Tuesday, May 22, 2012

~Hadiah Cabutan SSP BSN Sudah Sampai~

Hari tue saya cerita mengenai kemenangan saya dari Dutch Lady di SINI.  Tapi hadiahnya belum sampai ke tangan saya lagi.  Kali nie entry mengenai kemenangan asben untuk cabutan Sijil Simpanan Premium di BSN.  Kira menanglah kan.  Hikhikhik..Nak jugak cite pasal asben kang dia kata asyik cite pasal aku jea.  Jelesler tue.

Asben dapat cabutan daripada BSN untuk bulan Februari lepas.  Dapat cabutan tempat keempat dan hadiah MP4.  Oklah tue sebagai permulaan.  Dan dari sinilah jugak timbul minat aku nak masuk beberapa contest semula setelah sekian lama tidak menceburkan diri sebab asyik tak menang.  Kecewa dan putus asa sudah tapi timbul kembali semangat setelah asben dapat cabutan bertuah ini.  Walaupun hadiahnya kecil tapi ia sangat bermakna.  Tak sia-sialah asben buat sijil simpanan premium.

Inilah suratnya yang asben terima dua bulan lepas.  Dapat surat terus reply semula pada BSN.  Binilah yang tukang fakskan.

Jumaat lepas, kami terima bungkusan ini yang dialamatkan ke rumah mak aku.

Dan inilah rupa hadiah daripada BSN iaitu MP4.  Dah ke hulu ke hilir pulak asben aku tutup telinga.  Patut aku panggil tak dengor.  Rupanya dengar walkman freenya itu.  Sabajelah.

Note>>>Tak sabar nak tunggu hadiah IPad daripada Dutch Lady pulak.  Lambatnya nak sampai.  Di sebalik kemenangan ada juga kekalahan.  Nanti aku ceritakan hatrik kekalahan yang aku lalui.  Itu pun kalau ada masalah yea.






                                                                                                                     



3 comments:

IdaShazana said...

pernah dapat seratus dr SSP. punya la gembira
wow...menang ipad

adianiez AIDA said...

tahniah apen :)
and tahniah fida for d ipad2. aida tak send pun dutch lady punyer contest. time tu badan tak sihat tahap maksima. so, memang diketepikan :)

Anonymous said...

kak.. boleh x buang bunga2 yang jatuh tu.. sebab bila baca macam menggangu jer.. x syok nak membaca. sekian terima kasih