Pages

Monday, April 30, 2012

~Butter Cake With Buttercream Topping~

Cerita pasal semalam lagi.  Bukan nak cari pasal ok.  Hehehe.  Ini kiranya kesinambungan cerita di sini.  Semalam lepas settle masak aku baking kek lagi.  Ada officemate order lagi untuk besday wifenya.  Kali nie nak buttercake.  Nasib sebelum nie aku pernah mencuba membuat buttercake.  Jadi confidentlah sikit nak membuat butter cake.

Oleh sebab officemate aku nak amik kek nie hari ini maka aku kena siapkan semalam jugak dan settle mendeko kek habis dalam pukul 10 malam.  Sejak akhir-akhir nie aku suka bermain dengan buttercream.  Sangat puas hati bila dapat menghias kek dengan sempurna.  Cuma perlu dipertingkatkan lagi.  

Jom tengok hasil kerja daripada aku.  Dah macam blog masak-masak pulak.  Aku bukanlah chef atau yang mahir dalam masakan tapi aku memang meminati bidang ini sekarang.  

Inilah butter cake selepas ditooping dengan buttercream. 

Inilah hasil deko aku.

Pandangan dari sisi pulak.  Dah penat buat kek jadi harus amik banyak gambar.

Close up sikit gambar kek aku.

Ini pandangan dari sisi sebelah lagi.  Itulah hasil kek aku iaitu kek mentega.  Harap kawan aku berpuas hati dengan kek aku ini.  Selamat menjamu selera yea.  Nanti aku letakkan resipi butter cake di lain entry yea.  Sekian.





                                                                                                                     

~Semalam Masak Simple Jea~

Semalam aku masak simple jea.  Bila datang malas apa pun tak boleh.  Lagipun asben nak makan lauk paprik.  Itu pun masak lambat sebab kenyang makan pagi.  Makan pun dekat nak pukul 4 petang.  Makan tengahari sekali makan malam.  Lepas sarapan golek-golek depan tv tengok rancangan JJCM dan Melodi.  Barulah rasa nikmat berhujung minggu.  Asben tak keje jadi bolehlah berehat-rehat.  Kalau dok bertiga kat rumah memang tak sempat nak menonton tv sebab semua benda nak buat.

Semalam asben tak keje jadi adalah orang yang membantu.  Dapatlah bergolek-golek sakan di rumah bersama asben dan anak-anak.  Dah lewat sikit baru masak dan aku terus bersilat di dapur membuat kek.

Inilah dia masak paprik hasil dari air tanganku.

Dan yang ini telur dadar yang didadar oleh asben aku.  Ini jealah lauk kami semalam.  Simple menu janji kenyang.  Inilah dia kalau datang mood malas.  Semua kerja tak jadi.





                                                                                                                    

~Fraser Hill's Giveaway @ Jemari Asmara~


GA yang dianjurkan oleh Kak Zefa.
 
Caranya mudah sahaja:

1. Buat entry ringkas tentang GA ini berserta banner GA dan linkkan semula ke entry ini. Nyatakan dalam entry satu cadangan tempat menarik yang harus kami lawati. Nyatakan tempat sahaja tak perlu hurai.. (syarat wajib) - DONE
Cadangan tempat : Langkawai

2. Tidak wajib: Jemput ke wall Zefa Ibu Maryam dan LIKE satu pic Pregnant Mother & Family yang ibu kongsikan dari The Ladies Photography (syarat sunat sahaja ;) - DONE

3. Tinggalkan link penyertaan di bahagian komen entry ini dan nyatakan sekiranya anda melaksanakan tugasan no 2 berserta nama yang digunakan di FB..

Pada sesiapa yang nak join boleh join lagi.  Hari ini last day untuk giveaway dari Kak Zefa.  Sekian, terima kasih. :D







                                                                                                                      

Friday, April 27, 2012

~Kek Yang Diorder Oleh Officemate~

Salam..

Selamat pagi hari Jumaat.  Semoga hari ini penuh keberkatan buat kita semua. Entry ini cerita mengenai minggu lepas.  Entry sudah basi tapi sebab dah ada gambarnya dan sudah didraft maka aku keluarkan jugak sebagai entry untuk diabadikan dan menjadi kenangan buat aku.  Itu aje.

Ini kek yang ditempah oleh officemate aku untuk besday wifenya.  Aku bukan berniaga pun cuma buat bila kengkawan order.  Belum berapa mahir lagi pun.  Setakat deco yang biasa-biasa bolehlah.  Tangan tak berapa kreatiflah katakan.

Inilah keknya.  Kawan aku nak kek coklat.  So aku buat kek coklat dengan ganache topping.

Ini pandangan kek dari sisi.  Tak berapa kemas lagi.  Tapi aku harap kawan aku puas hati.  Aku rasa lega bila dia suka dengan kek tue.

Ini pula cupcake yang aku buat untuk majlis hari lahir dan persaraan yang diadakan pada minggu lepas.  Aku buat sebab ada lebih coklat ganache dan buttercream.  Alang-alang aku buatlah cupcakes.  Inilah hasilnya yang tidak seberapa.




                                                                                                                     

Thursday, April 26, 2012

~Makan Besar~

Malam tadi kami berempat makan besar.  Makan di Pizza Hut jea pun.  Macamlah mewah bebenor bunyi tajuknya.  Maklumlah semalam hari gaji jadi makanlah sedap-sedap sikit.  Itu petang semalam aku sms asben cakap 'malam nie kita makan sedap-sedap sikit.'  Sebenarnya malas nak masak.  Boleh gitu??Macamlah selama nie tak makan sedap pulak.  Selalu makan di Pizza Hut jea.  Itu jea port kami anak-beranak.

Semalam dari rumah mak terus pi makan.  Tunggu asben amik dekat rumah mak lepas maghrib.  Petang semalam balik kerja terus balik rumah mak.  Lepas maghrib jea siap-siap tunggu asben datang.  Adriana macam biasalah dah excited bila dengar nak makan luar.  

Mari kita lihat gambar malam tadi.  Layannnnn

Nie masa mula-mula sampai.  Duduk meja nie.  Ramai orang, lepas tue baby chair pun tak ada.  Adoiii..

Inilah minuman untuk kami.

Nasib baik meja sebelah dah selesai.  Kami mintak pindah meja.  Boleh ammar duduk sendiri.  Kalau duduk kerusi kang mahu aku nak menjaga dia.

Yeahhhhh..Apalah yang diangkat tangan tue.  Seronok dapat lepas.

Ini spageti carbonara untuk ammar.  Yang ini set untuk kids yang free.

Adriana suap papa.  Suka pulak tengok gambar nie.

My favourite!!!!

Inilah pizza untuk aku dan asben.

Yang ini pizza untuk adriana.  Ini pun set free untuk kids.  Tak terabih oi..

Adik punya dia yang makan.  Suka pulak dia makan.  Sejak adriana ada adik dia memang lalu makan.  Sudah ada kawan makan kot.

Adik ammar memang suka makan.

Ini set tambahan.  Tak tahulah apa namanya.  Tahu makan jea.

Khusyuknya makan bang oi.

Adriana dan papa.  Makan sampai licin yea.

 Ammar yang kehausan.

Sebelum balik mari kita bergambar.  Aku dan anak-anak aku.  Itulah kisah kami pada malam tadi selepas mendapat gaji.:D  Misi untuk shopping belum lagi terlaksana.  Tunggu hari sabtu nie.  Rezeki untuk anak-anak.





                                                                                                                     

Wednesday, April 25, 2012

~Hari Ini Hari Gaji~

 gambar dari google

Hari ini pasti orang gomen tersenyum lebar.  Termasuklah aku.  Senyum sampai ke telinga.  Hehehe.  Al-maklumler gaji dah masuk.  Tapi bulan nie masuk lebih sedikit daripada gaji yang biasa aku terima tiap bulan.  Itulah yang senyum tak ingat.  Seronoklah kan.  Tapi masih kena berjimat-cermat sebab ada banyak urusan yang perlu diselesaikan.  Harap aku dapat mengawal nafsu membeli-belah aku.  Yang lain-lain macam biasalah nak salurkan kepada tempat-tempat yang sepatutnya.  Apa-apa pun kita kena beringat supaya kita dapat berbelanja secara berhemah untuk diri kita dan juga keluarga.   

Peringatan untuk diri sendiri : Al, sila jangan boros yea!!!!











                                                                                                                        

~Semalam Tanpa Cerita~

Assalamualaikum...

Hari ini baru berkesempatan nak update.  Semalam tak ada cerita untuk dicoretkan.  Lagipun semalam seharian tak masuk office.  Malam tadi balik rumah mak jadi memang tak semapatler nak update cerita.  Semalam aku ke Kursus Ilmu Keluarga di LPPKN mengenai Bahtera Kasih Pemantapan Institusi Keluarga.  Itu jealah pun kisah semalam.  Seronok juga dapat hadir kursus mengenai keluarga yang boleh kita manfaatkan bersama.

Ini adalah tentatif program.

Semalam ada jugak buat sesi kaunseling.  Kita kena jawab soalan yang diberi then kira total markah barulah kita tahu yang kita berada dalam situasi stress ataupun tidak.  Aku masih dalam situasi yang biasa.  Belum kritikal stress lagi. :D

Sekian untuk entry pagi rabu ini.  Hari ini no entry wordless wednesday sebab banyak yang nak ditulis di sini.







                                                                                                                              

Monday, April 23, 2012

~Apa Kenalah Dengan Aku~

Kenapalah dengan aku hari ini.  Serba tak kena.  Buat itu salah, buat ini salah.  Buat kerja semua dok salah dari tadi.  Apa masahnya aku sendiri pun tak tahu. 

Tapi yang sebenarnya fikiran aku nie tengah bercelaru.  Banyak fikir nie.  Fikir macam-macam.  Esok nak gaji pun fikir jugak.  Duit tue dah banyak nak tunggu untuk disalurkan.  Fikir tentang macam-macam.  Adoiiii...Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata tentang kekusutan aku nie.
   
Bila diri sendiri sudah kusut mulalah buat kerja tak tentu hala.  Inilah contoh yang berlaku.  Kalaulah ada orang yang sedang perhatikan kerja aku tadi nie mungkin dia akan tahu yang aku berada dalam situasi yang tidak stabil.  Sejujurnya jiwa aku sangat kacau hari ini.

Buat kerja dok salah.  Typing error memanjang.  Yang ditaip lain, yang nak ditulis lain.  Salah jea masuk tong sampah.

Kalau sampai balik nie ada penuh bakul sampah aku.  Harap tidak berterusan.  Masih boleh dikawal.  Tidaklah sampai penuh macam gamabar di atas. :-(  Bila sudah tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja, emosi pun tidak stabil baiklah aku pergi menunaikan solat dulu untuk mencari ketenangan.  Ok babai..







                                                                                                                            

~Jamuan Hari Lahir Dan Persaraan~

Jumaat lepas, sebelah petangnya ofis aku mengadakan jamuan hari lahir dan persaraan buat Hjh Rahmah yang akan bersara 1 Mei ini tapi Hjh amik cuti rehat sebab cutinya masih berbaki 7 hari.  So, hari jumaat last perkhidmatan beliau di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

So, ajk kelab adakan sekali jamuan hari lahir bagi staf-staf yang menyambut hari lahir mereka pada bulan Mac dan juga April.  Ofis aku memang adakan 2 bulan sekali untuk jamuan hari lahir.  Baru aje dikuatkuasa tahun nie.  Sebelum nie tidak pernah buat pun.  Seronoklah kan.  Potong kek dan dapat hadiah daripada kelab.  Jom layan gambar yang tidak seberapa nie.  Kamera aku tak canggih so ada gambar yang tak clear.  Kot tangan aku yang bergoyang sebab ada gambar blur aje.  Sila salahkan kamera aku!!!!

Inilah kek hari lahir bagi bulan Mac dan April.

Macam biasa haruslah aku bergambar dengan Kak Nisah.

Itu dia Kak Zu dan Timbalan Pengarah kami, Puan Irine.

Mentang-mentang pakai galaxy note.  Amik gambar kek. :D

Dihias dengan belon-belon.

Inilah tempat yang aku duduk hari jumaat lepas.  Sudah amalkan 5S kan.  Jangan lupa masukkan kerusi semula.

Cik pengerusi sedang berucap.

Timbalan pengarah pula berucap.

Inilah orang yang diraikan.  Hjh Rahmah yang akan bersara.  Timbalan Pengarah memberi hadiah untuk Hjh buat kenangan daripada kami semua.

Unit Psikologi memberi hadiah khas buat Hjh.

Kemudian disampaikan pula hadiah untuk orang yang menyambut hari lahir.  Bos bahagian aku yang menyampaikan hadiah bagi Puan Irine yang menyambut hari lahirnya pada Mac lalu.

Kemudian hadiah untuk yang menyambut hari lahir pada bulan April.

Yang ini pula sumbangan untuk anak masuk hospital.

Masa untuk memotong kek.

Akhir sekali kami bergambar bersama-sama dengan Hjh Rahmah.

Buat yang menyambut Hari Lahir diucapkan Selamat hari Lahir.  Semoga murah rezeki dan dipanjangkan usia.  Bagi Hjh yang akan bersara Selamat Maju Jaya.  Semoga bergembira bersama keluarga.