Pages

Tuesday, July 28, 2009

Banjir Oh Banjir!!

Inilah keadaan rumahku semalam (27/07/09) seteah hujan turun dengan begitu lebatnya sekali...Hujan turun dalam pkl 9am/10am..Aku pun da lupa sebab masa tue aku di ofis..Pas tue mak aku pun tel kata keliling umah da naik air..Then, dalam masa setengah jam lagi mak aku tel kata air da masuk dalam umah (dekat dapur belakang dan dapur yang lama)..Oh Tidak!!!Aku dan asben pun bergegas balik untuk menyelamatkan apa-apa yang patut...Jadi inilah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan semasa kejadian..Hehehe..Macam wartawan pulak.
Ini dekat porch depan

Tengoklah air yang kotor...


Larikan peti ais dan mesin basuh dulu

Adriana sempat tersenyum..
Ntah dia tau atau tak apa yang berlaku..
Tapi dia sempat cakap 'Wow' bila nampak air..
Abis rumah cendawanku...


Tengoklah abuk kayu..
Kat belakang jangan cakap mcm sungai

Abis semua tenggelam barang-barang cendawan

Ini belakang umah aku

Ini porch umah aku...

Ini dekat tempat letak keta

Ini keliling umah aku

Ini dekat luar umah aku...


Ini jalan masuk umah aku...

Aktiviti membasuh umah pulak yea...
Note : Ini tragedi berulang...Last sekali masa tahun 2006 pun banjir tapi masuk dapur belakang jea..Masa tue aku nak kawin pulak tue...bila mcm nie semua teringat masa aku nak kawin...Bila banjir mmg family aku kata 'Masa Kak Long nak kawin tak mcm nie..Nie lagi teruk sebab air masuk kat dalam...Padahal dapur aku da betulkan gara-gara banjir tahun 2006 aku tinggikanlah dapur tp masuk jgk air...


Monday, July 27, 2009

Barang Adriana

Khamis lepas (23/07/09) ada J Card Day..Tapi aku tak pi pun..Kali nie aku tak amik cuti seperti tahun lepas aku siap amaik cuti..Tapi kali nie asben aku yang pi dgn kwn2 ofisnya..Jadilah asben aku just belikan Adriana mainan..Inilah mainan yang asben aku belikan untuk anak dia..
Lihatlah...Jeng...Jeng..Jeng...


Laptop si kecik..
Sebab Adriana selalu nak kacau laptop aku

Tel dan Hp..

Tengoklah siapa yang berminat dengan tel adriana?
Si Alya pun suka...


Tengoklah itu Alya begitu melayan telefon tue...
Adriana tak sedar barangnya telah dibawa lari..

:::THE UNIQUE WEDDING PHOTO CONTEST (STICKY MODE):::

Contest :

The Unique Wedding Photo Contest

(1 July 2009 hingga 27 July 2009)



Kali nie aku terpanggil untuk menyertai contest nie..1st time aku join contest yang dianjurkan di dalam blog nie..Iyu pun setelah aku terbaca di blog Jue a.k.a ibu iman, aku tertarik untuk menyertainya...Walaupun aku tak pernah masuk dekat blog Kak e-Car nie, tapi sebab tertarik aku pun joinlah..Sambil2 tue boleh berkenalan dengan lebih rapat sambil memeriahkan suasana di dunia blogger...


~~Inilah gambar yang aku rasakan Unik~~



Nama Suami : Mohd Affendy bin Bidin (Fendy)

Nama Isteri : Alfidah binti Adim (Fidah)

Tarikh Tunang : 27 November 2005

Tarikh Nikah : 22 Disember 2006

Tarikh Bersanding : 23 Disember 2006

Tarikh Bertandang : 24 Disember 2006


i) Kenapa uolls rasa gambar yang dipilih itu UNIK/UNIC/UNIQUE...?

Aku suka gambar nie sebab gambar nie ala-ala model..Asben aku nie bukan suka amik gambar tapi bila tengok gambar nie rasa macam real jea gambar nie...Masa nie kita orang kena post sambil tengok bunga dekat tangan aku..Sebelum nak amik rasa macam nak ketawa jea..KELAKAR jea...


ii) Kenapa uolls suka membaca blog e-Car Nazrin a.k.a ibu Eiymann?

Sebelum nie aku tak pernah masuk blog Kak e-Car nie..Tapi sejak akhir-ahir nie aku baca cite dia jugak...Baru nak kenal..Selain tue, aku suka baca pasal dia lama BF kan anak dia..Aku kagum sangat..Aku pun tak lama BF kan anak aku..Nanti boleh tanya pengalaman kan kak?

::KALAU NAK JOIN CONTEST NIE::


THE UNIQUE WEDDING PHOTO CONTEST


::KALAU NAK LAYARI BLOG NIE::


e-CAR Nazrin a.k.a Ibu Eiymann



Note : Sesiapa yang berminat jomlah kita join contest nie...

Wednesday, July 22, 2009

::The Bloggy Friend Award::

Thanks yea kepada Suhida yang sudi bagi award nie...Saya dengan rela hati mengambilnya..Sorilah sebab lambat amik award nie..Bz sangatlah...Apa-apa pun terima kasih bebanyak terima kasih..Harap-harap kita akan menjadi kawan yang lebih rapat lagi walaupun hanya di dalam blog..
nak bagi sape ek award nie?Aku nak bagi dekat kawan-kawan aku jgklah yang aku kenal dekat blog nie..
1) Jue a.k.a ibu iman
2) Allyani
3) Qasehhanizd (tak tahu nama dia apa..baru kenal)
4) Nurumairahqarirah
5) Sape-sape nak amiklah
Note : Suka tengok award nie..Comey jea bunga dia..

Friday, July 17, 2009

Tahukah anda bilakah berakhirnya waktu untuk solat Isyak?‏

Tahukah anda bilakah berakhirnya waktu untuk solat Isyak?
Banyak orang menyangka bahawa mereka boleh menangguhkan solat Isyak selagi tidak masuk waktu Subuh atau terbit fajar. Sedangkan Allah S.W.T. Memerintahkan kita melakukan solat tepat pada waktunya.

Waktu Isyak bermula daripada mega merah sehingga pertengahan malam Yang pertama. Menurut pendapat ulama, pertengahan malam yang pertama itu berada pada jarak Masa pukul 1.00 pagi hingga ke pukul 2.00 pagi. Rasulullah s.a.w melarang mengerjakan solat Isyak pada pukul 3.00 atau 4.00 pagi. Jika sesiapa mengerjakan solat pada waktu tersebut,


ia diibaratkan seperti solat Subuh pada pukul 9..00 pagi.


Ini bermakna, waktu tersebut bukan waktu akhir untuk solat Isyak. Jika seseorang itu melakukan solat di luar waktu yang telah ditentukan, dia telah menyalahi perintah Allah.
Hukumnya adalah berdosa.


Sebagaimana firman-Nya
"Sesungguhnya solat itu adalah wajib ke atas orang-orang yang beriman dengan ketetapan yang telah ditetapkan waktunya." (An-Nisa': 103)

Ingatan untuk diriku sendiri....
Note : Kadang-kadang kita leka akan hal-hal sebegini...


Thursday, July 16, 2009

:::MAJLIS PERKAHWINAN:::

Nie patutnya post untuk sabtu lepas..Aku tak sempat nak upload gambar-gambar nie...Ini sebenarnya gambar dekat Majlis Perkahwinan Cik Faz..Salah seorang pegawai di ofis aku..Jadi ini gambar-gambar yang sempat aku rakamkan bersama dengan teman-teman yang lain..

Aku dengan Zila bersama anak-anak kami..Dia lagi
Aku mesti dengan dia

Ini pulak Kak Nisah dengan dengan anak-anaknya.
Dia lagi?Inilah kawanku

Inilah mak-mak dara yang duduk di tangga
Nasib da kawin

Kami lagi...tunggu pengantin lambat sangat jadi
kamilah posing dulu...

Inilah pengantinnya..
Menunggu untuk diarak

Inilah wajah pengantin..
Senyum penuh kemanisan

Paluan kompang sedang berbunyi..
Tertingat zaman-zaman kawin dulu...

Pengantin diarak dengan paluan kompang

Pengantin didendangkan dengan paluan kompang

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT
CIK FAZLINAH DAN SUAMI
SEMOGA BERBAHAGIA
HINGGA
KE AKHIR HAYAT...

Saturday, July 11, 2009

::JAMUAN KAK LINDA::


Jumaat lepas..ari terakhir buat Kak Linda sebab dia telah pun mendapat tawaran pelantikan tetap...Jadi kami adalah buat sedikit jamuan buat Puan Noraslinda Abd Karim...Jamuan kecik-kecik saje. Walaupun dengan keadaan ofis yang tidak berapa selesa kami tetap jugak buat...Ofis aku buat renovation...Jadi nampak berselerak sikit..
JOm Tengok Sepanjang Jamuan Ini...
Kak Linda dengan Kak Zu...

Mak-mak di ofis sedang sibuk hidang kuih


Ops...Aku dengan Kak Linda

Kak Nisah dengan Kak Zu..
Kakak yang baju merah nie nak tengok mana satu yang besar?

Upacara Bacaan Doa

Penyampaian Cenderahati dari Ofis buat Kak Linda..
Tengok CC senyum jea...
Ini adalah TImbalan Pengarah kami...
Encik Daud bin Arbah

Penyampaian Cenderahati...

Penyampaian Cenderahati dari kelab

Gambar sape pulak yang sesat nie..
Nie aktiviti makan pulak..Ini adalah Puan Ana..
Gaya Sopan Santun..Vogue gitu...


Note : Buat Kak Linda, Good Luck To U..
Jangan lupakan kami di sini...
Akku sedih sangat...

:::MAJLIS PELANCARAN KOMPLEKS PENYAYANG:::

Ari Khamis lepas...(09/07/09) ofis aku ada function di Alor Gajah...Majlis Pelancaran Kompleks Penyayang Alor Gajah...Perasmian Kompleks Penyayang telah dirasmikan oleh T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka...Jadi jom tengok apa yang aku dapat amik gambar sepanjang aku di sana...


Aku dan kawan menunggu ketibaan tetamu VVIP...

Inilah CC kami..Puan Noraini Ma'on...Tersenyum lebar
Ketibaan Menteri Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Inilah staf-staf yang lain.Apa yang ditunjukkan tue?



Semua sedang khusyuk tengok dekat TV

Ini baru live..Gambar Y.B. Dato' Sri Shahrizat


Ini jugak staf-staf Kebajikan


Ketibaan T.Y.T

T.Y.T menuju masuk ke dalam dewan...

Cantikkan bunga-bunga tue...


Inilah gambar semasa majlis pelancaRAN..aku dapat amik dekat tv nie jea