Pages

Monday, October 31, 2011

~Nak Mintak Tolong Nie~


Tiba-tiba pulak nak join pertandingan sajak yang dianjurkan oleh Warga1983.  Datang rajin pulak nak mengarang sajak.  Ini semua keluar spontan sebab tak ada masalah nak reka lama-lama.  Hari ini last day pertandingan sajak nie.

Nak mintak tolong pada kengkawan kalau sudi 'LIKE'lah sajak saya di link di bawah.  Tak ada paksaan.  Kalau suka 'LIKE' kalau tak suka tak apa. 


Tidak mengharapkan kemenangan sebab sajak-sajak lain lagi bagus-bagus.  Aku cuma suka-suka menulis sajak ini yang lahir dari hati aku buat insan-insan yang ada dalam hidup aku sekarang.  Memandangkan tidak lama lagi nak anniversary kami yang ke-5 tahun maka terciptalah sajak ini.  I love my 3A...

~Gambar Passport Adriana Yang Pertama~

Tudia..Gambar passport adriana yang pertama.  Diambil pada 25 Oktober 2011 yang lepas.  Usianya pada 3 tahun 9 bulan 5 hari.  Motif gambar ini diambil??Memandangkan tahun depan adriana akan ke tadika maka kenalah amik gambar ini.  Sebab nak isi borang nakkan gambar passport.

Bila tengok pada gambar nie hati aku terdetik berkata kecik jea anak aku nie.  Tuelah, adriana susah nak makan.  Orang kata dia kurus tinggi.  Nak kata ikut aku tinggi takler pulak.  Kemetot jea aku nie.  Papa dia tidaklah tinggi bebenor. 

Masa nie papa dia yang teman dia.  Aku dalam kereta tak turun sebab tengah dukung ammar.  masa nie kita orang baru balik dari poliklinik bawak adrianammar checkup bulanan.  Abaikan rambut adriana yang serabai.  Tak tahu pulak papa dia nak bawak dia pi amik gambar.  Oklah tue.  Kalau tahu mama ingat tocang dua. 

Nanti nak upload gambar aku pulaklah masa tadika.  Serupakah kami???Tunggu...

KEJAP JEA ADRIANA DAH BESAR..
MACAM TAK PERCAYA JEA ADRIANA DAH NAK PI TADIKA...

Thursday, October 27, 2011

~Bawak Kanak-Kanak Riang Pada Deepavali Day!~

Siapa kanak-kanak riang yang dimaksudkan itu??Sudah tentu anak-anak aku dan anak-anak jiran aku, Kak Dila.  Semalam kak dila merangkap jirang aku ajak pi Jusco Ayer Keroh bawak budak-bukdak pi tempat mainan memandangkan laki masing-masing keje jadi yang bini-bini kenalah bawak diri sendiri.  Jadi, semalam dalam pukul 2, kita orang pun keluar untuk ke jusco.

Malam sebelum hari kejadian, kak dila mesej aku tanya asben aku keje ke esoknya?Aku kata keje.  So dia kata nak ikut ke pi jusco.  Aku tanya asben dia kata boleh.  Bawak 4 orang kanak-kanak ribena.  Hehehe.  Bukan senang nak handle 2 orang anak tanpa asben ikutnya.  Nak-nak ada lagi 2 orang budak kecik yang perlu dihandle. 

Masa nak pergi bebudak nie behave good.  Nak balik tue masing-masing dah buat perangai.  Yang nak air, yang nak tidurlah, yang tumpahkan air.  Macam-macam okey.  Mama-mama jadi tak tentu arah.

Masa nie baru sampai jusco.  Tengah tunggu kak dila cucuk duit.  Ammar didukung tapi aku sempat suruh bebudak nie bergambar.  Kena kreatif  yea..Huhuhu...
Ini anak kak dila.  Kebetulan nama dah dekat-dekat dengan si adriana.  Adrian namanya.  Sebaya dengan adriana.  Cuma adriana lahir bulan 1, adrian lahir bulan 5.  Adriana macam kakak yea.  Kalau adrian tak pakai kasut si adriana marah.  Tapi adriana panggil syah sebab namanya adrian syah.  'Syah, pakai kasut.  Kaki kotor.'  Gaya seorang kakak.  Hehehe
Tak larat pegang ammar, aku amik troli letak ammar dalam nie.  Nasib ammar duduk diam.  Good boy!!
Kat tempat mainan.  Ammar kecik lagi tak boleh nak join.  Duduk atas motor mainan nie.  Ammar punya muka macam pelik jea.  Di mana aku berada???Hehehe.  1st time datang sini.


Kakak nana. 
Anak kedua kak dila.  Syahmi.  Umur setahun lebih, dah dapat kaki merata berjalan.
Tak puas lagi bermain nak main yang kat luar pulak.  Tak mahu balik.  Berebutler nak naik budak-budak nie.
Ammar tengok jea kakaknya dan abang-abang itu.  Muka confused jea.
Itu dia...
Nak naik train pulak.  Kali nie dengan mak-mak sekali naik. 


Dapatlah ammar naik jugak.
Tadaa...Ini dia mama-mama.  Nak jugak ada gambar yea.  Tak tentu arah jea muka.  :-(  Baru bawak 2 anak macam bawak berpuluh-puluh anak pulak gayanya.  Abaikan jealah.
Last mainan sebab coin dah abis.  Tukar RM10 untuk main benda-benda nie semua. 

Ammar melihat dari jauh jea.  Sebenarnya dia sudah mengantuk.  Masa nie dah nak turun level bawah.  Sedang tolak troli ammar boleh nak tidur pulak.  Duduk pun boleh tidur budak nie.  Terpaksalah mama dukung sampai kejung tangan.  Masih terasa lagi kelenguhannya mendukung ammar semalam.  Lenguh tangan mama, nak.  Tapi sebab ammar nak tidur mama dukunglah. 

Time nie budak-budak dah buat perangai.  Bawak beli air yang cool blog.  Yang tumpahkan airlah.  Singgah kedai roti, syahmi pulak menangis mencari maknya.  Aku kat luar handle mereka berempat.  Membayangkan diri ini kalau ada anak 4 orang yang masih kecil.  Oh tak dapat nak dibayangkan.  :-)

Sampai rumah pukul 5 petang.  Asben pun belum pulang dari kerja.  Mandikan askar-askar then semua pengsan.  Tapi aku tak dapat nak tidur pun.  Bila dia orang tidur teringat nak buat kerja rumah pulak.  Aduhai...

Wednesday, October 26, 2011

~Bila Dia Suka Bergambar~

Sape lagi yang suka bergambar kalau bukan si anak dara aku yang sorang nie.  Sangat-sangat suka bergambar.  Ikut perangai siapa?No komen.  Setiap kali nak bergambar ada jea pose yang dibuatnya.  Letih menengoknya.  Kalau kawan aku masa belajar dulu selalu cakap tak lalu.  Sampai sekarang perkataan itu digunakan bila semalam dia kata tak lalu sebab anak dia nak berdukung jea.  Lawak sungguh.  Korang tak paham tak apa.  Biar aku sorang jea yang paham.  :-)

Ini antara gambar adriana yang aku ambil dengan pelbagai pose yang dibuatnya sendiri tanpa diajar mahupun disuruh.  Mama pun suka bergambar.  Opsss..pecah tembelang.  Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan?Betul tak?Betul ke ayat yang aku gunakan tue.

Jom tengok antara koleksi gambar adriana yang diambil semasa kami berbowling.

Seronok bila tengok telatah anak-anak.  Macam-macam ragam yang nak dilayan.  Tunggu ammar besar pulak apa pulak ragamnya.  Bila dalam keadaan stress tempat ini yang akan aku hilangkan stress dengan melihat kembali gambar-gambar mereka dan akan dijadikan untuk tatapan adrianmmar kelak.

~Happy Deepavali~


Hari ini, kita sebagai rakyat Malaysia cuti umum sempena menyambut Hari Deepavali.  Kepada semua kaum India dan juga my Indian friends, Happy Deepavali to u all.  May your home light up with the joy of Deepavali.  Bolehlah buat kunjungan ke rumah kawan-kawan India.  Selamat Bercuti!!!

Tuesday, October 25, 2011

~Update Ammar 8 Months~

Hari tue masa buat entry ini, tak ada gambar ammar yang terbaru bila dia dah masuk 8 bulan.  Untuk entry kali nie, ada gambar ammar yang terbaru dengan pelbagai aksinya.  Itu pun susah bebenor nak snap gambarnya.  Dok melompat-lompat.  Akhirnya gambar gegar. Kamera mama pun tidakler canggih mana pun.  Guna digital kamera jea.  Mama bukan tahu adjust settingnya.  Tekan-tekan tahuler.

Ini lah gambar yang diambil pada suatu petang hari ahad yang lepas.  Masa nie sudah siap-siap askar-askar wataniah aku untuk dibawa keluar.  Masa nie nak keluar beli barang dapur.  Sementara tunggu papa siap mari kita bergambar!!!

 Ammar dah suka nak diri.  Tak suka nak pegang-pegang.

 Itu dia.  Gambar tak berapa clear.

 Sabar jealah. 

 Kusyuk tengok tv.

 Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.  Mama bagi cover kamera untuk melekakannya.

Akhirnya, kakak nana yang tak sabar tengok karenah adiknya.  Dengan ganasnya dia pegang kepala adik dia.  Kakak nana memang kasar sikit.  Tak ada lemah lembutnya si kakak nie.

 Ini dia, ammar yang sudah 8 bulan.

Sebelum itu, mama pulak dera ammar.  Hehehe..Mama nak snap gigi ammar yang sudah tumbuh sebatang di bawah.  Itu dia!!!

Sekian update tentang ammar pada usia 8 bulan.

Note>>Petang nie bawak ammar checkup di Poliklinik untuk 8 bulan..

Monday, October 24, 2011

~Bila Asben Bershopping~

Asben aku shopping sorang-sorang yea.  Aku tak ikut pun.  Sabtu lepas asben ke Bangi sebab ada sukan.  Kastam buat sukan dekat UKM.  Aku pun tak pasti tapi yang pasti mengenai sukan.  Dah tentu asben aku tidak bersukan.  Cuma menjaga orang sukan.  Begitulah yang diterangkan.  Of course, seperti biasa aku dan anak-anak terperap di rumah.  Oh tidak mungkin. 

Memandangkan asben kata dia balik lewat dialog aku seperti biasa.  'Hantar al balik rumah mak'.  Hehehe.  Macam merajuk suruh hantar balik rumah mak bapak gamaknya.  Kahhhh.  Takkanler aku nak duduk kat rumah tanpa kemana-mana.  Oh tidak sama sekali.  At least aku keluar dan balik rumah mak sudah memadai.

Ok, berbalik kepada tajuk di atas sebab aku sudah merapu ke lain.  Asben pegi tengahari.  Function start pukul 8 malam.  Jadi merewang ke sinilah.  Sangat tidak aci sebab aku tak pernah sampai, dia dah sampai dulu.  Ada orang lain yang ketinggalan seperti aku yang tak pernah sampai ke IKEA nie.  Aku datang dari hulu mana kan.  Kalau ditakdirkan suatu aku ke sini mesti teruja yang amat sangat.  Selalu dengar cerita orang jea.  So pity!!!

Oklah nak tengok apalah yang asben aku beli kat sana.  Macam-macam rupanya.  Dia lagi teruk kalau bershopping mengalahkan aku.  Kalau aku disuruh berjimat cermat.  Tak pelah dia beli barang rumah yang penting ada benda khas untuk aku yea.  Nak tahu..Tadaaa....

*
*
*
*
*
*
*

Bekas untuk buat muffin.  Memang suruh aku belajar buat muffin nie.  Memang didatangkan khas untuk aku nie. :-)  Kalau aku tak guna mahu dia lecture aku bertahun-tahun.  Baik cari resipi dari sekarang sebelum mendapat amanat-amanat daripadanya.  Hah!!!
Cermin.  Tak tahulah nak letak mana wahai sang cermin.  Nie yang kecik.  Bawah dia tue cermin panjang berjelar.  Berapa banyak cermin nak letak dalam rumah nie aku pun tak tau.  Mirror oh mirror!!
Yang nie pulak baby chair untuk adrianammar.  Kalau kakak tak duduk adik boleh duduk.  Tapi ammarlah yang patut duduk.  Kakak yang berebut yea.  Macam biasa aku pening.  Hehehe..
Last sekali, ini barang.  Tempat letak baju kotor.  Sudah diisi dengan benda yang sepatutnya.  Inilah semua hasil terjahan asben aku di IKEA.  Asben kata dapat bonus nak bawak aku pulak ke IKEA.  Aku suka!!Aku suka!!Mesti aku rambang mata.  Sediakan ongkosnya jealah.  Sekian.

Friday, October 21, 2011

~Sudah 8 Bulan~


Apa yang sudah 8 bulan?Sape lagi kalau bukan si ammar.  Hari ini 21 Oktober 2011, Ammar genap 8 bulan.  Orang kata kejap jea dah 8 bulan.  Masa berlalu dengan begitu pantas sekali.  Macam rasa baru jea bersalinkan ammar.  Masih teringat-ingat lagi saat-saat dalam labour room.  Masih terasa lagi kesakitan itu.  Masih terbayang lagi usaha aku untuk cuba meneran sebab takut tak tahu nak meneran.  Sebab masa deliver adriana aku vacuum.

Apa-apa pun ammar dah 8 bulan hari ini.  Mama seronok tengok perkembangan ammar sekarang.  Dah merangkak, duduk, memaut dan bertatih.  Tak lagi boleh berlari-larian dan berkejar-kejaran bersama mama dan kakak nana. :-)

Gambar terbaru ammar untuk hari ini tak ada.  Nanti update gambar terbaru ammar masa 8 bulan.  Oh lupa ammar dah tumbuh sebatang gigi.  Bahagian bawah.  Mama suka.. :-)

~Ubat-ubatan Untuk Mereka~

Malam tadi bawak adrianammar ke Klinik Kidz.  Klinik pakar kanak-kanak.  Sesiapa yang tinggal di Melaka mesti tahu dan mungkin ada yang pernah pegi ke klinik nie.  Klinik nie dekat area Batu Berendam.  Aku dan asben memang biasa bawak dia orang ke sini sejak adriana lagi.  Kalau klinik nie tutup baru pegi ke klinik lain. 

Sampai dalam pukul 8 lebih.  Nasiblah tak ramai patient malam tadi.  Ada sorang dua jea.  Bila turn dia orang jumpa doktor, cek semua.  Doktor cek bontot ammar sekali sebab kelmarin ammar tak lawas nak bunag air.  Semalam terlebih lawas pulak sampai melecet-lecetlah bontot ammar.  Lepas tue cek sekali kelengkang ammar sebab macam ada ruam.  Jadi doktor bagi 2 krim untuk disapu di tempat yang berlainan.  Anak-anak aku nie patternnya memang alah kat area tue.  Dulu adriana selalulah jugaklah merah kat bontot.  kadang kena ruam.  Padahal kerap jugak tukar pampers.  Jaga-jaga pun kadang kena jugak.

Macam-macamkan bila ada anak kecik.  So semalam bawaklah balik seplastik yang penuh dengan ubat-ubatan.  Rasanya ini pertama kali aku dan asben bawak balik ubat yang banyak sekali.  Maklumlah dah 2 anak.  2, 2 pulak tak sihat.  

Inilah ubat-ubatan yang doktor bekalkan.  Ubat demam, batuk, selsema, 2 ubat cirit-birit dan 2 krim.  Semua ada 7 jenis ubat.  Total semua RM82.  Janji anak-anak cepat sembuh.  Balik asben aku yang bagi ubat pada anak-anak.  Sebab untuk kes adriana yang susah makan ubat, adalah lebih baik papanya yang bagi makan.  Papa jenis garang skit.  Mama tak garang kan??:-)  Kalau dengan aku adriana manja terlebih.  Jadi untuk dia makan ubat aku tak akan ada di depan matanya.  Sebab papa paksa nana makan.  Mesti makan.  Thanks papa!

Pagi nie namapak ada kurang sikit pada adriana.  Harap dia cepat sembuh.  Mama susah hati tengok nana melepek jea. 

Thursday, October 20, 2011

~Budak Yang Sedang Demam~

Semalam baru cerita susah hati kalau mereka tidak sihat.  Hari ini aku terpaksa amik el memandangkan keadaan adriana yang masih tidak sihat.  Masih demam lagi.  Bila dah lembik bagi makan ubat pun dia tak nak.  Dia luakkan balik ubat itu.  Sabar jealah.  Sampai satu tahap papa dia yang hilang sabar.

Malam tadi, ammar pulak muntah.  Setakat nie ammar tak demam.  Cuma selsema dan batuk jea.  Harap-harap si boy nie tak demamlah.  Jadi hari ini aku kenalah amik cuti untuk menjaga mereka di rumah.  Sebab kalau hantar kat mak aku mesti adriana merengek.  Daripada aku dok susah hati di tempat kerja adalah lebih baik aku bercuti dan duduk bersama mereka.


Inilah rupa budak yang sedang demam.  Kalau sihat memang tak reti duduk diam.  Mak aku kata bila demam baru nampak nana duduk diam.  :-)  Kesian bila tengok dia lembik macam nie.  Petang nie aku dan asben nak bawak dia orang ke klinik.  Harap-harap mereka cepat sembuh.

Nota>>>>Saat aku menulis adriana sedang tidur. 

Wednesday, October 19, 2011

~Susah Hati Kalau Mereka Tidak Sihat~

Dua beradik nie sedang tidak sihat.  Dua-dua selsema dan batuk.  Tapi malam tadi adriana dah mula demam.  Dok mengerang dan sejuk katannya.  Mungkin berjangkit sebab ayah dan adik aku pun demam.  Tadi mak aku telefon kata badan ammar pun macam dedau. 

Aku paling susah hati bila adriana demam.  Memang susah hati sampai boleh sakit kepala.  Sebab aku susah hati?Sebabnya adriana memang susah nak makan ubat.  Kalau bagi makan ubat habis semua dimuntahkan.  Jadi apa yang dimakannya?Macam manalah nak baik demam tue.  Solutionnya yang terakhir adalah masuk ubat bontot kalau suhu badannya dah tinggi. Ikut perangai sapelah takut makan ubat.  Papa atau mama? ;-)  No komen untuk diri sendiri. 

Mama tersangat susah hati kalau dua beradik nie demam.  Serentak pulak tue kalau kena.  Macam kembar pulak.  Hari tue masa ammar nak kena demam campak, si kakak pun turut demam tiba-tiba.  Pada hal balik tue tak ada apa pun.  Tiba-tiba malam tue panas jea badannya.  Macam malam tadilah aku rasa badannya tiba-tiba panas.  Dah mulalah aku susah hati.

Janganlah korang teruk sangat yea.  Cuti mama tinggal berapa ketul jea lagi.  Tadi pagi sedang siap-siap adriana tanya aku 'mama nak pegi mana?'.  Aku jawablah 'mama nak kejelah'.  Adriana jawab 'ok'.  Lepas tue adriana kata 'abis sape nak jaga nana?'.  Terpaksalah aku pujuk 'neneklah jaga.  cuti mama tinggal sikit jea'.  Adriana jawab 'ok'.  Faham ke adriana dengan situasi aku nie.  Mama harap nana paham dengan mama.  Aku terpaksa jugak kerja memandangkan cuti aku tinggal 3 hari saje lagi.  Kalau dah betul-betul kecemasan barulah mama kena amik cuti tue.  Bukan sayang cuti tapi sebab memikirkan baru bulan 10, takut ada kecemasan lain terpaksalah juga melangkah ke kerja walaupun hati ini tidak tenteram memikirkan mereka berdua.

Note>>Ammar sudah tak reti duduk diam sampai susahlah nak amik gambarnya.  Masa gambar ini diambil mereka sedang selsema dan batuk.

~Spageti Goreng Yang Simple~


Sudah hari rabu, barulah terhegeh-hegeh nak cerita pasal weekend yang lalu.  Pagi sabtu yang lepas, tak tahu nak makan apa.  Apalah yang ada di dapur.  Lamalah jugak mencari idea apalah yang aku nak masak untuk mengisi perutku ini yang sudah berdendang dan berkeroncong.  Selongkar punya selongkar macam tikus mondok jumpalah sepaket spageti di dalam kabinet.

So, tanpa membuang masa aku pun rebuslah spageti itu.  Aku taklah guna sepaket tue sebab banyak sangat.  Kat rumah pun yang tinggal berapa orang jea.  Tambah tolak yang makan dengan seriusnya aku dan asben aku jea.  Adriana memang makan ciput jea yang selebihnya akuler makan.  Ammar dah memang tolak ke tepi.  Itulah mama kembang semangkuk.  Anak tak habis makan, mak yang habiskan.  Sayang membazir jea makanan itu.

Ini dia spageti yang sedang direbus sehingga lembut di dalam periuk yang dibeli di Kelantan tempohari.  Promote gitu.  Periuk cap buaya.:-)


Sementara itu aku siapkan perencah-perencah lain.  Nasib ada udang, fish cake, capsicum dan carrot.  Sekali tengok ada jugak ayam kisar.  Bolehlah masukkan sekali nanti.

Itu dia..Close up sikit spageti dari air tanganku sendiri..:-)

Ada sesiapa yang nak ubah selera.  Bolehlah mencubanya.  Aku bagi jugak resipinya walaupun aku cuma campak-campak bahan-bahannya ke dalam kuali. :-)

Bahan-bahan :
Spageti (rebus sehingga lembut) - berapa banyak bergantung kepada anda
Bawang besar - dicincang halus
Bawang putih - dicincang halus
Ayam / Daging Kisar (aku gunakan ayam kisar sebab itu jea yang ada dalam peti ais)
Udang
Lobak
Capsicum
Fish Cake
Serbuk Lada Hitam
Garam
Minyak

Cara-cara :
1)  Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
2)  Masukkan udang dan ayam kisar.  Tunggu sehingga masak.
3)  Masukkan sayuran yang telah disediakan.  Boleh tambah lain sayuran yang anda suka.
4)  Tambah serbuk lada hitam dan garam
5)  Akhir sekali masukkan spageti yang telah direbus.  Kacau rata
6)  Sedia dihidang.

~::Our Stories::~ Dipilih Sebagai Blog Baru BEN ASHAARI~



gambar ehsan mr google

Akhirnya, tersenarai jugak!!!Macam tak percaya pulak blog aku jadi 10 blog baru pilihan BEN ASHAARI.  Macam tak percaya apabila blog aku ini tersenarai.  Walaupun dipilih secara rawak, aku tetap happy!!!Kalau tak percaya cuba tengok kat SINI.  Sebenarnya aku pun tak tahu blog aku tersenarai.  Semalam ada seorang blogger, Mrs Secretary yang inform aku.  Kalau tak diinform mesti tak aku ketahui.  Padahal selalu jugak baca blog Abg Ben itu.  Terlepas pandanglah pulak.

Apa-apa thanks sekali lagi kepada Mrs Secretary sebab inform.  Kalau tidak memang aku tak perasan.  Semoga selepas ini ramai yang sudi singgah di blog aku ini di samping dapat menambah kenalan baru.  Aku pun masih baru dalam dunia blogging ini.  Sekali lagi TQ Abg BEN!!

Tuesday, October 18, 2011

~Bubur Ammar Untuk Minggu Ini~

Minggu ini aku buatkan ammar dua bubur yang berbeza rasanya tambahannya.  Aku gunakan perasa tambahan yang homemade yea.  :-) Aku buatkan ammar puri bubur sebab aku takut tak sempat pagi-pagi nak masakkan bubur untuknya.  Seperti biasa, weekend adalah masa untuk menyediakan bubur untuk ammar.  Semua homemade yang dibuat sendiri oleh aku.

Semalam aku try buatkan ammar bubur yang dicampur dengan kismis.  Biarlah ada rasa manis-manis sikit pada bubur itu.  Selain itu, dapatlah ammar ubah selera pulak kan.  Tidaklah boring ammar menikmati buburnya itu.
Ini adalah bubur yang aku campurkan puri lobak, puri kentang dan juga kismis.  Kismis itu aku rebus dulu dengan sedikit air, kemudian apabila sejuk aku blend bersama air rebusan itu.  barulah campurkan ke dalam bubur.  Yang selebihnya bolehlah disimpan di dalam ais kiub untuk dibekukan.  Pastikan guna bekas ais kiub yang bertutup.

Ini pulak bubur yang dicampur dengan puri lobak, ikan bilis dan juga kismis.  Ikan bilis tue aku just buat dengan cara aku.  Rendam dulu ikan bilis itu, kemudian goreng/sangai ikan bilis itu tanpa minyak hingga garing.  Bila dah garing, aku blend hingga hancur dalam pengisar kering.  Kemudian barulah ditaburkan di dalam bubur.  Selebihnya bolehlah disimpan di dalam bekas tupperware.

Kemudian, aku tag kan bekas itu dengan bahan-bahannya supaya kita tahu bubur campuran puri apa.  Buat lain-lain supaya ammar tak jemu makan benda yang sama setiap hari.  Kita sendiri pun mesti bosan makan benda yang sama tiap hari.  Mahu termuntah.  Uweekkk..Ops bukan mengandung yea. :-)

Beginilah rupanya tempat aku mengisikan bubur ammar.  Kalau nak makan baru dikeluarkan dan dipanaskan. Kalau ada lebih boleh disimpan di dalam freezer.  Kalau pekat sangat bolehlah kita tambah air sedikit.  Ada baby yang tak suka makan pekat-pekat sangat.  Bergantung kepada anak-anak kita.  Itu jealah caranya yang aku buat.  Aku kena buat macam ini sebab kadang tak sempat nak masak pagi-pagi.  Ada pulak kadang penyakit 'M' dok bertenggek kat dalam diri aku nie. 

At least, frozen food itu dibuat oleh aku sendiri tanpa bahan pengawet.Itu pun aku banyak belajar melalui blog-blog orang lain yang banyak memberi tunjuk ajar mengenai penyediaan makanan untuk anak-anak.  Aku bukanlah seorang yang hebat tapi aku mahu lakukan yang terbaik untuk anak-anak aku bagi menebus apa yang tidak dapat aku lakukan dahulu.

~Celebrate Birthday Papa AdrianAmmar Di Rumah Aje~

Semalam celebrate birthday papa di rumah aje.  Nak keluar balik tue macam malas jea kan.  Maklumlah asben amik anak-anak.  Sampai rumah pun dah maghrib.  Nak bersiap lagi.  Pukul berapa pulak nak keluar.  Aku memang dah sampai awal di rumah.  Maklumlah masih menumpang kereta kawan lagi.  So aku bolehlah buat apa yang patut.

Surprise untuk papa?Tak ada apa yang nak disurprisekan pun.  Semalam just buat makan-makan jea.  Aku belikan asben kek dan belanja makan pizza hut jea.  Itu jea yang den mampu.  Konon nak buat surprise gak beli pizza.  Macam tak pernah makan pizza pulak laki aku tue.  Aku order pizza secara delivery jea.  Aku order kat pizza hut delivery.  Nasiblah taman aku masih dalam area penghantarannya.  Yang tak surprisenya pizza tue sampai masa asben aku pun sampai rumah.  Dia sendiri yang pegi amik pizza kat gate.  Apakah???kuang kuang kuang.  Apa-apa jealah yang penting adalah sesuatu untuknya. :-0  Hadiah non ado.  Tunggu gajilah yea bang..

Inilah yang aku order.  Pizza, Mushroom Soup, Spicy Chicken, Garlic Bread dan Air.  Soup dan ayam side order.  Aku tambah soup sebab adriana suka mushroom soup nie.
Itu dia.  Kek aku beli kat SR.  Hah, amik ko!!Sampai 4 aku beli.  Asben kata kenapa banyak sangat?Aku katalah kita ada 4 orang.  Pada hal kawan aku yang suggest beli 4 slices.  Hehehe.  Sebab aku mula-mula tak tahu nak beli berapa slices.  Sekali-sekali beli kek kan.  Nak beli yang besar sape nak makan.
Inilah kek yang aku beli.  Nama dia aku dah lupaler.  Ngap jealah tak payah ingat nama. :-)
Taraa...Inilah makanan kita orang malam tadi.  Makan sampai termengah-mengah.  Hahaha..
Close up sikit gambar pizza.  Kalau aku yang order haruslah super supreme.
Ini dia ayam.  Aku peminat tegar pada ayam.
Ini dia muka orang yang baru bangun tidur.  Kejut sebab nak suruh makan.  Tertidur daripada dalam kereta lagi.  Keletihanler tue.
Ini dia birthday boy!!!hehehe.  Kusyuknya dia makan.  Sedapkan bang orang belanja.  Hehehe..Mana lagi satu boy aku??
Ini dia si kecik saya.  My boy.  Dia dengan dunianya.  Sedang meneroka dunianya itu.  Ammar belum boleh join makan-makan dengan papa,mama dan kakak nana.