Pages

Friday, December 14, 2012

~Cerita Anak-Anak Aku~

Salam semua...

Bersambung lagi untuk bercerita di sini.  Hari ini rasa macam tidak mampu untuk melakukan kerja.  Badan sakit-sakit.  Tak tahulah pasal apa.  Lenguh kaki, sakit badan, mata mengantuk.  Hah...Nasiblah hari nie sudah hari jumaat.  Weekend bolehlah berehat. 

Pagi tadi aku yang hantar anak-anak aku ke rumah mak sebab asben aku kerja pagi.  Pembaharuan rutin harian kami sekeluarga.  Time cuti sekolah mungkin ini tenang bagi aku.  Tapi ada masa kelam kabut jugak dibuatnya tapi masih dalam keadaan terkawal.

Oklah, dah lama aku tak ceritakan mengenai anak-anak aku iaitu adriana dan ammar yang dari hari ke hari semakin membesar, semakin petah bercakap untuk adriana.  Ammar masih belum bercakap lagi.  Setakat sebut ma, pa, nak bolehlah.  Ayat lain belum lagi terkeluar dari mulutnya.

Ada kisah di sebalik gambar di bawah.  Kalau tak silap aku kejadiannya minggu lepas.  Oklah, dimulakan ceritanya.  Pada suatu hari, hah gitu sekali gaya nak bercerita.  Jangan nak buat lawak pulak.  Macam nie, ada satu hari lepas balik kerja sampai rumah lepas settle uruskan diri aku baringlah.  Kisahnya aku sakit kepala sebab minum teh ais.  Hah, ini cari penyakit.  Dah tahu tak boleh minum, pi minum kan.  Amik ko!! 

So aku cakap dengan adriana 'Na, mama sakit kepala.  Picit kejap kepala mama.'  Adriana pun picit kepala aku.  Dia kalo picit memang rasa tapi kejap jea dan ikut mood.  Nanti dia picit-picit ok dah!!!Lepas dah picit kepala aku, dia lari masuk bilik.  Bawak keluar losyen.  Apa kes pulak nie.  Rupanya nak picit kaki aku pulak.  Tapi bukan guna  minyak.  Losyen kan wangi.    Dia nak main jea sapu-sapu.

Bukan main banyak dia sapu kat kaki aku.  Mama nie sakit kepala bukan sakit kaki.  Settle dua belah kaki diurut dan disapu losyen ada pulak orang lain yang menunggu.  Macam biasa aku mesti nak snap gambar.

Adik ammar dah siap-siap baring.  Tunjuk kaki dia pulak.

Apa lagi kakak kenalah urut kaki adik pulak.

Baiknya kakak.  Ini time mood baik, baiklah dia.  Cuba kalau time tak baik.  Haru biru jadinya.  Apa-apa pun sekarang nie ammar memang semakin lasak.  Apa kakak buat, itulah yang dia ikut.  Kakak panjat kerusi, kejapan dia ada atas kerusi pulak.  Aku???Hanya mampu menjerit.  Hehehe..