Pages

Tuesday, January 31, 2012

~Akibat Minum Nescafe~

pic form google

Tadi tekak nie teringin bebenor nak minum nescafe ais.  Ini semua gara-gara Kak Nisah minum nescafe ais sebelum nie.  Memang aku nie tak boleh minum nescafe mesti sakit pala.  Tadi lunch hour boleh order NESCAFE AIS.  Dan sekarang sedang sakit kepala.  Sendiri buat sendiri tanggung.  Kak nisah, saya sakit pala.  Aduhhhhhhhhhhhh....Berdenyut-denyut kepala aku ini...


~Pengorbanan Seorang Isteri Yang Sering Suami Terlupa....~

Suatu hari seorang lelaki bernama Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Zainal  selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja. Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.

Kaunselor       :  Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor      : Halimah pula?
Encik Zainal  : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor       : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal  : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor       : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor       : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor       : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan     tak bekerja.

Kaunselor      : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor      : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja??  Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri  rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Cuba bayangkan jikalau seminggu isteri yang selalu dikatakan tidak bekerja itu terpaksa pulang ke kampung. 
Bagaimana rasanya suami yang bekerja? 
Bangun lewat pagi, kenapa? isteri tak ada untuk kejutkan. 
Sarapan tak sempat. Kenapa? Tiada isteri untuk masakan. 
Rumah berselerak sana sini. Kenapa? tak ada isteri untuk kemaskan. 
Baju busuk penuh seguni. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan. 
Pinggan mangkuk penuh sinki. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan.
Belum lagi masuk bab anak kecil yang menangis tengah malam. Siapa yang akan bangun dulu kalau bukan isteri?

Ya, mungkin ada juga suami yang rajin, yang akan buat semua kerja isteri, tetapi seharusnya jangan memandang rendah terhadap isteri yang tidak bekerja.

Suri rumah Sebagai Profesion
Walaupun tugas suri rumah sering dipandang sinis oleh sesetenga golongan tetapi ianya merupakan suatu profesion. Cuba kita kenang kembali sejak kecil sehingga dewasa, sudah banyak borang yang diisi oleh kita. Bermula daripada sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah entah berapa banyak borang yang perlu diisi dan mengandui ruangan perkerjaan ibu. Selalunya bagi anak yang mempunyai ibu yang tidak berkerja, mereka akan mengisi perkerjaan ibu mereka sebagai suri rumah. Jarang sekali kita melihat ruangan perkerjaan ibu sebagai tidak berkerja.

Suami Perlu Bijak Menghargai Isteri
Tidak dinafikan mungkin ada isteri tidak pernah merungut berkenaan kerja-kerja rumah yang dilakukannya, suami seharusnya menghargai sumbangan besar ini. Isteri melakukannya kerana “cinta tanpa syarat”. Isteri tidak pernah mengukur berapa banyak khidmat yang diberikan, kerana mereka sering berfikir hanya untuk memberi.

Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri melakukan kerja yang jauh lebih berat ini dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukannya mengharapkan sebarang balasan, tetapi tidak salah untuk seorang suami memberikan ganjaran.


Note>>Kepada para suami sayangilah dan hargailah isteri anda.  Yang menjadi surirumah dikatakan tidak bekerja dan tidak ada kerja.  Bagaimana pula yang bekerja dan menguruskan hal rumah dan anak-anak?


Copy paste dari SINI
 

Monday, January 30, 2012

~Awan Nano Juara AJL Ke 26~

pic dari google

Malam tadi telah selesai Anugerah Juara Lagu ke 26.  Memang bestlah.  Aku jugak tidak ketinggalan untuk menontonnya di rumah bersama-sama 3A aku itu.

 pic dari gua.com.my

Tahniah buat Hafiz kerana menyampaikan lagu dengan penuh penghayatan sehingga merangkul vokal terbaik jugak.  Persembahan yang sangat sempoi daripada Hafiz malam tadi.  Tahniah juga diucapakan buat Datuk M.Nasir di atas ciptaan lagu dan Budi Hekayat atas lirik Awan Nano.  Apa-apa pun AJL memang best!!!

Sunday, January 29, 2012

~Layan AJL Malam Nie~

gambar dari google

Malam ini akan berlangsung Anugerah Juara Lagu 2011.  Memang standby nak tengok AJL malam nie.  Kejap lagi kita duduk di depan televisyen.  Apa yang pasti lagu kegemaran aku dan anak dara aku masuk ke peringkat akhir AJL ini.  Lagu apakah itu??

Lagu feveret aku dan nana adalah lagu Cinta Muka Buku.  Hikhikhik.  Kalau adriana nyanyi versi dia Cintaka Buku ok.  Apa-apa ajelah.  Jom layan...

~Hari Ini Tanpa Teman Bercakap~

Hari yang sangat bosan dan sangat malas!!!Bosan sebab teman bercakap tidak ada di rumah.  Nak kata bosan duduk rumah sorang-sorang taklah jugak.  Ada teman tapi teman mendengar jea.  Bercakap belum lagi.  Hari nie teman bercakap dan bergaduh tidak ada di rumah.  Siapakah itu??? 

Inilah orang yang aku maksudkan.  Anak akulah, Adriana.  Dia ke rumah neneknya aka MIL aku.  Bila dia tidak ada di rumah mati kutu jugak dibuatnya.  Bercakap pun tak ada.  Selalu aku jadi tarzan bila dia ada kat rumah.  Bila dia tak ada sunyilah pulak.  Bila sudah besar sudah pandai nak berjalan ke sana ke sini.  Aku tak ikut pun tak apa.  Mama sudah tidak dihiraukan.  Masa kecik mamalah yang awak kepit tau.  Tadi siap pesan dengan aku, 'Mama tak mo risau.  Nanti nana balik.'

Jadi, hari ini aku hanya melayan anak teruna aku nie.  Sudah banyak ragam.  Hilang jea dari mata dia mulalah meraung.  Menangis macam budak kena dera.  Tersedu-sedu nangis.  Time nielah nak berkepit dengan mama.  Nanti sudah pandai berjalan, berjalan aje kejenya.  Sudahnya hari ini aku hanya baring-baring dengan ammar sambil layan novel OMBAK RINDU.  Entah zaman bilalah nak habis buku tue.  Update blog dengan sepantas mungkin atas dua sebab.  Sebab pertama, ammar sedang tidur.  Sebab kedua, kang nak layan AJL 2011.  Ok bye...

Note>>Nak buat auto publish untuk esok pulak..


~Chat Box Is Here~

Assalamualaikum...

Dari tadi nak update blog tapi tak ada mood nak menulis.  Jadinya aku tukar templates untuk blog aku.  Hari ini barulah berkesempatan nak editkan gadget di blog aku setelah sekian lama ia menghilangkan.  Bila shoutmix tidak lagi berfungsi di blog sebab sudah dikenakan bayaran. 

Sekarang sudah ada kembali chat box di blog aku.  Bolehlah tinggalkan jejak anda di sini kepada kenalan baru mahupun yang lama.

Selamat tinggal pada shoutmix.  Jangan lupa say hi pada aku di chatbot aka cbox baru aku tue yea.  Happy blogging untuk semua blogger..Sekian.

Friday, January 27, 2012

~Celebrate Birthday Lagi!!~

Alhamdulillah.  Baru lepas makan tengahari.  Hari nie lunch hour lama bolehlah aku membebel di sini.  Nak cerita kisah hari isnin sempena cuti Tahun Baru Cina.  Aku tak kemana-mana sebabnya hari tue aku berkung fu di dapur ala-ala masterchef gitu.  Kahhh.

Malam tue family asben aku nak datang.  Mula-mula biras aku aka mama alya tak confirm nak datang.  Kebetulan pula hari isnin tue birthday alya.  Kan aku pernah cite besday alya dan adriana dekat-dekat.  Ingat tak entry yang lepas-lepas.  Hehehe.  Bila biras aku kata dia confirm datang aku decide nak buat kek untuk alya.  Dah alang-alang boleh potong kek dengan kakak nana.  Best gitu.  

Tanpa membuang masa aku buat sebiji kek untuk depa.  Sambil masak menu-menu yang lain.  Menu untuk hari itu beef steak, lamb chop, coleslaw, wedges, ayam bakar, nasi goreng cili padi, cheesetart.  Di samping itu ada jugak sate tapi beli aje.  Kalau nak suruh aku buat sate mahu terduduk aku.  Tak larat.  Hikhikhik.  

Oklah, jom layan gambar.

Antara hidangan yang baru disediakan.

Kepak ayam bakar.

Nasi goreng.  Ini asben aku masak.  Sebab masa nie aku sibuk mendeko kek.

Besday girl.  Yang lelaki tue cousin dia orang gaks.  Anak abang ipar aku.

Inilah kek ketiga daripada aku.  Ok sikit hasil dekonya dari yang mula-mula.

Alya pandang kek aje yea.

Apa lagi, tiup lilin.  Bukan main muncung alya yea.

Kali nie kek dia orang warna pink putih sebab dia orang girl kan.  Haruslah warna pink.  Padahal aku yang gila PINK!!!
Potong kek.  Lepas tue mulalah acara menjamu selera sampai perut sendat.  Hikhikhik.  Oh gambar yang lain-lain lupa nak amik.  Terlampau kelam kabut.  Mana nak layan adriana.  Mana nak layan ammar.  Lupakanlah kamera yea.  

Apa-apa pun puas hati dapat buatkan besday untuk mereka berdua.  Hanya ala kadar jea.  Itu yang termampu.  Lepas nie besday ammar pulak.  Mama dah ada idea untuk besday kek ammar.  Tunggu...Harap-harap menjadilah kek mama itu nanti yea.


Thursday, January 26, 2012

~Adriana dan Kek Mama~

Sehari selepas besday nana, kek yang lagi satu aku buatkan untuk adriana tue untuk dipotong di rumah.  Masa tue lepas makan tengahari.  Just potong kek jea.  Janji nana seronok kan.  Tahun lepas tak ada kek. Mama tak larat nak buat pape untuk adriana sebab masa tue aku dah sarat.  Memang tak ada nafsu nak buat pape pun.  Dok terfikir nak bersalin macam mana kekdahnya nanti.   Kahhhhhh...

Jomlah layan 3 keping gambar jea untuk petang ini.

Adriana dan Kek Mama.

Inilah hasil air tangan mama yang tak kreatif.
Sendiri nyanyi untuk diri sendiri.  :-)


~Spontaneous Thursday - Best Cousin Forever (Part 2)~

Khamis lalu aku ada buat entry pasal dia orang nie di SINI.  Hari ini lagi aku nak buat entry spontan khamis pasal dia orang lagi.  Sape lagi kalau bukan Nana dan Alya.  Kali nie aku dapat gambar masa dia orang kecik dalam koleksi aku sendiri.

Gambar-gambar nie diambil pada tahun 2009.  Adriana baru setahun lebih, alya pulak baru beberapa bulan.  Ini gambar masa raya tahun 2009.  Inilah dikatakan best cousin forever.  Dari kecik sampai besar bersama.  Alya dalam perut mama dia, mama dia dok kepit adriana.  Itulah namanya keserasian antara kakak dan adik.  Aku suka tengok saat-saat mereka bersama.  Bergaduh, baik semula.  Pujuk-memujuk.  Jom layan gambar mereka lagi.

 Kakak Nana sayang Adik Alya sayang Kakak Nana.
 

Wednesday, January 25, 2012

~Mempersembahkan Nyanyian Nana~

Watch "Nana Artis" on YouTube


Mari kita dengarkan persembahan daripada Nur Adriana Qistina. Video nie adik ipar aku yang rekod. Dia rajin melayan adriana. Rekod time aku keje. Balik baru ditunjuk pada aku. Jom layan. Tali skipping jadi mikrofon. Jadilah.
Paham-paham ajelah nyanyian versi dia yea.

~Cerita Persiapan Besday Adriana~

Salam...

Jumaat lepas kan besday Adriana, aku adalah prepare something untuk adriana.  Kali nie adriana sambut besday di tadika bersama kawan-kawannya.  Memang plan nak buat besday di rumah.  Ingat nak buat sekali dengan besday ammar bulan 2 nie tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, lebih baik aku buatkan di tadika jea.

Bila plan last minit maka yang ala-ala kadar jealah yang dapat dibuat.  Aku siapkan goodies untuk kawan-kawan adriana serta aku buatkan adriana kek besdaynya.  Minggu lepas adriana dah cakap dengan aku suruh aku buat besday kek dia.  Mak ai, mama bukan terror bebnor nak buat kek.  Kek biasa-biasa bolehlah lagi.  Nak menghias bagai memang tak retilah.

Inilah antara makanan untuk diisi dalam goodies bag.  Murid semua seramai 27 orang.

Apabila goodies siap diisi.

Inilah isi-isi di dalam beg yang dijadikan goodies.

Aku sempat buatkan adriana 2 biji kek.  Satu kek kukus.  Kek coklat dan cheese.  Lagi satu aku buat kek coklat moist.  Yang ini aku bakar.  Satu untuk dibawa ke tadika, satu lagi untuk dipotong di rumah.

Inilah kek coklat cheese.  Puas mengoogle sana sini mencari resipi.  Aku cari yang simple dan mudah cara buatnya.


Inilah hasilnya selepas dideko dengan cream.  Sangat-sangat hudus!!!Tapi aku puas hati sebab aku dapat buatkan kek untuk anak aku.  Janji dia suka aku pun suka.  Kek ini untuk dimakan di rumah aje.  yang tulisan tue ada orang kacau.  Itu yang jadi henggot tulisan tue.  Asben aku pun nak tolong ok.  Tak apa, ini percubaan pertama.  Akan aku cuba buat lagi.


Yang ini pula, kek untuk di bawa ke tadika.  Topping dia aku buat coklat ganache.  Dan inilah hasilnya daripada air tangan mama buat adriana.  Harap nana suka dengan apa yang mama buat.

Resipinya bakal menyusul nanti.  Aku dapat dari salah satu blog masakan jugak.  Nanti aku update lagi yea.  Sekian, terima kasih.  :-)


~Lagi Sebulan Nak Setahun~

Ammar sudah pun genap 11 bulan pada 21 Januari 2012 yang lepas.  Bulan depan ammar akan melangkah ke angka 1 tahun.  Sangat pantas masa berlalu.  Kejap jea ammar dah nak setahun.  Setakat ini, ammar belum berjalan lagi.  Masa adriana 11 bulan dah berjalan.  Terlebih risau neneknya aka my mom.  Riso nape cucunya tak berjalan lagi.

Ammar meniti jugak kalau pegang benda cuma kalau lepas tangan dia memang merangkak semula.  Lain anak lainlah caranya kan.  Mana samakan.  Tak apalah janji anak mama sihat.

Untuk checkup ammar yang lepas, ammar kena buat x-ray sebab dada ammar tue macam pelik sikit.  Masa baby lagi dah nampak kesan tue.  Bahagian dada ammar macam tulang dia nampak.  Ntahlah, aku nak terangkan pun tak tahu.  Sebelum nie pernah tanya dengan doktor tapi doktor kata tak ada apa-apa.  Lepas tue tak puas hati tanya lagi dan doktor sarankan untuk buat x-ray.  Alhamdulillah, bila tengok tak ada apa-apa.  Setakat nie ammar tak adalah menunjukkan sebarang masalah tapi yelah hati parents mana yang tidak risau kan.  Bila doktor dah tengok betul-betul, at least hilanglah risau tue.

Oklah, itu aje cerita tentang ammar.  Lepas nie kembali pada cerita kakak pasal besdaynya yang lepas, tentang persiapan besdaynya yang ala kadar itu.


~Macam Monday Blues!!!~

ehsan dari google

Kembali bertugas setelah cuti 4 hari termasuk hujung minggu dan cuti am.  Barulah pagi nie berkesempatan nak update blog.  Terasa macam Monday Blues aje hari ini.  Cuti 4 hari ini tidak ke mana-mana.  Duduk di rumah.  Melayan karenah anak-anak.  Bila dah berkepit dengan anak-anak, lagilah liat nak ke opis.  Lemau jea badan.  Nak update blog pun malas gamaknya.  Padahal banyak story mahu diceritakan.  Aduiiiiyaiiii..

Oklah, nanti kita sambung.  Nak pi breakfast dulu.  Lepas tue nak settle kerja dan akan kembali bersambung di sini.  :-)  Sekian dulu untuk entry pagi ini dari Our Stories.

Friday, January 20, 2012

~Selamat Hari Lahir Buat Adriana~

Salam..

Hari ini masuk lambat sikit ke office sebab aku pegi tadika adriana nak hantar kek dan goodies untuk adriana sambut besdaynya di tadika bersama kawan-kawannya.  Dia bukan main seronok lagi hari ini.

Hari ini 20 Januari 2012 adalah hari ulangtahun kelahiran anak sulung aku, Nur Adriana Qistina Mohd Affendy yang ke 4 tahun.  

Nana, mama ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 4 tahun buatmu.  Semoga nana menjadi anak yang solehah, seorang yang bijak dan mendengar kata orang tua.  Mama sayang nana.

Inilah gambar-gambar adriana dari umur setahun hingga 4 tahun.  Jom tengok...

Ini semasa raya tahun 2009.  Masa nie umur adriana sudah setahun lebih.

Ini pulak gambar yang diambil pada tahun 2010.  Adriana berumur 2 tahun.

Yang ini gambar tahun lepas pada tahun 2011.  Adriana masa nie sudah 3 tahun lebih.

Inilah gambar terbaru adriana tahun ini.  Gambar sebelum pegi sekolah masa 1st day adriana nak ke sekolah.  Besar dah anak mama.  Kejap sudah 4 tahun.  Teringat detik-detik nak melahirkan Adriana 4 tahun yang lalu.  Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.  Sekian.



Thursday, January 19, 2012

~Spontaneous Thursday - Best Cousin Forever~

Salam..

Entry pendek dan spontan di hari khamis.  Cerita Adriana dan cousinnya Alya.  Alya nie anak adik ipar(lelaki) aku.  Adik asben akulah.  Best cousin forever!!!Suka tengok telatah mereka berdua.  Kejap gaduh kejap baik.  Alya beza setahun daripada adriana.  Adriana lahir tahun 2008 dan alya lahir tahun 2009.  Lahir pada bulan yang sama iaitu bulan Januari.  Adriana lahir 20 Januari 2008 dan Alya pula lahir pada 23 Januari 2009.  Itulah mereka.  Jom tengok gambar Nana dan Alya.  Nana+Alya=NanAlya.  :)

photo courtesy of Kathy Noor FaceBook

Mama sayang nana dan mak ngah sayang alya jugak!!!!Semoga mereka akan menjadi best cousin forever and ever!!!!:-)

Note>>Mama Nana dan Mama Alya akan menjadi best biras forever!!!!Ty, betul tak??

Wednesday, January 18, 2012

~Berseminar Di Dewan Seri Negeri~

Semalam aku dan kawan-kawan ofis berseminar di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.  Seminar 750 Tahun Melaka Merentas Zaman.  Seminar mengenai sejarah Melaka dan segalanya.  Ramai budak sekolah yang datang.  Otak macam aku nie disuruh dengar sejarah masuk telinga kanan, kuar telinga kiri. :)

Jomlah tengok gambar sebab tak ada idea nak tulis apa dalam entry nie.  Yang penting semalam kami habis sampai ke petang.  Berkat kesabaran kami mendengar tentang sejarah.  

Di atas pentas.  Ketua Menteri Melaka bersama pegawai-pegawai lain.

Inilah peserta-peserta dari ofis.  Kami panggil Kak Mimah (tudung pink) and the geng.  Kawan-kawan aku semua orang lama yea. 

Ketua Menteri sedang berucap.

Majlis perasmian oleh CM.

Muka yang khusyuk mendengar Kak Sham dan Afni.

Dari kiri : Kak Sham, Kak Mima dan Kak Rehan. 

Ini dua orang tak leh tinggal.  CC dan Kak Nisah.  Bak kata cc 'amik gambar untuk jadi bukti'. :-)

Aku pulak bergambar.  Puan blog kena jugak bergambar.  Dapat sekeping pun jadilah.  Adalah jugak kenangannya.

Ini pulak Puan Afni.  Nak bergambar sorang diri.

Oklah.  Smapai sini dulu catatan aku untuk hari ini dan saat ini.  Buat masa nie aku sedang ketandusan idea untuk menulis dan bercerita di sini.  Bila hati rungsing, jiwa kacau macam nielah jadinya.  Satu benda tak dapat nak buat.  Mood : Susah hati