Pages

Monday, November 30, 2009

NGV

Apa itu NGV?

NGV adalah singkatan daripada kata penuh “Natural Gas for Vehicle” atau di dalam Bahasa Melayu membawa maksud kenderaan yang menggunakan gas asli. NGV adalah bahan api yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar serta dapat memberi impak yang baik terhadap ekonomi negara dan individu di dalam proses alternatif penjimatan daripada pergantungan terhadap petrol semata-mata tanpa meminggirkan kualiti ngv yang digunapakai.

Benefit penggunaan NGV
  • Pengekalan Penjimatan berbanding petrol (70%)
  • Kos operasi yang rendah
  • Tidak mencemar alam sekitar
  • Kenderaan boleh bergerak dalam jarak yang lebih jauh

Insentif dari Kerajaan Malaysia dan Penggubalan Undang-undang di dalam penggalakan penggunaan NGV.

NGV telah diberi galakkan oleh kerajaan dengan penyediaan insentif dan undang-undang di dalam menggalakkan pemilik kenderaan seluruh negara memiliki dan menggunapakai NGV. Pada masa sekarang harga NGV berada pada paras 63.5sen seliter berbanding dengan petrol yang berharga RM1.92 seliter serta harga NGV adalah yang termurah jika dibandingkan dengan harga minyak kenderaan yang lain. Untuk rekod semasa NGV mencatatkan harga penggunaan pada RM8 untuk jarak perjalanan sejauh 160km, jika dibandingkan dengan petrol mencatatkan pada harga sekitar RM30-RM40 untuk jarak yang sama. NGV juga dikecualikan daripada duti import dan cukai jualan . Yang paling menariknya bagi NGV ini adalah pengurangan cukai jalan yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti berikut:
  • Kenderaan Monogas (NGV sahaja) – potongan 50%
  • Kenderaan Bi-fuel (Petrol & NGV) – potongan 25%
  • Kenderaan Dual-fuel (Diesel & NGV) – potongan 25%


Maklumat yang dinyatakan di atas adalah perkara asas yang utama bagi bakal pemilik kenderaan NGV di dalam membuat pilihan penggunaan bahan api bagi digunapakai.


Tahap keselamatan penggunaan NGV


Walaubagaimanapun, sudah tentulah antara perkara yang harus dipersoalkan adalah berkenaan ciri-ciri keselamatan. Di sini para pemilik dan bakal pemilik kenderaan yang berasaskan NGV ini tidak perlu risau berkenaan soal keselamatan dimana bagi melihat rekod yang dilaporkan kini NGV adalah sejenis bahan api yang lebih selamat berbandingkan dengan minyak petrol atau bahan api alternatif yang lain pada hari ini. Ini disebabkan kehebatan dan kelebihan yang ada pada NGV (dan masih meningkat) dari segi teknologi automotif, tahap keselamatan yang tinggi serta NGV ini ditempatkan di dalam sistem fizikal enjin tersendiri dan pemangkin kepada keselamatan penggunaannya jika dibandingkan dengan bahan api yang berasaskan petroleum yang lain.


Contoh Diagram NGV di dalam kenderaan





Ada sesiapa di kalangan anda yang menggunakan NGV???Jika ya, adakah berbaloi dan adakah ia sangat menjimatkan?

Sunday, November 29, 2009

TAG:Interesting Facts

Hah!!Kena buat tag..da lama rasanya tak dapat tag..Tag kali nie aku dapat dari Jue..Jom kita tengok tag mengenai apa..:-)

a. write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.

(1) Namanya Juliyana Abdul Raman
(2) Isteri kepada Shahrulizam Subari dan Ibu kepada Muhammad Iman Zafran
(3) Suka warna pink..betul tak jue?
(4) Kenal masa beli baju2 dengan dia dan selalu belaja mengenai blog dengan dia
(5) Pernah bersua sekali dengan Jue di Tesco Melaka

b. jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies
(1) aku seorang yang pendiam bila berjumpa pertama kali
(2) aku seorang yang banyak cakap bila da kenal lama..tak larat nak dgr cite2 aku nie
(3) aku seorang yang suka melancong, berjalan2
(4) aku seorang yang suka bergambar...kamera aku akan pikul jea dalam beg
(5) aku seorang yang sangat suka bershopping..dulu masa zaman anak dara suka shopping untuk diri sendiri..tapi sekarang asyik beli untuk adriana jea...
(6) aku seorang yang takut untuk drive...(mcm mana nak dtgkan keberanian aku yea?)
(7) aku seorang yang suka memasak..(iye ke?time ada mood sukalah)
(8) aku seorang yang tak suka lipat kain...(kita samalah jue)
(9) aku seorang yang suka tido kalau ada masa lapang...(pantang adriana tido aku pun tido)
(10) aku seorang yang sangat suka berblogging..untuk mencari kenalan..
c. pick your ten (10) more deserving recipients and describe them
(1)Sufi-Anak buah aku nie..Baru belajar menceburi dunia blogger..jadi haruslah buat yea..
(2)Adibah-Anak buah aku jugak nie..haruslah buat sebab dia pun baru jea ada blog
(3)Kak Linda-My Officemate..Rasa memang selalu jea nak tag akak..nampak blog akak pun da bersawang..jadi wajib buat yea..nie tak ada gmbr..jd tak payah bagi macam2 alasan kata kabel kamera hilang..huhuhu
(3) Mai-Ibu Leeya..kenal di dunia blogger..org perak rasanya
(4)Hani-kenal di dunia blogger..punyai sepasang cahaya mata...Harraz dan Khayra
(5)Lya-kenal di dunia blogger..mama afrina..

itu jealah yang boleh aku tag..aku pun tak tahu nak tag sape...

Nur Kasih-Last Episode

Nur Kasih...
Cite Nur Kasih da last episode...pas nih dah xde nak melekat kat umah setiap ari jumaat malam..selalu kalau hari jumaat malam memang cakap dengan asben tak nak g mana2..masa ari jumaat last episode, aku dekat umah mak mertua...ajak asben blk cepat..tak nak ketinggalan tgk cite akhir Nur Kasih nie...aku nak tgk kat umah..nak fokus..hehehe..
apa-apa pun aku memang suka tgk cite nie..memang bestlah..nak2 aku suka Adam dan Aidil..hehehe...agaknya apa cite untuk minggu depan gantikan cite Nur Kasih?Best ke mcm cite Nur Kasih..Kita tunggu...
Lirik Lagu
NUR KASIH ost NUR KASIH

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

KEPADA SEMUA RAKAN-RAKANKU
(terutama rakan-rakan blogger ku)
SELAMAT BERCUTI
DAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Penilaian Prestasi


Ari nie ofis aku sunyi jea..sebab ramai yang sudah bercuti..aku pulak tak amik cuti..sebab nak simpan nanti untuk bulan 12..mak ngan ayah aku balik Haji mesti kena cuti...oleh sebab dengan ketenteraman ofis aku nie, aku pun mengambil kesempatan untuk menyiapkan Laporan Penilaian Prestasi aku yang belum siap nie...tarikh kena hantar pun da dekat...tengah rajin nie baik aku taip apa yang patut...
tapi ptg nie aku tak masuk ofis..aku mintak half day dengan bos aku sebab ada benda nak diuruskan..baik aku siapkan semua keje2 aku..tapi macam tak dak mood jea..sebab da terpikirkan Adriana...Hehehe..Tghari kang aku amik Adriana dekat umah mak mertua aku

Note:Best jugak sekali-sekala ofis nie sunyi...:-)

@Kelana Jaya

Day : Tuesday
Date : 10/11/2009
Nie nak cite pasal masa aku menghantar mak ngan ayah aku ke Kelana Jaya...oleh sebab 1st time pi sana jadi ada sedikit keterujaan...hehehe..nak2 aku dgn kakak sepupu ku..yang pi anta satu van dan satu lagi keta aku...aku cakap dgn asben nak naik van sebab nak naik dgn mak..jadi yang jd mangsa naik keta aku adik aku..mak mertua aku pun ikut sekali...

Adriana+Nor (tunang adik aku)

Kak Wati (kakak sepupu aku) +Nor

Mama+Adriana
Masa nie dalam van..masa otw nak pegi, hujan punyalah lebat..
memang lebat giler masa tue

Di Kelana Jaya...Kita org smpi dalam pukul 5.30 ptg..masa nie tak berapa sesak sgt dgn org..adriana masa nak pegi nie da demam..dia mulalah merengek2...nasib baik ada busu dia
(adik ipar aku) yang melayan dia...

Adriana+Nenek

Makcik aku+Kak Wati

Makan time..yang bertudung pink tue my mom in law

time nie org da mula ramai...makin lama makin ramai...

inilah keadaannya...

menanti dengan penuh kesabaran

my mom and my dad

my family

Adriana+Atok
Pada mulanya, mak ngan ayah aku kena lapor diri pada pukul 9.30mlm..tp telah ditunda sehingga pukul 10.45mlm atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...memang sedih masa mak aku ngan ayah nak masuk tue..adriana nampak aku nangis dia pukulnya aku..dengan nenek dia tak nak salam...sabar jealah..sb org tak bawak dia..so settle semua dalam pukul 11.00mlm...sampai melaka dalam pukul 2pagi...
Note:Doakan keselamatan ayah dan mak aku di sana..semoga mereka selamat kembali ke Tanahair pada 20 Disember 2009 nie...Semoga mereka mendapat Haji Mabrur.AMIN

Sunday, November 22, 2009

Pertunangan Adik Aku

Date : 8 November 2009
Day : Sunday
Sehari lepas umah aku bt kenduri doa selamat, adik aku pulak bertunang...semuanya jadi saat2 akhir bila mak ngan ayah aku dapat panggilan gi Haji last minit..sepatutnya adik aku bertunang minggu lagi satu..disebabkan pihak perempuan tak nak tangguh, nak jgk buat ahad tue kami terpaksa akur..akur ke?hehehe...jadi nielah gmbr2 yang aku amik sepanjang perjalanan kami ke rumah pihak perempuan...


my family

hantaran sebelah lelaki..hantaran nie aku yang buat...:-)

berbaju biru tue adalah ibu mertuaku..


gmbr nie tak clear pulak..aku dan kakak sepupuku..
my only sis!!!

perbincangan hangat...

aku bersama adibah..anak buah aku..

mak aku..ntah apa yg sedang diperbincangkan

afiqah

mama+adriana

adriana+nenek
adriana ramai nenek...

sebelah mak aku adalah sepupu2 ku

afiqah+adriana

sesi penyarungan cincin

salam pulok yea..

tggu makan pulak...
ini jealah gmbr2 yang aku amik...malas nak upload byk2...
Note : Tunggu pulak gambar aku masa hantar mak ngan ayah aku di Kelana Jaya...


Thursday, November 19, 2009

Makna disebalik huruf pertama....A-Z

Affendy & Alfidah
Huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan:-


A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.


C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.


F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.


J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.


L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.


M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.


N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.


Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.


U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.


X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.


Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


Tuesday, November 17, 2009

Kenduri Doa Selamat

Ini gambar masa kenduri di rumah aku..buat kenduri doa selamat...buat kecik2 jea..buat last minit...jemputan pun sedara-mara yang terdekat dan jiran2..kawan-kawan aku pun adalah jugak yang aku jemput...
Date : 07/11/2009
Day : Saturday


ini antara chef-chef yang ada di dapur

nie adik aku..tgh merempahkan ayam


nie mak long aku..(kakak mak)

nie nenek aku (belah ayah)

afiqah..(anak buah sepupu)

yang berdiri tue emaknya..kakak sepupu aku..anak mak long

aik..rajinnya suamiku ini

tgh mencuci beras...

tetamu2 yang hadir

tetamu sedang menjamu selera

ini sepupu2 aku

ini kawan sekolah aku...liesa dan rania

nur rania nabilah

aku sekolah aku gak..norni+rania

pasal bergambar nombor satu...dari sekolah mcm nie..
very the vogue

kami berempat..adriana tak ada..tgh tido..
kawan2 sekolah aku nie tak cukup korum...ada yg keje kat KL..tak blk
kalau tak mesti meriah..sesekali jumpa..yang ada nie pun da sakit perut..
aku dgn popuan yang ala-ala mak datin..hehehe

aku+noni

rania da salin baju...

ada jea benda nak masuk dlm mulut

nie sesi malam pulak..time nak berkemas2..
adriana masih sempat berposing dgn moyangnya

adriana dengan nek long nya

note : sekian..nantikan entry masa menghantar adik aku bertunang