Showing posts with label Online Shopping Stories. Show all posts
Showing posts with label Online Shopping Stories. Show all posts

Saturday, February 14, 2015

~FM Bertemakan Blog~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Selamat hari sabtu! Menulis di waktu pagi, moodnya lebih segar dan tenang. Bangkit untuk subuh dan terus sahaja duduk depan komputer. Lebih tenang untuk menulis. Idea pun lebih, mungkin. Sejak akhir-akhir ni memang mood menulis semakin merundum. Tetapi dua hari lepas aku terima berita yang menggembirakan hati. Pembuka tahun yang manis untuk aku. Nanti aku ceritakan. Belum boleh cerita lagi buat masa ini. Tunggu ye!

Okeylah, berbalik kepada tajuk di atas. Aku ada tempah fridge magnet yang bertemakan nama blog ini. Saja suka-suka. Sebenarnya aku dapat tahu dari blog AIDA. Terus berkenan nak buat jugak. Aku tempah lebih sebab berhajat nak beri pada tetamu-tetamu untuk kenduri yang akan diadakan pada jumaat depan.

Inilah rupa FM yang aku tempah secara online.

Aku dah masukkan dalam plastik untuk diletakkan sekali dalam goodies beg.

Untuk aku juga sudah diketepikan. Sudah diletakkan di peti ais. Aku suka! Aku suka! Jadi pada sesiapa yang berminat mau menempah fridge magnet untuk diri sendiri atau untuk apa-apa sekali pun, bolehlah tempah dengan CUDA atau FBnya adalah Dida Zenal. Bolehlah hubungi beliau ye. Ada macam-macam yang boleh dia buat seperti kalendar, sampul surat, sticker dan lain-lain. Tengok tau jangan tak tengok.

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



Wednesday, April 2, 2014

~Baju Kurung Cotton~

Teks : Fyda Adim & Zalora
Foto : Zalora

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat pagi semua.  Semoga berada dalam baik-baik sahaja.  Pagi ini seperti biasa memulakan rutin harian.  Bangun pagi dan menyiapkan pelbagai kerja di rumah.  Sebelum memulakan kerja pagi ini, marilah mencuci mata.  Pagi ini sahaja mahu berkongsi soal pemakaian iaitu baju kurung.  Aku memang berbaju kurung ke kerja.  Dulu, kini dan selamanya.  Itu sahaja yang sesuai dengan aku.

Marilah baca serba sedikit mengenai baju kurung cotton.  Jika berminat anda boleh mendapatkan sepasang atau berpasang-pasang di web Zalora.  Pelbagai fesyen ada jual di situ.


TITLE: BAJU KURUNG COTTON

Menyentuh mengenai pemakaian pakaian tradisional seperti baju kurung moden, baju kurung kedah, jubah dan lain-lain untuk menghadiri majlis-majlis keramaian merupakan pilihan yang tepat. Bukan sahaja anda akan kelihatan sopan, ia juga sebagai langkah selamat sebagai tanda menghormati sesuatu majlis. Aspek utama yang harus anda titikberatkan merupakan pemilihan fabrik sesuatu pakaian tersebut. Baju kurung cotton atau baju kurung yang diperbuat daripada fabrik kapas merupakan diantara jenis baju kurung yang paling selesa dipakai.


Hatta pemilihan fabrik yang menyerap peluh, baju kurung cotton juga masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran seperti berpotongan longgar dan labuh untuk memastikan keselesaan si pemakai. Terdapat dalam pelbagai warna dan corak, ia juga dikemasi dengan perincian seperti sulaman manik dan sulaman benang bersesuaian dengan citarasa anda. Segalanya kini tersedia di Malaysia online shopping portal – ZALORA!



Baju kurung cotton merupakan pilihan ideal bagi wanita berhijab atau tidak berhijab untuk tampil ayu dan kekal elegan. Padankan hijab yang berwarna kosong apabila anda memilih untuk memakai sepasang baju kurung cotton yang bercorak dan sebaliknya. Namun, anda juga boleh tampil berani dengan memakai tudung yang berona terang seperti merah jambu untuk dipadankan dengan baju kurung cotton kosong yang berwarna biru. 
Tampil anggun pada majlis kesyukuran dengan sepasang baju kurung cotton dan sepasang kasut tumit tinggi yang mengancam untuk menarik perhatian semua orang. Ya, anda mampu melakukanya dengan menyarungkan sepasang baju kurung cotton! Miliki koleksi baju kurung yang menawan apabila anda melayari laman web ZALORA dan dengan hanya beberapa klik, segalanya bakal menjadi milik anda. Ikuti perkembangan ZALORA untuk mengetahui informasi mengenai tawaran-tawaran eksklusif melalui laman web sosial Zalora di Facebook, Twitter, Instagram dan Google Plus hari ini juga. 

Itu sahaja untuk pagi ini.  Jika selesai mencuci mata bolehlah memulakan kerja hakiki.  Jika ada yang berkenan semasa membuat sesi terjahan bolehlah membelinya sebagai persiapan untuk raya akan datang atau dipakai untuk ke kerja.  Sekian...

Aku Penulisnya,