~Selamat Tinggal Kain Batik dan Stokin~


Salam Rabu...
Hari ini, hari yang ke-45...Bermakna aku telah berjaya menghabiskan tempoh berpantang aku selama 44 hari.  Yahoo....

Jadi, selama 44 hari jugaklah aku berkain batik dan berstokin.  Jadi, mari kita ucapkan selamat tinggal kepada kain batik dan stokin.  tak sabar aku nak tengok dunia luar.  wah, dah macam orang kuar penjara pulak.

Ke manakah destinasi aku untuk mencemar duli selepas 44 hari berpantang?
nak pi jusco untuk shopping!!!
aku nak bawak adriana..sudah lama tak spend time dengan dia.  adik ammar tinggal umah yea.  nanti mama bawak ammar bila kita keluar dengan papa.

Nota Mama>>Dah boleh keluar rumah banyaklah duit aku habis sebab nak berjalan jea kejenya..cuti kan 90 hari...

Friday, April 1, 2011

~Ammar Genap 40 Hari~

Salam kepada semua.
Entry untuk pembukaan bulan baru hari ini 1 April 2011.  Bulan April telah tiba.  Kejap jea dah masuk bulan April.  Bulan depan kenduri kawen adik aku bakal berlangsung.  Sangat teruja yea.

Berbalik kepada tajuk di atas, hari ini genap Muhammad Ammar Qayyum berusia 40 hari.  Orang kata kejap jea.  Pada aku yang dalam pantang nie punyalah lambat masa bergerak. hehehe..

Inilah gambar terbaru ammar masa genap 40 hari.  Muka sapelah si ammar ikut nie??

Sepanjang dalam pantang nie, ammar memang sangat behave.  Ammar cuma nangis bila nak susu dan waktu nak mandi jea.  sangat takut pada air.  memang susah nak mandikan dia.  Setakat nie tak adalah meragam sangat.  Just kadang nak kita pegang dia jea.  Itu pun kadang ammar boleh tidur sendiri.

Nota Mama>>Lepas nie sibuk dengan persiapan kenduri kawin adik aku pulak....