Tuesday, December 11, 2012

~Kaktus-kaktus Comel Aku~

Salam dan selamat tengahari semua.

Korang dah lunch ke?Tengahari ini mari aku sajikan dengan cerita kaktus dan bukan cerita makanan.  Hehehe...Kalau semalam cerita mengenai koleksi fm.  Tengahari nie nak cerita mengenai kaktus-kaktus comel ini.

Kaktus-kaktus yang comel ini hasil kiriman aku daripada mira mokhtar yang ke Cameron Highlands tempohari.  Sebab aku tak dapat ikut rombongan itu maka haruslah aku kirim kan.  Orang lain pi cameron kirim sayur, tapi aku kirim kaktus.  Versi tamak punya pasal sekali 6 ketul aku aku beli.  Ketul ke erk?Hentam sajalah.  Harga untuk 3 kaktus RM5 itu sebab aku suruh beli 6 nak genapkan RM10.

Kaktus ini diletakkan diluar dan ditepi rumah.
 
Dan ini 3 lagi daripada 6 ketul tadi.  Harap-harap hiduplah wahai kaktus.  Aku nie suka bunga tapi selalu mati kalau aku yang jaga.  Harapnya kaktus-kaktus nie tak mati bila dengan aku.  Kalau mati tak taulah nak cakap apa.  Asben yang rajin siram, aku tahu beli jea.  Hehehe..Dasar pemalaslah katakan.  Itulah cerita mengenai kaktus-kaktusku yang comel seperti orang yang membelikan untuk aku.  Sila jangan perasan mira mokhtar.  :D







                                                                                                                    

4 comments:

Ya ALya said...

Comey sungguh kaktus tu......

adianiez AIDA said...

aida pernah ada 10 kaktus. skang ni tinggal 4 saje hu hu hu... byk mati sebab dikencingkan dan diberakkan oleh kucing!!!!!
adik aida beli kan lagi 2 3 minggu lepas kat cameron. so skang ada 6 kaktus.
tgh cari tanah kaktus. nak transfer pasu besar. tak tau nak carik mana ;-(

atanayuiman @ Jue said...

start dah kumpul nie, pasni leh la kumpul bnyak2 lagi...

nur said...

hi..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..