Pages

Sunday, May 30, 2010

Tag:Segmen Selongkar

Tag nie datangnya dari LYA mama ASYA.  lambat sikit buat tag nie.

OK JOM KITA SELONGKAR

Inilah keadaan handbag aku yang sudah dalam keadaan yang sangat kesian.
aku beli dekat kawan.  kawan aku jual AVON

Inilah keadaan dalam handbag aku.
oh memang sangat berterabur.
bak kata asben aku semua nak letak dalam handbag.  lagi besar handbag lagi banyak barang aku letak

inilah purse dan tempat duit syiling aku yang warna pink

Dan akhir sekali, inilah barang-barang yang wajib ada di dalam handbag aku yea...

Kamera dan kabel

Macam-macam
Lipstik, minyak wangi, compact powder dll

Akhir sekali, hp aku..Pinky Pinky


Note:Lya, saya da buat yea tag yang lya bagi nie..sorrylah agak kelewatan sedikit..:-)

Saturday, May 29, 2010

~Seminar Literasi Undang-Undang~

Khamis (27/5/2010) sehari sebelum cuti Wesak Day, aku bersama rakan-rakan di ofis menghadiri satu seinar di Dewan Hang Tuah anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka.  Seminar yang berkaitan untuk memberi kesedaran dan kefahaman mengenai asas-asas perundangan dan undang-undang Sivil serta Syariah yang digunapakai dalam hal-hal perkahwinan dan kekeluargaan.  Sesekali keluar dari belenggu di ofis ok jugak kan?bukan senang nak dapat hadirkan diri ke kursus.  kalau kursus luar dari Melaka memang akan aku fikir-fikirkan untuk pegi.  kalau bukan kerana paksaan memang aku tak kan pegi.  So, baik aku pi yang dalam melaka jea.  Seminar nie memang bestlah jugak.  banyak juga info-info yang kami dapat sepanjang satu hari aku di sini.

Inilah geng-geng aku..

Aku harus bergambar jugak..

aku dan kak nisah, orang yang paling aku rapat.

kakak nie orang utara..mai dari penang.
macam manalah aku nie cakap tak ikut loghat utara.
kawan-kawan yang rapat semua dari sana.
sejak dari sekolah kawan baik aku orang kedah.

Ini semasa sesi ceramah dari AKPK..
Mengenai ceramah pengurusan kewangan


Ana dan Kak Sham..
Wanita bertudung hijau nie memang suka bergambar.

Tengok nie..gambar dia lagi..jangan marah yea Pn Ana..:-)

Selesai seminar dalam pukul 5.00 petang.  memang seronok sesekali berseminar atau berkursus.  dapat release tension dan melepaskan diri daripada belenggu di pejabat. Sekian.

Note: Itu pun sekejapan tak tenang pi seminar sebab ada gangguan suruh kami pulang ke ofis.

Note 2: Next entry pi makan ikan bakar.


Friday, May 28, 2010

~Promosi Tesco~

Rasanya da lama aku tidak mengupdate blog nie.  bersawang sudah.  kali nie saje nak cerita pasal promosi tesco.  isnin lepas aku pi beli susu adriana dengan asben sebab kita orang dapat kupon Tesco.  pembelian susu progress 1.6kg untuk 2 tin dapat potongan sebanyak RM12.  so, apalagi kita orang pun pi lah beli.  cakap asben alang-alang beli tin kecik baik beli yang besar sebab adriana kuat minum susu.  kalau tin yang kecik tue seminggu lebih jea bertahannya.  kali nie tak tahulah berapa lama.  aku da buat kiraan. :-)



Inilah susu adriana
Adriana nak jugak bergambar

 
Tak sangka pulak beli nie dapat T-Shirt.
 
Aku siap pilih yang lain-lain warna.
 
Inilah T-Shirt free daripada pembelian susu progress
 
Belakang baju siap ada nombor lagi.

Note: Nanti entry seterusnya yea.  banyak nak cite.  hutang tag pun belum dilangsaikan.


Friday, May 21, 2010

~Diari Seorang Lelaki~

Seperti biasa, aku dapat email kiriman daripada seorang rakan aku yang rajin menghantar email kepada aku.  Oleh sebab aku sudah lama tidak meng'update' blog ini dengan cerita-cerita, aku postkan entry nie untuk share dengan korang semua...

teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya...

sepi tiada jawapan masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci. mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam .lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku..
"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu..
"tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam...
balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....

NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......
"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan... Best baca sampai abis!!!. It's true.

To share..Dari Ilham seorang lelaki.. As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata, FreeeDoMmmmmla h!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth....

Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki....lantai dah berbelak, tak dimop...Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya.. So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita,sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!! And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!!
__._,_.___

"HARGAILAH ORANG YANG KITA SAYANG"


Thursday, May 13, 2010

~Jawapan Teka-Teki Part III~

Salam semua..

Oleh kerana tempoh teka-teki sudah pun tamat, so aku nak bagi tahu apa jawapan untuk teka-teki part III yang berlangsung selama 2 hari.

So, jawapannya adalah :

*
*
*
*
*
*
*
*

~HANDBAG~


Dan pemenang yang tepat dan pantas menjawab teka-teki ini adalah

ALYYANI


Note: Alya, emailkan nama, alamat dan num hp yea ke alfidah_adim@yahoo.com.


TQ


~Murtabak Maggi Simple~

Malam tadi makan malam kami selain makan nasi aku tibe-tibe nak try buat 'Murtabak Maggi'.  Ini cubaan aku untuk kali kedua.  Officemate aku yang ajar.  Apa lagi aku suka bab-bab mencuba nie tapi yang senang-senang jealah.  Lepas jea solat maghrib aku pun mengeluarkan bahan-bahannya.  So simple.  Aku tak pernah pun tengok cam ner rupanya.  Main buat jea.  Ada sesiapa yang pernah makan???
Mari kita tengok...Bahan-bahannya pun memang mudah.

Bahan-bahan :
(Saiz hidangan 2-3 orang)

1 Bungkus Maggi ( Apa-apa perisa yang digemari)
1 Labu Bawang Besar ( Dicincang/Dipotong Dadu)
2 Biji Telur (Saiz A)
1 Tangkai Cili Merah ( Dicincang)
2 Sudu Minyak Masak ( Untuk Menggoreng)

 Inilah bahan-bahannya.  Mula-mula maggi direndam dalam air panas dan di toskan

 Pukul telur bersama bawang besar, perencah maggi dan cili merah (aku tak cincang pun).
Main potong jea cili tue. Kemudian masukkan maggi ke dalam telur yang telah dipukul tadi sehingga sebati.
Selepas itu, panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng murtabak maggi hingga masak.

Inilah hasilnya...

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tadaaaa.....

Murtabak Maggi

 
 Tak tahulah betul ke tak yang aku masak nie.
Aku nak suruh kawan aku tengok gambar nie betul ke ini rupanya.
Hehehe...

 Inilah rupa di dalamnya

 
  Sedia dihidangkan...

Note: Afni, akak da try da buat resipi yang afni bagi tue..betul ke tue???

Monday, May 10, 2010

Teka-teki : Part III

Salam semua...

Hari nie rasa cam nak buat teka-teki untuk kali ketiga. setelah mendapat idea tergerak nak buat teka-teki ini. Just tengok pic kat bawah nie yea..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
FYI, gambar di atas adalah pressie @ cenderahati yang aku tolong belikan untuk kawan aku a.k.a kak aziya yang bertukar tempoh hari.

Aku just nak korang teka :-


"Apakah pressie @ cenderahati yang dibeli itu?"

T&C Teka-teki ini :

1) Terbuka kepada semua
(follower ataupun bukan follower, blogger ataupun bukan blogger, pengunjung tegar ataupun tidak)-my officemate tidak dibenarkan

2) Tekalah sebanyak mana pun
(tapi satu jawapan untuk satu komen)

3) Tinggalkan jawapan teka-teki korang dekat entry nie yea

4) Jawapan Teka-teki diterima sehingga jam 10 am pada 12/05/2010

5) Hanya penyertaan yang tepat&terpantas akan dikira sebagai pemenang Teka-teki Part III

HADIAH:

1) Barangan Tupperware Brands
2) Barangan HR Marketing
3) Baucar 20% sumbangan sweetlovelyshoppe

 
Cepatlah Teka Yea!!!

SELAMAT MENEKA DAN MENCUBA


Sunday, May 9, 2010

~Jamuan Mengenang Jasa~

Hari Jumaat lepas ada jamuan meraikan seorang rakan yang akan bertukar ke IPD Melaka.  bos namakan majlis mengenang jasa bukan majlis perpisahan.  seperti biasa hari jumaat di ofis memang pagi ada bacaan yasin.  so, selepas baca yasin terus buat sekali majlis untuk rakan aku tue Aziya Hanim memandangkan hari jumaat adalah hari terakhir beliau berkhidmat bersama kami.

Seperti biasa majlis bermula dengan ucapan oleh bos.

yang tudung pink tue bos bahagian aku. muda lagi tau
sedang memberi ucapan

inilah keadaan kami semua sepanjang majlis dijalankan.  majlis dibuat secara kecil-kecilan sahaja.

Semua sedang kusyuk mendengar ucapan daripada bos.
yang sebelah kanan sekali adalah orang yang diraikan.

Semasa acara memberi cenderahati untuk Kak Aziya orang yang diraikan.
hadiah disampaikan oleh my bos bahagian PSM.
Terimalah cenderahati yang tak seberapa daripada kami.

Gambar selingan semestinyalah mesti aku. hehehe.
tak sah kalau aku tidak bergambar.
aku suka bergambar.hehehe
sedang menjamu selera.
aku dengan kak nisah

my officemate

Buat AZIYA HANIM

Selamat Bertugas Di Tempat Baru dan Jangan Lupakan Kami Di Sini Yea...

"Sebuah pertemuan tidak semestinya berakhir dengan sebuah percintaan, Tetapi sebuah percintaan bermula daripada sebuah pertemuan, Yang Pasti setiap pertemuan Adakalanya berakhir dengan sebuah perpisahan, Dan setiap pertemuan itu mempunyai secebis kenangan"

Note: Sedih bila berpisah dengan rakan-rakan.  kena sesuaikan dengan kawan baru pulak.



~Happy Mother's Day~

~Selamat Hari Ibu!!!~

Ucapan ini aku tujukan khas buat bonda yang sangat aku cintai dan sayangi, Pn Hajah Saedah.


Kepada mak, along ingin ucapkan Selamat Hari Ibu!!!
Along sayangkan mak.  Mak yang terbaik.


Tidak lupa juga kepada ibu mertuaku, Pn Hajah Noriyah, Selamat Hari Ibu!!!
Terima kasih di atas segalanya.

Inilah mak dan mak mertua aku
L-My Mom In Law
R-My Mom



Akhir sekali ucapan Happy Mother's Day untuk semua kawan-kawan blogger yang bergelar ibu.
Semoga kita menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita.
InsyAllah...


Note: Alya saya amik gift di atas nie...

Thursday, May 6, 2010

~Bila agaknya aku akan menjadi berani???~

Penakutkah aku???hehehe...sedih jea kan bunyinya.  Bila agaknya aku akan menjadi berani untuk MEMANDU kereta???ermmm no komen untuk diri sendiri.  aku bukan tak pernah drive kereta.  tapi itulah keberanian sudah hilang dalam diri aku.  sekarang nie ketakutan mengatasi segalanya.  kereta aku yang ada sekarang manual.  pernahlah drive beberapa kali selepas asben beli kereta.  seingat aku 2 kali aku drive pi jalan-jalan dengan kawan aku.  sebelum tue aku pernah sekali drive balik dari tempat kerja untuk balik rumah.  masa tue asben ada kursus.  so, asben anta kereta kat ofis aku then aku drivelah balik.  Berani pulak kan??? aku pernah gak drive dari rumah mak mertua aku nak balik ke rumah aku.  masa tue asben naik motor.  Berani pulak kan???sekali masa mengandungkan adriana masa tue 5 bulan.  masa tue ayah aku baru baik sakit, ayah aku teringin nak makan mee sup dekat tempat kegemarannya.  aku dengan beraninya menawarkan diri untuk bawak mak dan ayah aku pi kedai makan.  masa tue asben dan adik semua tak de dekat rumah.  Berani pulak kan???lepas tue terus tak drive da lepas perut aku besar asben tak bagi aku drive lagi.  asben kata pas bersalin baru boleh drive. 

Aku takut sangat bila tang bukit tue mesti wajiblah mati enjin.  mungkin sebab aku nie jarang-jarang drive, bila sesekali drive ada benda jadi jea aku jadi trauma.  Nak-nak kalau bab-bab mati enjin, memang cuak giler aku dibuatnya.  oh tidak!!!daripada aku mengambil risiko asyik mati enjin di tengah jalan baik aku jangan drive langsung.  ada asyik kena hon jea. hehehe...tapi tuelah tak best kalau tak pandai drive nie.  asyik nak kena tunggu asben jea.  jadi pergerakan pun sangatlah terhad.

manual gear (pic google)

Aku rasa aku memerlukan kereta auto lah.  senang sikit kot.  ada gak kawan aku yang takut drive manual tapi bila drive auto ok jea katanya. 

auto gear (pic google)

Akan dikumpulkan semangat untuk memandu supaya senang aku nak bergerak ke sana ke mari.  kena beli kereta lagi satu ler nie kan???

Ada sesiapa tak yang penakut nak drive macam aku nie???
Ada sesiapa tak yang penakut nak drive tetiba da menjadi berani???
Bagilah semangat sikit.

Note: Harapkan sesuatu perubahan untuk diri aku??

Note 2: Entry nie ditulis petang semalam masa tunggu asben tak sampai2..
Jam sudah pukul 6 ptg

Wednesday, May 5, 2010

~Cerita-cerita menarik~

Tak tahu nak cerita apa...sekarang rutin harian aku bile balik kerja terus jea cepat-cepat mandikan adriana sebab nak kejar 6.30ptg nak duduk di depan tv.  apa lagi kalau bukan pasal AdaMaya.  yang geram episod semalam ada si Maya nak mintak cerai daripada suaminya.  da dapat suami baik isteri pula yang buat hal.  emosi pulak bila tengok cite2 macam nie.  hehehe...yelah mungkin realiti ada yang berlaku.kesian pada Adam.  nak2 bila Maya kena tangkap khalwat tue.  nie memang akan aku kejar masa sebab tak nak ketinggalan nak tengok episod nie.

Setiap hari Isnin-Khamis
Jam 6.30 petang


Sebalah malam pula kalau tiap malam pulak suka tengok cite Aalia Astro Prima.  mula-mula nak mengikuti sangat tapi bila da mula tengok mulalah penyakit berjangkitnya datang nak tengok episod seterusnya.  tapi cite nie kejap jea.  setengah jam jea dari pukul 9.00-9.30malam jea.

(gambar diambil daripada manggaonline)

Kalau ari selasa hingga khamis jam 10.30 malam aku suka tengok cite Asmaradana lakonan Tiz Zaqyah di TV3.  suka tengok lakonan Tiz Zaqyah daripada cite Nur Kasih.  Memang sungguh menyayat hati cerita nie.  kesian dekat Amran.  cerita nie da pun abis episodnya semalam.  akhirnya Amran mati.  betapa cintanya Amran terhadap Tengku Azizah.  pas nie apa cite pulak aku nak tengok ek??

Dan akhir sekali yang aku suka tengok Mertua vs Menantu.  memang sangat mengikuti dari siri yang lepas.  suka tengok perihal mak mertua si erra fazira.  aku pernah tengok cerita nie dengan mak mertua aku.  punyalah geli hati bila mak mertua aku tengok cerita nie.  kelakar tengok gelagat mak mertua nurul ain.

Itu jealah aktiviti aku selepas pulang dari kerja.  duduk tengook tv dengan adriana.  kalau aku tak online untuk cek email, fb atau berblogging itulah kerjanya.

aku kena mengisi masa lapang aku supaya tidak kebosanan sebab asben sekarang sibuk dengan tugasnya dan sibuk dengan menguruskan rumah cendawannya.  kesiankan aku???selalu ditinggal2kan.  kadang selalu tanya asben tak pi umah cendawan tak boleh ke???hehehe

Sekian...

Note: Ada macam karangan tak???

~Makan Malam Kami~

Makan malam kami malam tadi Asam Pedas Ikan Jenak.  yum yum...delicious...hingga menjilat jari.  hari nie tekak terasa nak makan luar.  nak makan asam pedas pulak. padahal hari sabtu lepas baru pi makan asam pedas dengan JUE.  tekak macam orang mengandung pulak.  nak makan macam-macam.  tapi belum mengandung lagi yea.  InsyAllah akan datang.  hehehe...kalau nak makan asam pedas aku suka pi dekat Apple Burger.  tempatnya takler jauh dari tempat yang aku makan dengan JUE.  depan jea.  bersebelahan dengan hotel straits meridian.  ada orang kata tak sedap.  tapi ikut tekak masing-masing kan.  tekak aku kata sedap jea.  aku suka makan sebab ada ulam-ulam.  yang penting ada petai.  dulu aku tak reti makan petai.  my asben yang ajar makan petai nie.  sekarang mesti nak cari.  sedap rupanya petai nie.  ada sesiapa yang tak makan petai??

Lagipun saje makan kat luar sebab asben asyik sibuk jea minggu lepas.  tak dapat nak luangkan masa nak bersantai bersama-sama.  minggu lepas asben keje sampai lewat malam.  so, aku dan adriana bertapa saja di rumah.  nie pun keluar kejap jea setakat pi makan sebab asben sibuk pulak nak menguruskan rumah cendawannya itu.

So, jom layan gambar kami sedang menjamu selera bersama asam pedas kami.

Inilah pinggan makanan aku. 

Asam Pedas Ikan Jenak

Adriana pun sedang menjamu selera yea.

asben aku juga sedang menjamu selera yea


selesai makan.  sesi mama dan adriana bergambar pulak

sekadar selingan.  kucing nie nak makan agaknya.
menunggu orang bagi makan

Note: Suka jalan-jalan sambil mencari tempat makan yang best-best

Note 2: Autopublished.  Entry da buat malam tadi.