Tuesday, August 30, 2016

Persiapan Perkahwinan Anak Buah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat petang. Majlis perkahwinan anak buah aku hanya berbaki tiga hari sahaja lagi. Majlis pernikahannya akan berlangsung pada hari sabtu ini selepas asar. Malamnya pula majlis berinai dan ahadnya pula majlis resepsi.

Selasa lepas, aku cuti memandangkan anak buah aku juga cuti. Kami merangcang untuk menyiapkan hantaran perkahwinannya. Masa sudah suntuk jadi terpaksa juga buat hari itu. Hari itu memang kita orang pulun habis.

Sebelum menyiapkan hantaran kita orang pulun nasi lemak dulu. Agak-agaklah kan apa yang akan jadi kalau dah ko mencekik nasi lemak.

Kabus-kabus rindu yang menunggu giliran untuk dibalut.

Anak buah aku sogok secawan teh susu untuk aku.

Baru bertiga yang buat kerja tapi dia punya riuh macam tiga puluh orang.

Semangat masing-masing. Poyo je lebih ni.

Sebahagian kabus yang sudah siap.

Antara hantaran yang sudah siap dihias.

Aku siapkan benda alah ni untuk candy booth.

Semuanya sudah siap diprint.

Tag makanan pun sudah siap diprint dan digunting.

Sebahagian makanan yang sudah dibeli untuk diletakkan pada candy booth nanti. Itu sahaja persiapannya. Nantikan pula ceritanya pada majlisnya pula. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Myra Mokhtar Dah Kawin

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Entri ini adalah sambungan daripada entri ini. Majlis resepsi Myra Mokhtar berlangsung pada 16 Julai 2016 bersamaan hari sabtu. Hari pernikahannya juga jatuh pada hari yang sama dan majlis penrikahannya berlangsung pada sebelah pagi. Sebenarnya itu majlis perkahwinan kakaknya. Memandangkan orang tuanya suruh buat sekali, makanya dia kongsikan hari bahagianya bersama kakaknya sekali.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya dia agak kalut sikit. Bertemu jodoh dengan seorang askar dan proses perkahwinannya memerlukan beberapa prosedur yang agak rumit. Baru aku tahu nak melangsungkan perkahwinan dengan askar bagaimana caranya. Hatinya lega saat sebelah lelaki selesai urusannya.

Pagi tu aku terus ke dewan. Sepatutnya aku nak ke masjid untuk menyaksikan detik-detik bahagia kawan aku saat diijabkabulkan, namun apakan daya. Aku perlu menguruskan candy booth pengantin. Lagi pun lokasi masjid tidak berapa aku tahu jalannya.

Kawan Myra Mokhtar kirimkan gambar ini melalui whatsapp. Alhamdulillah. Itulah yang terdetik dalam hati sewaktu menerima kiriman gambar ini. Kawan aku dah kawin!

Kami selaku bridesmaid.

Pelamin untuk pengantin.

Candy booth yang ringkas buat mereka. Last minute planning, ini saja yang termampu dilakukan.

Photobooth yang terletak di luar dewan.

Kami berempat sempatlah jugak bergambar depan photobooth walaupun aku ke hulu ke hilir melayan tetamu dari pejabat.

Pengantin-pengantin yang cantik menawan.

Yang baju coklat lelaki dan perempuan itulah mak ayah pengantin.

Gambar penuh photo booth.

Ini bergambar pula dengan kawan-kawan lama pejabat. Sebelah kanan dah bersara, sebelah kiri sudah bertukar tempat kerja.

Bergambar dengan pengantin pula.

Pengantin bersiap sedia mahu diarak masuk ke dalam dewan.

Kakak Myra Mokhtar bersama pasangannya.

Myra Mokhtar bersama pasangannya pula. Bukan main melebar senyuman si Myra Mokhtar.

Pengantin bergambar bersama kawan-kawan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka termasuklah aku juga. Begitulah ceritanya untuk hari bahagia Myra Mokhtar dan suaminya. Sebulan dah pun dia memegang status puan. Tahniah dan semoga berbahagia, berkekalan hingga akhir hayat dan dikurniakan cahayamata yang ramai. Hehehe....

Salam pena,



Catatan Untuk Hari Ini

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat pagi semua. Hari ini aku ada peperiksaan kenaikan pangkat secara lantikan. Panggilan singkatnya KPSL. Aku ada satu paper lagi yang tak lulus-lulus yang entah ke berapa kali aku amik. Rasanya aku dah ikut tips-tips menjawab. Belum masanya aku lulus agaknya.

Bertabah ajelah. Janji dapat cuti tanpa rekod sebab nak pergi exam. Dah menyimpang pula bunyinya. Hari ini exam aku sebelah petang. Pagi ini kekononnya berhajat nak membelek buku tapi anak-anak aku tak pergi sekolah. Si Nana demam dari malam tadi. Tiba-tiba saja badannya panas.

Ini gambar semalam masa nak jemput kakak Nana balik dari sekolah agama. Bawak Naura sekali. Senang sekali bawak budak kecik ni. Dah lama tak beranak kecil, jadi tak naklah tinggalkan momen-momen itu. Hehehe...

Bergegar gambar ini. Naura kalau dengan Adriana bukan main geli hati kalau disakat. Ini dia tengah mengekek ketawa. Cuba aku yang sakat tak adalah ketawa mengekek macam tu. Anak-anak itu penghibur hati bukan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Monday, August 29, 2016

Sehari Sebelum Majlis

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat pagi. Entri kedua untuk hari ini. Sebelum masuk bulan September, baiklah aku tulis cerita yang berlaku pada bulan Julai. Sebelum entri-entri yang ada dalam folder draf akan sedia kekal mereput di draf. Banyak sebenarnya cerita dalam draf.

Baiklah, dimulakan dengan entri yang ini dulu. Seperti yang sedia maklum, teman baik aku Myra Mokhtar sudah selamat bergelar isteri orang. Dia bernikah seminggu selepas kita menyambut Aidilfitri.

Sehari sebelum majlisnya, ayah aku pula masuk hospital. Aku dah jadi tak keruan. Mana fikirkan ayah, mana nak kejarkan majlis dia pula sebab aku dah janji nak set up candy booth untuk majlis perkahwinannya. Petang hari jumaat, dia nikah hari sabtu pagi, aku pergilah ke Dewan Penjara Sg. Udang untuk set up candy boothnya.

Suasana dalam dewan masa petang tu.

Masih ada orang masa ni sebab mak andam sedang pasang pelamin.

Si Adriana pun menyibuk jugak masa tu.

Adriana dan Myra Mokhtar.

Aku pula bergambar dengan Myra Mokhtar sebelum dia bergelar isteri esok harinya. Kiranya ini gambar akhir aku dan dia semasa bujang. Hehehe.

Inilah tempat candy booth.

Pelamin sudah siap dipasang masa ini.

Malam tu aku gigih memakai inai. Dah mengantuk tapi aku pakai juga. Kalau tidak nanti tak rasa perasaan orang kahwin tu. Hehehe. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Kekangan Masa

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat pagi semua. Pagi ini kembali dengan entri yang baru di sini. Malam tadi dapat juga mencuri sedikit masa untuk menulis sebaik sahaja anak-anak masuk tidur. Lepas Ammar melelapkan mata aku bergegas menggosok baju sekolah dan baju kerja aku. Siapkan apa yang patut.

Selesai saja kerja, aku terus mengadap komputer. Kalau ikutkan hati, katil dan bantal dah mengamit aje masa tu. Tapi kalau ikutkan kehendak itu, memang tak jadilah kerja. Walhal siang aku dah bantai tidur gak. Dalam masa lipat baju, aku boleh berhenti tidur.

Mengantuk yang amat. Aku pelik anak-anak aku boleh tak tidur. Aku dah berapa kali lelap. Dia orang masih ligat bermain, bergurau dan sudahnya bertekak. Begitulah kalau aku dan anak-anak kat rumah. Semalam mencatat rekod. Tak keluar rumah langsung. Selalunya paling tidak pun mesti ke kedai depan rumah.

Setiap pagi inilah jalan yang aku lalui. Sebelum mentari menonjolkan diri, aku dan anak-anak sudah keluar rumah dan akan kembali ke rumah sebaik sahaja mentari menghilang. Begitulah rutin kami setiap hari sekolah.

Baiklah, cukup dulu entri pagi ini. Tak boleh nak tulis panjang-panjang sebab nak tuls entri lain untuk sesi minggu ini. Semuanya akan auto publish. Gigih tak gigih aje nak tulis beberapa entri ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Wednesday, August 24, 2016

Rentetan Ahad

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Entri akhir seminggu yang lepas. Kalau tak silap akulah. Sekarang ni memang tengah sibuk. Tak sempat nak mengadap  komputer.

Hari bekerja memang jauh sekali. Kalau dulu boleh jugak ngadap lepas anak-anak tidur. Sekarang, anak-anak tidur aku sama sekali tidur. Sejak makan hati dengan kerja kat pejabat aku lebih mahukan ketenangan bila pulang ke rumah. Stres agak melampau bila kat pejabat. Bertabahlah. Malas nak cerita.

Biarkan cerita makan hati aku tu, mari beralih dengan cerita-cerita yang lebih menggembirakan hati daripada cerita makan hati tu.

Sepanjang aku tidak menulis, apa yang berlaku?Tak ada pun cerita yang best. Sekarang sedang menunggu majlis perkahwinan anak buah aku. Debaran pertama dah berakhir sebaik adik aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Cucu lelaki yang kedua dalam keluarga aku.

Pagi ahad hujan turun lebat. Rumah mak macam biasa mesti masuk air cuma bernasib baik kali ini hanya kat dapur. Dalam pada sibuk dengan air naik, adik ipar aku ngadu sakit perut. Terus adik aku bawak pergi hospital. Rupanya dah 5cm.

11.45 pagi keluarlah seorang bayi lelaki. Petang tu jugak aku ke hospital. Seronok dapat pegang baby. Ammar yang snapkan gambar ni.

Ini masa aku jadi babysitter ahad tu.

Officially cik kak yang depan ni sudah menjadi kakak. Beza setahun lebih dengan si baby.

Itulah dulu titipan untuk malam ini. Dah tak tahu nak tulis apa lagi. Gambar bukan main menimbun kat gallery. Berpinar mata. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, August 17, 2016

Writer's Block

Salam.

Pagi semua. Ini entri yang aku tulis malam tadi. Tapi aku publish pagi ini. Motifnya. Nampaklah blog ini dikemaskini sentiasa. Kata blogger tegar. Haruslah ditunjukkan ketegarannya itu. Jadi jangan ngada-ngada cakap aku tulis blog ini masa waktu kerja. Huh!

Kebelakangan ini, masalah aku adalah seperti tajuk entri ini. Tajuk nak omputih sangat. Tahu tak apa maksudnya? Silalah google sendiri. Sakit kepala nak menerangkan. Ini pun menaip sambil kepala berdenyut-denyut. Sindrom sakit kepala tengok blog sendiri. Masa nak taip tu boleh pula denyut kepala.

Entri ini aku tulis pun lepasa selesai tulis satu artikel yang sudah lama tertangguh. Tulis dan hantar ajelah. Sekurang-kurangnya aku dah mencuba. Selagi tak selesai, memang tak senang duduk. Tidur tetap senang. Hahaha. Makan lagi senang hati.

Baiklah, cukuplah dulu entri ringkas pagi ini. Sedang menyeru-nyeru mood menulis yang sudah jauh ke laut. Itulah akibatnya kalau lama berhenti. Nak menulis balik memang makan masa gamaknya. Mood, sila beri kerjasama! Macam seru nama seseorang pula. Hehehe. Sekian.

Salam pena,




Wednesday, August 10, 2016

Kisah Setiap Pagi

Assalamualaikum.

Pagi semua. Hari ini aku kerja. Badan kembali sihat walaupun tidak sepenuhnya. Selsema masih lagi menghantui diri. Srot sret aje bunyinya. Kalau selsema faham-fahamlah mesti tangkap kepala. Berdenyut-denyut kepala ni.

Dalam pada badan tak berapa nak sihat, tugas hakiki menghanar anak-anak ke sekolah tetap berjalan seperti biasa. Bukan perkara mudah menjalankan tanggungjawab tanpa suami di sisi. Aku kagumlah pada ibu-ibu yang kental menguruskan anak-anak tanpa suami di sisi.

Entri ringkas aje pagi ini demi merealisasikan impian kembali menulis di sini. Rindu yang teramat. Ini pun belum kembali sepenuhnya. Buat lepas gian aje dulu. Banyak yang sudah tertangguh. Mungkin lepas kenduri perkahwinan anak buah aku akan kembali sepenuhnya. Artikel Zalora pun belum lagi dapat disiapkan. Susah betul mahu mencuri masa.

Ini gambar minggu lepas. Sempat amik waktu ini sebab lama sangat kat traffic light. Suatu ketika dulu waktu aku mula-mula ada kereta setelah bertahun-tahun punya lesen, aku takkan u-turn kat depan ni. Nak ke pejabat aku kena u-turn kat traffic light ni. Aku sanggup ke kanan terus dan pusing dekat roundbout depan Seri Negeri. Orang Melaka dah tentu-tentu tahu. Sanggup pusing jauh sebab tak nak u-turn. Dalam fikiran aku, lepas ke tidak kalau aku u-turn. Imiginasi ko macam ko bawak trellar aje kan. Gedik sungguh. Itu dululah. Sekarang dah pandai u-turn uolls. Hehehe...

Salam pena,