Wednesday, December 26, 2012

~Blog Bertukar Wajah~

Assalamualaikum dan selamat tengahari...^___^

Korang dah lunch?Aku puasa nasi lunch nie.  Makan roti jea bawak dari rumah asben beli semalam kat jusco.  So aku bedal roti jea.  Rasa-rasa boleh kurus tak makan roti?Heee..

Oleh sebab hari ini adalah hari yang termat boring, mira mokhtar cuti maka memanglah masa terisi dengan benda-benda yang sangat berfaedah.  Hahaha.  Macamlah ada mira mokhtar tak dapat buat kerja berfaedah.  Mengamuk kang pompuan tue.  Taklah maksud aku, aku boleh fokus pada kerja.  Fokuslah sangat.  Banyak termenung dari buat kerja.  Rasanya komputer aku nie mahu tembus aku tengok.  Kalau ada mira mokhtar atau kak nisah aku boleh berjalan-jalan ke tempat mereka dan kacau mereka.  Kak nisah pun tak lama lagi dah nak mula kerja.

So, rehat nie aku menggodek-godeklah blog ini.  Dah boring kan.  Diam seribu bahasa.  Hari nie boleh dikiralah berapa patah perkataan aku aku cakapkan.  Kahhhhh.  Bila  tak ada kawan, pagi-pagi lagi dah telefon Kak Nisah dengan Mira Mokhtar.  Cakap dengan dia orang dapat meregangkan pipi kejap sebab ada jea benda nak gelak.

Maka dengan ini, blog aku pun bertukar wajah sempena nak masuk tahun baru kan.  Blog naklah jugak berwajah baru.  Baru ada semangat nak update blog.  Lagipun dah boring tengok background blog aku tue.

Tiada lagi polkadot background. 

 
Dan aku pilih background yang simple.  Ada bunga sikit.  Biarlah warna putih.  Tapi masih ada pink-pink kaler.  Tak sakit mata sangat.  Mata akulah yang rasa tak sakit, tak tahulah pada korang yang baca kat blog aku nie.  Ok tak?Lepas nie nak tukar header blog pulak.  Nak mintak bff aku, firzara tolong buatkan header untuk aku.  Aku malas nak mengedit.  Oklah ini sajalah cerita aku untuk tengahari yang mood suam-suam kuku.  Hikhikhik..Till then..

Love, A.A
Publish!





                                                                                                                       

3 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

rajinnya tukar2 hihi.. tgu lepas bersalin lah hihi

Cik Kumbang said...

Nice wajah baru !! :)
http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com

Myra Mokhtar said...

amboi mngata ea... :)