Pages

Tuesday, August 29, 2017

Menguruskan Empat Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi. Entri ini ceritanya sudah berlaku beberapa hari yang lepas-lepas. Oleh sebab aku sayangkan gambar-gambar yang telah dirakamkan pada hari itu, jadi aku coretkan ceritanya di sini. Suatu hari yang entah bila harinya. Waktu ini aku emergency leave sebab ada sesuatu yang berlaku. Terpaksa. Sudahnya aku tak kerja manakala anak-anak pun tidak ke sekolah.

Sebelah tengahari aku jengah mak dan ayah. Mereka teringin mahu keluar. Nak makan luar katanya. Jadi aku pun membawa mereka semua makan. Mengangkutlah budak empat orang dan dua warga emas. Bukan senang nak handle budak-budak berempat ini. Semua tengah melasak. Mana yang bergaduh, bergurau, tumpahkan air, yang nak terkucil.

Mak aku jenis over protected. Cucu lari-lari pun dia risau tahap maksima. Terjerit-jerit panggil cucunya sudahnya dia pening kepala. Walhal aku ada dok tengok budak-budak tu. Agaknya memang gitu mak-mak yang sudah jadi nenek-nenek. Nanti kita gitulah agaknya.


Ini keadaan terkawal sebab semua fokus nak bergambar. Bergambarkan siapa yang tak suka. Hat budak yang sebelah kanan tu, Naura namanya. Garang ko. Aku nak suap bertekak-tekak dia dengan aku. Nak suap sendiri. Sukatilah nak oi.

Mama dan tiga anak dara.

Kemudian bawaklah dia orang ke tempat permainan ni.

Diam kejap budak kecik ni.

Nak main benda alah ni pun dia orang berempat tu bertekak-tekak. Gasak korang. Mama perati aje dari jauh. Sesekali jadi mak anak empat ini memang mencabar. Anak buah aku yang baju kuning tu memang suka ikut aku. Dulu masa dia kecik, kalau nampak aku menangis. Macam aku bawa jin dia punya menangis. Sekarang tidak lagi. Hehe. Jadi mak long kesayangan dia kut. Dia panggil aku obek. Itu sahaja. Seronok bila dengan mereka walaupun dalam keadaan haru-biru. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, August 28, 2017

Pada Suatu Sabtu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi. Minggu ini cuti sekolah. Jadinya tidaklah huru-hara pepagi untuk minggu ini. Berehat seketika pun dah cukup baik. Jalan pun tak sesak. Seronok sangat. Bila dah selalu mengadap jalan sesak hampir setiap hari, memang stres. Itu belum lagi yang terkejar-kejar dalam rumah. Mana stokin, mana baju, mana beg. Hehe.

Rutin harian begitulah kan. Menguruskan rutin harian sendiri memang mencabar. Tak apalah. Adakalanya hidup begitu banyak mengajar kita. Antaranya mengajar kita lebih berdikari. Entri ini cerita lama. Kisah sabtu minggu lepas. Sabtu adalah hari untuk bersantai bersama keluarga setelah lima hari berhempas pulas.

Atas permintaan suami, aku masak ringkas aje menunya. Dia kata dah lama tak makan masakan aku.

Kemudian ajak suami keluar sebab aku teringin benor nak makan cendol durian. Aku ni tak makan durian tapi kalau durian yang dah dicampurkan dengan benda lain aku bolehlah telan jugak.

Ini cendol duriannya.

Wajah aku yang semakin berumur. Dah semakin tua, jerawat pun kembali bermaharajalela di wajah. Ini terpaksa guna kamera trick.

Anak-anak seronok. Dua-dua memang penggemar durian jadi cendol durian menjadi pilihan. Maknya aje yang cuba-cuba nak menelan durian. Nasiblah kena dengan tekak. Itu sahaja bebelan untuk pagi ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sunday, August 27, 2017

Ada Kala Perlu Sendiri

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat malam. Baru berkesempatan mahu menulis blog. Semalam sibuk dengan candy booth dan juga photo booth. Kesibukan sepanjang masa membatas aku untuk mengekalkan momentum menulis itu. Cerpen pun sudah lama ditinggalkan. Kali terakhir menulis cerpen masa mengedit cerpen yang terpilih untuk Antologi Cerpen Adiwarna tu. Itu pun mahu tertonggeng-tonggeng aku nak mengedit cerpen itu. Memang lemah betul kalau cerpen yang sudah ditulis perlu dirombak semula.

Beberapa hari memikirkan jalan ceritanya sebagaimana yang diminta oleh pihak penyelenggara. Tak rombak pun cuma permulaan dan endingnya mahu lebih dramatik. Aku tak tahulah yang aku edit tu dramatik ke tidak. Sesungguhnya apa yang terkurang itu datangnya daripada diri aku sendiri.

Anak-anak balik rumah mak mentua. Cuti sekolah mereka memang akan berada di sana untuk beberapa hari saja lagi. Selalunya aku akan jemput awal dari hari yang sepatutnya. Sunyi bila dia orang tak ada. Kalau dulu, bila nak tinggal anak-anak, dalam kereta bila nak balik aku akan pandang luar tingkap. Aku nangis. Haha. Bila tok laki perasan mula membahankan aku. Sekarang hati makin kental sikit. Sikit aje pun. Tak banyak. Kental banyak karang tak berperasaan pulak.

Jadi hari ini, aku menggunakan masa 'me time' ini sebaik mungkin. Kadang kala kita perlu sendiri. Mencari masa dan ruang untuk melakukan sesuatu untuk diri sendiri. Sendiri untuk berfikir dan bermuhasabah diri sendiri jugak. Rancangnya keluar nak pergi makan. Dah sorang memang tidaklah aku nak masak. Mood masak memang melingkup habis. Lama dah aku tinggalkan. Aku bersiap dan dalam jam 11 lebih pagi aku keluar.

Aku tak pergi jauh pun. Setakat Aeon lama. Dekat sikit dengan rumah. Nak makan aje pun. Bukan nak membeli-belah. Tapi memang ada masuk senarai mahu ke kedai buku. Mana lagi tempat aku kalau bukan ke kedai buku.

Minat masing-masing. Tapi bukan setakat novel cinta yang menjadi kegemaran. Aku beli apa saja buku yang menarik. Pernah seseorang kata kat aku, "Daripada awak dok baca novel baik awak baca Quran." Ate, nak mengaji perlu ke aku kabokan.

Kemudian aku ke sini untuk makan.

Pesan roti ini. Kegemaran aku. Sedap.

Pesan lain sebenarnya tapi lain yang sampai. Telan ajelah.

Bukan aku aje yang sendiri, gadis itu pun sendiri jugak. Aku makan sambil menelaah buku yang baru berada di genggaman.

Ini buku-buku yang aku beli tadi. Omg! A tu khas buat anak dara aku. Dia suka baca koleksi Ain Maisarah. Ini dah buat permintaan nak buku bertajuk Aku Mahu Ke New York. Baiklah, nak. Tunggu papa balik kita pow papa. Haha. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sunday, August 20, 2017

Hari Mama Bersama Anak-anak

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat malam bloggerians. Dah malam-malam begini barulah nak keluar dengan entri. Aduh. Sudah berapa hari mencari momentum menulis ni. Kononnya hujung minggu ini mahu mencari momentumnya namun masih tidak kunjung tiba. Masih berlari-larian mood itu ke hulu ke hilir. Blog, cerpen, artikel semuanya entah ke mana.

Hari ini mood mahu keluar rumah bersama anak-anak. Nak keluar dari situasi terkejar-kejar. Sudah berapa minggu rutin harian cam huru-hara. Adoi kecapekan. Bukan mengeluh cuma meluah. Menulis pun boleh melepaskan lelah yang terbuku di dalam hati bukan.

Jadi tadi memandangkan suami pun bekerja, ajaklah anak-anak keluar. Suruh mereka bersiap sebab nak makan luar. Sebab nak mood bersantai, masak pun malas. Huh. Jangan ikut perangai tak elok itu. Tapi kalau memang malas satu apa tak jadi kerja.

Dak Adik mengajak makan ke KFC. Memandang dah lama dia ajak dari tempoh hari, jadi hari ini mama tunaikan permintaan dia. Dia tu memang penggemar ayam. Sesekali layankan si anak teruna itu.


Ramai orang. Maklumlah hari minggu. Kebetulan ada birthday party.

Mama dan adik.

Kami bertiga. 

Nak jugak singgah main permainan.

Dari Aeon, singgah rumah mak hantar beg baju Dak Adik dan baju sekolah agama Dak Kakak. Begitulah rutian harian. Hari kerja memang dah sibuk dengan anak-anak sekolah, hujung minggu pun sibuk jugak. Biasalah, selagi belum tutup mata, kerja, kerja dan kerja. Selamat bekerja untuk esok. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sunday, August 13, 2017

Tugas Harian Yang Padat

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai bloggerians.

Hello semua.

Selamat malam. Baru berkesempatan untuk menulis. Kali ini momentum menulis lama benar menghilangnya. Aku dah lama tak menulis cerpen. Ini mengedit mana yang patut. Sekarang ini sedang edit cerpen Rotan Terbelah untuk Antologi Cerpen Adiwarna. Walaupun sudah lepas saringan pihak editor suruh edit mana yang patut. Adalah diberi ulasan untuk cerpen masing-masing.

Jadi kena juga memerah kepala untuk kerja-kerja mengedit. Paling lemah nak edit cerpen yang sudah siap. Aku memang tak reti. Tapi sebab nak ikut piawai pihak penerbit, haruslah dilakukan juga. Tak sabar menghitung hari untuk cuti sekolah. Bukan sebab apa pun. Cuti sekolah tidak perlu terkejar-kejar.

Hidup secara perkahwinan jarak jauh ini memang amat mencabar. Kita kena urus semuanya sendiri. Dari pagi bawa ke malam kerja tak berhenti. Awal pagi sudah bangun. Siapkan apa yang patut. Kemudian bangunkan anak-anak pula. Aku kena keluar awal untuk elakkan kesesakan jalan. Kalau keluar lambat, tiba sekolah pun lambat. Aku akan dihantui perasaan serba salah kalau anak sulung kena tulis namanya. Setakat ini dengan aku tak kena tulis nama. Usai hantar Dak Kakak, bergegas hantar Dak Adik pula. Kalau kena moodnya elok, tiadalah esak tangisnya.


Lima orang semuanya cucu mak ayah aku. Dua orang anak aku dan lain anak adik. Cukup riuh kalau berlima ini bergabung. Boleh terlucut kain mak nak.

Selesai di sekolah, bergegas ke tempat kerja. Aku kena patah balik. Kalau dari rumah ke pejabat tidaklah jauh. Tapi sebab sekolah anak ke arah lain, aku kena berpatah-patah balik. Apa nak dikata. Ini yang dikatakan sebuah pengorbanan. Pengorbanan seorang mak pada anak-anaknya.

Lapan jam di pejabat. Kemudian balik bergegas menjemput Dak Kakak di sekolah agama. Kalau dia tidak bersekolah agama dia akan ke transit. Dapatlah balik awal sedikit ke rumah. Sekolah agama keluarnya jam 6.15 petang. Aku akan sampai awal depan sekolah dan tunggu di situ. Selepas menjemput Dak Kakak, jemput Dak Adik pula di rumah mak. Kemudian balik rumah dan bersiap pula untuk pergi mengaji. Jam lapan aku akan hantar dia orang ke rumah ustazah. Memang terkejar-kejar sebab seorang diri lakukan. Hari-hari begini aku memang beli makanan aje. Tak sempat nak memasak sekarang ini. Kadang kudrat pun sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Sebelah malam memang tenaga itu sudah kehabisan.


Balik mengaji nak menghadap buat kerja sekolah. Makan. Kalau sempat sebelum eprgi mengaji aku dah suruh anak-anak makan dulu. Kalau tidak balik mengajilah. Selesai urusan anak-anak aku gosok baju sekolah dan baju kerja pula. Kadang larat gosok baju anak-anak aje. Baju kurung aku kalau ada yang boleh dikibas-kibas aje memang aku kibas aje. Tak yah gosok. Haha. Alahai, tak mampulah. Kerjanya melebihi kudrat yang ada. Kudrat perempuan setakat manalah sangat. Itu belum lagi ada kes-kes terpencil yang bila datang tak diduga.

Contohnya minggu sudah water heater suiznya rosak. Berposak juga aku nak menghangkut air panas. Anak-anak aku air sejuk sangat tak lalu dia nak mandi. Ikut aku tak tahan sejuk. Kalau sejuk-sejuk senang aje nak diserang selsema.

Paling lewt aku tidur jam 12.30 malam. Itu pun belum tentu lelap matanya. Sudahnya aku membaca atau mencari idea-idea untuk menulis. Tapi dah dua minggu aku memang tak sempat langsung nak memikirkan hal menulis. Semuanya mahu difikirkan memang serabut jugak.

Begitulah hari-hari aku. Hari-hari yang dilalui bersama anak-anak. Jadi hiburan aku hanyalah di rumah. Menulis, menulis dan menulis. Masa tidak menulis aku membaca. Adakalany kita perlu mencari apa yang membahagiakan diri kita sendiri. Semoga apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada-Nya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Friday, August 11, 2017

Malas Nak Amik Port

Assalamualaikum. Salam Sehati Sejiwa.

Bismillah.

Salam jumaat. Entri kedua untuk hari ini. Aku karang entri ini malam tadi. Tapi separuh jalan sebab guruh sudah kedengaran. Aku memang takut nak pasang komputer. Sudahnya aku tutup aje dan tidur. Kononnya nak edit cerpen tapi biasalah kan. Apa yang dirancang sesekali akan tersasar daripada landasan. Mood nak menulis blog. Sebab rindunya lebih ke sini. Tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis entri ini. Entri ini mungkin akan kelihatan seperti entri meluah perasaan.

Manusia perlu meluah. Memendam pun tidak jadi apa. Cumanya carilah tempat terbaik untuk meluah. Bagi masalah yang aku hadapi ini, sebenarnya malas nak amik port. Lebih kepada cakap-cakap belakang. Mulut manusia biasalah. Ada saja yang mahu dikondemnya. Itu tak kena, ini tak kena. Serba tak kena. Orang semua salah, dia seorang sahaja yang betul. Sampai satu tahap kau akan jadi malas dan tak kisah apa orang nak cakap. Kisah pulak aku kan?

Kadang terdetik, 'Kalau buat salah mesti kena kata.' 'Nanti mesti dia kata aku.' Dah satu hal pula kepala ni nak memikirkan apa orang cakap.

Begitu sekali bermain dengan perasaan. Di mana-mana mesti ada spesis manusia sebegini. Suka melihat kesalahan orang lain dan dihebahkan kelemahan orang itu. Baguskah membuka aib orang? Pada mula, aku memang agak down bila disampaikan cerita begitu. Kalau dekat pejabat, ayat-ayat biasa yang didengar 'orang itu tak ada kerja.' Aku pun sama terpalit. Walhal kita tak pernah nak kacau hidup dia. Jangankan kacau, jentik pun tidak. Peliknya, bila gengnya bersosial semasa waktu pejabat tidak pula dikatakan. Dari situ kau boleh lihat ketidakpuasan hati. Biarlah diukur begitu.

Hasil carian imej untuk semua orang salah dia je betul

Manusia kan. Begitulah. Menempuh orang-orang begini, kita perlukan kesabaran. Mulanya memang macam sedih. Kau dah kenapa? Aku tak kacau kau kut. Even kawan rapat kau pun tak mampu nak menutupnya.

Cuma jalan yang terbaik adalah tidak ambil tahu. Biarlah kau nak cakap apa pun. Bila kau ambil tahu, kau meletihkan diri kau sendiri. Mesti kau akan murung. Kau ingat kemurungan tu tak meletihkan. Serabut hokey.

Jadi abaikan. Perlu buat macam tu. Kuat tak kuat kau kena abaikan. Sebenarnya buang masa kalau kita fikirkan cakap orang. Kita manusia memang tidak lari daripada kesalahan. Tidak sempurna pun tetapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk meneruskan berbuat salah. Sebelum menuding jari pada orang, cermin dulu diri sendiri. Jika kita jaga aib orang, Allah akan tutup aib kita.

Kita semua pendosa. Bagaimana perasaan kalau aib kita dijadikan bahan dan bualan mulut orang? Sebelum berkata apa-apa, fikir perasaan orang.

Jaga diri sendiri dulu.
Jaga periuk nasi sendiri.
Jaga kerja sendiri.

Kita hidup bukan untuk mendapat keredhaan manusia. Jadi biarlah apa orang nak kata. Hanya kita sahaja yang tahu diri kita sendiri sejauh mana. Jauhkan diri dengan orang yang menyakitkan hati kita. Kita akan mendapat ketenangan dengan tidak mengambil tahu.

Pada aku senang saja, tak mati dek keji, tak hidup dek puji.
Tak yah amik port!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sambutan Raya JKMN

Assalamualaikum. Salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat pagi. Salam jumaat. Mencari masa untuk menulis di sini. Sudah berapa minggu aku tidak berjaga malam untuk menulis. Entahlah. Kesuntukkan masa. Minggu ini ditambah pula dengan anak sedang periksa. Jadi tumpuan sudah sepenuhnya diberikan pada dia. Rindu menulis namun rindu itu terpaksa dipendamkan.

Aktiviti menulis kena dijalankan sebab aku ada kena edit cerpen yang terpilih untuk Antologi Cerpen Adiwarna. Sudah menerima emel selanjutnya daripada pihak editor. Mengejar due datenya ahad ini. Kemudia anekdot bersama Geng TSJD. Begitulah.

Baiklah, cerita raya masih belum nampak penutupnya. Banyak kut lagi entri yang tertangguh. Memang kena ambil masa sebab nak memilih gambar dan sebagainya. Itu yang membantutkan niat itu.

Jabatan aku adakan sambutan raya pada hari terakhir Syawal. Siap ada khemah. Kali ini kedudukan khemahnya di belakang bangunan. Tempat parking. Hari tu aku pergi kerja awal sebab nak dapatkan parking dan aku pontengkan anak-anak daripada ke sekolah. Terpaksa. Kawasan pejabat aku tu tempat parkingnya memang terhad. Kalau hari biasa pun parking memang dah susah nak dapat. Inikan pula bila ada sambutan begini. 

Sebahagian kawasan parkir yang telah digunakan.

Kawan-kawan aku.

Gerai sate.

Gerai-gerai pelbagai makanan.

Kami berempat.

Sekali kali kami berempat.

Sudah penat bergentayangan dan menayang muka di bawah, naiklah ke atas.

Kafida dan Kamira berpisah tiada. Iye ke? Dulu iye, sekarang tidak lagi. Haha.

Itulah beberapa keping gambar yang dapat dikongsikan di sini sebagai kenangan pada masa-masa akan datang. Semoga dapat lagi begini dengan kawan-kawan tahun depan. InsyaAllah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Monday, August 7, 2017

Keputusan ACA-6 Adiwarna Jemari Seni

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai bloggerians.

Sekali lagi. Entri kedua untuk hari ini. Ditaip pada malam tadi untuk memenuhi ruang minggu ini agar blog ini tidak sunyi sepi dan akhirnya menjadi laman sesawang yang bersawang. Gigih mencari kerajinan dan mood untuk menulis. Satu jam pertama, aku sekadar sign in kemudian belek handphone, balas whatsapp bersambung pulak dengan insta dan mukabuku.

Sepatutnya, kalau mahu menulis memang seharusnya tutup segala mak nenek itu. Jangan dilayan. Memang gangguan. Daripada idea ada memang tinggal suam-suam kuku aje. Whatsapp pun aku layan yang penting aje. Malam tadi ada perkongsian dengan salah seorang rakan alam maya yang baik dengan aku. Semoga persahabatan kita berkekalan.

Baiklah, entri ini sedikit perkongsian tentang kegembiraan aku. Bukan riak ye. Sekadar berkongsi. Siapalah aku untuk membangga diri. Aku pun belajar daripada seseorang. Minat menulis dan tunjuk ajar beliau membawa aku ke dalam dunia penulisan. Ditambah lagi dengan kecaman seseorang yang pernah hadir tanpa aku kenal membuatkan aku bangkit dari kisah itu. Semoga dia peroleh hidayah atas perbuatannya.

Sebulan yang lepas (kalau tidak silap), pihak Adiwarna ada membuka Antologi Cerpen Adiwarna berjudul Kelip-Kelip Kusangka Api. Waktu itu memang rancang nak turut serta. Memandangkan waktu itu bulan puasa dan mahu menyambut Syawal, keadaan tidak mengizinkan. Aku cuba juga menulis cerpen tapi entahlah kenapa ideanya tidak sampai ke hati untuk menulis. Perasaan itu tiada. Sudahnya sehari sebelum tarikh akhir, aku hantar koleksi cerpen yang ada dalam simpanan aku.

Aku baca semula cerpen tersebut, kemudian aku edit mana yang patut dan terus hantar saja. Sekurang-kurangnya aku mencuba daripada aku terkilan tak hantar langsung. Waktu itu memang sudah pujuk diri, kalau tak terpilih tak mengapa. Sudah hantar. Memang tidak meletakkan harapan yang tinggi sebab pemilihannya agak ketat. Memang sudah sedia maklum tentang pemilihan oleh Adiwarna Jemari Seni ini.

Aku hantar cerpen yang bertajuk Rotan Terbelah. Kisah Ecah yang berkonflik dengan neneknya tanpa dia tahu hujung pangkalnya. Keputusan ACA-6 ini telah diumumkan pada 3 Ogos 2017 yang lalu. Tidak disangka-sangka.

Image may contain: text
Kiriman emel yang aku terima. Alhamdulillah. Kali ini rezeki berpihak pada aku. Daripada 135 cerpen hanya 40 cerpen sahaja yang terpilih dan salah satunya adalah cerpen Rotan Terbelah.

Sumber yang aku perolehi daripada FB JS Adiwarna. Aku sejak suka baca karya Noor Suraya, memang follow segala FB yang berkaitan dengannya. Tak sangka pula dapat turut serta kali ini.


Image may contain: text
Cerpen aku di nombor 17.

No automatic alt text available.
Sambungannya.

Image may contain: text
Memang gembira yang bukan kepalang. Waktu keputusan diumumkan aku sedang MC. Waktu itu makan ubat dan mahu tidur. Terbaca di group whatsapp menyeru-nyeru nama aku. Rupanya mereka sudah tahu dulu keputusannya. Begitulah ceritanya. Tak sabar mahu menunggu buku itu dicetak. Selain menunggu Antologi Kelip-kelip Kusangkakan Api, aku menunggu juga Antologi Suara Kekasih. Untuk tahun ini, aku cuba mencari ruang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


3 Syawal Diraikan Bersama Mereka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bismillah.

Selamat pagi semua. Seminggu sudah tidak produktif dalam menulis. Tulis blog, tulis cerpen semuanya ke laut. Adoi. Apa nak jadi. Malam tadi mula menulis balik bila datang kerajinan dan kesedaran pada diri sendiri. Haha. Bukan salah orang pun, salah sendiri. Penyakit M sedang bertenggek dalam badan.

Cerita raya tak habis-habis lagi. Raya haji dah nak sampai kau masih dengan cerita raya aidilfitri. Tak tulis entri ini, masalahnya gambar yang ada akan terbiar macam tu aje. Sayang. Panjang umur tahun depan, gambar ini akan dijadikan bahan rujukan. Haha.

Dah berapa tahun sepupu-sepupu aku sebelah ayah dari Johor memang datang beraya ke Melaka. Sejak ayah sakit dia orang datang satu hari beraya ke rumah. Jadi masa Ramadhan lagi aku dah tanya sepupu aku. Dia macam dah tahu aje tujuan aku menghantar whatsapp pada dia. Hehe.

Bukan apa, aku nak tahu awal. Jadi aku boleh buat persediaan apa yang patut. Bila dah tahu bila dia orang nak datang, hati sudah gembira tak terkira. Senyap-senyap aku rancang menu apa nak masak masa dia orang nak datang.

Aku dah siap-siap malam tu. Buat sambal belacan. Potong sayur-sayur.

Pagi tu bangun terus menumis aje. Ini masak lemak daging salai.

Ini pula ayam masak ala thai.

Asam pedas ikan pari. Aku masak seorang diri dibantu dengan tugas potong-memotong oleh mak dan suami.

Siap-siap nak tunggu tetamu.

Telah terhidang segala lauk-pauk.

Tetamu sudah datang.

Bila sudah ramai, ruang rumah terasa sempit pulak. Jadi kenalah membawa diri makan di merata tempat.

Makan kat ruang tamu.

Itu pula sepupu aku sebelah mak.

Kebetulan hari jadi ayah masa tu, aku dan adik belikan kek. Memang rancang nak buat masa adik-beradik ayah datang.

Ayah dan adik iparnya.

Sama tak muka kami? Adik sepupu aku.

Kalut bila nak bergambar beramai-ramai. Tunggu adik aku setting DSLR.

Sepupu sebelah ayah aku ramai. Inilah sebahagian adik-beradik ayah bersama anak menantu serta cucu-cucunya. Tak cukup korum pun.

Kemudian kawan sekolah aku datang. Dia sudah pun selamat melahirkan anak sulungnya.

Ini pula rakan menulis. Kami berkolaborasi dalam buku antologi Tribunal Cinta. Dari situlah kami kenal. Namanya Nurul Shahida Hassan.

Sebelah malam, anak buah aku pulak yang datang. Dia ni pun sudah selamat bersalin anak sulungnya pada 2 Ogos 2017.

Dari kiri : Alfie, Affendy, Alfidah, Amirah dan Afiqah. A semuanya. Kami team A.

Penutup malam itu, gambar makcik yang dipanggil bibik bersama anak buah. Dari kecil hingga sekarang kami rapat dan sekarang masing-masing sudah bergelar mama. Iye, dia pun dipanggil mama. Selamat berpantang untuk anak bibik. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim