Wednesday, December 19, 2012

~Sepi-sepian, Rindu-rinduan~

Salam dan selamat pagi wahai rabu!!!^-^

Selamat untuk aku jugak.  Malam tadi berlalu lagi.  Sendirian lagi.  Hah, sangat-sangat terseksa.  Asben di mana, aku di mana dan anak-anak di mana?Satu negeri tapi tempat berasingan.  Asben di batu berendam, aku di bukit katil dan anak-anak di bukit rambai.  Sadis tak dengar??

Sesi sepi-sepian, rindu-rinduan berlakulah pada aku.  So semalam balik dari kerja aku terus ke rumah mak.  Nak tengok mak aku yang tak sihat.  Doktor kata mak kena kayap.  So semalam mata nie menahan sesuatu daripada jatuh.  Risau kat mak, rindu kat anak-anak.  Kannnnn..Saat menaip nie apa yang ditahan gugur jua.  Aku risau kalau mak sakit.  Semoga mak cepat sembuh.

Rindu dia!!Tak ada dia, tak adalah teman celoteh aku dan yang paling penting teman bergaduh.  Bila aku telefon adriana dia kata "Mama, jangan nangis.  Nanti papa pujuk." "Mama tak payah nangis, nangis ada kat sini jea."  Baiklah nak oi.  Mama awak tak nangis pun.

Dan semsetinya rindu pada dia jugak!!!Teman bergurau senda mama yang semakin aktif dan lasak.  Kalau ada kat rumah, dia buat mama jadi tarzan.  Sekarang suka memanjat.  Mama boleh menjerit dan dia boleh tersenyum bila tengok mamanya menjerit.  Agaknya mesti dia kata apa kenalah mak aku nie.  Test suara agaknya.  Dia boleh memanjat pintu grill dan macam-macamlah.  Mama tengok kecut-kecut perut jea.  Bila aku telefon nak jugak cakap tapi boleh dengar dia cakap "Ma...Ma.." Ok mama jadi sebak.  

Oklahhh...cukuplah kot.  Nanti bertambah emosi lagi.  Petang nie aku boleh amik dia orang!!Itu yang lebih penting.  Mama tak cool tapi mama tengok papa cool jea.  Mesti nangis dalam hati.  Itu jealah entry emosi lagi untuk pagi ini.  







                                                                                                                      

1 comment:

Kakzakie said...

Betullah Fida... kalau jauh dgn suami kita masih boleh tahan walau rindu tapi taklah sampai mengalir airmata tapi rindu anak lain macam. Kakak faham sangat..