Pages

Friday, September 30, 2011

~Homemade Puree For Ammar~

Salam Mommies dan Bloggers....

Hari nie hari jumaat.  Seronok kan??Aku suka hari jumaat sebab weekend boleh berehat-rehat di rumah bersama anak-anak.  Kali ini saje nak share pasal solid food untuk Ammar.  Ammar dah mula makan.  Sekarang ammar pun dah masuk 7 bulan. 

Aku suka bila tengok ammar makan bila aku suap.  Risau gak masa mula-mula nak bagi dia makan.  Yelah, bukan apa takut dia jadi macam kakak dia yang tak nak makan dan susah nak makan.  ikut perangai mamalah sebab aku nie memilih makan gak.  Jadi, bila jadi kat anak macam peel mamanya, haruslah mamanya susah hati kan.  Macam tuelah mak aku susah hati kan aku masa dolu-dolu.

Kali nie aku cuba bagi ammar makan yang homemade oleh mamanya jea.  Lebih terjamin buat anak kita bukan.  Tanpa bahan pengawet dan perisa tambahan. :-)

Oklah, di sini aku tunjukkan homemade puree untuk si kecilku, ammar.  Aku buatkan puri lobak untuk ammar.  Cara-caranya amat mudah dan lebih menjimatkan masa.  Beginilah cara untuk membuat puri.  Aku pun belajar dari internet jugak.

Langkah pertama untuk membuat puri lobak, mula-mula buang kulit dan potong lobak yang hendak dijadikan puri.  Kemudian, rebus sehingga agak lembut. Tunggu sejuk seketika dan kemudian blend lobak tadi beserta air rebusannya di dalam pengisar sehingga halus.

Lobak yang sedang direbus.  Minimumkan penggunaan kuantiti air.

Selepas lobak agak-agak lembut, sejukkan sebentar.  Kemudian bolehlah di blend gunakan air rebusan tadi.

Kita blend sampai halus yea..

Sudah blend kita letakkan dalam ice tray ang bertutup.  Yang untuk dimakan kita asingkanlah.  Lebihnya kita letak di dalam ice tray untuk digunakan keesokkan harinya.  Gamabar sebelum puri dibekukan terlupa nak ambil.  Dah kuarkan baru teringat.  Jadinya tunjuk bekas kosong jealah.;-)


Puri lobak yang telah dibekukan dipindahkan ke dalam bekas lain sebab ice tray itu bolehlah digunakan untuk membuat puri yang lain.  Yang sebelah itu puri kentang.  Tiba-tiba pulak ada puri kentang.  Hehehe.  Puri ini boleh dimasukkan ketika memasak bubur atau boleh dipanaskan dan diberi begitu sahaja kepada bayi anda.

Makanan bayi beku sangatlah praktikal buat ibu-ibu yang bekerjaya. Memandangkan aku jugak seorang yang bekerja jadi aku kenalah membuat frozen food untuk Ammar.  Cuma luangkan 1 jam waktu hujung minggu anda, untuk menyediakan makanan beku bayi yang kemudiannya dimasukkan ke dalam bubur nasi bayi setiap pagi sebelum ke pejabat. Sudah tentulah makanan itu lebih segar daripada kita beli yang instant bukan?  Yang segar adalah lebih baik untuk si kecil anda.  Setiap orang mahu lakukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Apa-apa pun selamat mencuba untuk ibu-ibu yang bekerja seperti saya...poyos jea..hehehe

Thursday, September 29, 2011

~Dapur Pilihanku~

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...

Kalau semalam aku ceritakan pasal dapur idaman yang diimpikan oleh setiap wanita, hari ini aku nak cerita pasal dapur pilihanku sendiri.  Secara tidak langsung menjadi dapur idaman buat diriku sendiri.  Bukanlah utuk menayang atau menunjuk.  Sekadar berkongsi.  Dapur pun hanyalah sekangkang kera jea.  Tidak ada yang nak dibanggakan pun.  Walaupun dapurku hanyalah sekangkang kera cukuplah buat diriku dan asben.  Masih muat untuk aku memasak di dapur.  hehehe...

Sudah 5 bulan aku duduk rumah baru.  Baru nielah berkesempatan nak cerita pasal kabinet dapur ku.  Inilah kabinet dapurku.  Tema merah+hitam.  Kenalah cari warna yang gelap-gelap memandangkan aku nie kadang ada penyakit 'M' yang bertenggek kat aku.  Simple jea dapur aku nie tapi aku sukalah dengan pilihan dan rekabentuk kontraktor nie.  Masih menepati citarasa akulah.

Inilah ruang dapurku setelah dibuat kabinet.

Suasana meriah amat penting untuk meningkatkan sifat rajinku dalam memasak.  Kahhhhhh

Ruang agak terhad.

Ini tempat untuk meletak botol-botol.

Tempat letak pinggan mangkuk.

Abaikan keserabutan dalam gambar ini. :-) Pinggan mankuk belum tersusun waktu nie.  Aci tak alasan nie?So, inilah kabinet dapurku.  Di sinilah tempatku berpenat lelah bersilat menyediakan juadah untuk kami sekeluarga di samping mencuba resipi-resipi baru.  Itu pun kalau tengah datang aura rajin.  Kalau dapur cantik dan kemas kita pun ada semangat sikitlah nak memasak kan.  Betul tak?

Oklah sekian dulu cerita kisah dapurku. 

Alfidah Adim
apen-idariana.blogspot.com

~Suami Mithali~



1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. 
Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. 
Ramai suami terlupa mengenai hal ini. 

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. 
Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. 
Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. 
Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. 
Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. 
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. 

Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. 
Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. 

Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri.

Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. 

Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. 

Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan.  Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. 

Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah.

Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. 

Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. 

Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. 

Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.  Elakkan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. 

Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.  Ramai suami yang kedekut dan berkira.  Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. 

Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri.  Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan 

memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. 

Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. 
Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. 

Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.  Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. 

Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. 
Suami yang tidak cemburu adalah dayus. 
Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. 
Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. 

Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.  Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. 

Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar.  Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. 

Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. 
Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. 

Ini adalah tertib memberi khidmat. 
Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. 
Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. 

Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. 
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. 
Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. 

Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, 
tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. 

Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. 
Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. 
Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. 

Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.
Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. 

Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, 
dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. 

Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. 
Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

~Lawak Yang Sopan Di Pagi Hari~



Salam semua...

Pagi nie dimulakan entry dengan lawak yea untuk menghilangkan mengantuks.  Bolehlah gelak guling-guling.  Kahhh. Kahhh.  Kahhh.  Jom kita baca lawak sopan di pagi hari Khamis ini.  Oh yea baca lawak yang sopan jadinya kena gelak sopan jugak yea.  Hehehe..

1. KERJA RUMAH

Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.

GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?
ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah
GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?
ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.

2. IKUT JIRAN SEBELAH
isteri: bang,sejuk hati saya tengok
suami jiran sebelah rumah kita.
suami: ape halnya sampai awak sejuk?!
isteri: yela,tiap2 hari suami die balik keje mesti bagi bunga,kiss dan coklat.
suami: habis tu kenapa?
isteri: kenapa abang tak buat
macam tu….?
suami: hish!!gila ker awak nie!!!??
mane saya kenal dia!!!!
isteri : *&#$%^&*%**%

3. TAK BERANI CURI

Di zoo, sorang pekerja dimarah ketuanya.
Ketua: Apsal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul.
Pekerja: Tak perlu risau, boss, mana ada orang berani nak curi singa ni.

4.  PECAT
Majikan : Kamu di pecat!
Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat…


5. ATOK SIAPA LEBIH KUAT
Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

Eman : “Datuk aku kuat…. Kalau bertanding silat, tak pernah kalah.”
Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk.”
Eman : “Datuk kau kuat tak, Emin?”
Emin : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.”
Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau.”


6.  PUNCA KEMATIAN
Dam!! Pintu pejabat sebuah hopital dihempas. Seorang doktor muda kelam kabut masuk, menggelabah puyuh, jumpa doktor senior.

Doktor Senior : Kenapa ni?
Doktor muda : (Termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit.. Habislah.. Matilah saya..
Doktor Senior : Silap macam mana pulak?
Doktor muda : Saya tersain nama saya kat punca kematian..


7. 3 BULAN LAGI
Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.
Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?
Dol : Setuju, bos..
Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?
Dol : 3 bulan lagi, bos..


8.  SEDARA KITA
Pada suatu petang, seorang ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta.Dlm perjalanan, si ibu membunyikan hon.
Anak :Naper ibu bunyikan hon & sape org tu?
Ibu :Tu sedara kite,kenalah hormat.
Dlm perjalanan seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak :Tu pun sedara kite ke???

Motif entry??Untuk menghiburkan diri sendiri jea...
Lalalalalala

Wednesday, September 28, 2011

~Dapur Impian~

Salam semua...

Dapur impian??Setiap wanita mesti mengimpikan dapur yang cantik lagi menawan.  Betul kan? Mesti masing-masing punya idea yang sendiri dalam mendapatkan dapur impian. Dapur dan wanita memang tidak dapat dipisahkan.  Di situlah tempat mereka untuk memasak.

Pelbagai jenis design kabinet sekarang yang ada.  Memang cantik-cantik belaka.  Kalau punya modal yang besar bolehlah deko dapur dengan gaya yang mewah dan elegan.  Kalau punya modal yang sedikit haruslah ikut budget yang ada bukan.  Janji kita puas hati dan kita seronok memasak ketika berada di dapur.

Oklah jom kita tengok beberapa reka bentuk dapur yang menarik dan menjadi impian kaum wanita termasuklah aku.

Inilah ruang dapur aku sebelum dimasukkan kabinet dapur.  Ruang dapur ku yang kecil dan sangat terhad ruangnya.

Di bawah adalah contoh-contoh dapur yang sangat cantik dan menarik kaum wanita sekalian alam.. ;-)  Jom tengok manalah tahu ada yang berkenan di hati pada sesiapa yang bakal berpindah ke rumah baru.




Sangat menarik kan?Korang pun mesti ada dapur idaman jugakkan.  Yang mana pilihan korang??Tapi aku punya dapur idamanku sendiri.  Aku suka dengan apa yang ada sekarang walaupun dapurku hanyalah sekangkang kera saje.  Cerita dapurku sendiri akan menyusul nanti yea. 

Sekian..

Alfidah Adim
apen-idariana.blogspot.com

~Cinta ALLAH Cinta ABADI~



Kadang-kadang kita berdoa utk kuat tapi kenapa byk dugaan,
kadang-kadang kita minta cerdik tp masalah pula yang timbul,
kadang-kadang kita minta bahagia tapi hura-hara pula dtg...
Dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru-hara menjadikan kita tabah...
Hebat kan Allah...semua ada hikmah...

Kalaulah manusia tahu hadis ini:

"Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya) -Diriwayatkan oleh Anas bin Malik

Renung2kanlah...
Ya Allah... hanya pada Mu tempat ku mengadu & memohon, kurniakanlah kepada ku ketenangan hati & perkhabaran gembira...

Aamiin...

Alfidah Adim
apen-idariana.blogspot.com

~Pulang Ke Melaka~


Salam...

Oklah nie last entry untuk trip ke Kelantan.  Perjalanan yang sangat jauh maka entry pun berjelar-jelar panjangnya.  Kalau aku boring menaip pembaca udah tentu-tentu boring dan bohsan membaca entry nie.  Tapi oleh sebab udah ada gambar dan sudah diupload maka haruslah di postkan jugak entry nie. 

Jadi para pembaca haruslah menahan rasa bohsan yea ketika membaca.  Aku tak nak membebel begitu panjang.  Just see the picture hokey....

Lepas kenduri kami terus balik ke Melaka.  Terpaksa meninggalkan majlis awal sebab kami nak singgah di Pasar Payang Terengganu...

Jom tengok beberapa keping gambar yang telah diambil sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Melaka...

Meneruskan perjalanan kami ke Terengganu...

Yeaaaahhhhh sudah sampai..Menuju ke Pasar Payang

Ammar pun sudah bangun dari tidurnya.


Sempat pulak jumpa kawan sekolah aku kat sini.

Beristirehat selepas membeli-belah di Pasar Payang

Kami bergambar di sini aje..Masing-masing kepenatan.

Pic yang diambil oleh my bro
Suasana di dalam Pasar Payang
Otw ke kereta di parking
Sempat melambai-lambai yea...
Adriana dengan atok..
Mak dan ayahku...
Berhenti rehat dekat stesen pminyak petronas..Dah tengah malam. 
Tak tahulah stesen kat mana..
Berhenti lagi untuk mengisi minyak..
Alhamdulillah.  Kami selamat sampai di rumah jam 3.40 pagi (ahad).  Masing-masing turun kereta kuarkan barang yang patut jea.  Barang-barang nie dipunggah di siang hari.  Semua terus tidur.  Memang kepenatan.  Family aku tidur kat rumah aku dulu esok siang baru balik...

Sekian, akhirnya selesai jugak aku bercerita perihal perjalanan kami ke Kelantan sehinggalah pulang ke Melaka.

Monday, September 26, 2011

~Last Day Di Kelantan~

Salam pada semua.

Hari ini hari isnin.  Hari isnin adalah hari lemauku, hari mood ke laut, hari mood ke gunung daik bercabang dua bla bla bla.  Ops..ayat tak boleh blah.  Sangat-sangat mengantuk.  Rasanya dah berpuluh kali aku menguap.  Kalau disorong bantal mahu lelap dan dibuai mimpi yang indah-indah. :-)

Oklah, kugagahkan diriku jugak untuk menaip di sini untuk menceritakan kisah aku dan family di Kelantan.  Hari terakhir kami di sana.  Lepas nie 4 tahun lagi insyallah barulah sampai kalau ada sesiapa nak kawin lagi.

Pagi sabtu tue (17 sept) kami semua dah siap awal-awal.  Memang cadang nak check out awal sebab kami nak singah Pasar Payang di Terengganu pulak.  Siap packing semua tunggu di bawah yea...

Jom tengok gambar lagi..(jangan bosan kepada para pembaca)

Semua telah menanti nak check out
Sebelum check out kita bergambar dulu yea.  Penat jea bawak mr tripod kalau tak bergambar beramai-ramai..
My small family.
Ammar dan bibiknya..Pipi ammar merah macam pakai blusher jea.
My parents...
Aku dan asben di kaunter menguruskan untuk check out.
My adiks..adik ipar adik jugak kan??
Kami tiba di rumah mak cik.  Masa tue semua relax-relax jea.  Kalau kat tempat kita orang udah kelam kabut.  Majlis buat di dewan.  Kat dewan pun non ado orang/tetamu.
Jurugambar kami adalah si kecik adriana..Nasib cantik gambar mama kamu ambil yea nak...:-)
Adriana dan moyang sedaranya..
Nie gambar baru adik aku yang ambil..
Kami bergambar bersama nenek sedara aku.
Setibanya kami di dewan.  Masih lenggang.  Macam ini majlis perkahwinan di sana kot. Mak dan mak cik ku yang dari Melaka jugak.
Kita orang duduk dulu.
Termenung ke apa ke budak sorang nie???Pose tak menahan.
Dalam susana yang panas nie pun si boy nie boleh tidur.  Mengantuk bangun awal pagi.
Pengantin tiba pukul 12 rasanya.  Aku tak perasan jam berapa pengantin tiba.
Si model kipas...
Pihak orang sebelah, ramai gak..
Pengantin diarak menuju ke pelamin.
Bersanding di atas pelamin.
Papa dukung ammar sementara mama pi makan dengan kakak.
Bergilir-gilirlah orang menjaga si kecik nie.
Sebelum kami bergerak pulang, haruslah bergambar bersama-sama pengantin yea. 
Kemudian kami pulang menuju ke Kuala Terengganu untuk singgah di Pasar Payang.  aku tanya kawan aku pasar tutup pukul 6 petang.   Jadi kena sampai awal di sana yea.  takut tak sempat nak membeli belah apa yang patut.

Sekian...