Pages

Thursday, May 31, 2012

~Hari Ini Saya Di Sini~

 photo from google

Hari ini satu hari aku akan berada di sini iaitu Hotel Permaisuri Mitc, Melaka untuk menghadiri seminar Parenting anjuran LPPKN.  So hari nie hanya entry pendek daripada aku untuk pagi ini dan juga untuk hari ini.  Ini pun hanya entry autopublished sebab aku sedang tunggu kek aku siap dibakar.  Itu yang update blog dulu.

Apa-apa pun kalau berkesempatan malam nanti aku update cerita lain pulak yea.  Oh yea, ini hari terakhir kita di bulan Mei.  Esok kita sudah masuk ke bulan yang baru iaitu Jun.  Jun adalah bulan kelahiran aku dan lagi sehari aku bakal meningkat usiaku.  Oklah, sekian daripada aku.









                                                                                                                    

Wednesday, May 30, 2012

~Setelah Setahun Tak Makan~

Akhirnya setelah setahun berpantang tak makan laksa, minggu lepas dapat jugak aku menikmati makanan kegemaran aku iaitu LAKSA.  Wow sedapnya bila dapat makan laksa.  Maklumlah setelah setahun aku berpantang.  Lepas bersalinkan ammar memang aku pantang makan laksa.  Dari adriana lagi memang aku berpantang makan laksa.  

Minggu lepas aku ke pasar malam dan membeli sebungkus laksa untuk dijamah.  Memang dah teringin sangat nak makan laksa.  Itu yang aku gagahkan diri untuk membelinya di pasar malam.  Dapatlah aku makan laksa dan aku sudah tidak berpantang makan lagi.  Sekian.




                                                                                                                      

Tuesday, May 29, 2012

~Girl's Day Out~

Jeng jeng jeng.. Kisah untuk ahad lepas.  Kami ada aktiviti untuk girls aje yea.  Men are not included.  Hahaha.  Pi jusco bandaraya jea pun dan aktiviti kami adalah lepak dan makan aje sebab masa adalah sangat terhad.  Yang lain tue bolehler aku dan adik ipar aku kenalah beringat-ingat dengan orang yang ditinggalkan di rumah.  Hikhikhik..

Adik ipar aku bujang seketika untuka beberapa jam dan aku dah tentu-tentulah kena bawak kids aku tue.  Mana boleh tinggal.  Ada papa dia orang jadi tarzan pulak.  Biar mama jea jadi tarzan papa kena jaga suara.  Hehehe..Pagi tue aku mesej adik ipar aku nak ikut ke tak.  Dia reply nak dan aku kenalah amik dia dulu kat rumah mak aku.

Lepas amik adik ipar aku, aku terus ke sentral sebab nak amik anak buah aku yang baru balik dari Uitm Shah Alam.  Kereta punya banyak.  Adoilah.  Nasib bawka kete auto kalau manual mahu kena hon dok mati enjin.  Dia sampai dalam pukul 3 petang tapi aku tibe kat tempat kejadian lewat.  Tungguler yer.  Dari sentral aku ke Malim pulak nak amik adik-adiknya yang lagi 2 orang.  Baru cukup korum anak-anak aku. :D

Selepas itu mulalah sesi membawa anak-anak sendiri, adik ipar dan anak-anak buah aku yang gila bergambar nie sampai aku pening nak pilih dan edit gambar dia orang yang kat bawah nie.  Kami ke Jusco Bandaraya.  Parking penuh kat bawah yea.  Sila naik ke parking atas.  Ok tarik nafas.  Hehehe..Selamat jua sampai ke parking atas bumbung dan selamat dapat parking.  Alhamdulillah dipermudahkan segalanya kepada orang yang baru drive beberapa hari nie.  Amaturlah katakan.  

Oklah lepas itu mula sesi pusing-pusing dalam Jusco.  Jom tengok gambar kami yang banyak.  Korang, bibik nak muntah ok nak pilih dan edit gambar.

Inilah kmai yang baru turun dari parking.  Cari troli sebab nak tolak 2 orang budak nie.  Aku dok sibuk dengan hp.  Tuelah tinggalkan laki kat rumah.  Nak buat laporan bini sudah selamat sampai. :D

The only one boy yang join kami.  Haruslah kan.  Ada aku kisah.  Mana mama ada mesti aku ada.  Tapi hari tue ammar moody.  Masa nie badan dia dah rasa panas.  Aku barulah nak bawak dia buat hal pulak.  Sudahnya berkepit dengan mama jea.  Dengan orang lain dia tak nak!!Nasib dengan adik ipar aku dia nak jugak.  Kalau tak patah pinggang mama.  Masa nie ammar nak lagi duduk dalam troli sebab masa nak balik dia langsung tak nak masuk.  Berdukung jealah kejenya.

Telefon asben tak dapat-dapat.

Bergambar sambil bertelefon.

Masa nie dalam lif nak pi mana aku pun dah lupa.  Nak turun ground floor rasanya.  Betullah masa nie memasing dah tak sabar nak makan.

Gambar atas : Amirah (Kak Long) dan adiknya Dibah.
Gambar bawah Afiqah dan Adriana.  Budak berdua nie memang rapat bila berjumpa.

Afiqah dan Adriana.

Oleh sebab ammar tak nak dengan orang lain jadi aku kenalah duduk aje berkepit dengan dia.

Nampak tak siapa yang order makanan?  Adik ipar aku, mira dan dibah yang pi order.  

Bila makanan sudah sampai di atas meja haruslah menjamu selera.  tapi sebelum tue kita bergambar dulu.  Iqah yang snap gambar nie yea.

Wajah-wajah kesayangan aku.

My doter yang sekarang kuat makan.

Ammar sudah mula merengek.  Mamanya maintain bergambar jea.  Kalau papa ada dah dapat dah ayat dari papa.  'Tak habis-habis bergambar."  Mestilah kan.  Kang dia jugak suruh amik.  Katanya "Tak amik gambar ke nak masuk blog nanti." Hehehe

Lepas sudah mengisi perut kami semua kami ke supermarket nak beli barang sikit.  Kak long tolak adriana jealah sebab ammar dah aku dukung.

Suka tengok gambar-gambar nie.  Masa nie dia orang tengah tunggu aku.  Sempat lagi bergambar erk.

Siapa yang amik gambar nie???Memang nak kena.  Nasib jalan sopan.

Nie dekat area supermarket.  Nak bayar punsempat bergambar.  Adoooyaiii..

Anak aku pun sama suka bergambar.  Tengoklah maknya kan??Hikhikhik

Sebelum balik bergambar lagi.  Kalau tak datang dengan korang tak ada bibik bergambar kat depan-depan market nie tau.  

Mereka lagi.

Gambar dalam lif nak ke parking.  Nasib tak ada orang lain.  Bolehlah buat pose sesuka ati.  Aku kenalah pose dengan boy aku tue yang tengah moody.

Seronok nau ka?

Nak menangis ke apa nie Dibah???

Kemudian bayar tiket parking dan balik.  Ini gambar dia orang dalma kete.  Aku tak boleh nak bergambar sebab tengah drive.  Kena tumpu sepenuhnya.  Poyo aje.

Itulah cerita kami bila dapat berkumpul beramai-ramai.  Seronok bila semua ada.  Sesekali berkumpul beramai-ramai bersama anak-anak memang syok.  Hujung minggu nie masing-masin dah balik U.  Dibah pulak akan lapor diri di Uitm Shah Alam.  Bila semua ada nanti kita gathering lagi yea.

Note>>>Ada apa-apa celebrate tak untuk besday nenek jumaat nie??Jangan lupa sekali untuk besday hari sabtu tau??Hikhikhik





                                                                                                                       

Monday, May 28, 2012

~Hangout With My Mom And Adriana~

Sejak sudah boleh bergerak sendiri nie nak kemana-mana ikut suka hati tapi dengan keizinan yea.  Hikhikhik.  Balik kerja khamis lepas dah janji dengan adriana nak bawak ke Jusco.  Balik kerja pukul 4.30 petang terus balik rumah mak aku untuk amik adriana.  Mak aku pun ikut sekali. 

Ammar mana?Hari tue ammar dok umah MIL aku sebab ari tue mak aku pi checkup kat klinik.  Jadinya MIL aku jagakan ammar untuk sehari.  Asben yang amik ammar.  Sudahnya kami bertiga ke Jusco.  Nak ke Jusco pun bukan nak shopping bagai cuma nak makan-makan jea.
This is my mom.  Mak makan keow teow sup.
This one is for me.  Wantan mee kering is my favourite kalo makan di food court Jusco nie.
Adriana makan yong tau foo.  Aku paksa adriana makan jugak sebab dia leka nak bermain kat playland belakang tue.  Lepas sudah makan aku dan mak ke market Jusco nak beli barang sikit.  Dah settle kita orang pun balik rumah.  Malam tue mak aku tidur rumah aku.  Bukan senang mak aku nak tidur rumah aku tau.  Itu jealah kisahnya.  Nanti boleh bawak mak gi jenjalan lagi.  Sekian..

 






                                                                                                                       

~Lunch Untuk Hari Ini~

Salam...

Hari ini aku emergency leave.  Ada beberapa sebab yang aku terpaksa el untuk hari ini.  Maka hari ini aku bersiaran langung dari rumah yea.  Macam stesen tv pulak.

Hari ini aku just masak yang simple jea.  Masak spageti jea.  Malas nak masak yang remeh-remeh sebab ammar tak sihat, aku pun sakit-sakit badan nie.  Bilalah nak pi mengurut nie.  I need massage. :D

Untuk tengahari tadi sudah selamat makan sepinggan spageti.  Bukan makan tengahari breakfast sekali tadi tue sebab pagi tak makan apa pun.  Dasyhat tak?Hehehe..Malas namanya tue.

Nak update blog pun tak berkesempatan.  Nak reply komen kengkawan pun tak dan.  Maaflah sekali lagi.  Janganlah marah yea dan janganlah serik untuk tinggal komen.  Ada masa aku blogwalking ke blog korang pulak yea...Sekian..







                                                                                                                         

Friday, May 25, 2012

~Tidak Lagi Dihantar dan Dijemput~

Setelah 5 tahun lebih pergi kerja dihantar, balik keje berjemput oleh asben sekarang sudah tidak ada lagi.  Kalau asben tak ada aku terpaksa menumpang kengkawan untuk pulang dan jalan terakhir kalau kengkawan tak ada terpaksalah aku menjadi penunggu di bus stop untuk menunggu bas untuk pulang ke rumah mak.

Itulah saat-saat yang tidak dapat dilupakan bila tiada kenderaan sendiri.  Nak-nak kalau kena naik bas memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan.  Yang menunggu kadang mat indon yang begitu ramai, kadang tak orang langsung kat bus stop.  Macam-macam situasi dah aku lalui.  Kengkawan lain sudah balik dengan kereta kita tercongok di bus stop.  Sedih gak.  Tapi nak pujuk diri sendiri cakaplah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.  Sedapkan hati sendiri.  Kalau kita tak pujuk siapa nak pujuk kan.  Aku tak kan lupa pada kengkawan yang selalu menumpangkan aku balik.  Terima kasih pada anda semua.  Jasa korang tidak dapat aku lupakan.

Kini, aku tidak lagi dihantar dan dijemput.  Sudah pergi kerja dan balik kerja sendiri.  Makanya lesen aku sudah digunakan sepenuhnya tidak lagi menjadi lesen gantung.  Hikhikhik.  Asben sudah belikan aku kereta untuk aku gunakan pergi dan balik kerja.  Asben kata pergi dan balik kerja jea tapi bini dia ada jugak menyimpang ke tempat lain.  Hikhikhik...Walaupun bukan kereta baru dan kereta second hand tapi aku bersyukur sebab salah satu impian aku tercapai.  Sekarang nak ke mana-mana boleh pergi sendiri.  Asben aku kan sibuk memanjang.  Kenalah banyak berdikari. :D

Ini gambar beberapa hari lepas.  Sempat snap jugak dalam kereta erk.  Inilah salah satu rutin harianku sudah berubah.  Nanti aku ceritakan yea.  Dah nak pukul 430 petang.  Aku nak bersiap-siap untuk pulang.  Dah ada kereta nie aku masuk awal dan balik awal.  Sebab??Adalah sebabnya.  Oklah...Nak berkemas-kemas nie..Next entry yea..

Note>>>Bila nak mula drive jea perut aku pun mulalah memulas-mulas.  Adoiiiii






                                                                                              

~My Doter Jadi Flower Girl~


Salam dan morning pada semua.

Hari nie dah hari jumaat.  Baru ada kelapangan nak cerita kisah hari selasa yang lalu.  Mood nak menulis di blog ini agak merundum gara-gara rutin harian aku sudah pun berubah. :  Rutin apakah yang berubah??Nanti-nantilah aku cerita yea.

Oklah, berbalik kepada tajuk di atas, nak cerita pasal siapa lagi kalau bukan kisah doter aku yang sorang tue kan.  Selasa lalu, ada majlis yang diadakan di ofis aku dan adriana dimintak untuk dijadikan sebagai 'flower girl'.  Aku on jealah.  Kang orang kata tak campur pulak kan.  Maknya tak menonjol, biarlah anaknya sesekali menonjol.  Betul tak??Aku nie bukan suka dengan function yang cam gini.  Memang lemah sungguh.  Kat ofis memang muka aku nie dah kena cop.  Hehehe.  Dah tak suka kan.  Takkan nak paksa suka.

Jadinya, inilah cerita adriana menjadi flower girl untuk memberi bunga kepada VIP.  Sorang jea yang adriana kena bagi iaitu VIP perempuan iaitu YB Datuk Hjh Norpipah.  Pagi tue aku masih di ofis dan pukul 12 tengahari baru kuar balik rumah untuk amik adriana.  Konvoi ke rumah mak aku dan kami pegi ke hotel dengan sebuah kereta jea.  Aku tak berani nak drive sendiri ke hotel.  Kang mana pulak nak cari parking.  Maklumlah kan masih amatur. :D

Oklah jom kita tengok gambar-gambar kami.

Inilah flower girlnya.

Sedang menjamu selera.  Tina sedang makan dengan aunty Tinah.  Kebetulan nama mereka berdua tina.  Qistina dan Tinah. :D

Balkhes.  Inilah driver kami hari tue.  Dia dah pro.  Haruslah bawak kami yang masih baru.

Sedang practise untuk memberi bunga.

Besar sungguh bunga itu.  Macam bunga tue lagi besar dari nana.

Inilah function untuk hari tue.

Ketibaan vip.  Adriana sambut kedatangannya.  Mama tengok dari jauh jea.  Gambar nie pun aku suruh si fadli ofismate aku snap.  Aku nak amik tangan dah penuh.  Kiri kanan dengan handbeg.  Mama selalu belakang tabir.  Kahhhhhhh...

Risau jugak waktu nie.  Manalah tahu adriana buat hal.  Sakit-sakit perut mama dibuatnya.  

Bunga sudah diserahkan.

YB pulak nak bagi bunga pada nana.  

Tapi waktu nie nana macam blur jea.  Sebab aku cakap dia kena bagi bunga pada orang.  Tetibe pulak YB nak bagi dia kan.  Mana tak pelik.

Kemudian bergambar.

Nana bergambar dengan YB. 

Settle.  Datuk menuju ke dewan.

Inilah adriana yang pelbagai gaya bila bergambar.

Kami bersantai di sini aje.  Aku nak cepat balik sebenarnya.

Majlis bermula dengan masuknya vip-vip ke dewan.

Akhir sekali, adriana bergambar di luar dewan.  Selepas itu kita orang pun balik.  Aku lagi suka bila nak balik.  Hikhikhik.  Sekian ceritanya.