Sunday, January 8, 2017

DAY 4 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Apa Di Dalam Beg?

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat petang semua. Masih lagi meneruskan cabaran JDT Blogger. Maaflah, kadang tak sempat blogwalking pun blog lain. Tulis entri pun kadang guna telefon bimbit. Kadang sempat tulis entri saje. Minta maaf sangat-sangat pada sesiapa yang ada blogwalking ke sini tapi saya tak sempat nak terjah blog korang.

Demi meneruskan dan menyahut cabaran daripada JDT Blogger dengan tajuk untuk hari keempat adalah "Apa Di Dalam Beg?" Bila baca tajuk untuk entri hari ini, mula terbayang beg yang semak dengan macam-macam barang di dalamnya. Beg tangan aku itu memang macam-macam barang sampaikan husband selalu bising.

"Macam manalah beg awak tak putus."

Huhuhu. Tadah saja telinga bila dengar laki mula membebel. Dah memang ginilah peelnya. Semua nak diangkut dalam beg. Kalau dulu waktu anak-anak masih kecil lagi, putinglah, wet tissuelah, tutup botol susulah pun aku pernah angkut dalam beg.

Dan sekarang inilah barang-barang yang ada dalam beg. Dengan gigihnya aku memikul walaupun bahu senget sebelah. Ini kira antara barang-barang yang terpentinglah kiranya. Paling penting powerbank selain beg duit. Kalau bateri handphone padam memang berguna sangat-sangat powebank ini. Pen dengan buku nota itu memang sentiasa ada dalam beg. Penting juga. Yang selebihnya itu adalah sampah-sarap. Hah gitulah keadaan dalam beg aku. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger  
#31dayschallengebyjdtblogger

Salam pena,
Fyda Adim


4 comments:

Noor Najwa said...

http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/01/31-days-challenge-day-4.html

Wawa Ashihara said...

simple jer...

nampak simple tapi mcm berat je ..hehe

adianiez AIDA said...

kebetulan aida baru tukar handbag, so takde byk harta karun la :)
tunggu 3 bulan lg, hmmmmm... cari duit sen pun tak jumpa!!!!

Edrina Zulkafli said...

"macam mana beg awak tak putus". upss. terasa jugak. hehehehe. rasa taklengkap kalau tertinggal satu barang


*drop by from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-4-ada-apa-dalam-beg-oo.html