Friday, November 30, 2012

~Salam Semua~

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat.

Sudah terjatuh hati mendengar lagu ini yang bertajuk Salam Semua nyanyian Sleeq feat AA.  Haruslah dengar dengan perasaan yang teruja.  Semalam balik masa drive aku dengar lagu nie.  Tapi aku tak tahu yang mana satu suara AA.  Apa-apa pun jom kita layan lagu nie.
  
Cerita selingan mengenai drama Adam dan Hawa episod malam tadi.  Wahhhh bestnya bila tengok Am dan Ain bersatu.  Begitu addictnya aku nie.  Hahaha.  Bila tengok cerita yang happy membuatkan perasaan kita pun berbunga-bunga.  Hikhikhik..Sekadar suka-suka untuk hilangkan stress.  Apa-apa pun aku begitu meminati lakonan Aaron Aziz bergandingan dengan Nadiya Nisaa.  Good job!!!








                                                                                                                    

Thursday, November 29, 2012

~Bersenam Aerobik~

Sejak kebelakangan ini, aku terasa diri ini memerlukan senaman.  So keputusan ini telah aku ambil sejak minggu lepas untuk beraerobik.  Hehehe.  Mengamalkan kehidupan yang sihat.  Sampai bila aku boleh bertahan?Harap aku mampulah untuk melakukan.  Dalam seminggu aku harap aku dapat buat.  

So start sabtu lepas aku ajak adik ipar, biras dan sepupu sepapat aku untuk beraerobik.  Dengan semangat waja yea aku nak beraerobik.  Aku cari balik kasut sukan dalam stor rumah mak aku.  Asben aku yang ingat aku ada kasut sukan pemberian opis aku.  Aku belum pernah pakai lagi.  Nasib jumpa pulak kasut tue.  Syukur alhamdulillah, jimat duit aku tak payah beli kasut lain.  Kan aku nie dasar kedekut.  Sebenarnya kena berjimat cermat.  Selagi ada memang nak guna tak payah keluar duit.  
 
Oklah jom tengok gambar.  Dalam nak beraerobik sempat ko nak bergambar kan.  Haruslah kan.  Gambar kena ada.  Baru best skit nak bercerita.  Dalam masa 1st time nak beraerobik ada kejadian tragis berlaku.  Dan-dan tuelah kasut sukan yang tak pernah aku guna tue tapak dia tanggal.  Ishhh, betul memalukan.  Nasib bukan time aku tengah aerobik.  Rosak program hari tue.  Sudahnya aku tengok jealah sebab dah tukar pakai sandle jea.

Hari sabtu lepas.  Best tengok dia orang beraerobik.  Sabtu lepas kena pakai t-shirt warna merah.

Aku dan biras aku.  Ty, akak baru dapat upload gambar.  Nurul amik gambar kita dalam tab terbalik.

Ini sepupu-sepupu aku yea.

Syoknya.  Datang awal dapat banyak lagu.  Lama sikit boleh aerobik.

Aku dan adik ipar aku.  Walau kecewa sebab tapak tercabut, tetap senyum.  Pasrah ok.  Nampak kasut aku tue kat sebelah.

Ini adriana dan alya.  Dia orang berjogging.

Ini pulak gambar semalam.  Selesai aerobik terus bergambar.  Poyonya ko.  Hehehe.  Nasib mak uda aku ikut dia yang tolong pegangkan kamera.  Letih giler semalam.  Baru satu lagu aku dah mengah.  Inilah akibat dah lama tak bersenam.  Aku suruh adriana buat dia tak nak.  Sudahnya nana duduk dengan mak uda aku.  Dia kata 'Ma, janganlah lompat.'  Terperanjat ke ko tengok mak ko, nak?'  Itulah cerita aku mengenai aktiviti tambahan untuk diri sendiri.

Petang nie tak ada aerobik, esok petang ada.  Esok kena pakai baju kaler hijau pada sesiapa yang ada.  Excited nak pi nie esok.  Semalam balik rumah sampai kejung-kejung kaki.  Tak apa nak bersenam punya pasal.  Nanti lama-lama biasalah kan. 






                                                                                                                        

~Ole-ole Dari Cameron~

Salam dan selamat pagi khamis. Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik dari semalam. Entry pertama untuk hari ini adalah ole-ole dari cameron. Kan minggu lepas opis aku buat lawatan ke cameron. Si mira mokhtar kan pi sana. So aku haruslah mengirim daripadanya. Tq yea mira mokhtar.

Inilah ole2 dari cameron. Hari jumaat petang sampai terus aku amik dari mira mokhtar. Antara yang aku kirim payung, strawberry kering, kaktus. Itu jealah pun.

Ini ole2 dari kengkawan. Tq yea kawan2.

See!!!Pokok kaktus yang aku kirim. Beli sekali 6 pokok. Tak tahulah berapa lama pokok nie hidup dengan aku. Hehehe. Selalu kalo aku tanam or jaga pokok memang matilah gamaknya.

Dan tidak lupa untuk dikirim adalah teh strawberry. Nasib jumpa teh nie kalo tak mahu aku buat drama dengan mira mokhtar. Sampai melaka dia cari teh dia tak ada. Missplaced rupanya. Kalo tak, mahu aku batu belah batu bertangkup. Hihihi Itu jealah cerita aku untuk pagi khamis ini. Sekian dulu dan berjumpa di lain entry.

Wednesday, November 28, 2012

~Hari Terlebih Rajin~

Rajin ke ko nie?Hehe. Hari nie jea pun yang rajin nak bangun awal dan masak sebab nak bawak bekal. Nasib tak hujan lebat. Kahhhh. Ok tak lawak. Hari nie cubaan untuk masak pagi then boleh bawak bekal ke kerja. Jimat sikit kan Dah janji dengan mira mokhtar dia bawak makanan untuk pagi aku bawak untuk lunch.

Inilah bekalan aku. Ada 4 bekas tapi satu bekas nasi dah bagi mira mokhtar. Macam nak pi berkelah jea. Ingatkan nak bawak mangkuk tingkat jea tapi beria nau pulaknya. Tak tahulah sampai bile rajinnya aku nie pun.

Aku masak sambal ikan bilis petai. Petai pemberian kawan. Pastue aku masak sayur goreng. Itu jea pun. Simple jea. Kalau nak masak tak simple mahu aku tak pi keje.

Habis pun mira mokhtar makan. Terasa diri begitu dihargai. Hikhikhik. Aku paksa dia habiskan. Yelah penat ahkak masak pagi tadi. Tak abis memanglah nak kena. Itu jealah ceritanya. Sekian terima kasih.

Tuesday, November 27, 2012

~Cerita Lunch Semalam~

Lunch semalam sempat menjengah ke Mydin. Selama 1 jam diperuntukkan. Yelah rehat kan 1 jam. Lainlah hari jumaat masa rehat panjang. Biasalah, kita orang mana lagi nak pegi. Hanya ke Mydin jealh. Sempatlah jugak aku dan mira mokhtar ke supermarket untuk beli barang. Then baru kita orang pi makan

Seperti biasa, menu aku adalah nasi ayam.

Plastik mydin tue barang aku. Aku beli air dengan coklat kit kat. Sekarang nie aku kuat makan coklat. Plastik merah adalah kiriman daripada officemate. Satu bihun goreng dan satu bungkusan lagi nasi ayam.

Hah nielah menu mira mokhtar semalam. Ubah selera dia semalam. Sedap jugak mee bandung dia. Itu jealah cerita lunch kami semalam. Tak ada lain, mydin dan nasi ayam jea aku nie.

Monday, November 26, 2012

~Jumaat Bersama Kak Rehan~

Jumaat lepas waktu lunch tak balik rumah. Oleh sebab si mira mokhtar tak ada so tak adalah teman nak merewang. Tapi tidak, aku akhirnya ke Parkson bersama Kak Rehan sebab Kak Rehan nak beli handbeg untuk ke Australia. Bestkan?Kak Rehan ke sana sebab nak melawat anaknya yang study di sana.


Inilah masa Kak Rehan sibuk memilih beg. Aku sibuk tangkap gambar dia.



Inilah gerangan yang bernama Kak Rehan. Kak Nisah, kita nak kirim beg kat dia tapi dia beli beg kat Malaysia. Apa kes?Agaknya masa entry ini dipublished Kak Rehan telah selamat sampai di Australia. Kak rehan bertolak pagi semalam. Jangan lupa bawak balik kanggaroo. Hikhikhik.



Settle membeli belah kita orang tapau marry brown. Tak makan kat sana. Kita orang take away makan kat opis jea. Sekian entryku lagi. Akan bersambung dengan pelbagai story mory. Stay tuned!!!

posted from Bloggeroid

~Mood Isnin~


Assalamualaikum..Good morning!!!Minggu lepas dilalui dengan perasaan yang bercampur baur.  Harap hari ini dan minggu ini dapat dilalui dengan tenang tanpa mendengar kata-kata yang kurang sedap dengar.  Hope so. :D

Mengadu pada blog sendiri.  Mengadu atau meluah?Ermmm mulut orang kita tak boleh nak jangka.  Tapi jangan sesuka hati buat spekulasi sendiri kan.  Biarlah kata-kata itu berlalu pergi.  Pagi nie tak ada cerita mengenai Adam dan Hawa.  Nanti orang kata tak abis-abis ko dengan drama AH tue.  Hikhikhik

Oklah hari nie nak fokus kerja sebab aku tak perlu menjawab panggilan telefon sebab Mira Mokhtar sudah kembali bertugas.  Yeahhhhh..Sekian bebelan aku pagi ini.







                                                                                                                    

Sunday, November 25, 2012

~AdrianAmmar Ke Klinik~

Salam petang ahad. Semalam blog tidak berupdate dok kerana tidak ada mood. Mood masih tidak menentu. Oklah nak cerita hal anak-anak aku. Hari khamis lepas bawak adrianammar ke klinik untuk pemeriksaan bulanan. Kali nie adriana pun ada checkup jugak. Tarikh sepatutnya untuk adriana 26 november tapi alang-alang aku bawak sekali dengan ammar.

Ini nombor giliran kami hari tue. Menanti dengan penuh kesabaran.

Adriana dengan ammar dah bosan waktu nie. Lama sangat nak tiba giliran kita orang. Ammar dah tak reti dok diam.

Suasana di Poliklinik Peringgit yang selalu kami berkunjung untuk monthly checkup.

Buku rekod kesihatan adrianammar. Warna pink untuk nana dan biru untuk ammar. Checkup kali nie just timbang berat dan ukur ketinggian. Berat untuk adriana 15kg dan ammar 11kg. Yang lain aku tak ingatlah nak kena tengok buku balik ketinggian dia orang. Itu jealah cerita mengenai anak-anak aku di petang yang mendung ini. Mata nak terkatup jea. Ini checkup untuk adriana berusia 4 tahun 10 bulan dan ammar pulak 1 tahun 9 bulan. Sekian.

Friday, November 23, 2012

~Jumaat Kembali~

Salam jumaat kepada semua pembaca yang singgah di sini ataupun yang tersinggah.  Jumaat pagi yang tenang tapi sedikit kelam kabut untuk aku.  Pagi ajak kawan teman tuang minyak kete.  Belum ada keberanian nak pi tuang seorang diri.  Hihihi.  Aku kan imaginasi tinggi.  Kadang baru nak menanam semangat tapi perkara negatif datang dulu menghantui diri.  Macam mana tue?Tak apa kita amik masa.  Mungkin makan tahun ke masa yang perlu aku amik?Hehehe.  

Hari nie masih seorang diri tanpa teman untuk bergelak ketawa.  Tak sabar nak tunggu Mira Mokhtar balik nak cerita pengalamannya di Cameron.  Kalau cerita tue bukan kira mengadu kan??Takut orang salah anggap dan salah tafsir.  Manusia nie kan suka buat spekulasi sendiri.  Apakah?

Selinganlah pulak.  Bila stress tengok drama Adam dan hawa nie hilang stress kejap.  Episod malam tadi memang sweetnya.  Meroyan kejap.  Hahaha.  Sila sedar diri yea.  Minggu nie bawak adrianammar tidur awal sebab maknya nak berfeeling sorang-sorang.  Kalau anak-anak tak tidur maknya tak boleh nak concentrate.  Yang maknya tak tahan bila budak berdua duduk depan tv.  Dah dia orang pulak macam nak masuk dalam tv.  Sabar maknya.  

Episod drama Adam dan Hawa sudah 52 episod.  Minggu nie drama nie dah makin best.  Am dan ain sudah semakin baik.  Hah episod malam tadi memang romantik.  Hahaha.  Sudah-sudah nanti orang meluat pulak aku dok citer pasal drama nie jea.  Mira Mokhtar, tak sabar ahkak nak tunggu ko balik.  Sila meroyan sekali.  Ko dah banyak tinggal episod nie.

Sekian entry aku untuk pagi dan tengahri jumaat nie.  Petang nie Mira Mokhtar pulang dari Cameron.  Tak sabar nak tengok barang yang aku kirim dan ole-ole daripadanya.  

Nota Kaki>>>Misi petang nie nak berjogging.  Harap-harap tidakler hujan.







                                                                                                                    

Thursday, November 22, 2012

~Sticker Blog Di Kereta~

Yeahhhh..Akhirnya sticker ini sudah dilekatkan di kereta.  Kata blogger tegar.  Kenalah bersticker bagai.  Kahhhh.  Jangan over ok.  Aku saje jea buat sticker nie untuk dilekatkan di kereta.  Opsss bukan aku yang buat.  Aku order jea dari SINI.  Kalau sesiapa berminat bolehlah berhubung sendiri dengan beliau.  Jom tengok stikcer yang telah asben aku lekatkan di kereta kita orang.  Satu untuk kereta aku dan satu untuk kereta asben.  Sebenarnya aku buat dua nak letak kat kereta aku.  Kan aku nie versi tamak.  Hehehe.  Tapi dah laki nak satu bagi jealah.  Tang nie versi pemurah pulak kan.

Sticker untuk kereta aku.  Tadaaa...

Dan ini pulak untuk kereta asben.  Yeahhh..Dua-dua kereta sudah bersticker seperti ini.  Itu jealah cerita merepek aku petang-petang nie di kala waktu yang tahap membosankan ini.  Bosan aku nie dah tak tahu nak dikategorikan lagi.  Sekian terima kasih.







                                                                                                                      

~Selamat Hari Khamis~

Waaaa..Hari nie dah hari khamis yer.  Selamat hari khamis yea kawan-kawan.  Apa yang lebih penting esok sudah hari jumaat.  Itu yang lebih syok.  Kat opis masih tenang seperti semalam sebab tak ramai orang.  Bila tak ramai sunyi pulak.  Boring pun ada.  Tanpa Mira Mokhtar, tak adalah teman untuk bercakap dan bergelak ketawa.  So kita ketawa dan berkata-kata dalam hati jealah.  Apa-apa enjoy ur day!!!Kita enjoy!!!







                                                                                                                       

Wednesday, November 21, 2012

~Bukan Senang Jadi Operator Telefon~

Gambar kat atas nie aku google jea.  Kang ada pulak yang kata aku lukis saat boring di opis.  Aku lonely di opis dan bila tidak ada si Mira Mokhtar memang susah.  Sebab telefon bunyi kenalah jawab sendiri.  So bila aku dah sensorang kat opis nie maka kenalah aku yang jawab setiap panggilan.  Jaga suara sebab sampai serak-serak basah suara aku nie menjawab telefon.  Hahahaha.  Tak boleh blah.  Suara boring pun ada jugak aku buat.  

Rupanya bukan senang jadi operator nie.  Patutlah ko selalu stress Mira Mokhtar.  Hehehe.  Selalu muka ko berkerut.  Hari ini dah banyak kali jugak aku berkerut dahi.  Macam-macam memek muka aku buat saat aku menjawab telefon.  Macam-macam karenah orang nak kena layan.  Telefon lepas tue marah-marah orang satu hal pulak.  Dahler telefon kita tak boleh ke cakap elok-elok?Kang hilang sabar mahu tertinggi suara pulak aku nie.  Sabar yea.  Boleh ngadu tak?Soal ngadu lain hal pulak.  Salah jawab ada pulak yang mengadu.  Yang  tetibe cakap terus letak telefon pun ada jugak.  Eh, pendek kata memang macam-macam karenah.  Aku pun manusia jugak yang tak lari daripada kesilapan.  Hehehe..

Nota Kaki>>>Saat ini menaip entry sambil menjawab telefon. 






                                                                                                                       

~Rabu Yang Boring~

 gambar dari google

Adoilah, hari nie adalah hari yang tersangatlah boring.  Opis sunyi jea sebab ramai yang ke Cameron Highland untuk berkursus di sana sampai hari Jumaat nie.  Aku?Setia di opis.  Kenapa tak pegi?Sebab macam-macam hal tak dapat nak dielakkan untuk aku menyertai kursus itu.  Yang penting kawan celoteh aku si Mira Mokhtar pun tak ada sebab dia ke cameron jugak.  Sudahlah Kak Nisah sedang cuti bersalin.  Yang tinggal kat opis nie tak sampai pun 10 orang.  nasib ada Kak Rehan.  What a boring day!!!So marilah kita bersantai-santai di opis. 






                                                                                                                             

Tuesday, November 20, 2012

~Try And Error~


Kalau Ain ada cik ted aku pun ada. Korang ada tak?hikhikhik. Tapi cik ted nie aku beli sendiri bukan orang bagi. Tak silap aku beli masa aku belajar kat Poli.

Saje try and error update dari tab menggunakan bloggeroid yang baru. Tadi install untuk kawan nampak menarik. So kita cuba yang baru pulak.

posted from Bloggeroid

~Hadiah Dari 7-Eleven Sudah Sampai~

Inilah akibatnya bila sudah berhari-hari tidak update blog.  Baru 2 hari jea pun tapi update mengalahkan dah sekian lama.  Tension betul bila tak ada laptop kat rumah.  Tapi tak apalah sekurang-kurangnya internet dah ada.  Tak lah aku mati kutu kat rumah tue.  Hikhikhik..

Hari ini betul-betul mengupdate blog aje kejenya.  Oleh sebab mood ke laut dan nak buat kerja pun memang sampai sudah tak datang moodnya.  Tapi aku buatlah jugak.  Bukan tak buat langsung.  Ada pulak orang kata aku makan gaji buta.  Entry kali nie, aku nak cerita mengenai hadiah dari 7-Eleven telah pun selamat sampai kepada kami.  Aku pernah buat entry kemenangan di SINI.  Rezeki ketiga untuk tahun ini.  Orang lain dah berpuluh menang.  Aku baru tiga jea.  Aku hanya comper biasa-biasa jea.  Ada rezeki menanglah.  Tak ada rezeki tak menanglah.  Terima seadanya. :-(

So ini ceritanya.  Hadiah daripada 7-Eleven iaitu Micro Hifi jenama Philips telah pun kami terima pada 8 November yang lalu secara courier.  Nasiblah time tue aku cuti.  Kalau tak memang tak ada oranglah nak terima time barang nie sampai.  Jom tengok.

Masa dalam pembalutan lagi.  Aku tunggu tuan badan balik.  Sebab menang guna nama asben walaupun yang mengira logo adalah AKU.  Nak jugak mention yea yang aku ada kaitan dalam ini perkara.  Hihihi..

Tadaaa...Asben balik dialah yang bukak.  Kalau nama aku dah lama aku bukak dan tengok.

Inilah hadiahnya.  Aku tak snap gambar barang sebab kita test jea lepas tue masuk balik dalam kotak sebab belum ada tempat yang sesuai nak letak.  Tengah dipikir-pikirkan.  Kebetulan sama pulak jenama dengan home theater yang asben beli sendiri masa besdaynya.  Hihihi...Buat masa nie hifi nie masih di dalam kotak sampailah ada tempat barulah ia akan dikeluarkan.  Sekian.  Mudah-mudahan adalah lagi rezeki untuk kami.  InsyaAllah dan Amin...







                                                                                                                     

Monday, November 19, 2012

~Kisah Adriana Dan Tadika~

Cuti sekolah dah lebih seminggu melabuhkan tirainya.  Aku barulah nak cerita kisah adriana dan tadika.  Oleh kerana sudah ada gambar dan terperap dalam draft, maka aku ceritakanlah jugak di sini.  Tak ada apa yang menarik pun mengenai anak aku cuma nak story serba sedikit mengenai hari-hari akhir adriana bersekolah.

Masa lagi sehari adriana nak abis tadika, adriana ada bawak balik semua buku yang adriana belajar di sekolah sepanjang setahun ini.  Excited betul suruh aku tengok.  Dialog adriana "Ma, cikgu suruh tengok buku-buku nana."Masa nie aku pulak jemput adriana dari sekolah.  Naik-naik kereta jea adriana suruh aku tengok.  Hehehe..Aku kata mama nak drive.  Balik rumah kita tengok.  So sambil tengok aku pun ambil gambar sebab kebetulan adriana memang nak bergambar dengan cenderahati yang adriana dapat masa hari sukan di tadika.  Adriana panggil 'cendolhati' yea.  Jom tengok gambar.

Inilah fail yang adriana bawak balik tempohari.  Segala buku-buku dan kertas kerja yang dibuatnya ada di dalam fail ini.

Antara buku-buku adriana.

Hasil kerja adriana.  Tak payah tunjuk lebih-lebih.

Sijil tamat pra sekolah untuk adriana.

Inilah cenderahati yang adriana dapat yang dikatan 'cendolhati'.  Aku balik-balik rumah adriana kata 'Mama tengok nana dapat cendolhati.' Mama confused jap.  'Cendolhati?' Rupanya cenderahati.

Ini gambar adriana graduate.  Siap dengan frame lagi.  Aku dah letak kat meja perhiasan tapi kena letak tinggi sikit sebab nanti ada orang tukang alih.  Siapa lagi kalau bukan si hero kecik kat rumah tue.

Lepas hajat adriana nak bergambar dengan cenderahatinya.  Nanti nak tunjuk adriana gambar nana dah masuk kat blog mama. :D

Ini gambar untuk kelas 4 tahun.  Adriana yang duduk dua dari kiri.

Alololo...Sweetnya gambar ini.  Mama berangan nanti.

Dan untuk cikgu-cikgu adriana.

Aku hanya mampu belikan brooch yang tidak seberapa ini tanda terima kasih kepada cikgu-cikgu di tadika itu yang mengajar adriana.  Daripada adriana seorang yang tidak kenal huruf dan kini adriana kenal huruf, nombor, boleh menghafal doa dan macam-macam lagi.  Terima kasih untuk segalanya!!Perjuangan adriana masih panjang dan perjuangan adriana akan diteruskan pada tahun hadapan di sekolah baru.  Semoga adriana dapat menyesuaikan dirinya kelak.  Itu doa mama buat adriana selalu.