Monday, December 31, 2012

~Barang-Barang Sekolah Adriana~

Assalamualaikum...

Sekolah pun dah nak bermula.  Macam biasalah persediaan untuk adriana ke tadika 5 tahun.  Persiapan ala kadar jea untuk kelengkapannya.  Minggu lepas barulah aku dan asben berkesempatan untuk membeli barang-barang sekolah adriana.

Barang sekolah pun tak banyak beli.  Top up mana yang perlu saja.  Uniform adriana masih belum dapat.  Hari tue tanya cikgunya kata buka sekolah nanti baru dapat.  So ini jealah persediaan untuknya.

Ini botol air yang adriana pilih sendiri.  Lately nie dia suka benor dengan gambar princess.

Ini antara barang-barang sekolah adriana.  Alat tulis, stokin dan juga seluar track.

Kasut untuk adriana.  Beli yang putih jea senang.

Ini beg sekolah adriana.  Bukan aku atau asben beli.  Adik ipar aku yang belikan.  Ikutkan aku nak pakai jea beg lama adriana.  Elok jea lagi aku tengok.  Tapi sebab adik ipar nak belikan dan adriana request nak gambar princess aku ok jea.  Rezeki jangan ditolak.  So, itulah antara persiapan untuk adriana memulakan sesi persekolahannya rabu ini pada usia 5 tahun.  Aku berharap adriana akan seronok dengan tadika barunya ini.  Harap semuanya baik-baik sahaja. :D







                                                                                                                   

2 comments:

fizafantagirO said...

fiza pun xcited ari tu g shopping brg sekolah adik2 :)

Siti said...

semalam sy cuma sempat beli stoking je utk aniq.. botol air utk minum susu blm beli.. dia mintak beg tarik, tp xtaulah nak beli ker tidak..setakat nak isi baju je pun..buku xbwk blk kata teacher beliau..

adriana rajin-rajin belajar ye.. sekolah cina ker?