Pages

Friday, January 13, 2017

DAY 9 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Seseorang Yang Membanggakan

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat petang. Kiranya ini entri kedua aku untuk hari ini. Masih lagi meneruskan misi menulis dalam segmen 31 Days Challenge by JDT Blogger.

Tajuk kali ini agak mencabar. Seseorang yang membanggakan. Ada beberapa orang yang membanggakan aku sebenarnya. Tapi untuk entri kali ini biar aku pilih emak aku.

Inilah emak aku bersama Adriana anak aku iaitu cucu sulungnya. Mak aku bukan sesiapa pun. Dulunya bekerja di Hospital Besar Melaka sebagai Juruteknologi Makmal. Kemudian dia bersara pada usianya 55 tahun dan sewaktu itu aku baru sahaja tamat tingkatan lima. Mak aku kahwin lewat itu yang anaknya masih bersekolah waktu itu. Aku anak sulung. Kemudian mak aku ditawarkan bekerja lagi dalam jawatan itu kerana kekurangan orang untuk jawatan itu. Mak sambung kontrak pula. Lama juga dalam lima tahun.

Betapa kuat dan rajinnya mak. Kalau aku sekarang ni dah fikir mahu berhenti kerja. Mak kata dah biasa kerja.

Sampailah aku kahwin dan dia dapat cucu sulung. Dia kata nak rehat pula duduk rumah. Benarnya mak nak jaga Adriana. Cucu sulung, nak hantar pada orang tak dibaginya. Sekarang cucu sulung dah pun darjah tiga. Begitulah serba sedikitnya.

Apa-apa pun aku sayang mak.

Tak ada idea lagi nak tulis apa. Bersambung lagi dalam entri seterusnya. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Salam pena,
Fyda Adim



2 comments:

Wawa Ashihara said...

rindu arwah mak..hmm

jemput baca dan komen entry wawa
http://www.wawaashiharaa.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-9.html

Edrina Zulkafli said...

permaisuri hati :)


http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-9-seseorang-yang-membanggakan.html