Thursday, October 29, 2015

Hari Yang Terlewat

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Baru dapat menyandar. Kerja pejabat memang tak akan pernah habis. Makanya bersambunglah esok. Balik rumah nanti sambung kerja rumah pula. Selagi tak tutup mata, kerja, kerja dan kerja.

Pagi ini aku terlajak. Entahlah jam aku kunci tapi tak dengar pula pagi tadi. Yang aku tersedar jam 4.30 kemudian aku sambung tidur. Cadang nak bangun untuk iron baju tapi letih kenduri hari tu belum hilang lagi agaknya. Badan sakit-sakit ni. Perlu diurut-urut.

Tersedar lagi sepuluh minit mahu ke 6.30 pagi. apa lagi berdesup aku bangun dan menuju ke bilik air. Sebelum tu aku dah kejutkan si Adriana. Adoi masa ni yang dia liat nak bangun. Ya ampun. Aku memang dah kalut dengan baju yang belum bergosok. Usai solat Subuh aku terus gosok baju kerja. Ala kadar je. Kalau gosok lambat-lambat memang lewatlah si Adriana tiba di sekolah. Jam 7.oo pagi bergegas keluar rumah. Gaya memandu pun hari ini memang bukan seperti hari biasa. Dah lambat kan memang tak adalah istilah memandu secara berhemah.

Jam 7.20 pagi baru tiba di perkarangan sekoalh Adriana. Bergegas masuk ke dalam menuju ke dewan. Aku tinggalkan sekolah sebaik sahaja kelibat Adriana hilang daripada pandangan mata.  Begitulah. Sesekali ada masanya yang kita tersasar daripada landasan kehidupan. Jangan terus hanyut. Cepat-cepatlah sedar agar diri tidak kecundang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Wednesday, October 28, 2015

Hasil DIY Photo Booth

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam semua. Anak-anak sudah disuruh masuk tidur. Suruh dia orang tidur aku kena ada dalam bilik dia orang. Janganlah maknya berangan nak buat kerja lain selagi dia orang tak tidur. Anak-anak mak kan, tidur nak tengok muka mak, nak bau mak. Jadi maknya kenalah layan dulu. Kalau tak kerjanya ke hulu ke hilir mengikut aku. Lebih-lebih lagi si Ammar.

Baiklah, berbalik kepada tajuk sebelum mukadimahnya menjadi lebih panjang berjela-jela. Majlis perkahwinan adik ipar sudah pun selesai. Seperti yang sedia maklum untuk majlis tersebut aku dan biras telah merancang mahu adakan sudut photo booth dengan candy dessert buffet.

Jadi entri ini aku kongsikan dulu sudut photo booth ilham daripada aku dan juga biras. Berbulan juga kami prepare untuk merealisasikan photo booth ini. Maklumlah masa zaman kita orang belum ada photo booth bagai ni.

Sabtu malam ahad tu kami berdua struggle menyiapkan photo booth. Masa awalan anak-anak belum tidur memang agak huru-hara sikit. Maknya jadi tarzan tu memang biasalah kan. Macam gambar atas ni aku suruh tepi nak amik gambar ada dia kisah.

Permulaan untuk setup photo booth ni. Kami bersengkang mata hingga jam 4.00 pagi.

Jadi inilah hasil photo booth dan guest corner yang kami hasilkan.

Bubble talk yang biras aku buat.

Sudut untuk tetamu. Ada buku tetamu untuk para tetamu menitipkan kata-kata ucapan buat pengantin.

Inilah hasil sepenuhnya. Puas hati dapat buat sendiri. Saje suka-suka untuk diri sendiri. Memang menyeronokkan. Tunggu projek seterusnya sesiapa pula yang nak kawin bolehlah buat lagi. Itu sahaja dulu untuk entri malam ini. Nanti tunggu entri untuk candy dessert buffet pula. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Tuesday, October 27, 2015

Majlis Sudah Selesai

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Baru selesai menjamu selera sepinggan maggi goreng. Hari ini baru naik kerja memandangkan semalam bercuti. Alhamdulillah majlis perkahwinan adik ipar sudah selesai. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa ketika keadaan di luar kawalan.

Semalam, aku dan suami bercuti. Anak-anak dihantar ke sekolah memandangkan Adriana masih lagi dalam peperiksaan akhir tahun. Malam isnin tu selepas mengemas apa yang patut di rumah mertua kami pun pulang ke rumah. Mengangkut barang-barang yang aku bawa dari rumah. Banyak jugak barang. Kami sampai kena bawa dua kereta sebab tak muat nak isi barang-barang. Itu pun ada sebahagian barang sudah dibawa adik ipar.

Jadi semalam aku dan asben dapatlah bersantai-santai. Selepas asben hantar anak-anak ke sekolah kami pergi sarapan pula.

Selepas sarapan ke dobi pula. Baju-bajan banyak dah tak terlarat nak menyidai. Keringkan terus kat dobi. Selepas urusan di dobi kami ke Family Store pergi beli barang dapur.

Selepas selesai urusan membeli barang dapur, suami ajak makan dan kami makan di Old Town. Kemudian ke kedai MR DIY asben beli barang. Balik rumah kemas barang-barang dapur kemudian agih-agihkan goodies yang orang kirim. COD puding sedut, jemput anak-anak, hantar goodies pada kakak sepupu, hantar karpet rumpu yang aku sewa dan akhir sekali hantar meja pula.

Akhir sekali adalah misi mengemas barang-barang DIY aku. Segala barang mak nenek yang aku guna untuk deko photo booth dan candy booth. Kena simpan elok-elok nanti boleh digunakan lagi. Manalah tahu nak buat birthday party ke. Tahun depan anak buah aku pun nak berkahwin. Banyak kegunaannya nanti. Jadi itulah kisah untuk semalam. Nanti aku kongsikan pasal majlis dan juga booth yang diilhamkan oleh aku dan biras aku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Thursday, October 22, 2015

DIY Candy Dan Photo Booth

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Ketiadaan mood untuk menulis memandangkan badan tidak sihat. Tekak sakit, selsema dan rasa macam mahu demam. Namun harus dikuatkan tubuh ini demi majlis yang akan berlangsung hujung minggu ini. Jadi harus ditepis-tepislah sakit yang mahu menyerang walaupun terasa keadaan diri yang mahu baring je. Bila terfikirkan kerja-kerja yang belum beres bersengkang mata jugalah.

Untuk majlis perkahwinan adik ipar, aku dan biras sudah merancang untuk candy booth dan photo booth. Jadi persiapannya sudah dirancang beberapa bulan yang lepas. Sikit-sikit buat dari beberapa bulan yang lepas, itu pun ada juga yang belum selesai.

Jom tengok beberapa projek DIY yang telah aku siapkan sendiri. Mereka bentuk, dan akan digunakan untuk menghias pada candy booth dan photo booth kami nanti. Entah apalah rupanya.

Frame yang sudah diletakkan kertas print yang aku reka sendiri. Basikal kecil itu dan bekas putih tu aku beli di kedai menjual barangan pengantin.

Rumput-rumput tu beli di Daiso dan ada pinjam daripada adik ipar aku. Huruf kayu yang putih tu aku beli dari penjual online di IG.

Ini pun salah satu yang akan digunakan sebagai deko.

Bunga kipas ni aku gigih melipat sendiri. Senget begot dibuatnya.

Ini pula bekas aku pinjam dari mak aku.

Sama juga dengan pinggan putih ni. Ini mahu diletakkan makanan atas meja candy booth nanti. Buat masa ini itu shaaja yang dapat dikongsikan di sini. Akan dikongsikan lagi bila majlisnya selesai. Sekian dan wassalam.

Salam pena,







Tuesday, October 20, 2015

Titipan Pagi Ini

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Semalam aku bercuti sebab tidak sihat. Kebetulan anak-anak pun tidak sekolah makanya aku juga nekad untuk bercuti dan berehat di rumah bersama mereka. Walaupun tiada istilah rehat bila bersama mereka namun itu lebih membahagiakan.

Sekolah cuti dua hari ini maka aku juga cuti dari melakukan pekerjaan hakiki menghantar anak ke sekolah. Sejak semalam jerebu kembali dan masih boleh pergi sepenuhnya. Jadinya kami hanya berehat di dalam rumah. Tidak ke mana-mana. Itu sahaja yang boleh dilakukan buat masa ini.

Tekak pun sudah kembali pedih. Ikutkan sejak jumaat sudah terasa tidak sedap badan tetapi bila jerebu kembali semakin perit tekak ini. Jadinya aku cuba minum air putih sebanyak mungkin bagi mengelakkan semakin teruk. Sudahlah minggu ini kenduri kahwin adik ipar bakal berlangsung. Jadi harus dijaga badan ini sebaik mungkin kerana banyak kerja yang menunggu. Mana mahu baking cheesetart, mana mahu buat cookies lagi. Macam-macam kerjaan. Begitulah kisahnya. Jaga kesihatan ye semua! Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Monday, October 19, 2015

Bila Tiada Mood

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Pernah rasa bila tak ada mood? Dari pagi hingga sudah menjelang ke petang hari mood yang dicari masih tidak kunjung tiba. Rosak semuanya. Bila mood tiada satu kerja pun tidak akan menjadi. Bila kita buat kerja pun seolah-olah memaksa diri kita dan sudahnya hasil yang diperolehi tidak seperti yang kita harapkan.

Kadang-kala persekitaran juga menyebabkan mood kita terumbang-ambing. Kadang dengan kata-kata seseorang juga boleh menyebabkan mood kita diragut pergi. Jadi sentiasalah menjaga setiap kata-kata supaya tidak menyebabkan orang lain kehilangan mood disebabkan kita.

Jadi hari ini adalah hari tiada mood. Kerja banyak tapi semangat tiada menyebabkan kerja yang ada aku biarkan begitu saja tanpa diusik dan ditengok. Memang tidak suka bila ada berperasaan begini. Semua kerja tidak menjadi!

Salam pena,



Sunday, October 18, 2015

Majlis Ramah Mesra Masyarakat Bawean

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam semua. Kembali dengan entri lain untuk program pagi tadi yang aku sertai bersama anak-anak. Esok dimaklumkan bahawa sekolah di Melaka juga ditutup kerana masalah jerebu. Masih belum pergi masalah jerebu ini. Susah hati sebab lusa si Adriana sudah mula peperiksaan akhir tahunnya.

Berbalik kepada tajuk di atas, pagi tadi aku bersama anak-anak menghadiri Majlis Ramah Mesra Masyarakat Bawean yang dianjurkan oleh masyarakat Bawean di Melaka. Ramah mesra antara masyarakat Bawean Melaka dan Bawean Perak. Minggu lepas lagi aku sudah terima surat jemputannya. Jadi memang sudah merancang mahu menghadiri majlis ini tadi.

Jadi tadi jam 8.00 pagi aku sudah bersiap bersama anak-anak. Asben pula tidak dapat serta kerana hari ini dia akan menghadiri kursus di Kuala Lumpur.

Majlis diadakan di Balairaya Rumah Awam Bukit Beruang. Dekat saja dari rumah aku. Bukit Katil ke Bukit Beruang hanya beberapa minit saja.

Sampai je kami daftar dulu. Tulis kehadiran dan isi nama untuk cabutan bertuah.

Kemudian aku diberikan agenda untuk majlis.

Kami ke khemah dulu sebab mak-mak kita orang ada duduk di bawah khemah.

Ini menu sarapan pagi tadi.

Kemudian acara pertandingan mewarna bermula.

Aku bawa budak bertiga ni untuk serta sekali pertandingan mewarna.

Kakak sepupu aku pun bawa anaknya.

Di luar pula sesi senamam aerobik sedang berlangsung. Pada awalnya mahu juga bersenam aerobik tetapi niat itu terpaksa dilupakan.

Ada juga booth menjual barang.

Ini hadiah-hadiah cabutan bertuah.

Ini adalah VIP. Sementara mahu menunggu acara tamat dan juga ketibaan masyarakat Bawean Negeri Perak.

Usai bersenam aerobik, sukan pun bermula. Aku hanya memerhatikan aje.

Di sinilah port kami bersantai bersama anak-anak sambil melihat mereka bersukan.

Bila anak-anak sudah boring bawa mereka ke taman permainan.

Selesai semua acara semua kembali ke khemah. Tidak lama kemudian, sebuah bas yang membawa masyarakat Bawean Perak pun tiba. Waktu itu lebih kurang jam 10.30 pagi.

Inilah rombongan masyarakat Bawean Perak.

Kemudian semua berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

Ucapan daripada Presiden Persatuan Bawean Negeri Melaka iaitu Tn. Hj Hahi bin Salleh.

Kemudian ucapan seterusnya oleh Penaung Persatuan Bawean Negeri Melaka iaitu YBhg. Datuk Hj. Hamzah bin Hj. Bajuri.

Kemudian diumumkan keputusan peraduan mewarna dan Adriana dapat tempat pertama. Seronok dia!

Kami dengan hadiah masing-masing. Bekas air yang warna-warni tu aku punya dapat cabutan bertuah. Kotak yang aku pegang adik aku punya hadiah cabutan bertuah. Ammar berpeel gitu sebab merajuk kakak dia dapat hadiah tapi dia tak dapat. Hehehe..

Tiga generasi.

Nana bersama Obek Ina.

Kemudian kami dijemput makan sebelum bersurai. Menunya menyelerakan.

Ketupat bersama rendang daging dan sambal ikan bilis. Roti boyan wajib adalah kan.

Masing-masing sedang menikmati makanan.

Sebelum pulang kena bergambar dulu bersama sepupu. Muka masing-masing kepenatan. Ini penat menjaga anak-anak aje. Kalau bersenam tadi entah apalah rupa masing-masing.

Bergambar beramai-ramai antara masyarakat Bawean Melaka dan Perak. Aku tak bergambar pun sebab sibuk nak balik. Mana nak melayan anak-anak lagi. Sambil nak balik sempatlah aku amik gambar dia orang ni.

Akhir kata, inilah orang-orang kuat yang menjayakan majlis untuk pagi tadi. Secara jujurnya, majlis tadi memang meriah bagi aku yang baru pertama kali menyertainya. Seronok dapat berkumpul bersama sanak-saudara. Sekurang-kurangnya adalah juga aktiviti pada hujung minggu. Kalau diberi peluang jika diadakan lagi majlis seperti ini insyaAllah, akan aku sertainya lagi. Begitulah entri yang sedikit panjang untuk malam ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,