Pages

Friday, December 31, 2010

~Menggamit Kenangan 2010~

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya..2011 bakal menjelang tidak lama lagi..adakah azam tahun ini sudah tercapai kesemuanya??jika belum tercapai kita harus lebih maju ke hadapan..Gagal sekali bukan gagal untuk selama-lamanya...begitu juga dengan aku...apa yang pasti ada kenangan pada tahun 2010 ini.

1) DIRI
  • aku belajar menjadi seorang yang lebih matang
  • aku belajar membesarkan seorang anak dan menimba pelbagai pengalaman dalam membesarkannya
  • belajar menjadi seorang yang penyabar dan cuba untuk menjadi seorang isteri yang patuh dan taat kepada suami
2) KERJAYA
  • aku belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap kerjaya aku
  • cuba memberi komitmen yang terbaik
3) SUAMI
  • mendapat pekerjaan yang lebih baik dan stabil
4) KELUARGA
  • akan ada pertambahan ahli keluarga dalam keluarga kecil kami insyAllah pada bulan Mac 2011
  • kami telah pun membeli rumah sendiri dan bakal diduduki pada awal tahun 2011
5) ANAK
  • adriana membesarkan dengan baik dan sempurna
  • menjadi semakin petah bercakap
6) PERNIAGAAN
  • alhamdulillah adalah keuntungan yang dapat dirasakan dalam aku menjual pelbagai koleksi pakaian kanak-kanak dan bayi
  • cendawan asben aku pun banyak mengeluarkan hasilnya
Semoga apa yang diharap pada tahun 2010 ini telah dicapai malah mendapat lebih daripada apa yang kita ingini..Apa-apa pun azam tahun baru ini untuk :
  • menjadikan diri ke arah yang lebih baik dan positif dalam apa jua situasi yang dilakukan...InsyAllah
SELAMAT TAHUN BARU 2011
daripada kami sekeluarga

Papa+Adriana
Mama+Adriana

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran,masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa depan jangan terlalu diangan-angankan."

Note>>Bersyukur kita kerana masih merasa nikmat yang diberikan olehNya.

Note 2>>Entry ini diauto published

Thursday, December 30, 2010

~Bilalah Nak Dapat???~

Apakah ini???Ini adalah KUNCI...
Kunci apakah ini??Bilalah nak dapat kunci??oh..yang aku maksudkan bilalah nak dapat kunci rumah...penantian suatu penyeksaan..

sape yang tak teruja kalau nak duduk rumah sendiri kan??begitu jugak dengan aku..teruja yang amat sangat...tapi tuelah sedang menanti kunci rumah..rumah semua da siap...cuma kami sedang menantikan kunci...


harap tahun baru ini adalah berita gembira buat aku dan asben..sudah lama menanti untuk memiliki rumah sendiri...

Note>>Penantian suatu penyeksaan...hehehe


~Sakit Pinggangku~

pic from mr. google

Aduh!!!minggu nie minggu sakit pinggang...da beberapa hari aku sakit pinggang..tidur atas tilam pun sakit, tidur kat bawah lagiler sakit.  aku pun rasa badan aku sudah semakin memberat.  berat yang amat sangat.
rasa melentik jea nie..

ini belum lagi kes aku dukung si adriana...sekarang nie adriana semakin mengada-ngada...bila marah sikit merajuk..tak layan merajuk..kadang-kadang tak nak dengan papa..asyik nak dengan mama jea..oh sabarlah....

kalau badan nie boleh diurut2 atau disapu2 minyak kan best...tapi kena bersabarlah yea sebab badan aku sudah makin memberat...maklumlah da hujung-hujung kehamilan nie...bila da sakit pinggang duduk pun tegak jea..itu yang rasa melentik jea...

Sakitttt!!!!

Note>>Ketika aku menulis entry ini pun aku sedang sakit pinggang...

Wednesday, December 29, 2010

~Celebrate Our Anniversary~

Simple celebration jea..just 3 of us..asben aku bawak pi makan ikan bakar..malam tue pas balik keje kami bersiap-siap untuk pi makan ikan bakar..tempat biasa kami Crystal Bay Gerai Ala Kassim...Memang selalu port makan ikan bakar kami di sini...harga pun boleh tahan...pada sesiapa yang belum mencuba boleh pi cuba makan di sini...

Malam tue memang mengosongkan perut sebabda tahu asben nak bawak pi makan..tapi asben order makanannya yang tak agak-agak...nak suruh aku makan sampai termengah2...menu banyak tapi sikit2 jea..okalah jom tengok gambar makanan yang telah diorder...

sebelum makanan sampai...harus bergambar dulu
aksi adriana
kerang rebus
ikan pari bakar dan sambal
sotong goreng tepung
my favourite...ketam masak lada hitam
udang masak 3 rasa
sebungkus nasi lemak untuk aku...

betapa khusyuknya tuan affendy nie makan..
sampai berkerut-kerut dahi

akhir sekali gambar kami...nie jea gambar yang kami snap..

Note>>Jalan-jalan cari makan...

~Aku Cuti Sebab....~

Salam...Hari nie baru kesempatan untuk update blog aku nie..hari Isnin (27/12/2010) aku ada checkup di Poliklinik seperti biasa..bila kandungan da masuk 7 bulan aku da kena datang 2minggu...Mula-mula memang nak pergi checkup jea then nak ke opis..tapi sebab adriana demam aku tak ke opis lah..so aku amik emergency leave..da lama adriana tak demam rasa kalut satu badan..

bila budak da demam nie macam-macam karenahlah...dok merengeklah..nak berdukunglah, nak berpangkulah...pendek kata nak mama 24 jam yea..adriana da start demam hari jumaat..berjangkit dengan neneknya...dari ari jumaat memang dia melepek jea..barulah tengok adriana tidak seaktif biasa..selalunya tak boleh diam seminit..nie suruh bangun duduk pun tak nak..baring jea..tapi mama jadi mangsa sebab kena ada sentiasa dengan dia..

bila da demam nie kita nak tido pun jadi tak lena..susah hatilah badan panas kan..dok cek suhu badan dia jea.  yang menjadi masalah bila time MAKAN UBAT..memangler macam kes penderaan kalau nak bagi adriana makan ubat.  kalau dengan papanya lagiler..papanya kurang sabar berbanding dengan mamanya..:-) penyabar ke aku??kadang hilang sabar gak..bila bagi makan ubat dia sembur balik..

nak pujuk aku tak nak makan ubat adriana suh aku letak cool fever jea..dia kata tak payah makan ubat..jadi aku amik keputusan masukkan ubat bontot jea sebab bila cek suhu dia panas sgt..aku da risau...akhirnya masukler ubat bontot jea..tang nie serahkan pada yang pakar..papanyalah yang biasa buat..aku nie memang penakut..agaknya adriana penakut makan ubat ikut sapelah???
PAPA or MAMA?

oklah..nie gambar adriana yang sempat aku amik melalui hp..budak yang tengah tidak sihat...
Masa nie adriana belum tido pun..baring-baring jea..
abaikan bantal busuknya itu yea...

Note>>Ada tak antara korang yang anak-anak susah nak makan ubat macam adriana??

Wednesday, December 22, 2010

~Happy 4th Anniversary To Us!!!~


Bersiaran kembali...22 Disember muncul kembali...syukur alhamdulillah...hari nie genap 4 tahun usia perkahwinan aku dengan my hubby...Happy Anniversary To Us!!!!bila time macam nie mula nak mengimbas saat-saat menjadi raja sehari...memang paling indah waktu itu...almaklumlah menjadi raja sehari...

tapi bila time anniversary datang satu jea peristiwa yang tak dilupakan iaitu waktu tue adalah BANJIR..time aku nak kenduri memang banjir sedang berlaku..banjir tahun 2006.  memang dugaan waktu tue..bila bulan 12 semua orang akan mengimbas kembali terutamanya family aku lah..semua ingat anniversary aku...yang tak tahan kalau ada orang jumpa aku dengan mak atau ayah aku ke mesti statement nie kuar 'nie ke anak kau yang kawin time banjir tue??'oh tidak...tapi alhamdulillah hari aku nak menikah air banjir boleh surut.  seperti ghaib entah ke mana air tue pergi.  apa-apa pun majlis berjalan dengan lancar dan sempurna.

apa-apa pun sudah 4 tahun aku berkahwin dengan my hubby..syukur kepada Allah kerana kau jodohkan aku dengan suamiku, Mohd Affendy bin Bidin.  dia adalah terbaik buatku.  semoga kita dapat mengharungi susah senang bersama-sama.  harap hubungan aku dan suami akan berkekalan hingga ke akhir hayat.  semoga anak-anak akan menjadi pelengkap cinta aku dan suami serta penyeri keluarga kami..
I love u abang...

selepas nikah...
hari persandingan kami
Gambar-gambar kenangan kami
Inilah keluarga kecil kami...nantikan kemunculan our 2nd baby...
tunggu....

Note>>Mana nak sambut our anniversary nie??

Tuesday, December 14, 2010

~Kerunsingan Hatiku~

Mengenai kerunsingan hati ku nie bukan apa..cuma pasal baby jea..last week aku scan 3D kat Klinik Pakar Liu & Vincent berdekatan Hotel King's.  memang ramai orangler kalau nak jumpa Dr Liu.  masa adriana pun ramai yang suggetkan jumpa Dr Liu.  Dr nie mungkin friendly.  tue ramai orang suka buat appointment dengan dia..

so berbalik kepada cerita mengenai kerunsingan hatiku, Dr scan kata semua ok..Gender baby pun da nampak.  Aku tak kisah sangat..Kalau perempuan alhamdulillah, kalau lelaki pun alhamdulillah...

Then Dr terangkan yang berat baby aku da 1500g untuk 28 weeks..Dr kata besar sikit dari usia kandungan.  Kalau ikutkan scan tarikh EDD aku pada 23 Februari 2010...Kalau ikut tarikh last period aku 7 Mac 2010.

Dr kata jangan over duelah..nanti baby lagi besar.  boleh mencecah 3.5kg.  oh aku susah hati..sebabnya masa lahirkan adriana dulu berat 2.8kg pun aku kena vacuum.  risau jugak aku.  harap-harap semua berjalan dengan lancar.

tapi memang aku akui perut aku kali nie memang besar.  masa aku 4 bulan nurse kat poliklinik pun tegur "perut awak nie besar".  bb yang besar ke banyak lemak aku pun tak tahu...hehehe

Ini scan yang kami buat..tapi kali nie scan tak ada warna..aku pun tak tahu pasai apa...
Sekadar selingan....
Ini masa scan adriana...masa nie mengandungkan adriana 7 bulan

aku tak kisah janji baby akan dilahirkan secara sihat, sempurna dan boleh menjengah dunia ini..semoga semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.  Just nak tahu ada sesiapa yang mempunyai pengalaman seperti aku??boleh share2 dengan aku...

Note>>Aku da selesai melakukan MGTT Test...satu ari fenin akibat minum air gula..


~Menjawab Komen Kawan-Kawan~

Salam..ari nie dapatler update blog awal2 sebab aku sampai opis awal ari nie..asben aku kena pi koje awal so aku nie mengikut jealah.  Just nak cite pasal komen kawan-kawan yang selalu menjadi PENGOMEN TEGAR aku di setiap entry aku.

aku nak ucapkan time kasih kerana sudi meninggalkan KOMEN dan JEJAK.  tapi aku mintak maaf banyak2 sebab aku tak menjawab setiap komen yang diberikan oleh kawan-kawan. Salah satu sebabnya masa kat opis memang tak leh nak jawab sebab kena BLOCK.

kalau kat umah aku hanya berkesemapatan baca jea..nak membalas tue memang masa sangat terhad.  dengan karenah adriana yang makin menjadi-jadi manjanya.  kadang aku tak online pun.



So, janganlah kawan-kawan kata aku sombong ka, apakah ka..janganlah kecik hati yea..dekat atas nie ada beberapa entry yang aku dapat reply untuk PENGOMEN TEGAR aku...

Note>>Apa-apa pun saya sangat suka dunia blogger ini..saya sangat suka berkawan dengan kawan-kawan blogger saya...:-)

Saturday, December 11, 2010

~Konon Nak Ke MAHA Tapi Tak Jadi~

Kali nie cite pasal ke MAHA...sabtu lepas asben aku ajak pi MAHA..asben aku memang suka pi MAHA..kami pernah ke MAHA tahun 2008..masa tue adriana kecik lagi..baru beberapa bulan..so, last week memang decide nak pi MAHA memandangkan ari ahadnya da last day..kami bertolak dr Melaka agak lewat sebab hujan..adik ipar aku ikut sekali.  adriana adalah kawan..taklah dia kebosanan..

kami singgah makan dulu kat seremban
ini makanan aku..
aku kelaparan sebab tak breakfast
semua kelaparan
kami meneruskan perjalanan..tapi punyalah jammed...
memang agak panjang jugak..masa tue da pkl 1.00
aku dan adriana sudah kebosanan...
ini belum masuk pun..
sempat amik gambar signboard jea..
jadi kami mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat untuk ke MAHA sebab tak sanggup nak berdepan dengan jammed..memang panjang giler...pkl berapaler kami dapat masuk ke dalam kalau tunggu..kalau rumah dekat tak apaler jugak..

so, kami decide untuk ke tempat lain jea..tak idea pun nak pi mana..kesimpulannya kami hanya ke sini jea....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Putrajaya jea...
lepak-lepak kat sini jea...



kami
lepas lepak-lepak di sini kami ke Alamanda jea..berjalan-jalan satu Alamanda sampai kaki aku kejung dibuatnya...memang penatler...lepas jalan-jalan kami cari port nak makan..just makan kat KFC jea..ramai sungguh orang ari tue...

Lepas makan lebih kurang pukul 5.30 petang kami bertolak pulang ke Melaka..tak ada rezeki nak sampai ke MAHA tahun nie..lain kali kami datang yea...

Note>>Akibat jalan satu Alamanda kaki aku kejung sepanjang malam...punyalah sakit..


~Kenduri Arwah Nenek~

Kenduri arwah nie da lama berlalu..tapi sayanglah kalau tak postkan cite dalam blog..penat aku snap pelbagai picture sepanjang hari..Kenduri arwah nenek aku dibuat pada 27 November 2010 lepas..genap 3 tahun arwah nenek aku meninggalkan kami semua.  tapi kenduri kali nie tidak dibuat di rumah mak aku..mak aku nak berubah angin.  so kita orang decide buat di rumah kakak sepupu aku..lagi pun mak long aku dok situ gak.

My mom dan my cousin
mak long aku a.k.a chef..
sedang memantau adik aku masak
amirah dan adibah..
anak akak sepupu aku
adriana dan afiqah sudah terbongkang tido...
adriana bangun awal tue yang dia letih...
lepas zohor buat besday adik aku dulu...
besday dia da lepas..just beli kek jea..
makan family jea
segan-segan nak potong kek konon...
ini aku..ini lepas asar..
masa nie orang lelaki sedang baca doa..
tengoklah betapa gemuksnya aku nie...
adriana,amirah dan afiqah...

Note>>Masa kenduri nie aku sedang cuba mengawal makan...:-(

Friday, December 10, 2010

~It's A BOY~

*pic from mr.google


Syukur alhamdulillah..da dua kali aku pi buat scan untuk tahu gender baby dalam kandungan aku nie..Insyallah, kami bakal dapat baby BOY...

Apa-apa pun gender aku tak kisah sebenarnya..tapi kalau dapat boy lebih baik sebab aku da dapat sepasang..Asben aku pun happy bila tahu baby dalam kandungan aku nie Boy..

Jadi, sekarang senanglah aku nak siapkan kelengkapan untuk si kecik nie..beli sikit2 jea..ada jugak baju kakaknya yang masih boleh digunapakai..Baju yang boleh dipakai oleh boy yea...hehehe

Cuma ada sedikit kerisauan di hati aku ini..akan aku ceritakan pada next entry ok..

Note>>Next entry akan aku ceritakan kerisauan aku...


Thursday, December 2, 2010

~Ngangkung~



Malam tadi aku, asben dan my doter, adriana pi tengok movie di atas nie..Saje jea usulkan kat asben nak pi tengok wayang.  sekali asben setuju dan dia ajak pi malam tadi.  buat pertama kalinya kami membawa adriana.  yelah dia pun da besar..testing bawak adriana..

so far, duduk dalam wayang adriana berkelakuan sangat baik.  just makan pop corn.  lain kali boleh bawak adriana pi tengok wayang lagi.  sesekali meluangkan masa bersama keluarga adalah suatu yang sangat menggembirakan..

Note>>Asben ajak pi MAHA sabtu nie, tak tahulah jadi ke tak...