Showing posts with label A Famosa Resort. Show all posts
Showing posts with label A Famosa Resort. Show all posts

Monday, May 15, 2017

Family Day Di A Famosa Part 2

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Entri kedua untuk hari ini. Bersambung entri pagi tadi dan penutup entri untuk kisah family day di A Famosa. Semalam memang aku menggigihkan diri untuk menulis kesemua entri yang tertangguh dalam folder draf. Selagi aku tak siapkan entri-entri ini, hati gunda-gulana. Sebab aku ada beberapa projek lain yang mahu disiapkan. Dengan kerja mengedit cerpen lagi.

Hari kedua di Villa A Famosa, suasana paginya sangat nyaman. Malamnya tidur nyenyak tanpa gangguan. Anak-anak pun begitu. Semuanya dek keletihan. Dia orang biasalah puas bermain air. Aku memang tidaklah. Pergi mana-mana pun memang aku tak kuasa nak berlencun bagai. Aku lebih suka bersantai, duduk di suatu sudut melayan perasaan dan menikmati permandangan sambil mencari ilham. Hah gitu!

Paginya semua bangun awal. Masih ada program untuk pagi itu. Acara untuk orang dewasa pula. Aku terus mandi dulu sebab ada masalah. Dia orang semua dah keluar dulu sebenarnya. Budak-budak dah terjun kolam. Korang ni tak sejuk ke?

Suasana pagi. Budak-budak seronok berendam. Main air.

Acara pertama untuk orang dewasa. Amik guli guna chopstick. Gile susah!

Acara kedua pula. Melukis dan orang hujung kena teka gambarnya. Terkekek-kekek gelak.

Acara ketiga. Susun puzzle.

Ini group sebelah. Laki bini.

Ini group aku. Masing-masing dengan lukisan.

Ini group laki aku. Macam-macam lukisannya.


Budak-budak dengan kolamnya. Ammar bukan main berenang dengan pelampung. Dah pandai dia. Seronok tengok dia.

Wefie dalam kolam.

Aku skodeng laki. Dia sibuk mengadjust kamera.

Ready untuk beraksi depan kamera.

Swafoto lagi. Sebelah aku tu anak buah.

Entah apa yang tak settle lagi.

Sementara menunggu jurukamera.

Aku dan biras-biras serta anak masing-masing.

Keluarga kami.

Candid pula.

Sesi menyampaikan hadiah untuk dewasa.

 Kumpulan kedua.

 Gigih biras aku angkat hadiah.

Hadiah untuk mak mertua daripada hasil dana adik-beradik.

 Selamat tinggal A Famosa.

Sebelum balik singgah makan di sebuah kedai. Daging salainya sedap.

Sampai saja rumah, apa lagi sesi bukak hadiah. Inilah antara hadiah-hadiah yang kami dapat. Begitulah perjalanan kisah hari keluarga yang kecil-kecilan di adakan di Villa A Famosa. Seronok. Dapat hilangkan stres dengan rutin harian. Itu sahaja. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Family Day Di A Famosa

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi semua. Selamat memulakan hari untuk minggu ini. Selamat bekerja semuanya dan semoga semuanya selamat. Nak cerita 22 April yang lalu, keluarga sebelah suami adakan family day di A Famosa. Percutian selama satu malam di villa A Famosa yang kami sewa. Harganya RM650. Jadi bahagikan untuk empat family. Seorang RM200. Balance duit kita orang beli barang untuk barbeque.

Pada mulanya plan untuk barbeque saja. Bila lagi beberapa hari, aku usulkan untuk adakan games untuk kanak-kanak. Takkan nak berendam dalam kolam aje kan. Ada games barulah meriah. Kemudian aku usulkan untuk buat tukar-tukar hadiah antara kita orang. Hadiahnya bawah RM10. Kalau lebih terpulanglah kan. Saja suka-suka kan.

Penuh bonet. Nak panggil pun tak tau. Haha. Ini belum masuk tempat bbq. Masa ni belum amik lagi sebab tempat bbq tu kat rumah adik ipar aku.

 Hadiah-hadiah untuk sesi tukar hadiah.

Aku buat sandwich hari tu.

Nak ke Alor Gajah aje pun tapi lalu tol. Dekat sikit.

Tak sampai satu jam dah sampai kat A Famosa.

Kolam yang ada depan villa.

Pandangan luar villa.

Lebih kurang jam empat petang, pertandingan mewarna bermula.

Balqis, ini anak along, abang suami aku.

Khusyuk masing-masing mewarna. Aku yang memantau naik kematu punggung duduk menunggu.

Sudahnya ke dapur tengok apa yang berlaku. Ini dua-dua biras aku. Dia orang pangkat adik-adik. Aku dah tua.

Sebelah kanan gambar tu mak mertua aku. Yang tengah tu kak long, kak ipar suami.

Tinjau kat luar pula. Para lelaki sedang membakar.

Kemudian aku meninjau lagi budak-budak ni. Ada yang sampai surrender tak habis pun mewarnanya.

Kemudian selesai mewarna, ada games luar.

Acara pertama adalah isi air dalam botol guna span.

Semangat budak-budak ni. Yang budak laki tengah tu siap merajuk. Merajuk dengan mama sebab mama kira satu dua tiga cepat sangat.

Acara kedua adalah berlari sambil kepit belon.

Selesai games, semuanya berendam.

Makanan sudah dihidangkan.

Kek untuk biras aku. Masa tu ulangtahun kelahirannya.

Ini kek untuk hari keluarga.

Si apak tak habis-habis fefeling jadi coach.

Tiba masanya, biras aku memotong kek. Anak-anak buah yang menyanyikan.

Ini antara lukisan yang sudah diwarnakan. Masa ni pemilihan pemenang oleh mak mertua aku dan adik ipar aku yang bongsu.

Makan malam.

Semua dah menunggu nasi. Malam itu menunya nasi lemak.

Bajet-bajet sweet kononnya.

Sebelah malam ada games lagi. Cari barang tersembunyi. Inilah hasil mereka. Masing-masing dapat hadiah. Sebab sorang boleh cari dua barang aje.

Aku, biras dan mak mertua. Macam tajuk drama.

Mereka bermandi-manda. Aku memang tak kuasa.

Acara tukar-tukar hadiah.

Ini pun antara hadiahnya juga daripada keluarga along.

Penyampaian hadiah untuk games siangnya.

Ammar dapat hadiah mewarna. Nasib dapat. Kalau tak mamat tu bukan boleh. Sentap memanjang.

Sambung mandi lagi.

Aku main ping pong dengan asben. Bengang aje dia main pingpong dengan aku. Sebab entah apa-apa bini dia pukul. Dia asyik nak mengejar bola. Nasib kaulah bang. Malam tu habis lebih kurang jam 12. Ala-ala cinderella gitu. Kalau lambat memang tercicir kasut. Hahaha. Aku pula dengan melayan sakit perut. Masuk tidur terus sebab pagi-pagi nak bangun. Ada acara untuk dewasa pulak. Bersambung lagi nanti. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim