Pages

Sunday, September 30, 2012

~My Hectic Day~

Semalam hectic day untuk aku. Hectic yang terlampau. Busy yang terlampau hingga membawak kepenatan yang terlampau. Hari jumaat sebelah malam aku sibuk membakar kek dan membuat chistart. Order daripada kawan-kawan aku. Kek diorder daripada kawan blogger aku, ejan. Malam tue settle membaking dan hari sabtu pagi aku cuma nak deko kek saje. Settle satu part!! Pagi sabtu sedang sibuk di dapur kak wati iaitu sepupu aku tel. Suruh amik dia sebab dia nak bakar kek. Oven dia rosak pulak. Bahan-bahan dah diadun. Aku dengan sepantas kilat settlekan kerja dan angkutlah budak 2 orang tue. Penat yea. Dari rumah aku nak ke rumah dia boleh tahan jauhnya. Dah amik nak patah balik rumah aku. Dia bakar 2 biji kek. Aku pulak tunggu kawan aku nak amik chistart. Siap-siap semua dalam pukul 2.30ptg keluar nak amik mak aku pulak. Mana uruskan budak 2 orang yang macam-macam peelnya. Kita orang nak pi jemputan kenduri orang nak pergi haji dan nak pi kenduri rumah makcik aku. Buat kenduri arwah pakcik.

Inilah kami di kenduri orang nak pegi haji. Lepas amik mak balik rumah kak wati. Hantar pulang anak buah aku nk kerja. Balik rumah amik yang lain. Pakai bedak pun boleh cair. Hahhhh..

Selepas makan berposing. Hihihi.. Nak amik gambar sendiri malu. So amiklah gambar dia orang.

Nayli di rumah makcik. Kami dah berdesup ke sini lepas dari rumah kenduri haji tue. Balik dulu amik mak long pulak.

Ammar penggemar makanan. Dia boleh duduk bersila depan adik aku bila tengok mamangnya nak makan. Ammar..ammar..

Lepas dah settle kenduri hantar sepupu dan mak long aku. Then aku 3 beranak balik rumah dan bersiap pulak nak keluar hantar kek dekat Hotel Permaisuri Mitc.

Lepas tue baru dapat beristirehat dan marathon tengok adam dan hawa dar pukul 10 sampai 12 tengahmalam. Selepas marathon aku pun tido sebab mata macam digam-gam mintak ditutup. Sekian..

Friday, September 28, 2012

~Lunch Tadi Di Jusco~

Yezaaaaa...Lunch tadi di jusco. Tekak nak makan sesuatu kat sini. Bila dah ada kenderaan sendiri inilah jadinya. Panjang langkahnya..hihihi..So tadi ajak opismate aku ke jusco. Nak ajak kak nisah dia sudah tidak mampu berjalan. Kalo ikut memang dia ketinggalan jauh di belakang. Kesian dia. So dia hanya mampu mengirim saje. Banyak betul kiriman dari dia. Biarlah dia makan puas-puas sebelum menempuh pantang.

Ini minunan aku tadi. Hanya beli milo ais untuk membasahkan tekak. Tunggu makanan lambat sangat sebab ramai orang. Aku dahlah kelaparan sebab tak breakfast pagi tadi. Itu yang kebulur satu macam. Hihihi..

Inilah opismate aku. Kanak-kanak ribena lagi. Hihihi..Kawan dengan kanak-kanak riang aku pun jadi riang. Idakler aku rasa tua bebenor. Iyelah beza banyak kan umur kami. Mira, riang tak akak?hihihi...

Tadaaa...This is our food for lunch tadi iaitu wan tan mee. Inilah yang tekak ngada-ngada nak makan. Rupanya kanak-kanak ribena pun nak makan. Patut licin pinggan dia. Dia belajar makan wan tan dari ahkak yea. Itu jealah ceritanya. Penat update blog dari tab. Guna jari yang tak berapa nak runcing nie memang memenatkan. Dok error memanjang. Kalo ada typo tue harap maklum yea.

~Salam Jumaat~

 

Salam pagi jumaat.  Hari ini jumaat yang aman, damai dan tenang bagi aku.  Cuba ingin menenangkan hati dan menjadi lebih baik dari semalam.  Jauhkan sifat yang tidak baik dalam diri aku.  Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.  Tidak perlu ada rasa cemburu atau iri hati pada orang lain.  Kalau nak jadikan sumber inspirasi tak apa.  Kadang kita rasa teruja bila tengok kejayaan orang lain dan kita juga ingin letakkan sasaran untuk menjadi seperti itu.  InsyaAllah jika memang rezeki untuk kita tidak akan lari ke mana.
 
Biarlah kita lalui hari ini dengan ceria sebab petang nie ada pembentangan bajet.  Semoga ada sedikit berita gembira untuk kita semua. Dapat lebih bagus, dapat sikit pun ok jugak.  Janji ada.  Kalau lebih manalah tahu dapat menunaikan wishlist yang ada. :D








                                                                                                           

Thursday, September 27, 2012

~Spontaneous Thursday - Aku Dan Senior~


Hari nie lambat update blog sebab malam tadi tak sempat nak update.  Nie semua gara-gara duduk depan tv menonton drama kegemaran aku buat masa sekarang.  Nanti aku ceritakan drama apakah itu??Mood happy sebab dapat jugak akhirnya aku menontonnya di tibi.  Hehehe..

Oklah selalu menyimpang kan.  Tajuk lain, gambar lain dan isi lain.  Mukadimah selalu nak panjang sampai selalu terjadi kes menyimpang.  Ini gambar aku dan kawan-kawan opis aku.  Masa nie kita orang di majlis perhimpunan dan jamuan raya.  Ini semua kira senior-senior aku nie.  Inilah baru dapat bergambar beramai-ramai.  Suka pulak aku tengok gambar nie.  So dalam gambar dari kiri adalah aku, Kak Nisah, Kak Rehan, CC Noraini dan juga Kak Mimah.  That's all untuk seketika ini.  Nanti kita cerita lagi yea. Nak makan dulu.







                                                                                                                      

Wednesday, September 26, 2012

~Misi Mencari Gadget~

Sebenarnya ini misi untuk minggu lepas dan entrynya telah pun aku keluarkan minggu lepas.  Aku cuma meneman dan membelikan sahaja.  Misi nie bukan untuk diri aku.  Misi pertama adalah mencari gadget untuk asben.  Asben aku nak trade in bb dia sebab katanya tak best pakai bb.  Alasanler tue nak beli hp baru.  Dah tahu da.  Sebenarnya bb tue asben aku belikan untuk aku tapi aku tak minat nak guna atas sebab-sebab tertentu.  Tuelah beli tak mahu bawak aku.  Nak surprisekan aku masa besday kan.  Mana boleh bawak aku.  Apalah aku nie kan. :D  So asben telah pun menjual bbnya dan telah beralih arah ke sony.  Goodbye to bb and say welcome to sony.  Hehehe.

Misi seterusnya mencari gadget lagi untuk Kak Nisah pulak.  Lepas aku cerita kat dia yang asben beli hp kak nisah suruh aku belikan untuk dia.  1st time nie orang kirim aku beli hp.  Hehehe..Aku memang dah lama suruh Kak Nisah tukar hpnya yang sudah sekian lama itu.  Kak Nisah kata kalau bab membeli dia memang out.  So dia nak guna sony jugak since hp lama dia pun sony baiklah dia guna sony.  So itulah misi mencari dan mencari dan kalau asben aku kalau membeli memang dia cari yang murah.  Aku kadang sampai lari ke tempat lain kalau dia tengah tawar harga. :D

Kami sudah sampai.  Anak-anak sila bersabar yea.

Apa yang ammar buat tue?Tengoklah asben aku.  Nampak tak?

Masa nie aku dah bawak anak-anak aku ke playground.  Masing-masing dah tak reti duduk diam.  Bab membeli biar asben yang uruskan.  Dia lebih arif bab membeli nie.  Kalau aku nie terus beli jea.  Tawar jugak tapi takler sampai gila-gila tawar. :D

Ammar sedang seronok yea tak ingat dunia.

Yeahhh..Selesai urusan membeli-belah dan dengan ini aku merasmikan yang mereka berdua iaitu asben aku dan juga BFF sudah pun menggunakan gadget terbarunya itu.  Selamat bersony xperia yea. :D





                                                                                                                        

~Wordless Wednesday - Junior Papa~

Kisah ahad di sini aku dengan ammar sahaja di rumah.  Kakak nana ikut papa pi opis sebenarnya.  Tengoklah bila junior di opis.  Khusyuk betul adriana. :D







                                                                                                      

Tuesday, September 25, 2012

~Pay Day!!!~

Yeahhhh..Pay day!!!Setelah sekian lama menunggu hari ini.  Yelah hari tue kan gaji kuar awal.  So ari nie adalah hari yang ditunggu-tunggu.  Korang tunggu jugak tak?Macam biasalah kalau pay day nie nak melangsaikan hutang-hutang yang patut yea.  Tak ada pun nak membeli-belah pun.  Simpan duit belanja sikit sampai pay day seterusnya dan buat simpanan sikit untuk menunaikan wishlist yang ada.  Yezaaaa.  Mari kita congak duit gaji kita!!!:D







                                                                                               

~Cerita Makan-Makan Lagi~

Tak habis-habis cerita pasal makan-makan.  Sampai tak tahu nak letak tajuk apa.  Tapi bila ada gambar kat kamera rasa sayang pulak tak mencatatkan kat di sini.  Nak cuci gambar mungkin jauh sekali.  Paling tidak pun simpan jealah kat dalam laptop. 

Nie nak cerita kisah ahad minggu lepas.  Bukan semalam punya cerita tau tapi minggu lepas.  Masa sangat suntuk nak cerita on time.  So terpaksalah aku tulis dan auto published jea yea.  At least berupdate jugak blog aku nie.  Tapi kalau published time kerja tue memang entry aku ditaip sebelah malam yea kawan-kawan.  Aku akan cuba elakkan untuk tidak update di opis.  Kalau yea pun time lunch jea aku update.  InsyaAllah...:D

Kisah pertama untuk ahad minggu lepas bawak mak ayah aku pi Mydin Mitc.  Saje bawak jalan-jalan dan makan-makan. Modus operandi aku nak beli barang sebenarnya.  Aku nak beli frame untuk digantung.  Malam tue dah beli satu frame Ayat 4 Qul tapi tak puas hati nak tambah lagi.  Itu yang aku ajak mak ayah aku yang kebetulan mak ayah aku datang pagi tue.

Kami setelah selesai membeli barang.  Masa nie kami sudah berada di food court.  Ammar mintak disuap. 

Dalam plastik oren tuelah aku punya barang.  Nanti aku cerita erk.  Kalau aku rajin.

Aku makan mee sup.  Sedap supnya.

Mak dan ayah aku makan nasi.

Ini makanan untuk ayah aku.

Betul selera mak aku makan. :D Lepas dah settle makan kita orang balik.  Mak dan ayah aku pun balik rumah lepas solat zohor.  Bila mak ayah dah balik aku dan anak-anak terus tidur.  Masing-masing kekenyangan.

Sebelah petang pulak mil aku dan adik-adik ipar aku datang.  Mil aku dari kampung nak hantar dodol.  Aku dahlah tak masak hari tue.  So malam tue kita orang bawak dia orang makan kat luarlah.  Nak masak pun memang non ado barang.  Belum ada mood nak membeli barang basah dan mood nak memasak.

Asben aku tanya nak bawak makan mana?Tanya aku??Kalau tanya aku dah sah-sah aku akan jawab PIZZA HUT!!!Aku nie dahlah peminat tegar pizza.  Tanya aku pulak.  Mula-mula asben nak bawak makan KFC.  Aduhai asyik ayam jea.  Padahal kita orang baru jea makan pizza baru-baru nie.  Nak jugak makan pizza.  Tak kira sambil hentak-hentak kaki.  Hahaha..  Alah lagi pun mil aku dan adik ipar aku jarang makan kat pizza.  Kalau KFC tue selalulah.  Jomlah tengok gambar memandangkan aku sudah membebel terlampau banyak nie.

Kali nie order spageti bolognaise untuk ammar.  Ammar suka yang pedas-pedas.  Tapi tidakler aku bagi pedas sangat.  Kalau yang tak pedas tue dia tak nak.  Hari tue order carbonara dia tak makan pun.

Inilah pizza kami untuk malam tue.

Inilah keluarga aku.

Apa yang ammar pandang mama tue??:D

Aku suap ammar mushroom soup.  Gambar ini yang mengakhiri untuk entry kali nie.  Ammar suka dengan mushroom soup tapi kakak nana lagi suka.  Kalau order kena order satu untuk dia dan kadang aku punya pun dimakannya.  Tak kisahlah kan janji dia makan.  Dahlah jenis yang memilih makan macam sape??Oklah sekian untuk entry yang sudah lapuk dek hujan.  Hehehe...








                                                                                                                      

Monday, September 24, 2012

~Celebrate Amirah's Besday~

Hari sabtu lepas bersamaan 15 September 2012, sepupu aku ada buat makan-makan sempena besday anaknya aka anak buah aku iaitu Amirah tapi dia orang suruh mak aku masak laksa nyonya.  Mak long aku teringin nak makan laksa nyonya.  Jadinya mak aku masak kat rumah dan bawak ke rumah sepupu aku.  Oklah jom tengok gambar dan biarlah gambar yang menceritakan segalanya.

Menu utama adalah Laksa Nyonya.

Menu sampingan adalah KFC.
Dan juga kek.  Tapi kali nie kek kedai.  Aku tak sempat nak buat kek.

Photoshot from nana.

Posing jelah kejenya.

Bergambar beramai-ramai.

Sila potong kek itu!!!

Bergambar lagi.  Kek telah pun dipotong untuk diagih-agihkan kepada kami.

My cousin dengan ammar.  Apa kes pulak ammar nie.

Nie bertudung sebab nak amik gambar.  Bak kata anak buah aku nak masuk blog.  Tidakler kami nie bertudung di rumah.  Bertudung saji adalah.  Hehehe..

Oklah itulah cerita aku serba sedikit untuk besday amirah tue.  Anak buah aku yang paling rapat dan gile-gile seperti aku.  Aku tak gila dia sorang aje yang gila.  Jangan marah yea long. Nanti cepat tua. :D





                                                                                                                      

~Aktiviti Hari Ahad~

Entry nie kira freshlah erk sebab lambat sehari jea.  Ini kisah semalam.  Semalam aku tak ke mana-mana.  Just dok bergolek-golek di rumah memandangkan diri tak berapa sihat.  Tapi semalam aku dok berdua jea dengan ammar sebab kakak nana ikut papa.  Nanti aku tunjuk gambar ke mana kakak nana pergi.

Semalam dapatlah kemas-kemas rumah sikit agar rumah tidak menjadi seperti tongkang pecah.  Hehehe..So antara kerja rumah yang aku buat adalah seperti di dalam gambar.  Sempat lagi kan buat kerja dan amik gambar.  Hehehe.  Kata blogger.  Haruslah bergambar saje.  Kahhhhh..Sebenarnya tak terlintas pulak nak amik gambar sebab bukan menarik apa pun.  Tapi bila ammar berpeel sebegini yang aku meronta-ronta nak bergambar.

Semalam aku vacuum rumah.  Tapi ammar berperangai.  Kalau ada kakak dia tak takut sangat. 

Sudahnya dia berpaut jealah kat kaki aku.  Mak dia boleh pulak amik gambar dia.  Hehehe..

Inilah gaya ammar masa aku sedang vacuum.  Ini aku suruh lakon semula.  Hehehe.  Nak cakap kat mama dia bising kot.  Nak cakap tak reti so tunjuk signal lah.  Kalau kakak nana ada mesti dia kata "Adik, bila nak cakap nie?" :D

Di samping membuat kerja rumah aku sempat menyiapkan order opismate aku iaitu strawberry cheesetart.  Aku buat masa ammar tidur.  Kalau dia tak tidur memang berkepaulah dapur aku tue.  Habis dia keluarkan barang dalam laci kabinet.

Inilah hasilnya.  Request from my friend nak tulis nombor atas cheesetart ini.

Tadaaa...Buat lebih sikit untuk orang di rumah.  Kalau tak buat lebih mesti asben aku tanya. 

Nak yang bernombor sampai 37 sahaja.  So inilah nombor 37..  Itulah aktiviti untuk semalam.  Setelah seharian bertungkus-lumus malam tak mahu lelap dan mood berblog pun ada.  Maka terhasil beberapa entry untuk hari ini.  Entry dari pagi hingga ke saat ini adalah entry yang ditaip malam tadi.  Sekian...