Monday, December 10, 2012

~Layan Terlanjur Cinta dan Adam Hawa~

Salam semua dan selamat malam..

Malam nie layan drama-drama ini.  Seperti biasa selepas makan malam aku dan anak-anak akan melepak, berbaring dan berkuak di depan tv.  Hari ini 1st day asben aku start keje malam.  So pandai-pandailah aku menguruskan anak-anak dan menguruskan diri sendiri.  Hehehe..

Apa-apa pun untuk mengembirakan hati dan menceriakan diri marilah kita menonton drama-drama ini.  Aku jea yang suka tonton.  Korang tengok tak drama-drama nie?Kalau drama Adam dan Hawa aku rasa memang ramai yang tengok.  Drama Terlanjur Cinta nie pun aku tak tengok kat tv episod-episod lepas.  Hari tue tengok kat internet dan seperti biasa aku pulak yang terlanjur cinta dengan drama ini.  Hahahaha..

Drama Terlanjur Cinta nie, ramai pelakonnya yang berlakon Dejavu Di Kinabalu.  Haruslah aku tengok sebab heronya adalah Aqasha.  Antara hero lelaki yang aku suka tengok dia berlakon selain si AA.  Sejak bile pulak aku aku minat kat AA?

Sejak tengok dia berlakon drama Adam & Hawalah.  Memang sweet sangat.  Sudah..jangan nak lebih-lebih.  Kang menyampah orang baca nak-nak kalau orang yang tak suka tengok drama nie.  Macam biasalah di sebalik ramai yang menyukai drama nie ada jugak yang mengkritiknya.  Oklah apa yang penting aku tetap menyokong drama ini sebab aku sudah membaca novelnya.  Dah-dah, mari kita tonton drama-drama ini malam nie.  Layannnnn..

Nota kaki>>>Entry ini tidak bermotif.  Saje suka-suka..





                                                                                                                       

2 comments:

LYAfrina said...

lya pon x miss tgk adamhawa...
tp terlanjur cinta x pnh tgk..tv brape ye??

Fyda Adim said...

lyafrina>>>best kan adamhawa.terlanjur cinta kat tv9.best gak drama tue