Pages

Thursday, March 28, 2013

~Kami Di CH~

Assalamualaikum semua. Buat nada johan ye.

Bersiaran langsung dari tempat bercuti kami yang sejuk dan nyaman. CH tu kat mana?Tempat jauh nun di sini untuk menenangkan fikiran. Sebenarnya semalam dan malam kelmarin aku dah update blog ini untuk tatapan dua orang di Melaka. Siapa lagi kalo bukan my sil dan mira mokhtar yang suruh aku update blog.


Ini beg yang kami packing semalam.


Perjalanan yang sangat mencabar dengan membawa anak2 kecil dan warga emas.


Ini apartment kami. Mulanya da booked hotel di brinchang tapi atas sebab2 tertentu kami menyewa apartment.


Selesa jugak.Ini dapurnya.


Ada 3 buah bilik.


Ini bilik kami. Memang selesa dan puas hati.

Ini sahaja yang dapat diceritakan buat malam ini. Buat 2 insan yang dimaklumkan di atas tunggu ahkak balik ye. See u then.
posted from Bloggeroid

Tuesday, March 26, 2013

~Cerita Saje-Saje~

Assalamualaikum...

Sebelum aku pergi bercuti mari aku updatekan beberapa cerita tentang aku serta keluarga dan juga orang yang berada di sekelilingku.  Motif?Sebab sudah ada gambarnya marilah aku letakkan di sini untuk tatapan aku dan boleh dijadikan rujukan masa akan datang.  Ayat tak boleh blah.

Ini cerita beberapa minggu lepas aku dan adik-adik serta anak-anak ke Parkson untuk mencari sesuatu.  Tujuannya nak ikut sil beli seluar dan aku nak beli something tapi akhirnya apa yang aku nak beli tidak aku beli.  Heee..Biasalah selalu tersasar.  Jom layan gambar..

Sempat aku singgah urut di sini.  Sedap tol kerusi ni urut badanku.

Misi memulakan shopping.  Tak beli barang banyak pun.

Settle misi di Parkson kami menjamu selera.

Ini tomyam untuk aku.

Inilah adik-adikku yang comel.  Heeee.  See then di lain entry. 






                                                                                                                      

~Holiday Time~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua!!(buat intonasi dan gaya johan ye!)Hari ini hari selasa.  Siapa tak tahukan?Hehehe.  Apa yang penting hari ni holiday time hingga ke hari khamis.  Pas tu jumaat baru keje balik.  Ermmm, kalau tak penat jumaat tu aku kejelah tapi kalau terlampau penat aku cuti jealah jumaat tu.  Heeee..Betul tak mira mokhtar? Habislah dia tarik muka nanti.  Larikkkk...

Ini hanya vacation family.  Saja bawak mak ayah aku jenjalan.  Tapi tak best sebab my SIL tak ikut.  Kurang happening sikit holiday kali ni.  Tak apa kita pegi lain kali ye.  Yang penting ole-ole untuk yang tersayang pasti ada.  Doakan kami selamat pergi dan bali.  See u then...





                                                                                                                       

Monday, March 25, 2013

~Hari Tenang Dan Santai~

Assalamualaikum...

Isnin kembali menjengah.  Korang sihat?Hari ni baru dapat update blog.  Last update jumaat dan weekend memang tak lalu nak on pc.  Hari untuk beristirehat setelah beberapa minggu bertungkus lumus kerana benda itu.  Jumaat lepas, memang happy sebab hasil daripada tungkus lumus aku dan mira mokhtar berjaya walaupun peringkat pertama.  Selebihnya terserah kepadaNya.



Hari ni bermula school holiday.  So jalan pun tenang dan aku boleh memandu secara berhemah.  Tak terkejar-kejar.  Untuk minggu ni tak adalah pagi-pagi aku menjadi tarzan mengejutkan adriana.  Tadi aku dukung dua-dua je masuk terus dalam kereta.  Yang penting esok holiday time!!!





                                                                                                                      

Friday, March 22, 2013

~Bertukar Header Lagi~

Assalamualaikum...

Dah lunch?Mesti dah kan.  Aku pun dah lunch tadi kat Mydin dengan siapa lagi kalau bukan dengan Mira Mokhtar.  Okey, tengahari ni di waktu lunch yang panjang baru berkesempatan nak update blog aku ni.  Nak cerita pasal headerku yang baru.  Bertukar lagi.  Bukan aku yang dok reka header ni.  Bff aku yang jauh nun di utara yang buatkan header aku ni.  Kalau aku yang buat memang tak menjadilah gamaknya.
Mira mokhtar, cantik tak header baru saya?Sila jangan jeles ye.  Kahhhhh

 
Ini header yang aku gunakan sebelum ni.  Orang yang sama jugak buatkan.

Dan ini header yang baru.  Tadaaaa...Cantik tak?Thanks to my bff yang jauh nun di Perak.  Aku sayang hang.  Nanti rajin buatkan lagi ye.  :D







                                                                                                                    

Thursday, March 21, 2013

~Penantian Itu Satu Penyeksaan~

Assalamualaikum...

Fuhhhhh.  Hari ini adalah hari yang aku nanti-nantikan sebenarnya.  Menantikan apa?Rahsia.  Huahuahua.  Sesuatu yang aku betul harapkan tapi harapan itu tidaklah terlalu tinggi menggunung.  Takut nanti kecewa sendiri.  Tapi penantian ni terpaksa dihentikan bila dikatakan untuk terus menunggu lagi.  Macam nak amik result SPM je aku ni.

Apa-apa pun apa jua keputusan yang akan diterima, pasti terselit hikmah daripadaNya.  Debaran masih ada.  Debaran ini sama seperti adik-adik yang mahu mengambil result SPM hari ni.  Sudahlah jangan nak poyo sangat.  Apa yang penting malam ni ada drama kesukaanku iaitu CINTA KAU DAN AKU.  Tak sabar nak tengok farisya dan farish.  Ohsemmm!!!





                                                                                                                      

Tuesday, March 19, 2013

~Cek Nuffnang Sudah Diterima~

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa.  Pagi ni aku dan kak Nisah ke seminar pelaburan bijak di MITC.  Pukul 1 tengahari habislah.  Nak cerita sikit pasal nuffnang.  Alhamdulillah, cek nuffnang sudah sampai ke tangan.  Rezeki lagi sepanjang berblogging.  Walaupun nilainya sedikit tapi bersyukur dengan rezeki ini.  Lagipun aku berblogging pun untuk menambahkan pendapatan just aku memang suka untuk berbelog.

Ini adalah kali kelima aku cash out duit dari nuffnang.  Terima kasih nuffnang.

Bolehlah gunakan duit ini untuk holiday minggu depan.  Hip hip horey!!!





                                                                                                                       

Monday, March 18, 2013

~Ost Cinta Kau Dan Aku~

Assalamualaikum..

Kalau entry tadi cerita pasal dramanya, kali ni nak pasal ost Cinta Kau Dan Aku.  Nyanyian Fatihah Ridhwani dan Daniel Napitupulu.  Best lagunya.  Tapi aku tak kenal dengan penyanyinya.  Dah berapa kali dok ulang dengar.  Marilah kita melayan perasaan.  Mira mokhtar tak boleh dengar ni.  Heee..

 

Bunga-bunga yang bertaburan
Alam ibarat meraihkan
Luhurnya satu percintaan
Bagaikan telah ditakdirkan

Namun cinta kau dan cinta ku
Banyak halangan datang bertamu
Mampukah ditempuh satu persatu
Terdayakah menahan onak beribu

[*] Hatiku semakin terluka
Bila setiaku kau permainkan
Mengapa harus sengsara
Bila cinta dalam genggaman

Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Tunjukkan jalan yang terang
Untukku

Tiap cinta ada cerita
Penuh onak ranjau yang berliku
Ku tabah ku harungi jua
Dugaan cinta kau dan aku

Repeat [*]

Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Kembalikan dia… kepadaku
Kepadaku







                                                                                                                  


~Drama Cinta Kau Dan Aku Di TV1~

Assalamualaikum...

Entry di petang hari merangkap entry melayan perasaan.  Biasalah aku kalau sudah layan drama yang best mesti jadi macam ni.  Ini juga drama yang diadaptasi dari novel Cinta Kau dan Aku dan penulisnya Siti Rosmizah.  Mula-mula memang tak layan pun tapi sebab si Mira Mokhtar kata best aku pun mula mengikuti dan secara tak langsung tengoklah di saluran tv1.  Rasanya sudah lama aku tak tengok channel ni.

Dan akhirnya aku pun tengok episod-episod yang sudah akui tertinggal.  Okey, memang layan habis.  Biasalah layan drama time anak-anak dah tidur.  Gitulah gamaknya.  Layan-layan sampai tertidur.  Huhuhu..Tak sabar nak tunggu episod seterusnya.  Tengok iklan pun dah sedih.  Tunggu mira mokhtar habis baca novelnya sebab dia dah beli novel tu atas desakan seseorang.  Dahsyat.  Heee..Dia beli, aku pinjam.

Sinopsis Cinta Kau Dan Aku
Cerita ni bermula dengan seorang gadis yang cantik, baik dan namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.

Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.

Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.

Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.

Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatahlagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.
Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu? Saksikan kesudahan drama bersiri Cinta Kau Dan Aku hanya di TV1.

Saksikanlah drama bersiri ini setiap hari khamis dan jumaat jam 10 malam.  Bersiaran selama satu jam.  Tengok dah macam iklan kan?

 Lakonan Fizz Fairuz antara pelakon yang aku suka tengok dia berlakon.

Digandingkan bersama Sara Ali.

Trylah tengok.  Pada aku memang bestlah tak tahulah korang.  Lain orang lain pendapatnya.  Sambil ikut drama di tv aku nak baca novelnya jugak.








                                                                                                                     

~Sudah Bertindik~

Assalamualaikum.

Entry ketiga untuk hari ini. Ditaip dengan sepenuh hati pada semalamnya setelah seminggu meninggalkan belog ini.  So, hari ini misi membuang sawang di blog ini.  Sila tiup sawang-sawang yang ada di blog aku ni.

Okey, dah hampir nak melalut.  Baik kita straight to the point.  Kisah bertindik ni.  Siapa yang dimaksudkan?Sudah tentu-tentu adriana bertindik.  Takkan ammar pulak kan?Dua minggu lepas, aku dan asben akhirnya bercadang untuk membawa adriana tindik telinganya.  Bolehlah adriana pakai anting-anting.  Baru nampak keperempuanan sikit.  Heee..

Macam biasalah bila bab-bab cenggini, mak dia sudah semestinya over.  Dok kecut perut dan memikirkan adriana yang nak bertindik.  Takut nanti sampai kedai dia tak nak ke, time nak tindik dia menangis ke.  Macam-macamlah.  Sedangkan nak bawak anak-anak pi klinik, aku boleh sakit perut apatah lagi nak bertindik.

Sampai kedai aku dan adriana turun sebab asben nak cari parking.  Sudah tentu-tentu aku yang kena teman adriana.  Pesan dia beberapa kali, nana jangan nangis tau.  Jomlah tengok gambar nana yang sebab asben snap.  Nana cool jea.  Mak dia ada duduk kat satu sudut tak mo tengok.  Huahuahua..

Bersiap sedia.

Aunty ni yang buatkan.

Okey, ready ye.

Maknya tengok dari jauh je.

Lagi sebelah telinga.

Dah siap aku tanya nana.  Nana sakit tak?Dia angguk je tapi nasib tak nangis.  Maknya lega.  Moh kita balik.  Hilang terus sakit perut mak.

Okey, abaikan rambut serabai nana.  Inilah wajahnya setelah ditindik.  Total tindik dan anting-anting hanya RM15.  Okeylah kan?Itu sahaja cerita mengenai nana yang sudah bertindik. 





                                                                                                                      

~Forum Peranan Wanita Dalam Pemerkasaan Jati Diri Remaja~

Assalamualaikum.

Entry kedua untuk hari ini.  Untuk makluman, entry-entry untuk hari ini aku dah taip semalam dan aku buat autopublished ye untuk hari ini.  Bukan diupdate di ofis.  Kang ada pula orang kata aku ni tak buat kerja ke?Asyik nak update blog.  Biasalah kan, orang suka mencari kesalahan orang lain walaupun orang itu tak pernah kacau hidup mereka.

Okey, sebelum aku membebel berjela-jela baik kita terus pada topik yang sepatutnya.  Hari tu, aku ada menghadiri Forum Peranan Wanita Dunia Melayu Dunia Islam Dalam Pemerkasaan Jati Diri Remaja di Auditorium Seri Negeri.  Aku dan beberapa officemate lain ke sini untuk mendengar tentang forum berkenaan.  Berlangsung dari pagi hingga ke petang dalam pukul 2 petang.

Habis lambat menyebabkan kami kelaparan.  Makan pagi tak kenyang itu yang kelaparan yang amat sangat.  Aku dah rasa tahap menggigil.  Bila time lunch, dia orang edar nasi ayam terus je makan.  Nasi jelatah pun daku telan sebab memang dah tak boleh tahan.  Layan pictures pula.

Forum sedang berlangsung ketika ini.

Waktu ini CM sedang berucap untuk majlis penutup.

Antara wanita-wanita yang hadir.

Inilah di antara wanita yang hadir.  Heeee.  Aku bergambar dengan cc.

Kemudian bergambar dengan Kak Nisah pula.

Motif gambar ni.  Aku pun tak tahu.  Tengok jelah.

Saje-saje snap.

Latarbelakang mengenai forum ni.  Memang bestlah forum ni nak-nak time Ustazah Zawiah memang segar bugar mata ni.  Best dengar ceramah yang disampaikan olehnya.

Aturcara majlis.

Last sekali majlis penyampaian sijil.  Habis je forum ni aku terus balik rumah setelah mendapat kebenaran untuk pulang.  Nasib boleh balik rumah, kepala pun pening, berpusing-pusing, badan dah mula berangin sebab dek kelaparan.  Balik rumah baring jap sebelum menjemput anak-anak.  Itulah cerita beberapa minggu lepas dan aku sudah punya 3 hari hari berkursus.  Lagi empat hari je.  Huhuhu...







                                                                                                                   


~Bukan Senang Nak Jadi Senang~

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin...

Finally!!!!Aku kembali dan baru berkesempatan mengupdate blog setelah seminggu meninggalkan blog ini untuk menyiapkan sesuatu tugasan.  Gara-garanya aku hampir mahu demam, selsema datang menjengah dan tekak sudah mula perit.  Waktu tu masih belum selesai.  Hampir kecundang tapi perlu diteruskan kerana sudah sampai ke penghujung.  Nasib punya sahabat yang memberi semangat walaupun nanti tidak berjaya tapi sekurang-kurangnya aku sudah mencuba melakukan yang terbaik.

Sebaik mungkin aku telah mencubanya.  Biarlah, jika punya rezeki buat aku dan sahabat rasa bersyukur sangat tapi jika tidak aku redha.  Mungkin ada rezeki di tempat lain atau cara lain.  Tapi aku tetap enjoy melakukannya hingga ke penghujungnya walaupun ada seorang sahabat yang mengalah di saat akhir.

Teringat statement di atas ni, 'bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah.'  Masih memerlukan kekuatan dalam diri untuk meneruskan perjuangan dan cita-cita yang diimpikan.  InshaAllah jika diberi peluang.

Sekian dulu.  Nanti sambung entry lagi yang banyak tertangguh, banyak yang nak diceritakan dan banyak yang nak dikongsikan.  Semoga berjumpa di lain entry.

Nota kaki>>>pic from google