Sunday, May 21, 2017

Antologi Cerpen Tribunal Cinta Sudah Terbit

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi semua. Semoga hujung minggu ini dapat diluangkan masa bersama keluarga. Ahad depan kita sudah berpuasa. Jadi minggu ini adalah minggu akhir kita makan siang. Hari ini aku ada beberapa perkara mahu dibuat. Malam tadi sibuk siapkan macam-macam tugasan. Semoga dipermudahkan urusan aku semuanya.

Entri ini, aku mahu kongsikan kegembiraan bersama. Alhamdulillah. Buku Antologi Cerpen Tribunal Cinta sudah diterbitkan. Sebuah hadiah yang tidak ternilai untuk diri sendiri. Ini adalah kali pertama aku menyertai projek antologi sejak menceburi diri dalam bidang penulisan. Syukur. Sebagai langkah permulaan.

Buku antologi cerpen ini bertemakan cinta penuh ranjau. Antologi cerpen ini lain daripada yang lain kerana setiap kisah terselit ulasan kaunselor cinta. Kemudian terselit puisi mengindahkan lagi ceritera. 18 penukil mengukir kata, menyingkap kisah cinta penuh makna.

Inilah wajahnya. Hujan dan air mata...bersatulah!

Kalau nak baca hasil karya Fyda Adim, bolehlah tempah sekarang naskah ini. Boleh tinggalkan komen atau whatsapp pada nombor 017-6741270. Buku ini adalah terbitan Pena Padu Press. Harga buku hanya RM20 SM dan RM25 S/S. Mari dapatkan senaskah sebagai koleksi dan bahan bacaan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, May 18, 2017

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Tahun ini aku berpeluang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur lagi. Masuk tahun ini bermakna sudah tahun keempat aku menjejakkan kaki ke pesta buku itu. Empat tahun berturut-turut. Tiga kali di PWTC dan sekali di Maeps Serdang. Tahun lepas sahaja tempatnya ditukarkan dari PWTC ke Maeps Serdang.

PBAKL sudah pun melabuhkan tirainya pada 7 Mei yang lalu. Aku ke sana pada hari ketiga PBAKL sedang berlangsung. Hari ahad, bersamaan 30 April. Perasaan teruja menghantui diri selagi kaki belum menjejakkan kaki ke sana. Dua hari hanya melihat status kawan-kawan di FB, Insta membuatkan hati tidak keruan.

Oleh sebab hati tidak keruan, gigihlah aku menyenaraikan senarai buku yang mahu dibeli. Rupanya cara itu tidak mendatangkan kebaikan pada aku sendiri. Sebab aku jadi stres bila buku yang ada dalam senarai tidak dijumpai. Boleh rasakan tak perasaan itu?Hehehe.

Memang sampai tahap begitu. Tahun-tahun sudah memang tak pernah pun aku senaraikan buku-buku yang nak dicari dan dibeli. Sudahnya ada buku dalam senarai tidak dibeli sebab tidak dijumpai. Nasiblah buku yang kawan kirim aku jumpa.

Wajah ceria aku yang mahu menyambut hari raya di PWTC. Over sangat.

Perjalanan menuju ke destinasi.

Kami tinggalkan kereta di TBS.

Adriana dan Nayli yang sudah bersedia mahu naik tren.

Kebetulan kasut Nayli sama. Memang dah rupa adik-beradik jadinya. Nayli tu anak buah aku. Dia memang selalu jugak mengikut aku. Dan ada orang ingat aku anak tiga.

Kali ini mak dan apak pula nak enterframe.

Asben beratur beli tiket.

Nayli tu pertama kali nak naik tren.

Kakak dan adik.

Nampak tak aku dan Nayli. Asben yang amik gambar ni.

Swafoto papa dan anak-anak.

Setibanya kami di PWTC. Duduk kejap sebab penat berjalan. Asben nak settle hal dekat telefonnya.

Mama bergambarlah dengan anak-anak dara dulu.

Ke dewan Karangkraf.

Budak-budak ni singgah reruai mana entah beli buku.

Bayar sendiri. Adriana tu kumpul duit dari bulan januari semata-mata untuk PBAKL aje. Aku suruh kumpul duit kalau nak beli buku banyak-banyak kat pesta buku.

Bersama Maskot Kedai Blink Ain Maisarah.

Nayli dengan hasil membelinya.

Ada lagi cik kak tu membeli. Memang bagi ruang juga pada dia untuk mencari buku-buku kegemarannya.

Dek kerana kepenatan, rehat dulu sambil makan ais krim.

Swafoto lagi mama dan anak-anak dara. Happy sangat tengok si Nayli.

Sebelum pulang suruh anak-anak dara ini bergambar di pintu masuk.

Dalam tren menuju ke TBS.

Singgah makan di Kajang.

Kat kedai masa makan, ayah dan umi si Nayli siap video call. Rindulah tu kat anaknya.

Suka tengok bila mereka begini. Semoga keakraban ni sampai bila-bila. Tapi bab kalau bergaduh memang tak menang tangan nak leraikan.

Tiba Seremban, jammed. Ada kemalangan.

Berplastik-plastik.

Ini buku-buku yang aku beli.

Ini Adriana punya. Hasil dia menyimpan duit dari bulan Januari hari tu.

Ini pula buku Ammar.

Begitulah kenangan manis ketika aku ke PBAKL. Semoga ada di lain kesempatan untuk ke sana lagi. Selalunya memang tak puas saja perginya. Mesti ada saja kes terkilan. Ada nak jumpa dengan sorang novelis ni tapi waktu aku ke sana, dia pula tiada. Tapi aku beli dah novelnya. Itu sahaja. InsyaAllah, panjang umur tahun depan sampailah lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, May 17, 2017

Hadiah Hari Guru

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Sambutan hari guru masih lagi berlangsung. Sesetengah sekolah ada yang sambut semalam. Ada sekolah yang sambut hari ni. Sekolah anak-anak semalam dah sambut. Hari ini sekolah petang Adriana pula yang sambut. 

Semalam petang sebaik sahaja si Ammar masuk dalam kereta, dia sudah membuka cerita.

"Tadi kat sekolah Ammar duduk kat dewan. Ammar nyanyi lagu negaraku."

Lebih kurang gitulah dia memulakan bicara. Dia bercerita penuh kegembiraan.  Aku yang memandu memasang telinga dan sesekali mengajukan soalan.

Ini hadiah daripada Adriana untuk ustazah-ustazah dan ustaz di sekolah petang. Kali ini bagi brownies. Hadiah untuk sekolah pagi aku boleh lupa nak amik gambarnya. Kadang dah kalut gambar lupa amik. Haha. Tapi ada masa dalam kekalutan sempat aje bergambarnya. Hadiah untuk cikgu-cikgu sekolah pagi aku belikan tempat letak pen. Biasa aje hadiah.

Itulah sahaja. Sekadar menggembirakan hati anak-anak. Dari sini mereka boleh belajar menghargai orang lain. Asalkan hadiahnya ikut kemampuan diri masing-masing. Jangan paksa diri.

Aku pernahlah ada pengalaman menjadi guru ganti. Ganti pulak jadi guru kelas. Pernahlah ada pengalaman menjadi cikgu. Seronok walaupun adakalanya darang stres. Tapi itu memang pengalaman manis. Tak ada rezeki untuk bergelar pendidik. Rezeki aku sudah ke jalan yang lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Ahad Dan Hari Ibu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Mula dengan entri yang pertama untuk hari ini. Dua hari lepas, masing-masing buat ucapan untuk wanita bergelar ibu, mak, mama, umi dan macam-macam lagi gelarannya untuk seorang perempuan yang melahirkan mereka. Masing-masing ada yang meraikan bersama ibu. Hari ibu adalah hari-hari cuma hari itu mungkin sedikit berbeza. Aku tak ke mana-mana pun. Hanya di rumah.

Mak buat ucapan kat aku, aku pun buat ucapan pada mak. Hehe. Anak-anak aku?Ada lepak dengan aku saja di runah memandangkan suami sudah bekerja. Oleh sebab hari ibu, dan sambutan hanya aku dan anak-anak, jadi aku masak nasi ayam.

Sedang sibuk menggoreng ayam, gas boleh habis. Cuak. Sudahlah laki tak ada, gas habis pergi whatsapp tok laki. Kalahkan dia boleh terus terbang balik. Sudahnya minta nombor telefon kedai kat jiran dan call sendiri. Itulah bahananya kalau selalu bergantung harap pada tok laki. Tak apa dah dapat belajar.

Telefon kedai.

"Boleh hantarkan gas tak?"

"Boleh...gas apa mau?Petronas atau.."

"Petronas..." Aku terus memotong cakap wanita di hujung talian. 

Sebenarnya tak tahu pun jenis tong gas yang ada. Haha. Buruk perangai. Lebih kurang lima belas minit, gas pun sampai dan aku terus menyambung tugas menggoreng ayam.

Sibuk menggoreng ayam, si Ammar kejap-kejap datang dapur.

"Mama jangan masuk bilik kakak tau. Kita orang ada buat sesuatu untuk mama. Sepraissss..."

Allah. 

Surprise gitu kekdahnya ko dik. Mama mengiyakan. Sampai duduk kat meja makan dia masih sibuk dengan sepraisssnya.

"Mama tutup mata. Jangan tengok dulu."

Baiklah, mama tutup mata. Perut dah lapar disuruh tutup mata bagai pulak. Layankan ajelah.

Nasi ayam gas habis. Alhamdulillah. Masih boleh menikmati hidangan yang sedap bersama anak-anak. 

Inilah kejutannya. Dua-dua cium mama. Sorang kiri sorang kanan. Yang warna-warni Dak Kakak punya. Belah kanan Dak Adik punya. Aku terharu. 

Kalau kakak, tulis kad dah macam buat surat. Berjela dia mengarang. Aku rasa dia bakal mengikut jejak aku. Suka menulis. Mungkinlah. Nanti aku nak ajar di. Haha...

Itu sahaja coretan pagi ini. Momen manis daripada anak-anak dan aku akan merindui suasana begini bila anak-anak makin membesar. Tetiba aku sebak. Air mata bergenang.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, May 16, 2017

Selamat Hari Guru 2017

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Hai semua.

Selamat tengahari semua. Sudah isi perut semuanya?Alhamdulillah. Aku selesai menunaikan permintaan perut. Bawa bekal dari rumah aje hari ini memandangkan malam tadi jiran bagi lauk. Rezeki sungguh. Malam tadi aku sudah siap masak spageti carbonara dan cucur bilis. Lepas isyak, jiran panggil. Dihulurnya semangkuk kari ayam.

Terus ke dapur masak nasi dan jamah sikit. Selebihnya aku bawak bekal. Rezeki Allah Taala. Hari ini adalah hari meraikan para pendidik. Beberapa hari yang lepas, hadiah untuk cikgu-cikgu yang mengajar anak-anak sudah pun dibeli. Selalu sangat buat persiapan di saat akhir. Malam tadi baru terkial-kial nak membalutnya.

Anak-anak memang teruja. Itu boleh dilihat pada wajah masing-masing pagi tadi. Ammar yang selalu menangis setiap pagi, tadi dia berwajah ceria. Aku cukup senang hati melihat wajahnya 7yang begitu ceria. Selalunya sugul aje. Malam tadi dia sudah pesan pada aku. Dia sendiri nak bagi hadiah pada cikgu yang ajar masa dia 5 tahun. Mama tak payah teman.

Baiklah, nak. Mak ko ikut aje.

Akhir kata, Selamat Hari Guru buat para cikgu yang pernah mengajar aku, para cikgu yang mengajar anak-anak aku serta para cikgu semalaysia. Jasa kalian tidak terbalas. Semoga Allah sentiasa merahmati jasa kalian.

Selingan. Sewaktu aku tingkatan lima bersama cikgu aku, Puan Rokiah yang kami panggil Madam Rock. Dua orang kawan aku dalam gambar ini bergelar pendidik juga. Ada juga beberapa kawan sekolah yang bergelar pendidik. Selamat Hari Guru, korang!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Kenduri Arwah Dan Malam BBQ

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi. Semoga hari ini tidak berlaku kekalutan seperti semalam. Pagi semalam keadaan masih terkawal. Menjelang ke petang, orang audit nak jumpa. Aku mula datang cuaknya. Tak pernah hadap orang audit. Ada sedikit kesilapan berlaku dek kerana terlepas pandang. Biasalah kan. Kalau tidak diaudit memang sampai bila-bila pun tak perasan. Tapi keadaan dapat dikawal. Mujurlah bukan kes memberat.

Baiklah, ini entri pertama untuk hari ini. Kejadiannya masih belum sebulan pun. Baru sahaja berlaku dalam dua minggu lepas. Kami sekeluarga bergabung termasuk keluarga kakak sepupu aku bersepakat nak adakan kenduri arwah serta kenduri kesyukuran nak sambut bulan puasa. Sebelah malamnya pula kami berkumpul beramai-ramai adakan barbeque. Bukan selalu. Rasanya sebelah keluarga aku memang tak pernah kut.

Bila berjumpa haruslah bergambar. Yang tengah tu anak buah aku yang kahwin september tahun lepas. Bakal menjadi ibu dalam masa dua bulan lagi. Tak lama lagi aku bakal memegang gelaran nenek.

Kaum lelaki memulakan bacaan doa.

Menu hari itu adalah nasi lemak yang dimasak oleh bonda aku.

Ada juga laksa sarawak.

Yang duduk tu pakcik aku yang baca doa pada hari itu.

Antara tetamu yang hadir. Tak ramai pun kita orang jemput. Kenduri pun kecil-kecilan saja. Mana yang terdekat aje.

Santapan aku.

Ini sebelah malam. Selesai kenduri di siang hari, bertungkus-lumus membakar di malam hari pula.

Laki aku bab membakar memang dia yang pakar.

Anak buah aku suka main gitar. Dia orang adik-beradik buat persembahan. Bermacam-macam lagu yang dinyanyikan malam tu.

Ayam beli dah siap perap kat Giant. Kita orang bakar aje,

Para lelaki dalam keluarga kami.

Macam-macam gaya nak membakar.

Aku paling suka bila bergambar ramai-ramai begini.

Sebelum balik, dah masing-masing nak naik si ford ni. Dia orang pusing satu taman.

Masuk aje kereta, budak-budak ini sudah melelapkan mata. Nayli sudah menumpang kepalanya di kaki kakak.

Sudahnya beginilah gaya tidur masing-masing. Malam itu Nayli ikut aku balik sebab dia ikut aku ke PBAKL esoknya. Bila dipelawa memang tak difikir-fikir lagi budak tu. Dah besar, sukalah nak ikut berjalan. Itu sahaja titipan pagi ini. Semoga menjadi kenangan pada masa akan datang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim