Pages

Wednesday, November 30, 2011

~Kindergarden Harapan Setiakawan~


Tahun depan adriana sudah pun 4 tahun.  Tak lama lagi dah pun.  Bulan Januari nie genaplah usia adriana 4 tahun.  Insyallah, tahun depan jugak adriana akan ke tadika.  Aku dan asben sudah decide untuk menghantar adriana ke tadika.  Biarlah dia boleh berkawan, belajar dan tengok dunia luar. 

Aku dan asben hantar adriana ke Tadika Harapan Setiakawan berdekatan dengan rumah mak aku.  Jadi senanglah atoknya nak amik adriana sebab tadika tue sampai tengahari jea.

Harap-harap adriana mudah untuk bercampur dengan orang.  Dapat belajar dengan sebaik mungkin.  Macam tak percaya jea yang adriana dah nak masuk tadika.  Kejap jea sudah besar anak aku.  Semoga adriana akan belajar dengan rajin dan membuat yang terbaik untuk mama dan papa.  InsyaAllah...

~Sudah Cukup 7 Hari~


pic from google

Morning!!!Hari ini aku menghadiri bengkel '1 Semangat 1 Organisasi" di Rumah Budak Laki-Laki Durian Daun, Melaka.  So, hari ini dapatlah aku genapkan 7 hari berkursus untuk tahun ini.  Risau jugak aku belum cukup kursus.  Orang lain semua dah cukup kursus.  Malah ada yang terlebih-lebih kursus.  Itulah akibatnya kalau cuti bersalin lama sangat.  Hari tue kan aku amik cuti bersalin 3 bulan.  Banyaklah aku ketinggalan dan kerja lintang pukang.  Alhamdulillah dapat jugak genapkan 7 hari.  Moral of the story jangan cuti lama sangat.  Tapi syok pulak bila sudah duduk rumah kan.  Oklah sekian.

Tuesday, November 29, 2011

~Stress Dan Kuat Makan~


Aku berada dalam keadaan sangat-sangat STRESS!!!!Bila aku dalam keadaan stress,

Aku akan berada dalam situasi ini jugak iaitu KUAT MAKAN.  Dari tadi aku asyik makan jea.  Lama-lama boleh jadi gemok!!Tapi aku tak boleh gemok sebab asben aku sekarang kurus.  Nanti orang kata aku tak bagi laki aku makan pulak.  Macam mana nak buat??Aku suka makan, dia tak suka makan!!!Arghhhhh

~Dari Ofis Papa Ke PD~

Cadangnya dari ofis papa memang nak ke PD.  Lepas asben dah settle kejenya, kami gerak nak ke PD.  Masa otw ke PD tak hujan.  Sampai kat PD jea dah renyai-renyai.  Lepas tue jalan jammed pulak.  Kalau dah jammed, ramai orang nie malas aku nak turun.  Tambah-tambah lagi hujan.  Lecehlah nak bawak budak kan.  Kalau kita jea tak apalah.  Kesian pulak kat adrianammar.  So, kita orang tak jadi turun.

Meneruskan perjalanan kami.  Masa tue perut sudah terasa lapar.  Haruslah isi perut nie yang telah berbunyi dan berdendang sayang nie.  Jom tengok gambar.

Ini masa nak gerak.  Dalam kereta.  Masih dekat ofis asben.
Inilah makanan kami untuk lunch hari tue.  Nasi kukus ayam panggang.
Inilah tempatnya.  Cowboy place!!Habis makan ingat nak balik jea.  Asben ajak pi seremban.  Asben kata alang-alang dah jalankan.
Kita orang ke Tesco Extra Seremban.  Siap beli barang dapur kat sini yea.  Memang nak pi beli barang dapur hari tue.  Dah sampai sini belilah sekali.  Ammar sampai tertidurlah tunggu mama cari barang.
Lenanya ammar tido.  Nasib ammar senang sikit dibawak berjalan.  Tido ajelah kerjaannya.  Lepas dah settle beli barang kami pun balik ke Melaka.
Singgah makan di Restoran Jejantas Ayer Keroh.  Papa ajak makan KFC.  Our dinner for that day.
Ammar yang keboringan.
Mama dan adriana.
Sebelum pulang mari bergambar di sini.  Boleh nampak kenderaan lalu di bawah.
Last picture for that day, adriana dan ammar.  Kenapalah ammar suka buat muka macam tue.  Dia tengok papa tue.  Inilah telatah mereka.  Penat berjalan dalam kereta masing-masing tido.  Lebih-lebih lagi ammar.  Memang dia mengantuk sangat.  Happy sangat bila tengok mereka happy.

~Kami Ke Ofis Papa~

Hari ahad hari tue, kami bertiga (3A) ikut papa ke kerja.  Papa ajak sebab petang tue nak jalan-jalan ke PD.  Wah, mestilah nak ikutkan.  Asyik terperap kat rumah.  Kuar pegi ofis pun jadilah.  Lepas tue dapatlah ke PD pulak.  Pagi-pagi dah siapkan 2 askar aku tue.  Siapkan dia orang dulu baru mama boleh siapkan diri.  Kalau aku siap dulu dah tak serupa orang.  Mahu berpeluh-peluh aku nak siapkan dia orang. 

Kemaskan apa yang patut kat dapur.  Lepas tue, pack barang-barang dia orang.  Itu yang lebih penting.  Jangan nanti ada benda yang tertinggal dah tak selesa nak berjalan.  Barang yang penting pampers dan susu.  Spare baju sehelai dua sebab biasalah budak-budak nie.  Jalan sehari pun nak pack macam nak bermalam pulak.

Sampai ofis papa kita orang duduk-duduk jea sementara papa buat kejenya.  Nasib ada tv.  Kalau tak boring jugak.  Aku layan novel.  Itu pun banyak terganggu.  Ammar tak nak duduk diam.  Jadi banyak kali jugak berhenti baca novel.  Entah zaman bile boleh abis novel yang aku baca tue.  Bila dah boring aku snaplah picture anak-anak pulak.  Itu tanda mama dah boring.  Mengantuk pun ada sampai terlelap.  Mari kita bergambar.

Adriana dan aksinya ketika bergambar.

Lagi aksi daripadanya.  Ikut sapelah.  Aku pun tak tahu.  Akukah??

Ammar yang mula-mula elok jea duduk diam atas sofa.  Lama-lama dia pun boring.  Nak bergolek tak ada port.  Jadinya tawaflah ammar dalam ofis papa.

 Mama dan ammar.  Maknya pulak yang over.  Aduhai.

Ammar sudah mula dengan misi penjelajahannya.  Tak larat dong mahu mengejar ke sana ke mari.

Mama memantau dari jauh.  Anak siapalah nie??Cari papa tak ada.  Tunggu kat depan pintu.

 Suka yea.  Kakak cuba mengawal pergerakan adiknya.  Si adik sudah rimas.

 Ammar.  Ini bukan kaki aku yea!!!

Akhir sekali, sebelum pulang papa suruh amik gambar.  Inilah gambar daripada kami.  Ini jea pose menarik daripada kami 3A.  Balik dari ofis papa, kami ke PD.  Papa ajak jalan-jalan ke PD.  Nanti aku cerita kemanakah kami selepas dari ofis asben.  Sekian.

Monday, November 28, 2011

~E-Day In Memory 271105~

Sepatutnya nak post cerita pasal e-day nie semalam.  Cerita yang berlaku 6 tahun yang lepas.  Tapi sebab tak berkesempatan nak post kenalah post hari ini.  Semalam aku dan anak-anak ikut asben ke tempat kerja.  Sebab lepas tue kami nak meronda ke PD.  Balik pun dah malam jadi update pun dah lewat.  Jadi aku autopublished jealah entry ini untuk cerita hari ini.

Kalau ikutkan tarikh semalam adalah tarikh pertunangan aku dan asben 6 tahun yang lepas.  Kami bertunang setelah berkenalan, bercinta-cintun selama 2 tahun.  Akhirnya kami mengikat tali pertunangan pada tarikh itu.  Jalan cerita kami simple jea.  Kami berkenalan semasa aku dan asben praktikal di MBMB.  Selepas itu kami berkawan.  Lepas tue kami couple dan proposed.  Sebelum itu dah bawak jumpa mak dan ayah aku.  Macam itu jea.  So, target kami masa tue kumpul duit sebab masa tue masing-masing miskin.  Kerja pun tak tetap.  Kami kumpul barang sikit-sikit setiap bulan.  Agak miskin ketika itukan.  Alhamdulillah kami mencapai misi kami dalam masa setahun jea.

Itu jealah ceritanya.  So, tarikh semalam dan 6 tahun yang lepas kami ditunangkan.  Bila anak sulung bertunang memang meriahlah rumah aku.

Ini adalah antara rombongan dari pihak lelaki.
Cincin disarung di jari manis oleh neneknya.
Hantaran daripada pihak lelaki.  Tema merah.
Hantaran daripada pihak perempuan.  Tema biru.
Sebahagian daripada tetamu yang hadir.
Sedang menjamu selera.  Masa bertunang aku tak ada bergambar berdua.  Asben aku pun tak masuk masa tue.  Perkara paling yang tak boleh aku lupakan masa hari pertunangan aku.  Hari tuelah paip kat luar rumah boleh pecah.  Tengah ramai orang keluar masuk.  Masa aku nak kahwin pun ada jugak kejadian yang berlaku.  Berkaitan dengan air jugak.  Sape tahu?  Aku kawin masa tue tahun 2006.  Siapa pandai cuba teka. :-)

Masa bertunang memang banyak sangat dugaannya.  Bergaduh jangan cakaplah.  Tapi depan orang wah baik gitu.  Maintan pasangan romantik gitu.  Ahaks.  Jangan salah sikit memang bergaduh tapi alhamdulillah semua dapat kami atasinya dengan baik.  Itulah kenangan kami 6 tahun yang lepas. 

Sunday, November 27, 2011

~Angel Hair Goreng Tom Yam dan Pizza Lagi!!!~

Morning!!!Semalam memang busy sangat sampai tak ada masa nak update blog.  Aku rasa semalam masa berjalan sangat pantas.  Memang tak sempat nak buat benda-benda lain.  Badan pun rasa letih jea.  Perlukan tukang urutlah.  So, semalam aku sempat masak 2 benda jea.  Angel hair dan pizza.  Mula-mula memang malas nak buat pizza.  Tapi teringat cheese ada lagi sikit aku pun mengagahkan diri jugak untuk membuat pizza.  Bila buat tak penuh semangat mulalah jadi lain kan.  Moral of the story, kalau nak buat sesuatu perkara biarlah dengan kehendak hati kita.

Aku masak angel hair goreng nie banyak sebab nak pulangkan bekas jiran sebelah rumah aku.  Minggu lepas kakak sebelah rumah bagi aku bubur kacang.  Aku guna segala rencah yang ada di dalam peti sejuk.

Inilah pizza aku.  Terdapat kekurangan dari pizza yang aku buat tempohari.  Tapi aku ikut resipi yang sama jea.  Mungkin masa aku buat nie tengah hujan kat luar.  Jadi, aku nie pun mendung jealah kat dapur.  Alasan!!!Kahhh..


RESIPI PIZZA
Sumber : DTS

Bahan-bahan DOH PIZZA:
300 gram tepung gandum
6g yis
20g mentega
10g gula halus
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Bahan-bahan PIZZA:
Capsicum Hijau (hiris serong)
Capsicum Kuning (hiris serong)
Sosej (hiris serong)
Jejari Ketam
Keju
Sos tomato
Mayonaise

Cara Membuat Doh :
1) Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentenga dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.  Tambah mentega dan terus menggaul hingga menjadi doh yang kenyal.  Jika melekit, tambah sedikit tepung.  Kemudian bulat-bulatkan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
2) Selepas doh telah naik, kwluarkan dan bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar.  Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat.  Alihkan ke dalam dulang , tekan-tekan dengan hujung jari hingga memenuhi dulang dan biarkan bahagian tepinya sedikit tebal.
3) Kemudian cucuk dengan garfu sekitar dan dibakar terlebih dahulu dalam 10 minit dengan suhu 190C.  Bila selesai, barulah keluarkan dan susun bahan untuk pizza dan ditaburkan dengan keju.
4) Bakar dalam masa 20-25 minit atau sehingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan.
5) Sedia untuk dihidangkan.

Bolehlah mencubanya.  Mana tahu korang punya lagi sedap kan.  Lain-lain orang, lain-lain rasanya.  Sekian.


~Salam Maal Hijrah~

Hari ini, 27 November 2011, bermulalah tahun baru bagi bulan Islam.  Selamat Menyambut Awal Muharram 1433 Hijrah.  Semoga kita dapat membuka lembaran baru serta azam baru untuk tahun baru hijrah ini.  Semoga apa yang belum tercapai atau terlaksana pada tahun sebelumnya dapat kita laksanakan pada tahun baru ini.  Sekali lagi Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam.



Lirik lagu maal Hijrah.
Penyanyi: Al Ajiba
Tajuk Lirik Lagu: Maal Hijrah

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Untuk Sepanjang Zaman….

Friday, November 25, 2011

~Try Buat TiramiSu~

Weekend yang lepas, aku try buat Tiramisu.  Sibuk menjengah blog orang lain buat tiramisu, aku pun terliur nak buat gaks.  Terfikirkan balance cream cheese yang aku buat blueberry cheese tart masih ada, aku pun trylah jugak.  Ikut 100% resipi Ana Suzana lagi.  Tapi aku tak pandai nak deko-deko macam ana.  Lagi pun 1st time buat tiramisu sendiri.  Selalu makan yang kedai buat.  Hehehe 

Ini tiramisu yang aku buat mula-mula sekali.  Aku dah tersalah letak cream cheese aku tue.  Aku pi letak kat frozen.  Pandaikan??Itulah akibat kalau tidak membaca pada kotaknya.  Aku pun tak tahu kenapa boleh letak kat frozen padahal masa kita beli taklah dalam frozen pun.  Berangan pulak.  Belajar daripada kesalahan.  hehehe.  Jadi cheese aku nie jadi berbiji, memang tak gebu jea rupanya.  Aku buat gak.  Dapat dalam 6 bekas.  Makan jugak.  Kureng jea rasanya.


Ini tiramisu yang aku buat kali kedua.  Oleh sebab tak puas hati dengan hasil tiramisu aku tue, aku beli cream cheese lain.  Malam hari selasa aku buat lagi sekali.  Kebetulan sponge kek pun ada lagi aku pun buatlah.  Barang-barang lain memang ada.  Cuma beli cream cheese jea.  Inilah hasilnya.  Asben aku makan dia kata 'hah, nie baru sedap'.  :-)

Bahan-bahan untuk buat tiramisu nie pun simple jea.  Perlukan cream cheese, whipping cream, gula kastor, esen vanila, sponge kek, serbuk koko dan air nescafe.  Itu jea.  Cara-cara untuk membuatnya boleh rujuk di blog ANA SUZANA.

Note>>Ana, tak sabar nak tengok menu apa ana masak untuk esok.  Mesti menu yang sedap-sedap.  Nanti boleh kongsi di blog yea..

~Blog Header Untuk My Friends~

Dah waktu rehat.  Seperti biasa tidak kemana-mana.  Dok ofis jea.  Kalau keluar kang banyak pulak belanjanya.  Ada pulak yang tak patut dibeli terbeli pulak.  Untuk mengelak keadaan itu berlaku baik aku dok ofis dan update blog.  :-)

Tajuk aku tue macam terror jea buat header erk?Padahal sendiri punya pun terkial-kial nak buat.  Aku buat guna photoscape jea.  Yang biasa-biasa bolehlah aku buat.  Aku cuma tolong buatkan jea.  Dua orang kawan aku nie baru mula berjinak-jinak merpati dengan dunia blogger.  Apa-apa pun moga sukses dan dapat kumpul nuffnang banyak-banyak.  Ahaks..

Inilah dua header yang aku buat untuk officemate aku..Yang sorang aku pernah buat entry mengenai dia di SINI.  Siapa lagi kalau bukan Kak Nisah kan.  Lagi sorang Kak Zu yang baru jugak berminat dengan blog.  hehehe. 


1)Blog Kak Nisah
Inilah header untuk blog Kak Nisah.  Sebab kak nisah tak suka sangat menonjolkan dirinya aku pun letak gambar anak-anak dia.  Dia tak cakap aku pun dah tahu.  Aku try jugak letak gambar Kak Nisah, dia boleh delete.  Sabar jealah.  Nasib dia tak suruh aku delete gambar dia dalm blog aku.  hehehe.  Orang lain semua nak letak gambar masing-masing dia pulak tak nak.  Tak pelah itu kehendak dia.

2) Blog Kak Zu
Ini pulak blog Kak Zu.  Dia tengok blog kak nisah dah ada header dia suruh aku buatkan satu header untuk blog dia.  Nasib menepati citarasa dia pasal header yang aku buatkan untuk dia.

Itu jealah ceritanya.  Aku pun masih belajar dan buka pro sangat pun.  Aku minatlah jugak tang nak mereka-reka nie.  Makan hari jugaklah nak buat header nie sebab banyak sangat iklan yang menganggu.  Nasib belum pandai guna photoshop.  Masih dalam pembelajaran.  Terkial-kial lagi.  Bila hilang sabar nak guna photoshop maka harus aku tekan butang CLOSE.  Hehehe.  Harap korang sukalah yea dengan header yang aku buat itu.  Sekian.

~Cermin IKEA Sudah Digantung~

Pagi-pagi nak cerita pasal cermin pulak.  Cermin nie asben aku yang beli kat IKEA.  Kisahnya ada aku ceritakan di SINI tempoh hari.  Masa tue asben aku pi ke IKEA dengan kawannya.  Lagi meriah dia shopping.  Kalah aku kalau shopping.  Lupa diriler tue shopping sorang-sorang.  Kahhhh..

Jadi, inilah hasil rembatannya semasa dia shopping di IKEA.  Cermin ajaib.  Hehehe.  Sudah cukup yea cermin dalam rumah kita orang.  Punya banyak cermin dah aku rasa.  "Wahai cermin ajaib, bla..bla..bla".  Hari tue tak tunjuk bentuk cermin yang asben aku beli.  Meilah kita tengok bentuk cermin itu.

Inilah cermin 2 ketul nie yang asben aku beli.  Punya seksa nak gantung ok.  Nasib asben aku yang buat.  Kena kat aku mintak maafler.  Baik tak payah bercermin.  Makan masa jugak nak pasang.  Kalau kat aku upah orang pasang jea.  Berpeluh-peluh gaklah nak pasang.  Aku jadi mandor jea.  Hehehe..Adalah tolong sikit-sikit.  Setakat nak pegang tue bolehlah.  Takkan pulak aku nak drill tembok tue kan.  Apa-apa pun sudah selamat diletakkan di dining.


Ini lagi satu cermin.  Yang nie ada 4 keping cermin.  Mak oi banyak nau.  Macam-macam gayaler mula-mula kita orang try.  Akhirnya inilah yang terjadi.  Tapi yang ini senang jea nak letaknya.  Cuma lekatkan jea.  Aku pun boleh buat.  Berlagak pulak bunyinya.  Apa-apa pun kesemua cermin ini telah berada di tempat yang diinginkan.  Sikit-sikit nak hias rumah.  Sesiapa yang berminat dengan cermin itu bolehlah terjah IKEA.  Sekian.:-)

Thursday, November 24, 2011

~Malam Tadi Off Day Memasak~

Dapatlah berehat.  Hikhikhik..Asben ajak makan luar malam tadi.  Makan kat mr M jea.  Layanlah janji perut kenyang.  Ajak mak aku sekali.  Ayah aku tak nak ikut sebab nak pi masjid.  So, tapaukan untuk ayah aku jea.  Macam biasa, asben aku beli yang family dinner box.  Jimat sikit.  Semalam pegi makan dekat Mc'D Melaka Mall.  Kalau orang Melaka mesti tahu tempatnya.  Dekat sikit sebab lepas makan nak hantar mak aku.

Keluar makan lepas maghrib.  Kita orang tak balik rumah.  Lepak rumah mak then baru keluar.  Kalau balik rumah memang tak keluarler gamaknya.  Malas yea.  Bila sudah balik rumah tak akan ada versi keluar rumah lagi.  Inilah gambar yang aku snap malam tadi.

 My little boy!!!

 Ammar, napelah seirus sangat mukamu itu, nak.  Sebenarnya dia sudah mengantuks. 

 Kakak yang ari-ari kalau boleh nak makan Mc'D.

 Mak aku dan cucunya.

 Inilah hidangan kami malam tadi.

 Adriana bedal kentang jea.

Inilah orang yang bagi saya cuti daripada memasak malam tadi.  Hehehe...TIme kasih yea bang.  Uissh,  asben aku sedang menikmati makanan yea. 

Sekian, untuk kisah malam tadi.

~Cinta Muka Buku~

Hello...PAgi nie mood nak layan lagu.  Hilangkan mengantuk nie.  Aku suka sangat dengar lagu nie.  Hari-hari dok dengar lagu nie sampai nak muntah kalau dengar.  Kahhhh.  Kat ofis memang akan dengar dari pagi sampai ke petang.  Tak tahulah pasal apa.  Penyanyi dia pun cute jea.  Sekarang memang semua orang guna Muka Buku @ Facebook nie kan.  Ada yang dapat jejak kawan-kawan lama, kekasih lama, yang cari kawan baru dan sebagainya.

Macam-macamlah orang gunakan muka buku ini.  Sampaikan yang tak puas hati pun meluahkan perasaan marah, geram benci kat muka buku nie.  Kalau yang ke arah kebaikan tak apalah.  Kalau ke arah yang tidak baik patutlah dijauhkan.  Kadang facebook nie tempat untuk meluahkan segalanya.  Tempat nak cari gaduh pun macam ada.  Apa-apa pun gunalah muka buku ini dengan jalan yang betul.  Janganlah disalahgunakan.  Jangan pula ada yang sudah berkahwin mengaku bujang.  Mencari kenalan, berchatting yang bukan-bukan.  Betul tak?Kalau yang bujang pulak kalau nak cari jodoh carilah dengan yang bujang,  janganlah pulak dengan suami orang atau dengan kepunyaan orang.  Ada pulak yang bergaduh nanti.

Sebetulnya, terpulang kepada diri kita sendiri untuk menggunakannya ke jalan yang betul atau salah.  Bergantung kepada niat masing-masing.  Daripada kita menyalahgunakannya, baik kita layan lagu Cinta Muka Buku ini nyanyian Najwa Latif.  Lagi berfaedah.



LIRIK CINTA MUKA BUKU
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
Ini muka buka aku.  Aku pun suka layan muka buku.  Tapi, tidaklah sampai jatuh cinta dengan muka buku ini. :-) Hanya sekadar suka-suka.

Wednesday, November 23, 2011

~Sesekali Bila Si Dia Di Dapur~

Sape lagi kalau bukan asben aku.  Kadang-kadang datang mood dia nak ke dapur.  'Malam nie abg masak.  Al tak payah masak'.  Oh iye ke.  Kalau dia masak aku kenalah jaga adrianammar.  Dapatler bersantai-santai sambil menonton tv dan menunggu hidangan dihidangkan.  Hehehe.  Jadi mem pulak iyo.  Opsss, aku tidak mendera laki aku.  Hehehe.

Tapi asben aku setakat memasak jea, lepas itu bab mengemas akuler.  Aku lebih rela biar aku yang memasak daripada asben di dapur.  Abis berselerak dapur.  Pernah aku cerita kat sini.  Inilah akibatnya bila en. somi di dapur!!!  Masak satu menu tapi penuh satu sinki.  Hehehe.  Jangan marah yea bang.  Dah masakkan banyak komplen pulak.

Mee goreng yang asben aku masak pada hari isnin.  Lepas balik kerja malam tue terus jea asben aku berkunfu ala-ala masterchef di dapur.  Sedangkan aku bergoyang kaki menonton masterchef di depan.  Tahu-tahu dipanggil makan jea.  Layan jugak mee goreng asben aku.  Sedap tau!!Sedang tunggu si dia tidak sampai-sampai.  Jadi ceritalah pasal si dia di sini.  Oklah sekian untuk bebelan di petang hari.:-)

~Potato Wedges dan Coleslaw~

Menu sampingan yang aku buat untuk dimakan bersama beef steak black pepper.  Asben suruh aku buat potato wedges pulak.  Aduhai.  Nak yang macam kat KFC.  Mana pulak nak cari resipi potato wedges nie.  Selalu beli ready made kat KFC tue.  Hihihi.  Surf kat internet macam-macam cara nak buatnya.  Tapi macam aku nie selalu amik resipi yang simple dan senang nak buat jea.

Inilah rupa potato wedges yang aku buat yea.  Asben aku kata sedap.  Maknanya oklah tue kan.  Bolehlah buat lagi kalau asben dan adriana suka makan.  Bila tengok mereka makan dengan selera kita pun suka.

RESIPI POTATO WEDGES
Sumber : MYRESIPI

Bahan-bahan :
Kentang (aku buang kulitnya, resipi asal tak perlu buang kulit)-potong baji
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk cili
Garam
Putih telur -pukul sedikit
Tepung gandum

Cara-cara :
1) Mula-mula rebus kentang bersama garam sehingga empuk.  Jangan sampai lembik.  Nanti tidak garing bila digoreng.  Bila sudah empuk, angkat dan toskan.  Sejukkan seketika.
2) Selepas itu campurkan serbuk lada hitam dan serbuk cili dalam bekas.  Masukkan kentang yang telah sejuk itu.  Satukan kesemuanya.
3)Bila semua sudah sebati dan mesra bolehlah masukkan ke dalam putih telur.
4)Kemudian, salutkan kentang tersebut dengan tepung sepenuhnya dan bolehlah digoreng.
5)Goreng dengan menggunakan api yang perlahan dan tunggu hingga masak warna keemasan.
6)Sedia untuk dihidangkan.

Kemudian saya buat coleslaw pulak untuk dimakan bersama-sama beef steak black pepper dan wedges tue. 

RESIPI COLESLAW

Bahan-bahan :
Kobis - diracik halus-halus
Karot - dipotong kecil-kecil
1 sudu teh cuka
Secubit Garam
Mayonis

Cara-cara :
1)Satukan kobis, karot dan mayonis.
2)Gaul hingga sebati
3)Letak garam dan cuka sedikit.  Gaul hingga sebati.
4)Sedia untuk dihidangkan.

Kepada yang ingin mencuba bolehlah mencubanya.  Macam blog masakan pulak.  Lain-lain tangan, lain-lain rasanya.  Sekian bebelan saya untuk hari ini.