Friday, December 13, 2019

Berbowling Bersama Warga JKM Melaka

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat pagi. Salam jumaat. Kembali bersiaran di laman blog ini setelah berapa lama tidak menitipkan sesuatu di sini. Rindu, rindu dan rindu. Biasalah bila ada ruang lain yang boleh aku tulis makanya ruang ini agak ketinggalan.

Baiklah nak cerita tempoh hari masa balik ke Melaka selama tiga hari. Masa mula cuti sekolah. Kawan-kawan di JKM ajak main bowling tengah hari jumaat. Mereka kan kerja. Rehatnya panjang. Jadi masa itu pun aku tak ada aktiviti, aku pun setujulah untuk turut serta. Dapatlah menghilangkan rindu walau untuk dua jam.

Marilah tengok gambar-gambar kami yang sempat dirakam pada hari itu. Bolehlah nanti buat kenangan di masa akan datang.

Aku sudah tukar kasut.

Permainan sudah dimulakan. Ada beberapa grup.

Inilah semuanya pada hari itu.

Ini grup yang lain.

Bukan main riuhnya kami masa itu.

Kami bertiga satu grup.

Kalau bertiga memang kerjanya asyik bergambar.

Inilah para wanita Bahagian Khidmat Pengurusan JKMN Melaka. Aku pernah menjadi sebahagian daripada mereka. Rindu oi.

Terimalah hakikat kini sudah tiada. Mujurlah mereka masih sudi mengajak aku.

Kami berdua ex JKM. Aku sudah ke Jabatan Pembangunan Kemahiran. Dia sudah ke Jabatan Akauntan.

Satu kali berswafoto.

Geng bibir yang tak cukup korum. Inilah geng yang rapat suatu ketika dulu di JKM. Geng makan, geng lipstik, geng potluck, geng karok dan macam-macamlah.

Sekali lagi bergambar.

Dan akhir sekali, aku hantar mereka pulang ke ofis. Singgah makan cendol di kafe bawah bangunan Kota Cemerlang. Tempat inilah yang selalu kami makan pagi atau tengah hari kalau tak keluar mengukur jalan.

Itu sahaja coretan untuk hari itu. Hampir sebulan ceritanya tapi barulah sempat menulisnya di sini. Semoga ukhwah ini tetap terjalin.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Saturday, December 7, 2019

Berhujung Minggu di Bumi JB

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Hai semua.

Minggu ini kami empat beranak bergentayangan di bumi JB. Tidak balik ke Melaka. InsyaAllah dalam 11 hari lagi kami akan pulang. Menghitung detik. Menghitung hari. Kalau dikira memang mereput menunggu.

Biasalah. Benda kalau ditunggu memang lambat. Baiklah, jangan kira. Mak pesan, "Along jangan kira nanti lagi lambat."

Masalahnya, tangan gatal juga nak membelek kalendar. Macamkan sudah tak ada aktiviti lain selain membelek kalendar. Walau sibuk macam mana pun kalendar tetap dicari. Begitulah aku sejak duduk di perantauan ini.

Hari khamis malam jumaat, lepas Isyak kami keluar. Maklumlah jumaat cuti. Jadi malamnya memang tak duduk rumahlah. Suami ajak ke Sogo. Sebenarnya nak ke tempat lain tapi sudahnya ke tempat lain.

Aku berposing dengan pokok krismas.

Budak-budak berdua ini pun nak jugak.

Gambar aku lagi.

Macam biasalah, tempat ini mesti nak masuk kalau ke shopping mall tapi aku sedang menahan diri daripada membeli buku. Harap bertahan.

Ini pula cerita jumaat. Sebelah pagi suami ada hal dengan kawan-kawannya. Jadi aku dan anak-anak melepak di rumah saja. Maka terhasil nasi lemak sebab aku mengidam bila mak beritahu dia masak nasi lemak khamis hari itu.

Sebelah petang kami ke AEON Tebrau pula. Begitulah kalau tak balik ke Melaka. Mengukur jalan aje kami empat beranak.

Masuk lagi kedai buku. Alhamdulillah masih berjaya mengawal nafsu. Oh ya, novel Hingga Nafas Yang Terakhir itu adalah novel kawan aku.

Sebelum balik kita orang singgah makan di kedai mamak. Macam biasalah. Lagi pun nasi lemak yang aku masak sudah habis.

Dan hari sabtu, kami tidak ke mana. Aku memang malas nak keluar. Sesekali mahu bersantai di rumah. Susun-susun baju, susun-susun buku. Lepas masak aku melepak membaca buku. Buku travelog ke bumi India. Menarik tau. Menu hari ini adalah kari ayam, sambal ikan bilis dan telur dadar. Begitulah hinggu minggu di bumi JB.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim