Pages

Sunday, January 8, 2017

Aku Di Hari Ahad

Assalamualaikum.

Hai.

Hari ahad kembali lagi
Perasaan sepi menyelubungi diri
Anak-anak kembali menyepi
Bila ayah keluar mencari rezeki.

Bila ayah keluar mencari rezeki
Tinggal bertiga mengisi hari
Hari diisi dengan pelbagai aktiviti
Pandai-pandailah bawa diri.

Penangan bila apak cuti lama, hari ini semua mood sendu. Lain kali tak nak bagi cuti lama-lama. Jangan kata anak-anak sendu, dengan mak sekali terjebak. Kesian.


Bila seminggu husband ada di rumah, bila dia kembali bekerja terasa sayu saja hati. Ammar bangun tidur pagi tadi diam saja. Melepek setengah hari, menjelang petang barulah dia kembali ceria. Nak move on dengan anak-anak. Pujuk hati yang semuanya sudah kembali seperti biasa.

Jadi hari ini aku isikan masa aku dengan bermacam-macam kerja rumah. Basuh baju, kemas esbok, blend bawang, blend cili boh, potong sayur dan macam-macam.

Semalam aku beli kulit popia. Jadi hari ini aku menggulung popia untuk bekalan anak-anak nanti. Menggulung popia sambil menonton drama Teduhan Kasih.

Siap satu tupperware popia ketam dan popia sosej cheese. Tinggal nak goreng saja nanti. Senang bukan.

Bila mama tanpa bibik. Jadi kenalah siapkan semuanya sendiri. Siapkan awal-awal. Bila balik kerja mudah. Semuanya sudah siap dipotong. Cuma masak saja. Begitulah aktiviti aku tadi dengan menyibukkan diri untuk menghilangkan rasa sendu. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

1 comment:

adianiez AIDA said...

terbaik la fida.
rajin.
aida layan gak teduhan kasih tu last ahad.
jap je. pastu balik melaka.