Pages

Wednesday, February 27, 2013

~Steamboat & Grill Di Restoran Api Api~

Assalamualaikum...

Bersambung lagi menulis untuk cerita yang lain tapi masih hari yang sama iaitu hari jumaat lepas.  Sebelum jumaat menjengah kembali baik aku ceritakan kejadian jumaat lepas.  Kalau tidak memang terperam dan akhirnya terkubur sahaja cerita ini.

Kan dah kata lately nie aku memang dihidangkan dengan makanan sahaja.  Nak-nak kalau asben kata nak makan luar terus lompat bintang 10 kali.  Tak payah nak lompat banyak kali sebab nak sampai 10 pun belum tentu.  Huahuahua..Okey, serius tak lawak.

Berbalik kepada tajuk di atas, sebelum aku melalut ke lain.  Nak dijadikan cerita minggu lepas asben ajak makan steamboat bersama rakan seperjuangannya.  Kawan dia yang ajak ke sini sebab pada aku laki aku tak reti steamboat-steamboat nie.  Boat kastam dia tahuler kot.  Heeeee...

Jumaat malam lepas maghrib kita orang keluar rumah setelah berhempas pulas menyediakan kerja iaitu hobi baru laki aku.  Aku suka gak tapi tak rajinler nak membelai bagai.  Takat bagi makan ke bolehlah.  Nak cuci no way!!Yang penting rumah kami sudah ada ruang mencari ketenangan. 

Kami sampai di depan Restoran Api-api.  Berhadapan dengan Aeon Bandaraya.

Inilah meja kita orang.  Masih menunggu yang lain-lain datang.

Inilah persekitarannya.  Masa nie belum ada pengunjung lagi.

Ammar dah hentam aiskrim.  Budak nie kalau jumpa makanan memang tak tentu arah hidupnya.

Dimulakan dengan bismillah.  Sesi makan sedang berlangsung, aku tue apsal dok belek tab tue.  Tengah whatsapp dengan Kak Nisah rasanya.  Huhuhu..

Aku sedang menikmati makanan dengan adriana.

Ammar dah paans bontot masa nie.  Dah tak boleh dok diam.  Ada jea nak berjalan-jalan. 

Untuk mengawal situasi aku bagi tengok upin ipin.  Yang masih makan ada, yang dah menyandar pun ada. 

Betapa tamaknya aku.  Ini makanan depan aku.  Nasi siap tambah dua kali tapi suruh asben yang amik.  Tak adalah orang tahu aku kuat makan.

Memang kenyang betul.  Sampai sendat-sendat perutlah.  Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.  Heeee..Tapi jean okey lagi.  Takut tercabut butang jea. 

We love Api api.  Bergambar beramai-ramai di meja makan.  Jangan kata berapi, berasap pun ada.  Makan depan dapur tue memang panas, berpeluh-peluh.

Masing-masing dah ready nak balik tapi mestilah bergambar.

Bergambar di luar restoran.  Tempat nie boleh tahan jugaklah makanannya.  Thumb up.  Macam krew JJCM jea kita orang nie.  Model pegang we love api api masih sama.  Pada sesiapa yang belum pernah ke sini atau yang datang ke Melaka bolehlah singgah makan di sini.  Harga untuk seorang adalah RM25.  Kanak-kanak atas 7tahun kot baru kena bayar.  Itu tak pasti sebba anak-anak aku tak kena bayar.  Itu sahaja cerita untuk tengahari ini.  Bersambung lagi jika aku punya kelapangan.







                                                                                                                  

~Majlis Meraikan Kakitangan~

Assalamualaikum...

Selamat pagi rabu dan selamat pagi untuk semua.  Mencari mood untuk menulis di sini.  Sedang mencari ruang juga untuk yang lain.  Berhenti kejap buat kerja di atas meja untuk aku coretkan di sini mengenai kejadian jumaat lepas di opis.

Sebelum entry ini basi sebagai draf baiklah aku ceritakan sedikit.  Jumaat lepas ada majlis meraikan kakitangan yang menyambut hari lahir dan juga meraikan seorang kakitangan yang akan berhijrah ke tempat baru iaitu Aidil.  Dia dah dapat kerja tetap.  Itulah yang diadakan majlis pada minggu lepas.

Inilah orangnya, Encik Aidil.

Siapa kenal??Sila angkat tangan.  Dia memang akan ada dalam blog aku nie.  Ini kak nisah.  Apalah yang dibualkan tue.

Rupanya berbual dengan Hj. Gapal dan Encik Fadil. 

Hadiah untuk Aidil sebagai kenangan dari JKMN.

Hadiah-hadiah yang ada untuk hari itu.

Seperti biasa majlis dimulakan dengan bacaan yassin.

MC pada hari itu adalah Kak Sham

Tekun mendengar pengarah memberi ucapan.

Selesai baca yassin.

Pengarah menyampaikan cenderahati untuk Aidil.

Kek dari SR.  Ini kek untuk orang yang lahir bulan Januari.

Ini pulak kek untuk orang yang lahir bulan Februari.

Sesi memotong kek.

Inilah orang yang tolong aku tangkap gambar.  Tq PM shortform namanya Puan Mardiana.  Sekian entry untuk pagi ini...







                                                                                                                  

Tuesday, February 26, 2013

~Cerita Makan Lagi~

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Pagi selasa yang nendamaikan hati. Update sikit dekat blog sebelum meneruskan kerja-kerja yang ada. Tak sedap badan sebenarnya, tekak sakit. Telan air liur perit jea. Ditambah lagi dengan hidung yang tersumbat. Adoi. Tak baik mengeluh. Bukan ke sakit itu penghapus dosa kecil?

Okey berbalik pada tajuk, malam tadi asben bawak aku dan anak2 makan di kedai. Berehat daripada masak. Kang cakap malas malas salah pulak, so istilah yang baik adalah berehat.

Inilah santapan kami anak beranak malam tadi.


Mee bandung untuk asben


Kerang untuk adriana


Nugget untuk ammar


Otak2 untuk kami


Nasi goreng tom yam untuk aku semestinya. Perut aku mesti cari nasi punya.

Itulah makanan kami untuk malam tadi. Syukur atas rezeki untuk kami sekeluarga. Hari nie tak tahu apa pula santapan untuk kami.
Minggu nie memang banyak cerita pasal makan jea sebab aku tengah mood makan. Berselera jea. Sekian dulu.

Monday, February 25, 2013

~Makan-makan Untuk Hari Ini~

Assalamualaikum

Dah petang baru dapat menjengah blog dan nk update blog.  Busy sangat.  Kat rumah busy sebab sedang fokus terhadap sesuatu benda.  Tak tahu tercapai ke tak benda yang difokuskan tue.InshaAllah.

Okey, last update hari jumaat pasal makanan.  Hari nie pun nk cerita pasal makan.  Makan jealah kerjaan aku sekarang. 

Pagi tadi tapau nasi lemak berlaukkan sambal paru.  Lunch tadi drive thru pulak kat mcd.  Tujuan utama keluar nak isi minyak.  Haruslah mira mokhtar teman. Itu yang terus drive thru sebab kafe kat ofis tutup.

Itu jealah cerita boringku.  Aku tulis pun boring apatah lagi yang membacanya.  Huhuhu.  Jangan serik baca yea.  Nanti nak cerita kisah makan di restoran api api.  Tungguuuu

Friday, February 22, 2013

~Hari Makan Sedunia~

Kembali lagi dengan entry kedua untuk hari ini.  Masih entry mengenai makan!!Pagi tadi makan tengahari makan.Lately nie, aku dan makanan tidak dapat dipisahkan.Di mana2 asyik nampak makanan dan mesti makan.Semedangnya lapar.Ada laki den kata makan tak baca bismillah.Oh no!!

So tengahari tadi ke mydin. Mana lagi nak pegi kan.  Beli tauhu bakar, keropok lekor dan aiskrim.  Banyak tak aku makan.  Beli aiskrim tue sebab mira mokhtar.Tak dapat makan aiskrim baskin robin, dapat makan aiskrim 3 hengget pun jadilah.Dia pun aku tengok kuat makan hari ini.  Berjangkit dari aku.  Biarlah dia makan banyak sikit boleh besar sikit.  Dok kemetot jea.huahuahua.jangan marah almera!

Sekarang tengah menyandar kekenyangan.  Sekian

~Santapan Pagi Ini~

Assalamualaikum

Selamat pagi jumaat.  Semoga berada dalam keadaan ceria dan sentiasa diberkati.  Pagi ini ada bacaan yassin, sambutan kelahiran bulan januari dan bulan februati serta jamuan perpisahan aidil.  Full story inshaallah later ya!

Inilah santapan pagi ini.  Nasi lemak dan kek SR.  Okey, entry pendrk sebab makanan depan mata sudah memanggil-manggil.

Sekian dulu.  Jemput makan yea.

Thursday, February 21, 2013

~Selamat Hari Lahir Buat Muhammad Ammar Qayyum~

Assalamualaikum...

Ammar sudah genap 2 tahun hari ini 21 Februari 2013.  2 tahun lepas waktu-waktu macam nie sedang berjuang, menahan sakit di dalam bilik bersalin.  Bila sakit itu datang aku cuba menahannya.  Memang sakit bersalinkan ammar lebih kuat daripada melahirkan adriana.  Ammar lahir tepat jam 2.30 petang.  Dilahirkan secara normal di Hospital Besar Melaka.

Mama cuma nak ucapkan selamat hari lahir buat anak mama.  Semoga ammar sentiasa menjadi anak yang soleh, mendengar kata mama dan papa, serta menjadi seorang anak yang cerdik, bijak dan akan menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti.  Amin..amin..amin..Itulah doa mama yang sentiasa mengiringi anak-anak mama baik untuk kakak atau adik.

Jom tengok gambar ammar yang agak terbaru masa kita orang berjalan-jalan di zoo melaka dan banda hilir.  Layankan saja gambar-gambarnya ammar qayyum.  Untuk besday ammar, mama tak ada plan apa-apa pun.  Mungkin mama akan bake cake untuk ammar macam kakak dan kita makan-makan jea.  Itu saja untuk tahun ini.

Menginjak ke angka 2, ammar sudah pun boleh menyebut beberapa patah perkataan.  Mama, papa, kakak nana, nenek, atok.  Yang lain masih dalam proses lagi.  Kadang macam terkeluar apa yang disebutkan tue.  Lain anak, lain caranya.  At least bolehlah dia menyebut.  Pelan-pelan yea nak.

Oklah itu saja entry untuk besday ammar untuk hari ini.  Oh iye, ammar dah dapat besday present daripada nenek.  Nenek yang excited.  Maknya cool jea.  Nanti aku tunjukkan apa hadiah untuk ammar dan adriana yang lepas.  Lepas nie besday nayli pulak.  Tunggguuuu..





                                                                                                                          

Wednesday, February 20, 2013

~Makan Dan Stress~

Wah..blog berupdate.nak cerita kebelakangan nie penyakit aku dah datang balik.  Penyakit apakah?penyakit nak makan.bila lambat makan pening, mabuk semua ada.  Mula tak kena.  Kadang sampai tahap gigil.  Huh!ini semua laki den tak boleh dengar.

Pagi tadi aku makan mee kari.  Pukul 12 perutku sudah mula berkeroncong bukan main rancak sekali.  Aduh memang tak boleh jadi.  Dan2 tue ajak mira mokhtar turun bawah tapau nasi.  dalam gambar tuelah menu lunch aku tadi.

Tengahari dah makan nasi belum balik aku ngadu lagi pada mira dan kak nisah yang aku lapar.  Ada mura kata aku membela.huahuahua.bela apa?cacing kerawit.

Dan sekarang aku baru lepas bedal burger.  Tak cukup satu tapi bedal sekali dua.  Oh memang tak boleh jadi.  Teruk penyakit nie kalau berlarutan.  adakah sebab aku stress?hanya aku saja yang tahu.  Memang stress pun.

~Hari Lambat~

Assalamualaikum

Selamat pagi rabu.  Rabu yang ceria.  Ceria ke?Hari lambat untuk aku.  Terjaga lambat pukul 6.15 pagi, keluar rumah dah tentu lambat.  Kereta banyak, jalan asyik kena lampu merah jea.  Memang dah sah2 lambat.  Hujan pulak tue tapi tak lebat.

Aku kena hantar ammar dulu then hantar adriana pula ke tadika.  Sebab hujan takkan nak suruh ayah aku hantar.  Alang-alang dah memang lambat, biar lambatlah.  Asben mesej suh drive slow2.  Berapa slow mahu drive?huhuhu

So punch card pun melebih-lebih dari waktu asal.  Lambat banyak okey ari nie.  Aku sampai opis dan punch card pukul 8.27 pagi.  Huh!!Sekian dulu cerita pagi nie.  Nak buat keje dulu.  

Publish!

Tuesday, February 19, 2013

~Header Blog Yang Baru~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.  Korang dah lunch?Aku mestilah dah.  Mana boleh tak lunch, kang ada yang menggigil samapi sakit kepala.  Ini semua laki aku tak boleh dengar nie.  Huh..Aku lunch makan nasi berlaukkan asam pedas, ayam goreng, sayur kacang dan juga ikan masin.  Sedap kan..Ada lebih mesyuarat tadi dan me tumpang sekaki.

Okey, tajuk atas pasal header tapi cerita pasal makan.  Memang nak cari pasal kan?Ada yang perasan header aku sudah pun bertukar baru.  Kak Zura yang tegur dulu.  Header nie bff aku yang tolong buatkan.  Kalau aku buat memang tidaklah menjadinya.  Simple header mungkin boleh kot buat kat photoscape tue mampulah.  Hah ayat berlagak..Tapi nak crop-crop nie tak reti aku.  Thanks to my bff yang sudi membuatkan header untuk aku.  Thank you yang!!!ahakss...

Ini header lama yang hampir setahun jugak kot aku menggunakannya.

Dan inilah header terbaru aku....Tadaaaaa...Cantik tak???I like!!!!Dan-danlah ada gambar aku sorang tercongok kat atas tue.  Malu i..Huahuahua.. Itu saje cerita mengenai blog aku.  Buat mira mokhtar, jangan jeles okey dengan header baru ahkak.  Larikkkkkkk!!!