BE MY FRIENDS!!!

SUKA ENTRY DI SINI???

Thursday, May 23, 2013

~Pilihan Makan Malam~

Assalamualaikum..

Lepas makan tengahari, mari aku updatekan berkaitan dengan makanan juga.  Makan malam aku sekeluarga untuk semalam.  Tadi lunch aku makan mee sup bersama sahabatku seperti biasa iaitu Mira dan Kak Nisah.

Malam tadi dinner di luar.  Memandangkan asben baru balik dari Klang sebab ada kerja di luar. Barang basah pun non ado itulah decide untuk makan di luar sahaja.  Pilihan makan malam kami sekeluarga adalah roti naan.

Jom kita tengok gambar-gambar makanan yang aku snap.  Walaupun dalam paper kata mengambil gambar makanan adalah pesakit mental.  Macam tu ek bunyinya?Aku tetap nak buat tapi aku bukan mental.  Hikhikhik

Inilah hidangan kami malam tadi.  Tergoda tak?

Menu tambahan yang aku tak tahu.  Aku pilih udang masak apa ke namanya tidaklah ku ingat tapi sedap sekali.  Aku kata kat asben "Sedaplah udang ni."  Si dia balas "Mana tak sedap, dua belas ringgit tu."  Si isteri diam membisu.

Ayam tandoori wajib ada.

Aku makan naan cheese.

Mulakan dengan bismillah.

Ammar pun mahu makan.

Nana merajuk!!

Papa pun nak bergambar.  Layankan jelah ammar oi.

Budak yang kuat sangat merajuk.  Tengoklah aksinya.  Nana..nana...

Itulah pilihan kami malam tadi.  Sesiapa yang datang ke Melaka cuti sekolah ni boleh cuba makan di kedai ini.  Nama restorannya Pak Putra terletak di Taman Kota Laksamana.  Sekian..







                                                                                                        


Jangan Lupa LIKE dan Tinggalkan KOMEN Anda Yea...:-)

~Gembira Berganda~

Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Sedang sibuk membuat kerja-kerja di atas meja tapi sambil menghilangkan stress aku berusaha juga update blog ini.  Yelah, hadap kerja dari tadi.  Mata pun sudah berpinar-pinar. Saje nak cari cerita atau entri untuk hari ini.

Apa yang digembirakan tu?Sebenarnya tak ada apa pun.  Gembira yang biasa-biasa saja tapi masih boleh membuatkan diri ini tersenyum riang.  Beberapa hari lepas murung dek kerana sesuatu.  Malaslah nak difikirkan hal itu lagi. Biarlah mereka dengan dunianya.


Beberapa perkara yang gembira hari ini kerana hari ini adalah hari gaji!!!Hip hip horey!!!Mestilah tersenyum gembira.  Tapi bukan boleh berbelanja sakan kerana ada urusan yang perlu diutamakan.  Perkara lain adalah sebab esok cuti sempena Wesak Day.  Haruslah hari ini mood lain macam seperti biasa.  Terasa seperti hari jumaat pula.  Dapat bercuti panjang sedikit di rumah.

Seperkara lagi adalah cuti sekolah sudah pun bermula.  Mood gembira ini lebih kepada adriana sebenarnya.  Perancangan bercuti untuk cuti sekolah mungkin tiada.  Kalau berjalan pun yang berdekatan saja.  Tunggulah apa yang akan dirancang.  Selalu rancang awal takut tak menjadi.

Sekian.









                                                                                                        
Jangan Lupa LIKE dan Tinggalkan KOMEN Anda Yea...:-)

Wednesday, May 22, 2013

~Teduhan Kasih Slot Akasia~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.  Selamat sudah aku mengisi perutku ini.  Hari ini aku makan nasi berlaukkan sambal ayam, sayur kubis masak lemak, ikan kering, sambal belacan dan juga tenggek burung,  Sedap!!Alhamdulillah kenyang.  Mungkin kenyang sampai ke malam. Nak cerita sikit mengenai drama yang disiarkan di TV3 jam 7 malam.  Drama adaptasi daripada novel juga.  Drama bertajuk Teduhan Kasih.

Drama ini diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh Marissa.  Aku memang peminta setia drama-drama tempatan.  Tapi biar kena dengan pelakonnya.  Memang aku akan mengikutinya sampai ke penghujung.

Pelakon untuk drama ini adalah Ady Putra, Sheery Ibrahim, Shah Iskandar dan Nabila Huda.  Penguat untuk aku tonton drama ini sebab ada Ady Putra berlakon.  Aku memang minat lakonan Ady Putra.

SINOPSIS TEDUHAN KASIH

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.
 
Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.
 
Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.
 
Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Sama-sama kita tonton episod-episod seterusnya.  Aku sudah dapatkan novelnya dan sedang membaca novel tersebut.  Setakat ini memang best jalan ceritanya.  Okeylah, setakat ini sahaja untuk tengahari ini.  Bersambung lagi...








                                                                                                         
Jangan Lupa LIKE dan Tinggalkan KOMEN Anda Yea...:-)

Tuesday, May 21, 2013

~Feeling Down~

Assalamualaikum...

Waktu makan tengahari tiba.  Masa untuk mengisi perut dan juga merehatkan diri sebentar. Hari ini seakan tidak berdaya.  Semangat dibawa lari entah ke mana. Cuba mencari di mana silapnya?Cuba mencari segala kekurangan di dalam diri ini.

Adakah hari ini aku begini oleh sebab terbaca sesuatu?Kata-kata yang sangat menghiris hati ini.  Jika benar ayat itu ditujukan buat diri ini, tidak mengapa.  Semoga apa yang diperkatakan oleh kalian akan berbalik kepada kalian semua.  Terima kasih!!!


Entri pendek kerana tidak mampu meneruskan. Cuma satu sahaja, selagi saya tak kacau awak, awak-awak jangan kacau saya.  Sekian...









Jangan Lupa LIKE dan Tinggalkan KOMEN Anda Yea...:-)

Monday, May 20, 2013

~Saya Menang Ipad Dari Ebook Competition~

Assalamualaikum....

Selamat tengahari semua.  Hari isnin yang tenang.  Tenang buat diriku untuk melakukan kerja-kerja.  Alhamdulillah.  Entri ini aku tulis untuk aku kongsikan tentang kegembiraan aku jumaat lepas.  Rezeki di hari jumaat buat aku.  Kegembiraan berganda apabila Mira Mokhtar juga turut menang. Kami sama-sama menulis hingga ke penamat.  Kali kedua aku menang Ipad.  Yang pertama aku dapat dari Dutch Lady tahun lepas.  Syukur sangat-sangat.  Rezeki anak-anak.

Masih ingat lagi tentang ebook yang aku tulis bertajuk Dia, Pilihan Hatiku?Aku ada mintak korang download ebook tersebut.  Dan keputusannya telah diumumkan jumaat lepas setelah sekian lama aku menanti keputusannya.  Mood berdebar-debar, risau.  Pelbagai perasaan menyelubungi diri ini.

Pada sesiapa yang sudah dan berkesempatan untuk download ebook aku tu, ribuan terima kasih aku ucapakan pada kalian.  Jika ada kekurangan terhadap cerita itu, harap dimaafkan kerana aku bukanlah seorang penulis profesional.  Aku menulis berdasarkan apa yang aku rasa.  Banyak lagi yang aku perlu belajar.

Inilah hadiah yang ditawarkan untuk 5 orang pemenang.

Alhamdulillah.  Nama aku tersenarai juga di kalangan 5 orang itu.  Walaupun tidak mendapat tempat pertama sekurang-kurang ada juga yang aku perolehi sebagai dorongan aku pada masa akan datang.  InshaAllah semoga dipermudahkan dengan apa yang aku cuba lakukan.

Sekali lagi terima kasih kepada semua.  Terima kasih kepada sahabat-sahabat aku yang sentiasa memberi semangat dan dorongan.  Sayang korang!!!Tidak dilupakan juga kepada suami yang menyokong aku dan juga anak-anak.

Sekian dulu entri tengahari ini.






                                                                                                     


Jangan Lupa LIKE dan Tinggalkan KOMEN Anda Yea...:-)

~Bekerja Adalah Ibadah~

Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Hari isnin menjengah kembali dan rutin harian dijalankan seperti biasa.  Hari ini aku bekerja seperti biasa.  Sentiasa mengharapkan hari-hari yang dilalui dipermudahkan.  Bekerjalah dengan seikhlas hati dan sepenuh jiwa dan raga.

Walaupun kekadang ada perkara yang tidak menyenangkan berlaku di pejabat.  Biasalah tue kan?Janji kita tahu apa yang kita buat.  Itu yang penting.

Cukuplah entri pagi ini.  Aku mahu mulakan kerja-kerja aku.  Semoga apa yang aku lakukan hari ini sentiasa diberkati olehNya.  Amin..






                                                                                                                      


Jangan Lupa LIKE dan Tinggalkan KOMEN Anda Yea...:-)

Sunday, May 19, 2013

~Jam Tangan Untuk Adriana~

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua.  Hari ini blog ini berupdate sebab malam tadi bersengkang mata menaip di sini.  Nak cerita perihal adriana lagi.  Masa gaji hari tu, aku belikan dia jam. Dah jenuh dengar dia dok menyanyi kat telinga aku ni. "Mama, nana nak jam."

Bukan tak nak belikan, dulu pernah belikan dia jam tapi tak sampai seminggu rosak. Sebabnya dia basuh tangan sekali dengan jam di tangannya.  Oh anak.  Nasiblah jam murah.  Murah pun aku yang bising sebab dia tak tahu jaga barang.  Anak aku je macam ni ke atau anak korang ada sebegini?Kak Nisah kata budak-budak macam tuelah.

So, aku belikan juga jam untuk adriana.  Tapi sekarang nampak dia jaga jamnya itu.  Aku beli sekali dua untuknya.

Inilah jam-jam untuk adriana.  Satu RM6.  Kalau beli dua RM10.  Itu sebab aku beli dua.

Satu jam mickey mouse.

Satu lagi jam patern macam nie.  Papanya yang pilih.  Mama pilih mesti nak ala-ala pink juga.

Sekian entri di hari ahad.  Bersambung lagi entri esok hari.  Esok kerja!!!Till then..Selamat berhujung minggu!!






                                                                                                                       
Jangan Lupa LIKE dan Tinggalkan KOMEN Anda Yea...:-)

Saturday, May 18, 2013

~Hadiah Untuk Teacher~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Apa aktiviti korang hari ni?Aku tidak ke mana-mana memandangkan asben koje.  Jadinya dok saja di rumah sambil membuat kerja rumah.  Banyak tidur rasanya daripada buat kerja.  Hehehe..

Rabu lepas adalah sambutan sempena hari guru.  Adriana juga tidak ketinggalan untuk meraikannya.  Ada hadiah yang dibeli untuk cikgunya.  Hadiah biasa-biasa saja.  Nak lihat apa hadiahnya.

Inilah hadiahnya sebelum dibalut.  Aku belikan jam perhiasan.  Lupa nak keluarkan pula jamnya.  Dan bunga pink itu adalah pilihan hati adriana sendiri.  Macam maknya suka pink.  Ngeeee...

Hadiahnya selepas dibalut.

Paginya sempat aku suruh adriana bergambar dengan hadiahnya sebelum ke sekolah.  Semoga cikgu adriana suka dengan hadiah tersebut. 






                                                                                                                       


Jangan Lupa LIKE dan Tinggalkan KOMEN Anda Yea...:-)

Friday, May 17, 2013

~Lunch Dengan Sahabat Saya~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Korang ke mana lunch hour ni?Mesti ada di kalangan korang yang bershopping atau hanya window shopping.  Ataupun tidak ke mana-mana hanya duduk di ofis sahaja.  Aku keluar jugak tapi sekejap saja untuk mencari makanan mengisi perut.  Tempat biasa aku adalah ke Mydin. Tak rajin nak pergi jauh-jauh.  Cuaca di luar mendung.

Alhamdulillah, hari ini ada suatu perkhabaran gembira buat aku dan juga sahabatku, Mira Mokhtar.  Syukur sangat-sangat.  Rezeki di hari jumaat yang penuh keberkatan.  Nanti akan aku ceritakan perihal itu.  Hadiah ini sebagai bonus untuk kami meneruskan apa yang kami mahu. InshaAllah...

Ini menu aku lunch ini.  Suratkhabar kata tunjuk gambar makanan adalah kategori pesakit mental.  Tapi aku nak jugak letak.  Nasi goreng tom yam menu untukku.

Inilah sahabat-sahabat saya.  Semoga persahabatan kami akan berkekalan sampai bila-bila.  Bukan senang nak dapat sahabat yang ada ketika susah dan senang.  Terima kasih!!

Okeylah, cukup dulu entri tengahari ini.  Nanti aku ceritakan entri mengenai kegembiraan aku hari ini.  Sekali lagi syukur padamu ya Allah.







                                                                                                         
Jangan Lupa LIKE dan Tinggalkan KOMEN Anda Yea...:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...