Pages

Friday, October 30, 2009

~Aku Dalam Dilema~

Aku tak tahu nak berkongsi dengan sape..Just nak share dengan u all.Aku dalam dilema nak beli rumah...Ntahlah buat masa nie macam2 yang aku fikirkan..patut ke aku beli rumah sendiri ke nak duduk rumah mak..sayangnya nak tinggalkan rumah aku tue..aku sekarang nie duduk dengan mak memandangkan aku adalah anak perempuan tunggal dan hanya 2 orang adik-beradik.Jadi mak aku tak bagi aku sewa rumah..Makanya aku dudukler rumah mak aku..Tapi asben aku naklah beli dan duduk rumah sendiri..Haruskah aku beli?Kalau aku beli pun mesti aku tak duduk sepenuhnya kat umah aku tue.Membazir ke?Ada officemate aku kata buat apa nak beli?"Ko kan dua beradik jea."Duduklah umah mak.Tapi asben aku mesti nak beli rumah sendiri.

Ohhhh!!!!Pening aku fikirkan..Sampai bila yea aku nak duduk rumah mak..Nanti kalau adik aku kawin mesti dia duduk rumah mak aku gak...Bile tengok kwn2 beli rumah seronok jea tengok.Aku fikir jugak boleh ke nak tampung byr duit rumah?aku mmg suka fikir yang bukan2..Lagi satu aku kesian pulak nak tinggalkan mak aku..macam jauh nau aku nak duduk..Yelah tak sampai hati pulak..kalau kita org tak de memang sunyi rumah tue..Nak2 kalau Adriana tak de..Kalau aku balik rumah mak mertua aku hujung minggu pun mak aku da cakap sunyi..Inilah lagi kalau aku tak duduk situ...

Kalau tak beli sekrang bila lagi nak beli kan?rumah pun sekarang semakin mahal harganya..Kat Melaka nie semua harga da RM100,000 ke atas..mana ada yang murah..yang murah pun jauh..kalau boleh aku nak dekat2 umah mak aku..kadang bila aku fikir2 balik baik aku dok umah mak aku jea...Hehehe...
Aku kebingungan!!!!TOLONG!!!




Dua Belas Aurat Wanita

~~DUA BELAS AURAT WANITA~~


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...... .jadi hantu loceng...... ....

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Wednesday, October 28, 2009

Contest: Baby In Gown Contest


Syarat Penyertaan

1. Contest ini terbuka kpd semua bloggers..Bermula pada hari ini 1 October - 28 October 2009..
( Sempena My Besday )

2. Diwajibkan menjadi FOLLOWER blog mamaalieya..and ADD link blog mamaalieya dalam bloglist anda..

3. Diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog anda.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini

4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat entry tentang contest ini pada blog anda. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby..

5. CONTEST nie terbuka untuk baby girl shaja, gambar tersebut mestilah gambar baby yang berpakaian baju GOWN. Baby korang mesti berumur 1 Bulan hingga 2 tahun
ja..



Nama : Nur Adriana Qistina binti Mohd Affendy


Tarikh lahir : 20/01/2008


*Ini gambar diambil masa raya tempoh hari..Masa nie Adriana hendak pergi open house.Sebelum tue kena posing dulu utnuk amik gambar.

Monday, October 26, 2009

Jawapan Teka-tekiku

Hah!!!Di sini ingin aku umumkan jawapan mengenai teka-teki aku mengenai apa yang asben aku buat pada kereta kami...saje2 buat teka-teki nie..nak tambah kenalan..walaupun tak ramai yang meneka tapi kira oklah tue..so, tanpa membuang masa aku nak umumkan peneka yang mejawab dengan tepat (walaupun banyak yang dijawabnya tapi jawapan yang aku nak masih di dalam senarai) adalah :


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


1)Ryn




Jawapan teka-teki adalah :
~Tayar&Sport Rim~

Kepada senarai nama di atas, sila emailkan nama penuh dan alamat kepada saya yea...
email aku :
seroja_83@live.com

Terima Kasih Kerana Sudi Menjawab Teka-Teki aku...

Friday, October 23, 2009

Sepanjang Hari 17/10/09

Lambat aku buat entry nie..17 Oktober 2009 (Sabtu) birthday asben aku..Jadi aku terpikirlah nak baut makan-makan sikit..Nak-nak da penghujung syawal..jadi aku panggillah mak mertua aku serta ipar-duai yang lain untuk datang makan..jemput family jea..So, aku adalah masak bebrapa menu..antaranya adalah Nasi Ayam, Spageti, Coctail dan aku ada order cake dan cupcakes dari Kak Ecar (kenalan blogger aku)..aku 1st kenal dia ms aku masuk contest yang dia anjurkan..aku tak tahu dia kenal aku ke tak..hehehe.baru jea kenal dgn dia..kek tue dia siap anta smpi Melaka..sorang-sorang pulak tue..
Thanks A Lot To Kak Ecar..
Jadi, jomlah layan gambar-gambar kat bawah nie...

inilah kek yang aku tempah..oleh kerana asben aku minat MU aku letak logo dan gambarnya.
Sedap kek nie..aku memang minat coklat...Menarik tak?

ini pulak cupcakes yang aku tempah..aku mintak kak ecar letak sign untuk berhenti merokok sebab asben aku nie mmg kuat sgt merokok!!!!tak tahulah mcm mana nak berhentikan dia merokok..korang ada tak cara-cara atau pendapat?
untuk Kak Ecar : Sedap sungguh cake dan cupcakes yang akak buat..memang sedap..saya paling suka cupcakes..Nanti insyallah boleh order untuk birthday Adriana 2years pulak
Ini pulak antara juadah-juadah yang sempat aku amik gambarnya...

Spageti
Ayam Goreng Madu (utk nasi ayam)

Salad, tomato dan timun untuk dimkn bersama nasi ayam

sesi memotong kek..mula2 asben aku tak nak potong...hehehe

tengok sape yang berdiri dekat belakang asben aku?
anak aku da menanti dengan pinggan yea..

Adriana : Happy Birthday Papa

inilah family sebelah asben..yang berbaju merah mak uda

Alya tumpang tido dalam katil Adriana
Adik pinjamnya Adriana..

Yang lelaki nie Pak Uda

Adriana sibuk nak ikut org nak balik..
Adriana pantang kalau nmpk org nak berjalan..

Alya

Sepupu asben, Nurul dan Adriana

Sesi malam pulak..
Mak cik aku dari Singapore pulak datang..bagitahu last2 minit..dah smapai Melaka baru telfefon ayah aku..So, kita org bawak dia mkn di luar jea..
Mak dan Kak Iparnya

Adriana dan Pak Ciknya (adik aku)

Tengok apa tue Adriana?

inilah kami

menanti makanan dengan penuh kesabaran

menanti lagi

ayah, mak dan mak long

jeng3x...inilah masak ayam pedas
my favourite..

makan dengan penuh kenikmatan

yang sebelah mak long kak sepupu aku..
Dalam pukul 10pm selesai makan..then, terus anta dia orang balik dekat uamh nenek aku dekat Tengkera..sebab dia orang tak tahu jalan nak balik...Orang Singaporelah katakan..hehehe....


Thursday, October 22, 2009

Teka-Teki : Part 1

Salam Semua..
Boring betul ari nie..Tetibe terlintas di fikiran aku untuk buat entry nie.Sebab aku asyik dok fikir adakah aku berbaloi buat benda2 nie pada kereta aku..ini semua keje asben aku lah...dalam sibuk2 beraya2 boleh dia menghabiskan duit untuk keretanya itu!!!dua benda yang asben aku buat dalam satu masa!!!
Aku just nak korang teka :-
"Apakah 2 perkara yang suamiku telah buat pada kereta kami?"
T&C Teka-teki ini :1)Terbuka kepada semua
2)Tekalah sebanyak mana pun
3)Tinggalkan jawapan teka-teki korang dekat entry nie yea
4)Jawapan Teka-teki diterima sehingga jam12am pd 22/10/09

Note :
Sesiapa yang meneka dengan betul dan tepat akan dikira sebagai pemenang..
Hadiah misteri menanti anda..

Cepatlah Teka Yea!!!

Tips: Menangani Anak

TIPS MENANGANI ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st="on" cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...



BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba lace kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPALazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

501 tips yang diberikan oleh Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri

Note: Sekadar untuk dikongsi bersama.
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

Wednesday, October 21, 2009

Jalan Raya Ke Kuala Lumpur

10 Oktober 2009 aku pi jalan2 ke KL. merangkumi jalan2 raya ke rumah sedara.ini pi umah sebelah asben aku..mak mertua aku ajak jalan ke KL. Aku malas nak cite panjang2..Si layan jealah gambar nielah yea..

Baru bertolak dari Melaka

Adriana dgn Busunya..Sambil makan jagung


Masa nie jammed giler..OTW to Ampang

" Hello"

Sempat snap gambar nie..asben aku suruh amik

Adriana+Papa

Masa nie dekat umah anak Tok Busu

Alif (anak mak busu) tgh makan ayam

Alif,Mak Busu dan Najwa

Aku dgn Najwa
Dari Ampang kami tido dkt umah mak busu..dekat Bandar Putra Mahkota
***Nie untuk 11 Oktober 2009***
1st pi umah Mak Teh dekat Nilai
Adriana,Wani dan Adriana

Papa+Adriana
Dari umah Mak Teh kami naik semula ke KL..
Pi Kajang umah sedara asben..Kemudian pi Cheras umah Mak Ngah
Adriana+Mama di umah Mak Ngah

Nielah di Putrajaya dekat masjid baru

papa+adriana

my family

aku dgn asben

aku dgn alya

adriana dah kepenatan..jom balik
Note : Inilah perjalanan aku selama dua hari ke KL..Seronok jalan2

Monday, October 19, 2009

Jamuan Raya Di Ofisku

Rasanya belum terlambat aku upload gambar masa jamuan raya dekat ofisku..Masa nie buat 2 Oktober 2009..Dah lamaler jgk..aku kesibukan..tak sempat nak upload gambar2 nie..Jomlah tengok gambar nie masa jamuan raya dekat ofis aku..

Sebelum majlis bermula
Ini antara menu2 yang ada

Zila

Dari kiri : Kak Aziya, Linda dan Kak Zira
My officemate
Dari kiri : Kak Aziya, Aku dan Kak Zira
Majlis baca doa

Sedapnya...




Mia

Aku+Zila

Amboi Kak Dila..Penuh dua tangan


Ini CC dan EO aku

Aku+Kak Nisah

Aku+Kak Mimah