Monday, December 21, 2020

Pertunangan Adibah dan Helmi

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Alhamdulillah, majlis pertunangan anak buah telah berlangsung pada 20 Disember 2020 dengan begitu lancar dan santai setelah tertangguh sejak beberapa bulan lepas akibat PKPB di Selangor. Majlis secara kecil-kecilan dan hanya ahli keluarga sahaja yang ada. 

Sebelah lelaki pun tidak sampai sepuluh orang. Masing-masing tak berani nak jemput ramai-ramai. Musim-musim sekarang ni memang kita menjadi paranoid. Aku baru habis sesi mendebarkan. Letih dibuatnya.

Majlis bermula dalam jam 11.30 pagi. Kami sudah bersiap-siap awal. Kakak sepupu aku jemput aku di rumah jam 9.30 pagi memandangkan aku balik ke Melaka menaiki bas. Jadi non hado kereta. Pikul segala baju yang nak dipakai.

Makanan upah katering. Zaman aku dan kakak sepupu tidak lagi memasak sendiri macam zaman mak-mak kita orang. Kekangan masa yakmat!

Marilah bercerita berdasarkan gambar.

Hantaran pihak perempuan. Towel tu kononnya nak buat swan tapi itulah swan kami terjulur sangat dan sudahnya kami buat kotak.

Kakak dan abang sepupu aku. Zaman dia orang berdating aku jadi penyibuk. Ada masa kakak sepupu aku angkut aku sekali waktu dia orang keluar.

Lima beradik itu. Melayan abang iparnya. Dari kiri, nombor dua, sulung, ketiga, bongsu dan keempat. Aku mengulit dia orang berlima dari dia orang lahir.

Aku dan Adibah. 

Kami berdua lagi. 

Sementara nak menunggu rombongan lelaki sampai. Kami pun bergambarlah tak sudah-sudah.

Pakcik-pakcik kecik melayan si Amanda.

Rombongan lelaki pun tiba.

Tema biru semuanya.

Belah kami tema coklat.

Perempuan-perempuan dalam keluarga.

Dari kiri: Naura Firzanah, Amanda Dareena, Muaz Saifullah dan Muhammad Ammar Qayyum.

Adibah dan bakal mak mentua.

Adibah dan uminya sekali.

Aku dan kakak sulung Adibah dan anaknya, Adam Dreezky.

Kedua-dua belah keluarga.

Le Familia.

Kami punya persamaan. Kami anak sulung. Nama mula dengan A. Aku, Alfidah. Dia, Amirah. Anak sepasang. Sulung perempuan, kedua lelaki. Ada orang tegur, suami kita orang ada iras macam adik-beradik. Suami lain-lain ya. Hahaha. Suami pun nama huruf A juga. Suami aku, Affendy. Suami dia, Alfie. 

Mak ayah lelaki dan perempuan.

Aku dan kakak sepupu aku. Kami memang rapat sejak aku kecil lagi. Kak Wati ni yang melayan aku masa kecil. Dia anak tunggal. Jadi memang aku mengikut dia aje sampailah sekarang. Anak-anak dia kata aku ni arkib umi dia.

Dan inilah, hantaran mereka.

InsyaAllah, lagu Selamat Pengantin baru akan kedengaran selepas Syawal tahun hadapan. Semoga dipermudahkan segala urusan kami. Akhir sekali, tahniah buat Adibah dan Helmi. Dugaan bertunang ni haruslah dikendalikan dengan baik. Paling penting komunikasi yang baik. Pesanan pakar rumahtangga. Hahaha.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Monday, December 14, 2020

Sambutan Hari Lahir Adik

Assalamualaikum.

Tempoh hari 5 November 2020, hari lahir adik aku yang ke 35 tahun. Dah tua bangka. Hahaha. Mak masih panggil dia adik. Ini ajelah adik yang aku ada. Dua beradik kan. Kebetulan masa hari lahir dia aku balik Melaka. Anak-anak aku memang ada kat Melaka sejak JB zon merah. Dua-dua tak nak balik JB. Lagi pun transit tak buka. Siapa nak jaga budak dua tu masa aku kerja.

Jadi aku dan adik ipar plan untuk buat makan-makan. Pagi tu kita orang dok memikirkan nak makan apa petang itu. Aku suruh adik aku jemput anak-anak aku kat rumah mak mentua. Dapatlah kami berkumpul di rumah. Sekarang nak berkumpul pun ada macam rasa was-was. Bukan apa kita datang dari luar. Nak jumpa mak ayah. Kadang jadi paranoid. Sanitizer pikul ke hulur ke hilir. Yang air yang gel.

Baiklah, kembali ke cerita hari jadi. Sudahnya kita orang order shellout. Aku tukang menggoggle mana ada shellout yang delivery. Sejak ayah sakit, kita orang memang makan kat rumah sebab kesian ayah tinggal sorang pula. Biarlah dia depan mata kita orang. Nanti kesian dia nak ikut lepas tu endingnya dia tak selesa nak duduk.

Ini saja yang ada. Aku jemput kakak sepupu aku. Dia macam kakak aku dah. Aku pun dah macam adik dia sebab dia anak tunggal. Anak buah mak aku. Kira sama anak-beranak.

Ini set shellout yang kami order. Aku jumpa kedainya di FB.

Sesi meletakkan makanan di atas tempatnya.

Ini pun dah kira meriuhkan suasana.

Longgokan shellout.

Kek birthday untuk besday boy.

Inilah adik aku.

Kami menikmati hidangan dengan begitu menyelerakan.

Lauk-pauknya sedap.

Memang recommended. 

Inilah kedainya yang aku order shellout untuk birthday adik. Cukup rasa semuanya. Sambal dia memang terbaik. Cubalah tapi tekak kita lain-lain. Lain orang lain seleranya. Sedap kat tekak aku tak semestinya sedap kat tekak orang lain tapi kalau nak mencuba tak salah pun kan.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, December 10, 2020

Sudah ke Disember

Assalamualaikum semua.

Apa khabar?

Lamanya aku tak bersiaran di sini. Kali terakhir menulis di sini bulan lepas, kalau tak silap. Konsep menulis sekarang sebulan sekali gamaknya. Jujurnya, rindu nak menulis. Tersangat rindu tapi itulah. Aktiviti lain sudah melelahkan dan sudahnya aku pilih untuk tidur.

Gitulah ending aku hari-hari walaupun hari-hari berazam nak siapkan manuskrip. Nak tulis blog. Nak tulis cerpen, nak itu, nak ini. Niat aje jalan dulu bak kata kawan aku.

Paling sadis apabila aku dah bersemangat duduk depan komputer, tarik nafas dalam-dalam dan lepas, siap pasang essential oil Young Living, endingnya aku writer's block. Sadis kan?

Baik nak tulis santai-santai ke atau yang tak berapa nak santai, tetap writer's block. Benarlah, writer's block itu wujud gais.

Nak mulakan entri ini pun puas juga aku mencari topik. Sebenarnya banyak saja ceritanya cuma masa nak bercerita itu yang tak ada. Kadang malas pun punca utamanya juga. Oh malas, kenapalah kau wujud?

Tahun lepas, waktu-waktu begini aku sudah hantar manuskrip aku kepada penerbit untuk dinilai. Tetapi tahun ini masih terumbang-ambing hidupnya. Payah sangat nak sambung. Payah sangat nak jumpa kata tamat. Mohon doakan aku diberikan ilham.

Masalah utama pasal ilham ataupun idea. Dia akan muncul waktu-waktu kau dalam kereta, tak pun masa sedang sibuk kat dapur. Eh, dah kenapa? Menjelang nak ke komputer idea pun hilang. Kah!

Begitulah kisahnya serba-sedikit. Gambar di atas pun tak ada kaitan. Sekadar gambar perhiasan. Aku rindu nak berjalan-jalan macam dulu. Rindu sangat-sangat tapi buat masa ini dapat balik Melaka pun dah kira bersyukur pada aku.

Cukuplah melalui tempoh PKP yang terasa panjang. Tiga bulan lebih tak dapat balik Melaka, tak dapat jumpa mak ayah, tak dapat tengok rumah. Terseksa rasanya. Hari-hari bermain dengan air mata. Aku kan kalau tak menangis tak sah.

Okeylah, cukup sampai sini dulu. Nanti bersambung lagi. Semoga kerajinan ini tetap ada. Walau apapun menulis itu tetap dalam hati aku.

Salam pena,
Fyda Adim