Wednesday, December 26, 2012

~Misi Hari Jumaat~

Assalamualaikum dan selamat petang...^-^

Kembali lagi di petang hari.  Menunggu masa untuk pulang sebentar lagi.  Apa lagi sebelum balik mari kita update dulu satu entry.  Ini entry berkaitan dengan entry hari jumaat yang lepas.  Kesinambungan dari entry INI.

Aku ada bagitahu yang jumaat lepas aku ke Mydin.  Tujuan utama jalan-jalan cari makan.  Kemudian aku memang ada misi yang lain untuk hari itu.  Nak tahu apa yang aku cari-carikan?

 
Tadaaaa...Aku mencari sandal.  Nak menggantikan sandal yang aku pakai selama ini yang sudah tidak serupa sandal.  Tukang mengutuk sandal aku mira mokhtar.  Heeee...Harga sandal nie murah jea RM29.90.  Chomel tak??Nak beli sandal tak sampai RM30 pun nak tunggu gaji kan.  Kalaulah ada sandal yang lagi murah mesti aku amik yang murah.  Hashtag kemut duit.  Huahuahua..

Kemudian aku mencari novel ini.  Novel bertajuk Sehangat Asmara.  Akan didramakan menggantikan drama Adam Hawa nanti.  Aku saja beli novel nie untuk dijadikan sebagai koleksi.  Harga novel nie RM19.90.  Masih penulis yang sama dengan Adam Hawa iaitu Aisya Sofea.

Inilah misi aku untuk hari jumaat lepas.  Time gaji time tuelah baru boleh beli barang yang kita nak.  Lepas tue dok diam-diam jea.  Tunggu gaji bulan depan pulak.  Peace yo!!:D







                                                                                                                

1 comment:

Unknown said...

ok jugak dpt beli selipar 29.90...