Saturday, January 7, 2017

DAY 3 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gambar Dengan Kawan

Assalamualaikum.

Hai. Selamat petang.

Entri ringkas lagi petang ini. Tidak mahu ketinggalan dengan cabaran ini, makanya  aku gigihkan juga menaip entri ini. Hujung minggu biasalah sibuk dengan aktiviti keluarga. Aku curi-curi sikit masa untuk siapkan cabaran ini.

Bila terbaca tajuk untuk cabaran hari ini, perasaan teruja menerpa dalam diri. Kalau gambar dengan kawan mestilah ada. Lebih-lebih lagi kalau dengan kawan baik. Lagi berlambak dalam simpanan.

Kalau ikutkan kawan baik masa sekolah sampailah zaman bekerja, orangnya yang berlainan. Jadi aku cerita entri pasal kawan zaman kerjalah ye.

Zaman kerja aku ada dua orang kawan yang sangat baik dengan aku. Yang ada ketika aku susah dan senang. Seorang tu pangkat kakak pada aku, seorang pangkat adik. Selalunya aku bergambar dengan yang pangkat adik tu.

Inilah kawan aku yang satu tempat kerja dengan aku. Namanya Myra Mokhtar. Sebab terlalu baik dan selalu tag dia di FB sampai sedara-mara aku pun kenal dia. Kami kongsi minat yang sama iaitu menulis. Kiranya dia pun blogger. Cumanya dia jarang nak update berbanding aku. Gitu. Selalunya aku yang tanya dia. "Lamanya ko tak update blog." Lepas itu akan keluarlah satu entri daripada dia. Hihi...

Kani pernah menghadiri ujibakat di Kuala Lumpur untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Kotex. Waktu itu pihak penganjur mahukan sekeping gambar kreatif bersama sahabat baik. Kami membawa pulang RM800. Kenangan terindah buat kami.

Pernah memasuki pertandingan menulis dan memenangi secara berjemaah. Dia dapat tempat keempat dan aku tempat kelima. Bawa balik mini ipad sorang satu.

Kadang pergi kerja siap sedondon. Macam bridesmaid pun ada, nak team kendarat pun ada. Hehe. Kalau bergambar dengan dia mesti dia mengomel. "Asal kau nampak muda?" Mudalah sangat. Tua dah. Masa nak buat  baju dalam gambar ni kami buat kurung moden tapi aku buat kurung moden pendek.

Dengan nada sinis dia menutur kata-katanya. "Ko tu tak sedar dirilah tu. Dah tua ada hati nak pakai kurung moden pendek."

Jeleslah tu. 

Itu sahaja entri untuk petang ini. Bersambung lagi untuk cabaran esok. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger 

Salam pena,
Fyda Adim

6 comments:

Hernee Nazir said...

kendarat kat office eh..hehehe

yaya cendana said...

lawanya

julia jamaludin said...

terjah sini :)

http://www.kasihjuju.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-4.html

Noor Najwa said...

http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/01/31-days-challenge-day-3.html?m=1

adianiez AIDA said...

aida last year dok seremban, tiap hari bergambo tau.
sebab ada member yg rajin selfie.
if not, aida ni memang tak rajin ler selfie.

Edrina Zulkafli said...

semoga persahabatan yang terjalin, kekal selamanya :)

drop by from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-3-gambar-dengan-kawan.html