Pages

Sunday, January 15, 2017

DAY 11 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Pengalaman Bercinta

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat malam semua. Banyak aktiviti sejak semalam. Hari ini badan keletihan. Walhal semalam tidaklah berjalan sakan. Duduk di dalam dewan saja mendengar ceramah. Mungkin keletihan berjalan mencari mana stesen monorel. Bukan orang KL, tersesat itu perkara biasa.

Mari siapkan tugasan seterusnya dalam menyahut cabaran JDT Blogger. Entri untuk hari ini adalah "Pengalaman Bercinta." Pengalaman bercinta aku yang mula-mula dulu tragis dan sadis. Tak mahu dikenangkan. Aku kategorikan sebagai cinta monyet. Dia yang monyet, bukan aku. Kahhhh.

Jadi entri ini aku ceritakan pengalaman bercinta dengan husbandlah ye. Itu lebih manis jika mahu diceritakan daripada cerita bercinta yang sadis dan tragis itu. Aku kenal husband pada tahun 2003. Maksudnya lebih kurang 14 tahun kami sudah berkenalan.

Ada pula gambar lama dalam simpanan. Ini semasa kami sudah bercinta. Sewaktu ini keluar makan dengan family aku.

Momen ini sewaktu kami praktikal bersama. Husband yang berkemeja biru dan aku di sebelahnya. Aku kenal dengan husband sewaktu kami menjalani latihan praktikum di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Masa itu aku pula baru frust dengan sang monyet. Haha. Gitulah. Jadi ceritanya bermula bila akhir pratikum, kami pelajar-pelajar praktikum mahu adakan gathering. Aku tukang jemput-jemputlah. Jadi kenalah telefon sorang-sorang termasuklah mamat ni. Bila telefon dia, aku dah sampaikanlah hajat sebenarnya. Masa tu guna telefon rumah.

Kemudian masa nak letak telefon dia minta pula nombor telefon dan dia kata nak telefon nanti. Dari situlah bermulanya berkawan kemudian dia ajak keluar. Masa nak keluar yang aku suka sebab dia minta izin dengan parents aku. Gentlemanlah kekononnya. Kemudian aku sambung balik belajar untuk semester 5 dan 6 manakala dia pula sudah tamat penggajiannya. Sibuk mencari kerja. Kemudian kami mendirikan rumahtangga selepas tiga tahun berkawan dan setahun bertunang. Begitulah serba-sedikit pengalaman bercinta aku dan husband. Semoga percintaan ini masih mekar dan terus mekar hingga ke akhir hayat kami. Amin.

Sekian dan wassalam.

#jdtblogger  
#31dayschallengebyjdtblogger 

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

SalbiahM said...

sweet betul cerita ni..tapi ayat 'dia yang monyet, bukan aku'..tu lawak. Takpelah, kan Allah dah bagi yang lagi baik. Semoga kekal hingga ke syurga

Edrina Zulkafli said...

yeah. yg tragis tu, dia monyet. bukan kita. hahahaha
semoga bahagia selalu sis :)


read my love story^^ > http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-11-love-story.html