Monday, September 18, 2017

Bila Kecewa Dengan Manusia Atau Sesuatu Keadaan

Assalamualaikum.

Salam tengahari. Makan apa tengahari ini?

Saya berpuasa. InsyaAllah.

Manusia memang tidak lari daripada rasa kecewa kepada manusia. Selagi kita bergantung harap pada manusia rasa itu pasti akan hadir. Jadi, usahlah bergantung harap terlalu tinggi pada manusia. Hati manusia bukan kita yang mengemudinya. Mudah berbolak-balik. Allah yang memegangnya. Titipkanlah doa pada Allah agar hati kita sentiasa terpelihara.

Bila rasa kecewa itu hadir, perbanyakkan berdoa agar rasa kecewa itu akan terubat. Adakalanya bila kita kecewa dengan seseorang, kita diajar untuk memujuk hati kita sendiri. Mungkin seseorang itu tidak pernah perasan dia sedang mengecewakan diri kita. Begitu juga dengan kita.

Sebenarnya, kecewa adalah ujian hati. Bagaimana cara kita mahu menangani rasa kecewa itu. Marahkah kita? Dari situ kita boleh mendidik hati kita agar tidak terlalu kecewa berpanjangan. Andai kita kecewa dengan sahabat, pujuklah hati kita agar kita juga tidak menjadi seperti itu. Mana tahu kita secara tidak sengaja pernah mengecewakan juga.

Apa pun biarlah waktu menyembuhkan semuanya.

Biarlah rasa kecewa itu sirna sendiri.

Jangan putus berdoa agar hati kita sendiri terjaga.
Sentiasa terpelihara.

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.
Seringkali didatangkan dengan rasa kecewa mengajar kita agar lebih berhati-hati.
Kita akan lebih menjaga hati orang lain.
Sudah tentu kita tidak mahu orang lain rasa sebagaimana yang kita rasai sekarang.

Sebolehnya dan sebaiknya adalah dengan berdiam.
Diam adalah bahasa yang terbaik jika kita sedang kecewa dengan sesuatu keadaan mahu pun dengan manusia.

Percayalah, setiap daripada kekecewaan itu pasti akan didatangi kegembiraan.
Usah bersedih terlalu lama.
Hidup ini terlalu singkat.

Minggu lepas, seorang kawan saya mengalami kekecewaan.
Kecewa dek cinta.
Mood merudum teruk.
Saya nampak dia sedang bersedih.

Saya cuba memberi kata-kata semangat padanya.
Cuba membantu.
Tapi diri sendiri yang kena bangun.
Kalau diri sendiri yang tak kuat membangunkan apa yang telah jatuh, berpuluh mahu pun beratus patah pun kalau kawan berikan tidak akan mampu mengubah apa-apa.

Kan orang kata, kalau jatuh bangunlah sendiri.

Jadi, tunggu apa lagi.

Bangunlah sendiri.
Buang masa memendam rasa.

Sudahnya saya hulurkan buku motivasi yang ada dalam simpanan saya.
Tajuknya buku tersebut 'Move On'.

Moga dia boleh bangkit segagah-gagahnya.

Saya pun sedang kecewa.
Kecewa dengan seseorang.
Biarlah, saya tidak mahu meluahkan.
Manusia akan lupa bila dia sudah senang.

Saya tidak mahu simpan rasa kecewa itu terlalu lama.
Saya perlu maju ke depan.

Semoga kalian juga begitu!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Pengisian Sabtu

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Rindu betul dengan blog. Bukan tak mahu untuk menulis blog ini tetapi bila saya mula berada depan komputer, saya buntu. Walhal entri banyak yang tertangguh. Cerpen pun sudah lama saya berhenti menulis. Sejak ketua editor merangkap pencetus semangat tidak sihat, sama-sama menular tidak sihatnya dalam diri. Waktu ini sedang mencari dan mengumpul semangat semula. Nampak gaya macam ada yang saya tak dapat memenuhi tarikh tutupnya. Tengoklah macam mana nanti.

Oh ya, sabtu baru-baru ini saya dapatlah keluar bersama kawan untuk beberapa jam setelah mendapat pelepasan dan keizinan daripada suami. Dia bawa anak-anak balik kampung dan kami berjumpa di Hospital Mahkota untuk melawat adik ipar saya iaitu adik suami.

Sesekali dapat meluangkan masa bersama kawan, seronok juga. Selalu juga saya berjumpa dengan kawan saya ni tetapi selalunya kami mengangkut askar-askar sekali. Memang berbual seiring dengan pakej beraksi. Haha. Kawan sayalah lebih beraksi sebab anak-anaknya masih kecil. Anak-anak saya yang agak besar pun lebih kurang samanya. Cuma saya tak beraksi tapi lebih ke arah testing bersuara. Haha. Faham tak?

Saya keluar selepas suami dan anak-anak keluar. Kawan saya, Adda jemput saya di rumah. Target kami hari itu adalah pengisian perut. Tiba-tiba tekak saya teringin mahu makan Chicken Rice Shop. Jadi kami ke Aeon Bandaraya. Situ banyaklah jugak pilihan tempat makan.

Ye, menu kami hari itu.


Berswafoto bersama Adda. Dia mudah lagi daripada saya.

Kemudian kami ke kedai buku. Siapa lagi yang mahu ke sini kalau bukan saya. Kata Adda, "Ko memang kena pergi kedai buku ye." Haha. Gitulah dialognya.

Saya sempat menangkap sebuah novel dan dua buku kerja untuk dedeq. Mulalah Dak Kakak mengomel, "Mama asyik beli buku untuk adik aje." Amboi, kemain. Buku dia lagi banyak mama belikan tak perasan. Saya abaikan. Saya jawab, "Nanti mama beli untuk Nana pula. Kan ari tu mama belikan untuk Nana. Adik tak komplen pun." Ok makan pujuk. Anak sulung gitulah. Macam saya. Cuma bezanya dia jenis berterus-terang. Maknya suka memendam. Hehe. Itu saja yang membezakan saya dan anak sulung saya.

Kemudian kami membuat tinjauan ke bahagian pakaian wanita. Hah. Dah lama saya tidak membeli jeans. Sejak jeans saya koyak saya jarang nak berjin and tonic. Survey harganya dan kabokan kat laki dengan dialog kesian bagai. Haha. Petang itu saya ulang ke Aeon dari hospital semata-mata nak beli seluar jeans. Kata Adda, "Ko kedekut kak tapi aku pun sama tunggu laki belikan." Sepesen.

Saya sudah lama tak ke bahagian kanak-kanak. Kalau dulu ketika anak-anak kecil dalam umur setahun ke empat tahun memang menggila membeli baju mereka sampaikan almari baju penuh. Akhirnya saya lupa yang baju tu saya pernah beli untuk dia orang. Bila jumpa dalam lipatan yang banyak, baju itu dah tak muat. Pernah jadi tak kat korang?

Berkenan sungguh gaun ini untuk Dak Kakak. Tunjuk gambar ni kat dia. Dia jawab "Nana tak pakai gaun lagilah." Mak ko tetiba insof. Bukan apa, saya nak dia merasa pakai baju sebegini sebelum sampai masanya. Tapi saya tak ada paksaan.

Malamnya, suami minta saya masak. Ye, roti kapit terkepit yang hampir rentung sebab Dak Kakak yang menjaganya sebab mama sibuk bercabonara di atas dapur. Begitulah pengisian sabtu saya. Akan repeat keluar dengan Adda lagi. Kami bercadang mahu jalan-jalan cari makan bila saya mengutarakan hasrat saya mahu mencuba Seoul Garden. Suatu hari nanti. Kena ambil cuti dan keluar berdua sementara anak-anak di sekolah dan di rumah pengasuh. Itulah 'me time' buat kami. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Monday, September 11, 2017

Majlis Pertunangan Sepupu

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat pagi. Selamat bekerja. Semoga semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Memandangkan entri ini sudah lama dalam draf, pagi ini saya tuliskan jugak. Sayang kalau tidak ditulis entrinya. Kenangan semuanya.

Macam biasa kalau nak nampak blog ini berupdate saya akan menulis schedule entri. Dengan cara ini sahaja akan nampak blog ini tampil dengan entri yang baharu. Ini cerita masa raya tempoh hari. Kalau tidak silap saya. Majlis pertunangan sepupu suami.

Sewaktu rombongan lelaki sampai. Perbincangan sedang dijalankan.

Sepupu suami.

Nurul Rozahira namanya.

Saya sempat bergambar bersamanya.

Saya berswafoto bersama si sulung saya.

Bersama adik-adik kepada yang bertunang.

Kami lagi.

Saya tak tahu ini anak siapa. Saya disuruh oleh mak uda untuk menjaga si kecil ini sementara mak ayah budak ini makan. Baik pula budak ni berdukung saja dengan saya.

Anak-anak buah saya. Keluarga saya dijemput sekali.

Sempat berswafoto semuanya.

Suami saya entah apa yang dimenungkan. Begitulah ringkasan entri pagi ini yang akan dijadikan kenang-kenangan akan datang. Esok lusa entah apa yang jadi. Cerita lama dijadikan kenangan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Sunday, September 10, 2017

Raikan Cinta Saleh Dan Normah

Assalamualaikum.

Hai bloggerians.

Cerita yang sudah dua minggu kejadiannya. Baru berkesempatan mahu ditulis. Sejak akhir-akhir ini mood saya untuk menulis jatuh merundum. Masih tercari-cari lagi momentum itu namun masih lagi belum ditemui. Blog ini pun ditulis sebab memaksakan diri. Kalau buat kerja dalam keadaan terpaksa faham-faham sahajalah bagaimana.

Dua minggu lepas ada dua majlis perkahwinan. Masa cuti sekolah yang lepas. Satu di Kuarters Kastam. Dah terang-terang kawan suami. Satu lagi kawan saya. Ex officemate. Bila sudah ada dua majlis dan tempatnya pun agak jauh, kenalah keluar awal.

Dari rumah ke kuarters kastam dulu. Itu yang paling dekat. Kebetulan sebelah pagi itu saya ada tempahan candy booth. Saya setup dulu candy booth di Dewan Bistari kemudian saya balik rumah. Saya pergi dengan si sulung saja untuk letakkan makanan sebab sebelah malam suami dah tolong pasangkan backdropnya.

Outfit of the day kononnya. Saya dah terlupa saya ada kain tersebut. Sudahnya dikenakan dengan blouse hitam.

Pelamin di dewan kastam. Masa ini pengantin belum sampai.

Sedap nasinya.

Saya dan anak-anak di perkarangan pejabat kastam.

Kemudian kami ke undangan kedua. Sewaktu ini pengantin sedang bersanding.

Kami yang sudah kekenyangan hanya makan buah dan sekadar minum air. Perut sudah tidak boleh diisi sebabnya jarak bersarapan dengan undangan pertama tadi tidak lama mana pun.

Pengantin lelaki itu kawan pejabat saya. Minggu sebelumnya dia menelefon saya untuk menjemput. Alahai. Terharu sangat sampai ditelefon.

Saya sempat bergambar bersama-sama pengantin. Cantik isterinya. Sempat pula pengantin lelaki memperkenalkan apada isterinya saya ini penulislah, bloggerlah. Dia memang suka menyakat saya. Dia kata kalau berkelapangan akak datanglah sebab saya tengok akak semakin sibuk menulis. Ada-ada saja.

Penutupnya, Dak Kakak sempat bergambar di photobooth. Saya pun sempat menitip kata di dalam buku tetamunya. Itu sahaja entri untuk petang ini. Nanti saya menyusul dengan entri yang lain. Sekin dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, September 7, 2017

Menyusun Kata

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ini, saya seolah-olah sukar menyusun kata. Saya mengambil masa berjam-jam duduk di depan komputer tanpa berbuat apa-apa. Tanpa berbuat apa-apa itu maksudnya saya tidak menulis. Blog yang saya log masuk akan terbiar begitu sahaja. Cerpen saya semuanya separuh jalan. Entah kenapalah dua tiga menjak ini saya seperti tidak boleh menyusun kata. Memang tidak produktif. Sudahnya saya akan membaca sahaja.

Kadang saya habiskan masa di muka buku. Tekan sana, tekan sini tanpa arah tuju. Membaca status kawan-kawan. Like sana, like sini. Komen sana, komen sini. Sedangkan siang hari saya sudah menyusun perkara yang mahu dilakukan pada sebelah malamnya. Sudahnya memang hanya tinggal impian sahaja. Semuanya tidak menjadi.

Blogwalking. Itu pun tengok keadaan. Dan pilihan yang ada adalah tidur. Begitulah kesudahannya hampir setiap hari. Kelmarin entri yang ada itu saya paksa diri juga untuk menulis. Sebenarnya ada beberapa perkara yang saya perlu lakukan. Ada yang mahu mengejar tarikh. Tapi apakan daya, kudrat yang ada adakalanya tidak mampu untuk memikul semuanya.

Salah satu yang menjadikan diri saya gundah-gulana adalah tentang suatu permohonan. Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi pada permohonan itu. Walaupun cuba membuang jauh-jauh agar perkara itu tidak mengganggu diri namun ia tetap menghantui jugak. Sudahnya saya kemurungan.

Saya sudah beberapa kali memujuk diri. Andai rezeki saya ada di situ, adalah. Jika tidak, rezeki saya di tempat lain. Nanti saya cuba kongsikan jika berkesempatan. Semoga dipermudahkan urusan saya hendaknya.


Oh ya, ini gambar saya dan rakan sepejabat. Gambar ini dirakamkan ketika raya yang lepas. Lusa dia akan bernikah dengan pilihan hatinya.



Wednesday, September 6, 2017

Seminar Media Sosial

Assalamualaikum.

Gambar semalam bersama tiga orang rakan sepejabat. Semalam saya menghadiri Seminar Media Sosial. Boleh dikatakan saya salah satu pengguna tegar media sosial. Tersangat tegar mungkin. Instagram, Facebook, Twitter dan juga Blog.

Itu yang saya begitu teruja bila seminar ini diadakan. Rata-rata ada pengguna media sosial yang menyalahgunakan medium ini. Setakat ini saya masih muatnaik gambar yang sepatutnya saja. Mungkin ada juga yang terlepas pandang tapi kebanyakkan kisah saya dan kawan-kawan. Cerita anak-anak jarang sekali.

Sebenarnya, muatnaik gambar anak pun adalah perkara bahaya. Elakkan berkongsi kisah anak-anak di media sosial. Sekolah anak, pergerakkan anak dan sewaktu dengannya. Ini semua boleh mengundang jenayah kanak-kanak. Nauzubillah. Jauhkan perkara buruk daripada anak-anak kita.

Setakat ini, saya memang aktif di Instagram. Kebanyakkan saya berkongsi perihal masakan, buku-buku yang saya baca, koleksi buku-buku yang ada, kisah penulisan saya dan sesekali sahaja saya selitkan gambar keluarga saya.

Kalau di Facebook pula, saya baca menulis status. Kisah anekdot yang berperihal anak-anak. Menghadiri seminar itu semalam, banyak membuka mata saya. Adakalanya kita tak sedar perkara yang kita lakukan itu mengundang bahaya.

Salah satu penceramahnya semalam adalah Kamal Affandi Hashim. Penceramah yang menyegarkan mata saya. Memang saya tidak berkesempatan untuk menguap apa entah lagi mengantuk. Penyampaiannya sangat menarik walaupun santai. Sesekali diselitkan kisah lucu.

Banyak yang disampaikan oleh beliau. Mana yang penipuan duit, penipuan lelaki perempuan, gambar-gambar yang tak elok dan macam-macam lagi. Paling menyedihkan bila mana remaja perempuan zaman sekarang tanpa segan silu menghantar gambar bukan-bukan.

Seperkara lagi, jangan sesekali tulis status besertakan check in. Ini pun adalah satu kesalahan pada diri sendiri. Kita diumpamakan mengundang bahaya pada diri sendiri. Ingat ya kawan-kawan.

Semoga anak-anak kita dilindungi. Pantau setiap aktiviti dan penggunaan gadget anak-anak. Jangan biarkan anak-anak sendiri dengan gadget. Andai mahu didedahkan gadget pada anak-anak, ibu bapa harus bersama-sama dengan anak. Jangan biarkan media sosial merosakkan anak-anak kita. Begitu juga dengan diri kita sendiri.

Boleh guna media sosial tapi haruslah berpada-pada. Jangan jadikan diri sebagai hamba pada arus teknologi yang semakin canggih ini. Semoga apa yang ditulis dalam entri ini bermanfaat buat semua walaupun isinya hanyalah sedikit. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Tuesday, September 5, 2017

Outing Laki Bini

Assalamualaikum.

Hai bloggerians.

Selamat pagi semuanya. Selamat memulakan hari ini yang pasti dalam keadaan mood isnin walaupun sudah selasa. Hehe. Bukan selalu dapat cuti panjang begini. Cuti merdeka sambung dengan cuti raya haji ditambah cuti sabtu ahad dan ditambah lagi cuti khas. Memang heaven sesangat. Tambah lagi minggu lepas cuti sekolah. Tidaklah aku terkejar-kejar menguruskan anak-anak.

Agak santailah sikit. Memandangkan anak-anak balik rumah neneknya (rumah mak mentua), aku dan suami berjalanlah. Dating kononnya. Tak kemana pun. Duduk bersantai kat kedai. Makan-makan, minum-minum dan borak-borak. Macam kat rumah ko tak boleh berborak. Haha.

Feeling amik angin malam gitu. Bukan selalu pun nak dapat masa begini. Sesekali ini yang sangat berharga. Teringat zaman bercinta. Jadi pupuklah kembali.

Wajah yang semakin berusia.

Ambil angin di tepi Sungai Melaka.

Saje aje suami aku tak pandang kamera.

Jus epal susunya sangat sedap.

Spageti aglio olio pun sedap.

Ini menu suami. Lupa dah namanya.

Malam tu kami sedondon mengenakan jeans. Kononnya. Suami suruh pakai sekali.

Lewat malam juga baru kami pulang ke rumah. Mengambil angin malam minggu yang begitu menenangkan. Menyaksikan suasana malam yang masih sibuk dengan kenderaan dan umat manusia. Itu sahaja titipan pagi ini. Sambung lagi dengan kisah lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, September 4, 2017

Selesai Urusan Hari Ini

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai bloggerians.

Selamat malam semua. Selamat sampai rumah. Sampai rumah kami laki bini pengsan. Haha. Walhal menganto adik ipaq pi belajaq. Dekat aje pun. Key El je pun tapi letihnya mengalahkan jalan jauh. Suami biasalah, dah panas-panas pasti migrain menyerang. Sabo ajelah. Yang nak belajo sorang yang menganto seangkatan. Itu biasa. Teruja kan.

Esok dah keje ye?
Macam tak boleh nak terima kenyataan. Kahhh...

Kembali ke pangkal jalan. Tak suka cuti lelama. Bukan apa. Cuti lelama tok laki ada. Jadi suasana tu sudah lain. Esok kembali nak serasikan diri balik masa tok laki tak dak. Memang kemurungan jawabnya.

Mari persiapkan fizikal dan mental untuk esok. Lima hari cuti kan, memang terasa keliatan mahu memulakan hari. Pasti serba-serbi tak kena. Cuti lama, suami pun cuti lama. Tujuh hari di rumah. Esok kembali dia bertugas. Nak cari momentum sediakala pasti susah.

Aturan langkah hari ini untuk memenuhi cita-cita orang. Moga pintu cita-cita aku akan tercapai jugak. Langkahlah ke hadapan, jangan berundur lagi.

Sebelum itu, nasi lemak untuk perut aku.

Kami empat beranak berhenti di kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh. Suami tu beria membelek daging liat.

Selesai urusan adik ipar, kami pulang ke Melaka semula. Memang tak berjalan mana sebab esok sudah mula sesi persekolahan dan sesi pekerjaan. Empat kereta yang pergi menghantar tapi kami semua sendiri-sendiri. Tidak berkonvoi. Kami tiba di Melaka dalam jam 6.00 petang tadi. Alhamdulillah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Perginya Dak Garfield

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi semua. Nasiblah hari ini diberikan cuti oleh Tok Jib. Seronoklah tidak terhingga. Baru berkesempatan untuk menulis. Malam tadi bersengkang mata. Dalam fikiran, sibuk fikirkan blog. Sibuk fikirkan cerpen. Sibuk fikirkan buku antologi yang nak terbit. Banyak sangat pecahan dalam kepala ini. Kebelakangan ini memang tidak produktif sungguh. Semuanya tidak menjadi. Ada yang aku tak dapat nak kejar pun tarikhnya. Dibiarkan berlalu sepi sahaja.

Genap sebulan Dak Oren pergi sabtu lepas dan sabtu itu jugak Dak Garfield pula pergi. Sekali lagi aku menangis. Iye, sungguh-sungguh aku menangis. Walhal aku bukan pencinta kucing. Entah kenapa. Tiga hari sebelum Dak Garfield pergi, anak Dak Oren mati. Tak tahu apa puncanya. Mati di tempat tidurnya. Mungkin sebab si kecil itu baharu sahaja dengan aku, kesedihan itu tidaklah terlampau sangat.

Sewaktu si kecil itu mati, Dak Garfield hilang. Selalunya dia pulang ke rumah. Tak pernah dia hilang berhari-hari begitu. Dua hari aku tunggu dia balik. Malam rabu baru dia muncul depan rumah. Sewaktu itu aku berada dalam bilik. Kami baru sampai rumah sebenarnya. Jemput anak-anak di rumah mentua. Suami panggil aku.

"Tengok siapa balik ni."

Sungguh Garfield. Tetapi keadaan dia sesuatu sangat. Dia tidak boleh mengeow. Suaranya tak keluar. Tak tahu kenapa. Anak-anaknya sudah menerpa Dak Garfield nak menyusu. Malam itu masukkan semua anak-anak bulu dalam sangkar.

Esoknya, selepas balik dari tengok perarakan Hari Kemerdekaan suami terus bawak ke klinik. Doktor sahkan Garfield kena jangkitan virus. Kena suntik. Doktor kata Garfield susah nak bernafas. Cadang hari sabtu itu, nak bawak ke klinik yang lain sebab suami kata doktor tu tak berapa nak periksa. Dua hari aku dok bercakap dengan Garfield suruh dia bertahan.

Iye, sejak ada anak-anak bulu kat rumah, kerja aku bercakap dengan depa. Aku memang bukan pencinta kucing tapi bukan pembenci. Ada ke ayat serupa itu? Hentam ajelah. Bukan tak suka, tapi aku ada perangai geli-geleman bila kucing dekat-dekat. Biar aku yang pegang atau usap-usap depa. Jangan depa datang kat aku. Faham tak situasi aku?

Garfield ditanam di depan rumah. Sewaktu ini aku sungguh-sungguh menangis. Sedih kut. Aku pun keliru siapa tuan kucing. Suami aku relax aje. Tapi dia usap-usap Garfield sebelum dikambus tanahnya. Masa Oren mati, lagi bersungguh aku menangis. Memandu sambil menangis. Ko menangis macam orang putus cinta. Gitu sekali penangan anak-anak bulu ini.

Ini anak Dak Oren. Buat pertama kalinya, aku tidur dengan anak oren ini. Sehari selepas maknya mati. Ceritanya ada di SINI. Timbul rasa kasihan sebab dia sendiri. Jadi aku suruh anak aku yang sulung bawak masuk. Walau dia tak tidur dengan aku tapi kami tidur setoto. Tahu tak macam mana perasaan itu. Antara takut dan kasihan. Malam itu, beberapa kali aku terjaga. Tengok dia tidur elok je. Dalam jam 3.00 pagi aku terjaga. Dia tidur kat kaki aku. Terus terduduk. 

Begitulah aku dan anak-anak bulus. Walau sudah beberapa ekor anak bulu dalam rumah aku tetap takut bila dia datang menggesel dan sewaktu dengannya. Memang dari zaman muda-muda. Gamaknya sekarang sudah tua lagi perangai itu menjadi-jadi. Haha. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim