Pages

Sunday, July 31, 2011

~Salam Ramadhan~


Salam....

Ramadhan datang lagi.  Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik daripada yang sebelumnya.

Semoga kita mendapat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini dengan penuh keberkatan dan penuh kemuliaan.  Amin...

Saturday, July 30, 2011

~Kami~

Salam buat semua..

Lagi sehari jea kita semua akan menjalani ibadah puasa.  Harap kali nie semua dapat menjalani ibadah ini dengan penuh keberkatan termasuk diriku dan keluargaku.

Sejak ada ammar, aku rasa belum ada entry pasal kami outing berempat ke dah penah ada?aku pun dah lupa urat dah putus gamaknya.  Baru anak 2 orang.  Dah jadi pelupa benor.

Apa-apa pun, hari khamis malam asben ajak kuar pi jusco bandaraya.  Katanya nak bayar duit aeon credit.  So, lepas maghrib kami pun keluar dari rumah.  Ramai jugak orang malam-malam nie.

Kami terus pegi ke destinasi yang sebenar.  Kami bukan nak bershopping tapi nak membayar hutang. :-)
Kalau dah sampai jusco, adriana seperti biasa mesti nak ke playland.  Main ketuk-ketuk katanya.  Jom tengok gambar, biar gambar menceritakannya...huhuhu

Adriana
Papa dan ammar..
Candid!!
Ammar tengok mama...Papa ke lain...
Papa tengok, ammar pulak tak tengok..Sabar jealah dua beranak nie..
Mama dan nana..masih menunggu nombor giliran..
Selesai...Kami ke playland.  Melayan kehendak adriana..huhuhu..Tak dapat main ada dia buat perangai.
Nak main sendiri...
Papa tengok nana..Ammar tengok ke mana??Tak lama lagi ammar pulak main yea.  Pening kepala papa dan mama...hehehe...
Sukanya hati...
Ketuk-ketuk...Jangan tak ketuk..
Nak main yang nie pulak..Semua yang ketuk..anak oh anak...:-)
Cubaan papa untuk menolong..Tapi adriana nak ketuk sendiri..Sekarang semua nak buat sendiri.  Katanya 'kan nana nak sekolah'..mama jwb 'yelah na...'
Last picture untuk malam itu.  Lepas tue terus balik..Oh kita orang singgah kedai mamak.  Asben aku nak makan sup kambing.  Asyik-asyik kambing.  Aku tak makan kambing hokey!!!Aku just order sate.  Gambar tidak diambil di kedai makan sebab masing-masing kebuluran.  hehehe..

Nota Mama>>Sejak papa dah tukar keje ke Kuala Linggi susah sangat nak spend time ber4...Sangat menghargai masa bila kami kuar ber4..

Friday, July 29, 2011

~Doa-Doa Harian~




Mari sama-sama kita amalkan doa-doa ini...

~Clearance Stock di SweetLovelyShoppe Blogspot~

Salam semua..

Jom jengah sebentar di sini.  Mana tahu ada yang berkenan di hati bolehlah grab satu atau beberapa untuk si kecil anda.  Harga sangat-sangat murah sebab saya sedang melakukan clearance stock untuk saya ambil stok-stok baru pulak.

Jom singgah..Jengah-jengah sambil mencuci mata.  Tak beli pun tak apa.  Kalau beli syukur alhamdulillah. :-)




Menambahkan pendapatan untuk diri sendiri memandangkan raya bakal menjelma...:-)
Selamat membeli jika ada yang berkenan...

Note Mama>>>Baju-baju yang ada nie jugaklah yang anak-anakku pakai...Aku suka anak-anakku bergaya..

Wednesday, July 27, 2011

~Jom Bincang : Isteri Bekerja Untuk Apa??~


Salam...Sekarang dan pada ketika ini dah tak jadi wordless...Tiba-tiba nak buat entry pasal nie.  Boring time lunch hour nie baca email.  Sekali aku adalah dapat email daripada Yahoo Group (SIM) yang membincangkan berkenaan tajuk di atas...'Isteri Bekerja Untuk Apa??'Email nie ditanya daripada Mama Bosan.   Emailnya macam di bawah :

SALAM ………….untuk semua sahabat.

Saya nak tanya la,kita nie sebagai isteri dan ibu bekerja utk apa??
Adakah kita bekerja untuk meringankan beban suami atau kita bekerja untuk menanggung suami??
Tiap 2x bulan gaji kita digunakan sepenuhnya……………untuk rumahtangga,sampai kita tak dapt apa 2x langsung……….
Sampai bila kita kene kerja??? Jom sharing…….

Thanks,
Mama bosan

Ini pula pendapat aku,

Aku bekerja untuk membantu untuk meningkatkan ekonomi keluarga di samping membantu suami dan meringankan beban suami.  Padahal gaji dia lagi beso daripada aku..Hehehe.  At least kalau aku nak beli apa-apa pun aku guna duit aku sendiri...:-)
Tak payahler nak mintak-mintak sangat duitnya untuk beli apa yang aku nak.

Macam mana pulak pendapat uolls???

Nota Mama>>>Gambar di atas tidak ada kena mengena dengan entry ini..Sekadar hiasan tapi mungkin orang di dalam gambar ini sebahagiannya adalah isteri yang bekerja.

~Wordless Wednesday-Inilah Akibatnya~



Inilah yang terjadi kalau en suami di dapur!!!!

Monday, July 25, 2011

~Bila Hari Isnin...~

Assalamualaikum buat semua yang sudi menyinggah di blog saya yang tidak seberapa ini.
Salam pagi isnin.  Pagi yang sungguh menenangkan buat aku.

Tapi bila hari isnin jea perasaan mengantuk mula membelenggu diri.  Aku rasa dah berpuluh-puluh kali aku menguap sambil membuat koje.  Cuti 2 hari kan.  Tapi weekend pun bukan dapat berehat.  Menjaga anak-anak kecilku adrianammar sangat meletihkan tapi mama happy bila anak-anak mama depan mata mama.  Weekend aku memang aku duduk di rumah bertiga saje.  Mr. Asben kejekan jadi wajiblah duduk di rumah tanpa ke mana-mana.  Kadang-kadang bonda dan ayahanda datang menjenguk kami.  Yelah dah anakanda tak tahu drive. Hahaha...

Jadi untuk menghilangkan rasa mengantukku yang tahap kritikal nie haruslah update blog.  Banyak cerita yang nak diceritakan tapi penyakit 'M' menguasai diriku ini.  Pegilah jauh-jauh penyakit 'M' nie.


Segarlah mataku...Keje menimbun nie..Bestnya kalau banyak duit atau jadi orang kaya tak payah keje kan??Boleh duduk rumah goyang kaki.  Hehehehe...Berangan tak abis-abis.  Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.  Jangan nak mengimpikan yang bukan-bukan alfidah!!!:-)


Apa-apa pun pada kawan-kawan Have A Happy and Nice Day!!Sambung buat keje kembali..Jumpa kembali...Pada kawan-kawan yang rajin menjadi 'Pengomen Tegar' di blog aku, jangan kecik hati kalau aku tak reply kembali kat ofis nie kadang internetnya cukup-cukuplah slow macam siput.  Memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi.  Tapi aku nie kurang penyabar..Aci tak alasan nie??Bila kat rumah masa cukuplah terhad.  Tapi ada jugak yang aku sempat reply tapi ada tak orang baca kembali apa yang dikomennya itu??

Friday, July 22, 2011

~Bila Surat Ini Dapat Aku Pun Bzlah~

Salam...

Pagi ini sungguh tenang dilimpahi hujan di pagi jumaat ini.  Tapi minggu ini aku tersangatlah busy.  Dua hari tinggalkan ofis mejaku tonggang terbalik.  Punyalah semak meja aku..

Apa yang dibusykan tue???


Bila surat nie dah dapat maka haruslah aku pun menyibukkan diriku yang tak seberapa nak sibuk..hehehe
Kenalah buat pergerakan gaji untuk semua orang.  Nanti orang bising gaji lambat naik. 

Wednesday, July 20, 2011

~Ammar Memperagakan Topi Kaitnya~

Salam...
Tadi siang wordless wednesday...Sekarang dah tak wordless dah...Nak post gambar ammar memperagakan topi kaitnya yang dibeli daripada RYN.
Dapat post 2 gambar jea sebab gambar nie jea yang ok.  Yang lain ammar tak reti dok diam.  Dok melompat2..Gambar yang lain bergegar dan xclear.


Ryn, nie jea gambar ammar yang dapat aku snap.  Ok tak ammar jadi model ko?hehehe
Esok ammar dah 5 bulan..Kejap jea masa berlalu. 

Note>>Esok bawak ammar pi klinik.  Untuk 5 bulan ada cucuk kan..Janganlah ammar demam..
susah hati den..

~Wordless Wednesday - Macam Nak Tukar Baru~

Gunalah selagi ia boleh digunakan!!!!

Monday, July 18, 2011

~Hari Ini dan Esok Aku Di Sini~

Salam semua...
Hari ini saya akan ke KL...wah syoknya.  Dah lama tidak berjalan.  Esok baru balik.  Saya pergi bersama rakan-rakan sepejabat.

Saya ke KL untuk menghadiri satu majlis.  Syukur alhamdulillah.  Rezeki anak-anak.


Inilah Kuala Lumpur..Lama bebenor tak berjalan ke KL..Tak sabarnya nak pi Sogo, Jalan TAR.  Jakun nau bunyinya..hehehe..:-)


Majlis akan diadakan di Hotel Renaissance Kuala Lumpur.  Hari ini raptai dan esok majlis sebenarnya.  Ok..jap lagi pukul 12.30 tengahari aku bertolak menaiki bas jabatan...
Ok..Da...Aku nak buat kerja sikit.
Nanti aku update cerita sesudah majlis yea...

Friday, July 15, 2011

~Aku Tak Suka Baunya!!!~



Oh aku mabuk!!!Aku tak sukaler baunya nak-nak tengah musim.
Ada jea orang yang bawak mai ofis..Sapakah???
Boleh jadi pening-pening lalat.  Oh tidak...:-(


Inilah yang dimaksudkan...DURIAN!!!Aku tak makan durian!!
Tak suka baunya dan tak boleh nak makan!!!
Rugikan aku??orang kata aku rugi tak makan durian tapi dah aku tak boleh.
Orang bagi free pun tak apa..hehehe...
Berlagak pulak bunyinya..


Tapi aku suka makan bila ia sudah dijadikan seperti gambar di atas...nyum nyum..
TEMPOYAK...aku suka bila dah dibuat tempoyak..sedapkan...
Ada tak orang yang macam aku??pelik orang kata...
Tempoyak nie officemate aku buatkan...
Boleh buat masak lemak tempoyak nie...
JOM MASAK!!!:-)

~Sejukkkk...Grrrrrrrr~


Diriku dilanda kesejukan yang teramat...
Di luar hujan ditambahkan dengan air cond yang berada betul-betul di atasku...
Sejuknya...Terasa badan pun sakit-sakit..
Bertahanlah yea...

Pagi tadi pun mandi air sejuk maklumler rumah aku non ado water heater.
Belum ada duit terpijak nak memasang heater..

Oh tidak..Sejuk...:-0

Wednesday, July 13, 2011

~Perbualan Antara Mama dan Adriana~

Salam...Entry nie tanpa gambar yea.  Perbualan antara aku dan adriana sebelum tidur.  Masa tue aku dah baring nak tidurkan adriana.  Kalau aku tak tidur memang dia takkan tidur.  Selagi aku buat keje dia hikutnya aku ke hulu ke hilir.  Tengah baring-baring tiba adriana cakap..

nana    : Ma, nak tengok majalawak..(maharajalawak)
mama  : Dah malam mana ada maharajalawak..
nana    : Nak tengok nabil..nabil cakap sangka tak??(ada ke nabil cakap perkataan sangka tak??)
mama  : ada ke nabil cakap?
nana    : ada..jambu 'apa pun tak boleh'
mama  : jozan?
nana    : awananonano...
mama  : sepah?
nana    : OMG masa dia banak tue..(episod sepah buat persembahan perempuan bersalin)..
mama  : iye...
nana    : mama ada cakap OMG tak masa bersalin...
mama  : hehehe (gelak tak tahu nak jawab) 

Tak terlintas di fikiran yang adriana akan tanya mamanya begitu.  Teringatkan kisah melahirkan adriana aku bersalinkan adriana dengan kaedah vacuum...:-)

Inilah pengaruh dari tv.  Jadi kenalah berhati-hati dalam setiap perkataan dan pergerakan sebab budak-budak cepat ingat dan akan mengikut nanti.  Peringatan untuk diri sendiri!!!

Thursday, July 7, 2011

~Inilah Hasil Apam Polkadotku~

Salam...

Apam polkadot nie aku buat masa hari selasa.  Lepas aku balik dari kerja.  Tetiba pulak rajin nak try buat apam polkadot nie.  Adrianammar belum sampai rumah lagi jadi aku sempatlah nak mencuba.  Kalau balik papa dia orang akan amik kat umah mak aku.  Aku selalu balik tumpang kawan jadi awal ler sikit sampai rumah.  Dapatler aku buat apa yang patut.  Bolehler aku masak apa yang patut..

Jom tengok hasil air tanganku yang gebu ini menghasilkan apam polkadot yang tak berapa nak gebu.  Bolehlahkan untuk peringkat percubaan.


RESIPI APAM POLKADOT
sumber : myresipiBahan-bahan :

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum

220 gm gula castor
150gm susu segar/susu cair (aku guna susu cair)
3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovallete

1 sudu teh esen vanilla
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

Pewarna yang anda suka (aku guna warna ungu dan kuning)

Cara-caranya :

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan lompang.

5. Picitkan blueberry filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
8. Sekian, itu saje.  Boleh dihidangkan yea..

p/s : bolehlah cuba yea kawan-kawan...

Wednesday, July 6, 2011

~Wordless Wednesday~

Monday, July 4, 2011

~Wordless Monday : Sama Tak??~

Ada persamaan tak mereka berdua???

Friday, July 1, 2011

~Kawan Atau Lawan?~


Assalamualaikum buat semua kawan, teman, sahabat aku...:-)

Kawan atau Lawan??Macam mana kita nak kenal yang mana satu kawan dan yang mana satu lawan??Ada ke kawan yang ada ketika kita dalam kesusahan dan juga kawan yang ada bila kita senang???Kalau kawan bila kita dalam kesenangan mungkin ramai kan.  Seronok kan bila kita punya ramai kawan.  Tak kiralah kawan biasa-biasa aje atau kawan baik selagi dia ikhlas untuk berkawan dengan kita.  Betul tak?

"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya."

Macam-macam yang boleh kita gelarkan.  Ada yang panggil kawan, ada yang panggil teman, kenalan, sahabat dan sebagainya.  Kawan semasa gembira dan senang memang ramai.  Kalau semasa kita sedang berduka atau susah adakah kawan berada dengan kita?Ada tak kawan yang sanggup berkorban demi seorang kawan?


Aku sendiri juga punya best friend masa sekolah sampailah sekarang kami masih berhubung walaupun seorang di utara dan aku di selatan.  Teringat kisah aku dan bff aku pi mana-mana mesti nak pakai benda yang sama.  Kadang pakai baju warna yang sama.  Macam-macam kekdahnya.  Mana dia ada situ aku ada.  Memang rapatlah.  Dah jumpa kat sekolah kat rumah mesti telefon.  Ada jea cerita yang nak dikongsi.  Kalau balik sekolah dulu masing-masing naik bas awam, balik tue telefon tanya dah sampai rumah ke belum.  Yelah waktu tue belum ada lagi handphone.  Nak sms pun tak boleh.  bak kata kawan abg aku tue macam pakwe makwe gamaknya..hahaha...Dah nama best friend kan mestilah ambil berat antara satu sama lain.  Memang rindu akan saat-saat itu.  Tetiba aku rindukan kawan-kawan sekolah aku dan kawan-kawan ketika aku belajar di poli...hehehe..oh aku sangat rindukan korang!!Biasalah kenangan zaman sekolah tidak dapat dilupakan. Ada yang kita kawan dari tadika lagi. Manalah tak jadi begitu akrab.


Tak semestinya kawan yang kita baru kenal tidak ikhlas berkawan dengan kita dan tak semestinya kawan yang dah lama kita kenal tue ikhlas berkawan dengan kita.  Ada juga kawan yang dah lama kita berkawan dan orang dah anggap yang dia orang tue best friend forever boleh putus kawan atau sebagainya.


Ada juga jenis kawan yang jenis kawan makan kawan..Apa maksudnya yea??hehehe..Mungkin yang nie digelar lawan agaknya.  Kawan yang rapat pun kadang boleh putus kawan atas-atas sebab yang kecik mungkin sebab lelaki atau sebagainya.  Kerana seorang lelaki boleh putus kawan.  Sejauh manalah keikhlasan bila kita berkawan dengan seseorang??Bila terjadi sesuatu barulah kita sedar yang mana kawan kita dan yang mana satu lawan kita. 
Yang paling penting kawanlah dengan semua orang..Kawanlah dengan sesape saje.  Selagi kita ikhlas berkawan dengan orang.  Orang pun akan ikhlas berkawan dengan kita.



Sayang sayang kawan-kawan saya yang sayang saya jugak!!!:-)
Hargailah persahabatan yang kita ada.  Janganlah kita mengkhianati kawan kita sendiri.

Wassalam...Sampai kita bertemu lagi...
Thanks for reading my blog!!!

p/s : Entry ini tidak dimaksudkan kepada sesiapa.  Sekadar untuk berkongsi pendapat erti seorang kawan di mata kita...Lain orang lain pendapatnya..

~Topi Kait Untuk Ammar~


Selamat Pagi semua!!!Kejap jea dah hari jumaat kan??

Barangnya aku dah dapat 2 minggu sudah.  Jumaat jugak aku terima barang nie.  Tapi baru hari nielah aku berkesempatan untuk menulis di sini.
Sungguh teruja bila dapat bungkusan pos laju...hehehehe
Aku tempah topi kait untuk ammar daripada RYN...
Sesiapa yang nak tempah bolehlah hubungi Ryn yea.

Sebelum nie adriana pun ada satu topi kait, officemate aku yang bagi siap ada nama lagi.
Sekarang turn adiklah pulak yea..
Jom tengok apa rupa topi kait untuk si kecilku ammar...

Bungkusan Pos Laju sebelum dibuka...
Masih dalam plastik yea..ada topi dan disertakan name card..Tq Ryn!!
Inilah topi untuk si adik...:-)
Inilah name card ryn...

Note>>Kemanakah kita lunch hour nie???rehat panjang...dok ofislah kuar nanti banyak duit habis pulak...huhuhuhu