Thursday, January 5, 2017

DAY 1 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Siapakah saya?

Assalamualaikum.

Hai. Selamat malam.

Sepatutnya malam ini macam tidak ada entri yang akan ditulis memandangkan aku sedang siapkan tugasan lain. Tapi sebab tadi terperasan dari FB Puan Maryam Elyas, jadi aku pun seperti tertarik untuk menyertai juga cabaran yang dianjurkan oleh JDT Blogger. Bagus juga. Sekurang-kurangnya adalah entri untuk malam ini.

Baiklah, apakah cabaran itu. Cabaran yang diberikan adalah bertajuk "31 Days Challenge By JDT Blogger." Menarik bukan? Cabaran ini bermula hari ini dengan tajuk "Siapakah saya?" Baiklah mari aku ceritakan serba sedikit tentang "Siapakah saya?"

Sebenarnya tidak apa yang menarik tentang diri aku ini. Nama diberi oleh mak ayah aku adalah Alfidah Adim. Tapi nama yang digunakan di media sosial adalah Fyda Adim. Bajet-bajet nak ada nama glamer gitu. Taklah. Gurau saja. Tahun ini umur melangkah ke angka 34 tapi genapnya bila Jun menjelma. Isteri kepada seorang lelaki yang bernama Fendy Bidin dan mak kepada dua orang cahayamata iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki. Seorang wanita yang bekerja tapi kerja biasa-biasa aje pun. Kerja kerajaan. Selain bekerja, aku juga ada jalankan bisnes kecil-kecilan iaitu sebagai event planner dengan menyediakan perkhidmatan candy booth untuk apa jua majlis. Selain itu juga aku juga ada menjual pelbagai jenis cookies.

Aku mula terjebak dengan dunia blogging pada tahun 2009 selepas kelahiran anak sulung aku. Waktu itu saja suka-suka menulis. Cliche sangatkan alasan itu. Beberapa tahun aku menjadi blogger dan tahun ini masuk tahun kelapan. Tak sangka. Dalam suka-suka tu sudah menganjak ke lapan tahun menjadi blogger. Kemudian dari menulis blog, aku terjebak menulis cerpen. Pada tahun 2013, aku pernah menyertai eBook Competition anjuran Maxis. Aku tulis kisah "Dia, Pilihan Hatiku." Dapatlah aku tempat kelima dan memenangi sebuah mini ipad. Cerpen aku bertajuk "Setulus Kasih" pernah tersiar dalam majalah Mingguan Wanita.

Ada juga aku sertai projek Antologi Cerpen dan satu cerpen aku tersenarai. Begitulah aku dengan dunia penulisan. Bukanlah aktif sangat menulis tetapi minat itu tetap mekar dalam diri. Dan sekarang aku adalah salah satu contributor pada Zalora Community dengan menulis artikel dalam Zalora Magazine. Aku baru sahaja menerima tawaran itu tahun lepas dan baru tiga buah artikel sahaja yang aku tulis. Pernahlah beberapa kali tulis artikel di blog ini atas sebab collaboration. Seronok juga bila dapat tawaran seperti itu. Itu lebih menyuntik semangat untuk terus menulis.

Aku adalah berangan-angan untuk menulis novel. Tapi itu sekadar angan-angan. Mungkin tidak akan kesampaian. Sekadar memasang angan-angan sajalah. Angan-angan itukan percuma. Tapi aku adalah tulis sebuah cerita di portal Ilham Karangkraf. Tajuknya "Hey,Kau!". Sudi-sudilah menjengah ke portal itu dan membacanya.

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan serba-sedikit perihal mengenai diri ini. Semoga apa yang aku impikan akan tercapai hendaknya. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger 

Salam pena,
Fyda Adim


5 comments:

Hernee Nazir said...

thanks support JDT Blogger..selamat meneruskan entry ke 2 ya..hehehe

Unknown said...

salam perkenalan...

Cik Ila Menari said...

Salam perkenAlan fyda, dari cikilamenari

Edrina Zulkafli said...

Semoga terus berjaya sebagai penulis. selamat bersegmen :)


*a visit from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-1-siapakah-saya.html

adianiez AIDA said...

saya kenal awak tau.
bila kita nak ngedet??