Monday, January 9, 2017

DAY 5 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - 6 Perkataan Menggambarkan Diri

Assalamualaikum.

Hai semua.

Salam pembuka bicara untuk malam ini. Entri malam ini bagi meneruskan cabaran JDT Blogger lagi. Pada mulanya aku agak tertanya-tanya apakah enam perkataan yang menggambar diri aku. Fikir punya fikir tidak satu pun yang terlintas dalam fikiran.

Sekali terbaca blog Puan Mariam Elyas. Dapatlah kiranya aku kongsi ideanya yang menyatakan dia bertanyakan pada suaminya. Aku apa lagi terus whatsapp pada husband. 


Sebelum aku meneruskan apa jawapan husband, aku kongsikan gambarkan aku bersama suami tercinta. Gambar ini diambil ketika majlis perkahwinan anak buah aku tempoh hari.

Baiklah. Ini jawapan daripada suami aku tentang 6 perkataan menggambarkan diri.

1) Comel
Geli hati pula bila baca perkataan comel. Aku pun tidaklah tahu yang aku comel. Mungkin sebab kecomelan inilah husband suka kat aku. Kahhh. 

2) Garang
Ini aku akui kut. Aku ni memang susah nak senyum. Tambah lagi dengan muka masam. Kalau orang yang belum pernah kenal aku mesti akan cakap aku sombong. Tapi bila dah kenal barulah tahu aku macam mana.

3) Penangis
Aku memang pemurah air mata. Sikit-sikit nak nangis. Hati tisu. Tempoh hari duit aku hilang. Telefon husband sambil nangis teresak-esak. Husband kata dia ganti duit aku yang hilang. Lagi aku nangis.

4) Rendah
Aku memang rendah. Jadi kena sedar diri. Jangan berangan nak pakai baju yang ala-ala model pakai. 

5) Blogger
Kalau ada benda-benda yang kena tulis ayat husband akan serah pada aku. Dia kata "im not a blogger. Im not a writer." Perlikah?

6) Chef
Masak untuk husband dan anak-anak. Husband aku memang lebih gemar makan makanan yang aku masak tapi aku yang rajin mengajak dia makan di kedai. Hah gitulah.

Begitulah entri untuk malam ini. Jadi bila buat wntri ini barulah aku dapat gambarkan diri aku. 

Comel
Garang
Penangis
Rendah
Blogger
Chef

Sekian dulu entri malam ini. Bersambung dengan cabaran seterusnya esok hari. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Salam pena,
Fyda Adim


3 comments:

sha dhira said...

Hehe. Samalah kita. Rendah jugak. Rendah diri. Hehe. 😊😉
Kalau beli dress, memang tiap kali kena alter. Fuhh..

Shad singgah sini dari,
http://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/01/6-perkataan-menggambarkan-diri-day-5.html

Have a nice day and happy blogging!

Wawa Ashihara said...

memang sis comel..hehehe..blogger tu semua sama..tp taknak letak..haha..

jom komen entry wawa plak..

http://www.wawaashiharaa.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-5.html

Edrina Zulkafli said...

mmg sis comel. ^^


*a visit from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-5-6-perkataan-menggambarkan-diri.html