Tuesday, December 11, 2012

~Kejadian Pagi Tadi~

Pagi tadi yang sangat awesome.  Ayat sedapkan hati dan pujuk hati.  Kahhhh.  Pagi tadi sebenarnya sudah berjanji dengan asben nak breakfast sesama.  Yelah kan malam tadi asben keje malam.  So pagi nie naklah breakfast sama-sama.  Macamlah tak pernah pi breakfast.  Ini kekononnya nak makan berdua-duanlah.  Hahahaha...Rupanya asben aku kena masuk kerja lagi siang nie.  

Oklah.  Itu tak kisah lagi sebab yang rabak mata dia bukan mata aku.  Dia boleh bertahan.  Bila dah janji nak breakfast memang aku akan masuk opis lewat.  Suka-suka hati ko jea kan?Alah sekali sekala.  Tapi sebab terjadi suatu kes yang tidak dapat dielakkan makan bertambah-tambah lewatlah aku ke opis dan sesi untuk makan beradap terpaksa dibatalkan.  Uwahhhhhh.  

Nak tahu apa yang berlaku sebenarnya?Kunci kereta asben tertinggal dalam kereta dan sudah terlock pintu.  Bijak tak laki aku pagi tadi.  Kita orang naik kereta berasingan.  Aku mula park kereta nampak asben datang ke arah aku.  Aku cuaklah ingat asben nak kata kereta aku parking tak betul rupanya dia kata jom balik rumah amik kunci spare.  Kunci tertinggal dalam kereta.  Hah!!!!!Adoilah..Nak tak nak kami pulang ke rumah dengan senang hatinya untuk mengambil kunci spare.   Patah balik dari kedai ke rumah dan dari rumah ke kedai dah makan masa setengah jam.  Jam pun dah 8.45 pagi.  Otw nak ke kedai makan tue asben dapat call dari opis tentang lawatan ke apa yang mula pukul 9 pagi.  Memang tak sempat asben nak makan.  Samapi jea kat kedai makan, asben terus rsuhing ke opis balik.  So kesimpulannya, aku pegi ke kedai makan itu dan tapau 2 bungkus nasi lemak.

Ini nasi lemak yang aku tapau.  Sedih punya pasal makan sekali 2 bungkus.  Ko boleh??Aku tak mampu.  Ingat membela ke nak makan banyak nie.  Sebungkus pun belum tentu habis.  Inikan pulak nak makan sekali 2 bungkus.  Aku punya yang ada rendang ayam.

Lagi satu untuk si dia nie.  Akhirnya aku makan beradaplah dengan si mira mokhtar.  Dia siap gelakkan aku.  Jangan gelak-gelak ok.  Ahkak tengah mood sedih.  Dialog si mira mokhtar 'Akhirnya makan dengan aku jugak.'  Macam nie erk tadi ko cakap.  Tetibe lupa pulak ayat ko tadi.  Hahaha...

Cerita selingan, ini beg yang aku kemas malam tadi.  Kan nak tidur rumah mak.  Kenalah bawak baju bagai balik rumah mak kan.  Tapi awak beg macam nak balik seminggu.  Nasib tak kemas macam nak lari rumah.  Itulah kejadian yang berlaku pagi tadi yang berlaku pada aku.  Lain kali boleh breakfast sama-sama dan moral of the story sila jangan cuai!!:D

That's all!
Love...AA
Publish!







                                                                                                                     

1 comment:

atanayuiman @ Jue said...

baru nak dating berdua2an... ada jer halangan. hehe..


amboi!!!.. dah publish ala2 instanbul aku dtg jerr..