Pages

Friday, December 7, 2012

~Meja Tulis Adriana Dan Almari Papa~

Salam..Lunch hari nie masa sangat panjang.  So mari kita penuhkan waktu yang terluang ini dengan menulis blog!! Nak cerita kisah minggu lepas.  Aku dan asben telah membeli 2 benda sekaligus.  Dalam pada nak berjimat ada jea barang yang nak dibeli.  Bahaya sungguh kalau setiap bulan begini.

Tapi sebab memang sudah lama nak beli maka perbelanjaan itu terpaksa jugak dilakukan.  Hehehe.  Memang cadang nak beli meja tulis untuk adriana.  Semua memang dicadangkan dan kena plan betul-betul perbelanjaan.  So, minggu lepas kami ke kedai perabot di Paya Ikan sebab laki aku tengok aku nie macam sudah tidak boleh bersabar nak beli meja anak.  Aku bukan apa semak betul mata nie tengok buku adriana yang bersepah-sepah.  Ada meja senang nak simpan dalam laci.  Kami memang ke kedai yang biasa kami beli.  Harga pun murah dan boleh tawar lagi.

Dan secara kebetulan pula asben nak beli almari untuk letak segala buku-buku dia.  Kan aku cerita di SINI, yang asben aku akan bertukar ke opis lain.  So dia dah kemas segala harta pusakanya di opis lama.  Dalam 3 kotak dia bawak balik barang-barang.  Besar-besar pulak tue kotaknya.  Kan datang semak lagi kat rumah. Mana nak letak semua barang tue.  Pening kejapan.  Kalau sekali pindah banyak tue barang mahu penuh sampai bersara nie.  Hehehe...Mari kita lihat gambar pulak sebab aku sudah menulis dengan panjang mukadimahnya.

Inilah meja tulis untuk adriana.  Aku ada berkenan satu meja tulis tue.  Ada kartun angry bird tapi asben yang pilih.  Oklah bini mengalah.  Huhuhu...

Tadaaaa..Dan ini almari untuk asben yea.  Sebab memang khas untuknya.

Mana tak khas untuknya.  Dalam almari nie semua barang-barang dia.  Ada lagi yang belum sempat disusun.  Bolehlah janji tersusun barang-barang di rumah.

Dah jadi macam bilik bacaan pun yea jugak.  Sebelah tue almari untuk umum.  Hehehe..Ada buku asben dan buku masakan aku.  Aku dah susun segala buku masakan dan novel-novel aku.  Kalau tak muat nak letak novel nak beli almari khas untuk novel.  Mesti bestkan??Itu jealah cerita mengarut aku untuk tengahari nie.  Harap pada sesiapa yang selalu baca atau terbaca tak boring dengan ceria aku ini.  Sekian dulu...







                                                                                                                      

No comments: